Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Yang buruk dan hebat tentang bola sepak

Dikirim oleh Warieh Jumaat, 18 Januari 2013


Johan Jaafar
El Salvador dan Honduras pernah berperang kerana bola sepak. La guerra del futbol (perang bola sepak dalam bahasa Sepanyol) berlangsung selama 100 jam bermula pada 14 Julai dan berakhir pada 20 Julai 1969.

Jangan ambil mudah pengaruh sukan bola sepak. Sewaktu Yugoslavia masih wujud sebagai sebuah negara, cauvinisme kaum disemarakkan oleh dua pasukan – Red Star Belgrade di Serbia dan Dinamo Zagreb di Croatia. Kebencian dua kaum ini dipancarkan di padang bola. Dengan kematian Presiden Josip Broz Tito pada bulan Mei 1980, Yugoslavia tidak dapat bertahan sebagai sebuah kesatuan. Hanya diktator seperti beliau yang boleh menyatukan enam daerah di dalam Yugoslavia – Croatia, Serbia, Bosnia-Herzegovina, Slovania, Montenegro dan Macedonia.
Selama sedekad, Yugoslavia mula retak. Bola sepak memainkan peranan yang penting menyemarakkan nasionalisme kaum-kaumnya, khususnya Serb dan Croat. Penyokong-penyokong Red Star Belgrade dan Dinamo Zagreb menganggap setiap perlawanan bola sepak sebagai medan tempur. Perang saudara bermula pada tahun 1991 hingga 1995, Perang Balkan menyaksikan kematian lebih 200,000 orang. Korban paling besar ialah orang Islam Bosnia-Herzegovina.


Hooliganisme dalam kedua-dua pasukan ini merebak menjadi teras kekuatan ketenteraan kaum Serb dan Croat. Malah ketua penyokong Red Star Belgrade yang bernama Arkan, akhirnya menjadi salah seorang penjenayah perang yang dikehendaki.

Sukan paling popular

Bola sepak merupakan sukan yang paling popular di dunia. Pesta Piala Dunia FIFA setiap empat tahun merupakan acara sukan yang paling besar jumlah penontonnya di TV – jumlah terkumpulnya 34 bilion bagi 64 perlawanan. Bola sepak hari ini menjadi industri sukan berbilion ringgit. Kelab bola sepak Eropah seperti Manchester United, Real Madrid dan Barcelona merupakan yang paling kaya di dunia.

Saluran sukan 24 jam telah menulis semula hukum-hakam sukan bola sepak dunia. Pele dan Maradona mungkin dianggap pemain bola sepak paling terkenal di dunia. Tetapi pada zaman mereka, kemasyhuran tidak seimbang dengan pendapatan. Hari ini setiap pemain bola sepak liga utama di Eropah merupakan jutawan. Setiap kali dua pasukan bola sepak liga teratas Eropah bermain, nilai 22 pemainnya melebihi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara paling miskin di dunia.
Lihat sahaja pendapatan pemain-pemain terbaik dalam Liga Inggeris (EPL). Wayne Rooney dari Manchester United pada masa ini dibayar RM1.1 juta seminggu atau RM4.4 juta sebulan, menjadikan beliau pemain paling mahal di England. Empat pemain Manchester City – Yaya Toure, Vincent Kompany, Carlos Tevez dan Sergio Aguero masing-masing dibawar RM1 juta seminggu. Pemain kelab yang ‘kurang kaya’ seperti Totenham Hotspurs membayar pemain termahalnya (Emmanuel Adebayor) RM400,000 seminggu. Dengan pendapatan daripada tiket, iklan, merchandise dan sebagainya tidak hairanlah gaji Rooney seminggu boleh membayar 550 pekerja Malaysia yang bergaji RM2,000 sebulan.

Jati diri, imej bangsa dan negara

Dari Republik Islam Iran hingga Somalia (salah sebuah negara termiskin di dunia), bola sepak ada kaitannya dengan jati diri dan imej bangsa dan negara. Jangan salahkan penyokong pasukan bola Kelantan yang dikenal sebagai ‘Red Warriors’ sekiranya mereka dianggap fanatik dan ditakuti. Apabila Malaysia menentang Indonesia, kita dapat melihat bagaikan perang akan meletus di antara kedua-dua negara. Penyokong pasukan bola sepak Indonesia menganggap ‘amat memalukan’ sekiranya mereka kalah pada Malaysia.

Franklin Foer menghasilkan buku How Soccer Explains The World: An Unlikely Theory of Globalisation. Buku ini menarik perhatian kita pada yang buruk dan yang hebat tentang bola sepak. Bola sepak bukan sekadar sukan tetapi gaya hidup manusia. Malah ia ada kaitannya dengan psyche dan sikap penyokongnya. Kelab bola sepak bukan sekadar kumpulan penyokong tetapi seperti yang terlihat dalam konteks bekas republik Yugoslavia, ia merupakan ideologi politik. Memang benar kata Foer, bola sepak boleh menjatuhkan sebuah rejim, melancarkan gerakan pembebasan dan seperti dalam kes El Salvador dan Honduras 44 tahun lalu, boleh menyebabkan peperangan.

Masih jadi juara kampung

Lebih penting lagi bola sepak memperkenalkan kita pada banyak negara yang selama ini tersorok dalam lipatan sejarah. Siapa yang peduli di mana letaknya Ivory Coast sebelum Didier Drogba mencipta namanya di England? Ghana mengeksport Michael Essien, Trinidad dan Tobago dikenal kerana Dwight Yorke. Hari ini 30 peratus pemain liga Eropah datangnya dari negara-negara Afrika, kebanyakannya yang paling miskin.

Sewaktu bermulanya Pesta Bola Merdeka, Jepun dan Korea Selatan tidak dapat menandingi pasukan Malaya. Hari ini pemain-pemain mereka bermain di liga terbaik Eropah. Sayangnya kita masih menjadi juara kampung. Mujurlah ada orang-orang kaya Malaysia yang mula memiliki beberapa buah pasukan bola sepak di England. Jikalau tidak pandai bermain, membeli kelab pun bagus juga.

Harum jugalah nama Malaysia.

1 Responses to Yang buruk dan hebat tentang bola sepak

  1. Tanpa Nama Says:
  2. nasib orang nismilan tak camtu penyokong bola kita memang beradab....

     

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook