Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Bumbung rumah diterbangkan angin

Dikirim oleh Warieh Selasa, 26 Mac 2013


Wartawan Sinar Harian
26 Mac 2013
Bumbung rumah diterbangkan angin
Suraidah bersama suami (kiri), anaknya (kanan) dan Ahli Majlis Daerah Tampin menunjukkan bumbung rumahnya yang diterbangkan angin di Taman Sentosa, semalam.
GEMAS - “Makcik tinjau hadapan rumah bila terdengar pokok tumbang, namun sebaik makcik berpusing ke belakang, makcik dapati sebahagian bumbung rumah sudah diterbangkan angin,” luah Suraidah Tawal, 56, ketika ditemui di kediamannya di Taman Sentosa, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 7.20 petang itu, hujan lebat dan angin luar biasa mengakibatkan 42 kediaman iaitu Taman Sentosa, 28 rumah; Taman Desa Permai Gemas (6) dan Pasir Besar (3) termasuk Surau Taman Sentosa terjejas.

Suraidah berkata, ketika kejadian dia sedang membaca surat khabar sementara suaminya, Mohd Lamsah Tawal, 72, sedang menunggu untuk pergi bekerja sebagai pengawal keselamatan di Pekan Gemas.

“Mujur suami makcik belum pergi kerja lagi. Selepas itu, kami bergegas menutup perabot di dalam rumah namun kudrat kami tidak mampu menyelamatkan barangan dan banyak perabot rosak.

“Sepanjang makcik menetap di sini sejak 26 tahun lalu, kejadian seumpama ini sudah dua kali berlaku. Bagaimanapun, kejadian terbaru adalah yang terburuk pernah kami alami,” katanya.

Susulan bencana itu, Setiausaha Barisan Nasional Bahagian Tampin, Hanafi Deris hadir bagi menyampaikan sumbangan Parlimen Tampin.

Sementara itu, Rohani Ahmad, 56, dari Taman Desa Permai Gemas berkata, kepulangan mereka sekeluarga dari Bangi, Selangor kira-kira jam 7.40 malam semalam, disambut dengan hujan lebat dan air memenuhi ruangan rumah.

“Sebaik membuka pintu rumah, makcik lihat air sudah memenuhi rumah dan ini adalah kejadian ribut paling buruk pernah makcik alami," katanya.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook