Sokong BN dengan bersyarat
14 Februari 2013
Pengerusi perhimpunan berkenaan, R Thanabalasingam berkata, himpunan aman ini bertujuan memberi isyarat bahawa pengundi India akan memberi sokongan kepada BN jika calon yang bertanding dalam PRU13 adalah anak tempatan.
“Kami akan sokong dan undi BN jika calon yang bertanding adalah Setiausaha BN Bahagian Telok Kemang, Datuk S Sothinathan iaitu anak tempatan dan berpengalaman luas dalam politik.
“Kami mahu wakil rakyat anak tempatan, selain itu kami juga percaya Sothinathan mampu membela nasib rakyat. Apa yang berlaku pada pilihan raya umum (PRU) lalu adalah kesilapan kami dengan mengundi pakatan rakyat (PR),” katanya ketika ditemui pemberita semalam.
Thanabalasingam berkata, semasa PRU lalu, mereka termakan dengan janji-janji palsu PR yang kononnya akan turut membantu jika mereka berhadapan dengan sebarang masalah.
“Kami akui, kami telah termakan janji-janji manis PR dan dalam PRU13 akan memberi sokongan kepada BN.
“Kami mahu calon anak jati Port Dickson dan berpengalaman dalam politik,” katanya.
Sinar Harian difahamkan, kesemua mereka yang menyertai perhimpunan aman ini adalah terdiri daripada penduduk di Bandar Spring Hill dan kawasan Tanah Merah.
Himpunan aman yang dijalankan di ruang stesen bas Port Dickson itu berlangsung hampir 30 minit.
0 Komen