Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Pengawal keselamatan ditahan seludup pekerja asing

Dikirim oleh Warieh Sabtu, 19 Januari 2013


SEREMBAN 18 Jan. - Seorang pengawal keselamatan dikesan mampu membawa masuk 50 rakyat asing untuk bekerja di sektor perladangan dan lebih mengelirukan lelaki berusia 34 tahun itu menggunakan alamat perniagaan palsu.
Modus operandi licik lelaki berasal dari Petaling Jaya, Selangor itu terbongkar setelah dia ditahan di Jabatan Imigresen negeri pukul 11 pagi ini susulan daripada penghantaran dokumen permohonan pekerja asing yang dibuatnya pada November tahun lalu.
Pengarah Imigresen negeri, Faizal Fazri Othman berkata, pada 30 November lalu, lelaki berkenaan menerusi satu syarikat Alamku Enterprise telah mengemukakan permohonan pas pekerja untuk membawa masuk 40 orang warga Pakistan dan 10 warga Nepal untuk bekerja di sektor perladangan di negeri ini.
"Syarikat ini baru didaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di sini pada 27 November lalu dan hasil siasat mendapati alamat premis perniagaan syarikat itu tidak wujud serta maklumat permohonan adalah palsu," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.
Susulan daripada itu kata Faizal Fazri, pihaknya telah memanggil lelaki berkenaan sebelum ditahan untuk siasatan lanjut.
"Siasatan mendapati lelaki terbabit bekerja sebagai pengawal keselamatan di pusat beli-belah The Curve, Damansara di Kuala Lumpur.
"Kita tidak menolak kemungkinan modus operandi lelaki ini menggunakan sektor perladangan ini sebagi taktik membawa masuk pekerja asing ke negara ini. Bagaimanapun pekerja asing itu akan bekerja di sektor lain kerana kos levi untuk memohon sektor ini lebih murah iaitu RM450 seorang berbanding sektor lain seperti perkhidmatan lebih kurang RM1,850," jelasnya.
Tambah beliau, kesemua pekerja asing yang menunggu pas kerja yang diuruskan lelaki terbabit masih berada di negara masing-masing.
Kes ini disiasat mengikut Seksyen 56 (1)(k) Akta Imigresen 1959/63 kerana memiliki pas dokumen atau perakuan palsu atau dipinda. Jika sabit kesalahan mereka yang terlibat boleh dikenakan denda RM10,000 atau penjara maksimum lima tahun.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20130119/ws_05/Pengawal-keselamatan-ditahan-seludup-pekerja-asing#ixzz2IR07Nir3
© Utusan Melayu (M) Bhd 

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook