Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Guru dinasihat tak salah guna keistimewaan dalam PRU-13

Dikirim oleh Warieh Jumaat, 1 Mac 2013


REMBAU 28 Feb. - Guru yang mahu terlibat dalam politik atau berkempen dalam pilihan raya umum akan datang dinasihatkan tidak menyalahgunakan keistimewaan itu dengan melakukannya di kawasan sekolah atau sewaktu menjalankan tugas sebagai pendidik.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata mereka juga diminta mendapatkan kebenaran terlebih dahulu dengan membuat permohonan daripada pihak kementerian.
"Kerajaan sudah benarkan, tapi mereka kena mohon kebenaran daripada kementerian seperti yang diumumkan Perdana Menteri. Jadi kalau mahu berpolitik mohon kebenaran dan isi borang. Mereka tidak perlu takut kerana dasar kita amat terbuka.
"Tapi kita tidak benar politik di kawasan sekolah dan mereka tidak boleh menggunakan sekolah mendidik pelajar membenci kerajaan. Kita mahu mendidik anak-anak kita dengan pendidikan yang murni maka tidak perlulah kita tanamkan dengan unsur-unsur kebencian di sekolah," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Jabatan Pelajaran Daerah Rembau, di sini hari ini.
Katanya, bagaimanapun sebarang permohonan bergantung kepada kelulusan kementerian dan mereka boleh dikenakan tindakan seperti amaran, gantung tugas dan gaji, jika melibatkan diri dalam politik setelah permohonan mereka ditolak. -
- BERNAMA

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook