Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Bantuan bukti kerajaan prihatin

Dikirim oleh Warieh Isnin, 4 Februari 2013


Orang ramai beratur bagi mengambil baucar Bantuan Rakyat 1Malaysia sempena majlis penyampaian bantuan berkenaan di Jelebu, Negeri Sembilan, semalam. - BERNAMA 
 
JELEBU 2 Feb. — Rekod mengenai bantuan kebajikan yang disalurkan terhadap rakyat jelas membuktikan keperihatinan dan hasrat sebenar kerajaan membantu rakyat walaupun menerima pelbagai tohmahan dan kritikan pihak pembangkang.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, perkara itu dibuktikan lagi dengan satu lagi janji yang dikotakan apabila rakyat yang berkelayakan menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi kali kedua.
"Rekod kasih sayang yang dibuktikan oleh kerajaan kita pimpinan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak dan keadaan itu terus menyeluruh di seluruh tanah air.
"Sekali gus juga ekonomi kecil masyarakat dapat dibantu dan mereka terasa ada hubungan dengan kerajaan atas budi kasih sayang dan rekod khidmat ini perlu difahami bersama," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan baucar BR1M 2.0 kepada penerima di kawasan Klawang peringkat Parlimen Jelebu, di sini hari ini.
Katanya, bantuan itu tidak boleh disangsikan kerana benar-benar memberi erti terhadap penerima dan beliau yakin ia akan membantu masyarakat terutama menjelang perayaan Tahun Baharu Cina akan datang.
Rais yang juga Ahli Parlimen Jelebu berkata, jumlah penerima bantuan itu di Negeri Sembilan meningkat sekitar 22 peratus berbanding lebih 180,000 penerima pada tahun lepas.
Katanya, bagi kawasan Parlimen Jelebu, seramai 11,600 orang mendaftar bagi menerima bantuan itu untuk tahun ini.
"Kami sedang melihat trend atau kecenderungan berkenaan orang muda yang belum berkahwin berkenaan bantuan ini kerana terdapat sekitar 30 hingga 35 peratus penduduk Jelebu adalah mereka dari golongan Y," katanya.
Sementara itu, bagi penerima yang kebanyakannya terdiri daripada penerima kali kedua bantuan tersebut, melahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada kerajaan.
Bagi pesara, Shamiruddin Salleh, 57, bantuan tersebut merupakan satu penghargaan kerajaan yang sememangnya peka dan prihatin terhadap kebajikan rakyat yang sedikit sebanyak bantuan itu dapat membantu meringankan beban mereka.
"Terima kasihlah kepada kerajaan, kepada Najib kerana memberi bantuan ini. Memang saya gembira sangatlah dapat RM500 bagi menyara hidup saya dan keluarga," katanya.
Bagi peniaga, Sin Tin How, 85, bantuan itu adalah bukti kasih sayang kerajaan dan ia boleh digunakan untuk menampung keperluan harian bagi mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap sepertinya.
"Datuk Seri Najib bagi bantuan kepada orang susah, bantu untuk bagi mereka senang sikit jadi rakyat pun akan gembira," katanya.
Seorang penjawat awam, N. Kalai Selvi, 33, berkata, bantuan itu amat dialu-alukan bagi membantu mereka berpendapatan rendah sepertinya dan berharap BR1M dapat diteruskan pada masa akan datang.
Pada majlis itu, seramai 614 orang dari kawasan Dewan Undangan Negeri Klawang bagi peringkat pertama, menerima baucar bantuan tersebut.
— BERNAMA

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook