Mohamad Hasan bergambar bersama
sebahagian guru selepas Majlis Penyerahan Saguhati Bagi Guru-Guru Kelas
Agama Fardu Ain Negeri Sembilan di Klana Resort, Seremban, semalam.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan menjelaskan, generasi masa kini memerlukan bimbingan dan perlu diberi penerapan dengan pemikiran yang terbuka dalam mengharungi dunia yang kini semakin kompleks.
Sehubungan itu katanya, profesion perguruan dilihat amat penting dalam kehidupan masyarakat apatah lagi merekalah yang paling hampir dengan anak-anak selain daripada ibu bapa.
''Kita tidak mahu warga pendidik menjadi makhluk perosak seperti langau tetapi sebaliknya guru perlu menjadi garam yang dapat memperbaiki keadaan.
0 Komen