Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Polis perhebat gempur pusat judi

Dikirim oleh Warieh Isnin, 11 Mac 2013


SEREMBAN 10 Mac - Usaha pihak berkuasa untuk membanteras kegiatan perjudian siber di daerah ini akan terus diperhebatkan dan mereka yang terlibat dalam aktiviti haram itu diminta menghentikannya atau berdepan dengan tindakan.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin menjelaskan, pihaknya memandang serius aktiviti haram yang masih dijalankan di sekitar bandar ini dan tindakan segera akan dilakukan sekiranya masih ada pihak yang ingkar dengan undang-undang.
Beliau berkata, beberapa lokasi telah pun dikenal pasti dan pihaknya akan menjalankan kerjasama dengan pihak berkuasa lain untuk menjalankan operasi.
"Kita telah bekerjasama beberapa agensi termasuklah Telekom Malaysia (TM), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS)," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook