Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Bantu rakyat bukan atas desakan

Dikirim oleh Warieh Jumaat, 15 Mac 2013


SEREMBAN 14 Mac - Segala bantuan serta insentif yang disalurkan kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat bukan dilakukan atas desakan pembangkang sebaliknya merupakan dasar transformasi yang dibentuk bagi memelihara kesejahteraan umum.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pemberian berkenaan merupakan inisiatif kerajaan yang dilakukan menerusi kajian terperinci di bawah usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mentransformasikan dasar termasuk menstruktur semula ekonomi negara.
"Kita mempunyai skim bantuan kepada rakyat yang yang berbentuk subsidi, tetapi subsidi kita merupakan konsep subsidi terbuka.
"Contohnya Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diberi bukan sebab tekanan pembangkang, kita buat atas sebab kajian kita sendiri yang memutuskan bagaimana kita boleh menstrukturkan subsidi sekali gus sampai ke tangan yang sepatutnya," katanya.
Mohamad berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan Bersama Pegawai Yang Ditempatkan di Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan di sini semalam.
Jelasnya, kerajaan melakukan pelbagai inisiatif untuk mentransformasikan dasar dan menstrukturkan ekonomi bukan sahaja melibatkan pembangunan malah dalam bentuk perbelanjaan rakyat.
"Kita belanja hampir RM30 bilion dan kadang-kadang tidak sampai kepada rakyat. Contohnya subsidi minyak turut dinikmati golongan kaya dan tidak dirasai sepenuhnya oleh orang miskin.
"Subsidi ini semua orang dapat, kita tidak boleh berterusan begitu kerana akan membebankan negara," ujarnya.
Sehubungan itu, Mohamad memberitahu, kajian terhadap subsidi itu membolehkan kerajaan menyalurkan pelbagai bantuan dan insentif termasuk membentuk program serta skim yang berupaya membantu rakyat.
"Salah sama sekali jika ada pihak menyatakan segala pemberian kerajaan ini adalah atas desakan pembangkang," katanya.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook