Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


JPJ pulangkan kenderaan sita

Dikirim oleh Warieh Khamis, 14 Mac 2013


HAMIZAH BASIR
14 Mac 2013
JPJ pulangkan kenderaan sita
Saiful Azzri (kiri) bersama pengawainya memeriksa motosikal yang disita di kandang sita Kompleks JPJ negeri, semalam.
SEREMBAN – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri akan melepaskan  841 kenderaan yang disita jabatan itu kepada pemiliknya tanpa sebarang caj.

Pengarahnya, Saiful Azzri Hamzah berkata, kesemua kenderaan itu akan dipulangkan menerusi Program Satu Hari Pelepasan Kenderaan Sita Serentak 1Malaysia peringkat negeri, 20 Mac ini, yang diadakan di Kompleks JPJ negeri dan JPJ cawangan Jempol, bermula kira-kira 9 pagi sehingga 4 petang.

Beliau berkata, pemilik kenderaan yang disita atas pelbagai kesala-han sebelum ini boleh menuntut semula kenderaan masing-masing.

"Pada hari berkenaan, kaunter khas akan dibuka. Orang ramai yang mahu menuntut kenderaan mereka perlu membawa dokumen seperti geran asal, kad pengenalan, lesen memandu, cukai jalan dan daftar perniagaan bagi kenderaan dimiliki syarikat,” katanya.

Menurutnya, program berkenaan juga dapat mengurangkan kepadatan dalam kandang sita JPJ.

“Kita telah menghantar notis pemberitahuan tentang program ini dan berharap mereka dapat beri kerjasama untuk hadir menuntut kenderaan mereka,” katanya pada dalam sidang media di Kompleks JPJ negeri, di sini, semalam.

Sementara itu, Saiful Azzri menjelaskan, tindakan JPJ menyita kenderaan orang ramai bukan untuk merampas, sebaliknya untuk keselamatan pengguna jalan raya.

“Kita menyita bagi memberhentikan kesalahan. Contohnya tiada cukai jalan dan lesen memandu ketika diperiksa.

“Sudah pasti kita akan melepaskan kenderaan kepada pemilik semula sekiranya kesalahan cukai tamat tempoh telah diperbaharui pemilik, dan dia boleh menuntut kenderaan itu tanpa dikenakan sebarang bayaran,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, ramai pemilik enggan mengambil semula kenderaan yang telah disita kerana tidak tahu kenderaan mereka boleh dituntut semula.

“Ada juga enggan membayar cukai jalan dan lesen memandu kerana wujud senarai hitam ataupun kenderaan masih ada hutang atau tuntutan hak milik,”katanya.

Beliau berkata, JPJ memberi tempoh lima bulan kepada pemilik kenderaan sita untuk menuntut kenderaan sebelum proses lucut hak dari mahkamah dan sekiranya gagal, pihaknya akan mendapat lucut hak dari mahkamah seterusnya membuat lelongan.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook