Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Adun Lukut saman Chai Thiam

Dikirim oleh Warieh Isnin, 4 Februari 2013


NUR SHARIEZA ISMAIL
3 Februari 2013
Adun Lukut saman Chai Thiam
Tin Sin (dua, kiri) dan peguamnya, Jessie Kung (kiri) bersama pemimpin DAP lain menunjukkan artikel dalam akhbar berbahasa Cina yang mengeluarkan kenyataan Chai Thiam terhadapnya
 
SEREMBAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lukut dari DAP, Ean Yong Tin Sin menfailkan writ saman terhadap Pengerusi MCA negeri, Datuk Dr Yeow Chai Thiam bagi menuntut ganti rugi sebanyak RM5 juta kerana didakwa menggunakan perkataan berunsur fitnah terhadapnya.

Tin Sin mendakwa, kata-kata pemimpin MCA itu dikeluarkan ketika meninjau tapak Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Bradwall, Kampung Kuala Lukut, pada 1 November lalu.

Menurutnya, perkataan seperti idiot , low IQ, old clown dan cheat merujuk kepada dirinya di hadapan beberapa wakil media cetak dan elektronik berbahasa Cina yang turut berada di lokasi berkenaan.

Selain itu, katanya, ia turut didengari kira-kira 100 orang awam, sekaligus dilihat mengandungi niat untuk memperkecilkan beliau secara peribadi.

"Kata-kata Chai Thiam secara tidak langsung telah merosakkan reputasi politik saya sebagai wakil rakyat selain menghasilkan kesan buruk terhadap imej saya sebagai seorang ahli perniagaan," katanya.

Tin Sin turut menuntut satu injunksi bagi menghalang Chai Thiam berkenaan dengan sendirinya, ejen atau pekerjanya atau dengan apa jua cara lain daripada bercakap perkataan tersebut atau mana-mana perkataan fitnah seumpama itu terhadap beliau.

Selain itu, katanya, tuntutan ganti rugi juga disertakan kerana kepalsuan memudaratkan yang terkandung dalam artikel beberapa media cetak dan elektronik berbahasa Cina yang disebabkan  defendan.

“Saya menuntut agar beliau tampil untuk meminta maaf kepada saya dengan menerbitkannya dalam tiga akhbar utama berbahasa Cina dan membayar sejumlah wang atas kesilapannya dalam tempoh 14 hari dari tarikh penyataan tuntutan yang dihantar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pejabat DAP negeri di Kemayan Square, dekat sini, semalam.

Writ saman itu difailkan melalui firma guaman, Lee Boon Peng & Co di Mahkamah Tinggi Seremban pada 30 Januari lalu.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook