Beginilah keadaan kereta dan lori
yang terbabit dalam kemalangan di Jalan Besar Felda Palong Satu, Jempol,
Negeri Sembilan, semalam.
Mereka yang terbunuh ialah Muhammad Danish Farhan (gambar) dan bapanya, Nor Shahrizan Nordin, 32.
Muhammad Danish Farhan meninggal dunia semasa dikejarkan ke Klinik Kesihatan Gemas sementara Nor Shahrizan pula ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah dekat sini, pukul 2.45 pagi ini.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Hamzah Alias berkata, kemalangan berlaku pukul 8.15 malam semasa kedua-dua mangsa dan ahli keluarga yang lain dalam perjalanan dari Pasir Besar ke rumah mereka di Felda Palong Lapan dengan menaiki kereta Proton Wira Aeroback.
0 Komen