Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Percutian bertukar tragedi

Dikirim oleh Warieh Khamis, 14 Mac 2013


Wartawan Sinar Harian
14 Mac 2013
TELOK KEMANG - Keseronokan sekumpulan pelancong dari negara China bermandi-manda di pantai berhampiran sebuah hotel di Batu 5 Port Dickson terbantut apabila salah seorang daripadanya ditemui mati lemas, semalam.

Ketua Polis Daerah, Superitendan Abd Wahab Harun berkata, mangsa, Zhang Young Uang, 64, ditemui dalam keadaan meniarap (terlungkup) ke dalam air oleh rakan-rakannya kira-kira jam 10 pagi.

“Mangsa melancong ke Port Dickson secara rombongan bersama isterinya, Liu Shuxia, 64, dan 17 rakannya sejak kelmarin dan menginap di Hotel Lexis.

“Pada jam 9 pagi tadi (semalam) mangsa bersama rakan-rakannya menaiki bas ke pantai di belakang sebuah hotel di Batu 5,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Abd Wahab berkata, daripada situ, mangsa bersama isteri dan sembilan rakannya serta pemandu pelancong menaiki bot sewaan dan pergi ke kawasan perairan di Blue Lagoon, Tanjung Tuan.

“Sebaik tiba di sana mereka telah turun daripada bot dan mandi-manda lengkap dengan jaket keselamatan.

“Walau bagaimanapun sekitar jam 10 pagi rakan-rakan mangsa menyedari mangsa tidak bergerak dengan muka tenggelam ke dalam air.

“Usaha menyelamat telah di buat oleh rakan dan pemandu bot dengan membawa segera mangsa ke pantai Batu 8 Telok Kemang.

“Namun mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang dihubungi untuk bantuan kecemasan,” katanya.

Abd Wahab menambah, mangsa kemudiannya di bawa ke Rumah Mayat Hospital Port Dickson untuk dibedah siasat.

“Hasil bedah siasat mendapati paru-paru mangsa telah di masuki air dipercayai lemas.

“Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Walau bagaimanapun siasatan lanjut akan diteruskan untuk mengesan jika berlaku sebarang kelalaian dalam kes ini,” katanya lagi.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook