Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Ibu bapa saya lebih penting'

Dikirim oleh Warieh Ahad, 3 Mac 2013



Wartawan Sinar Harian
1 Mac 2013
'Ibu bapa saya lebih penting'
Ismail memberi bantuan berupa wang tunai dan kerusi roda kepada Ibrahim.
JOHOL – Demi menjaga dua ibu bapanya yang uzur, seorang anak bongsu dari lapan beradik, di sini sanggup mengetepikan cita-citanya untuk melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi Awam.

Zulilahi Ibrahim, 21, berkata, tiada perkara yang lebih penting selain menjaga kedua-dua ibu bapanya.

“Pada awalnya memang agak terkilan kerana tidak berpeluang untuk menyambung pelajaran ke Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) mengambil jurusan perniagaan pada 2011. Namun kini saya tidak kisah, kerana ibu bapa saya lebih penting memandangkan abang dan kakak sudah berkeluarga.

“Jadi saya perlu berkorban terutama apabila kesihatan bapa tidak begitu memuaskan selepas diserang penyakit strok sejak lima tahun lalu,” katanya yang tinggal di Kampung Inas.
Menurutnya, sebelum ini, kesihatan ayah baik sahaja, tetapi lama-kelamaan semakin teruk hingga tidak boleh berjalan.

"Dulu ayah boleh memandu kereta tetapi kini perlu menggunakan kerusi roda bagi memudahkan pergerakannya.

“Manakala ibu, Timah Kamis, 67, tidak menghidapi sebarang penyakit cuma sakit tua sahaja,” katanya yang bekerja kampung.

Sementara itu, Ibrahim Sair, 74, berkata, dia serang penyakit strok dari paras pinggang hingga ke bawah.

“Penyakit ini menyerang secara perlahan-lahan, tanpa disedari saya tidak boleh berjalan dan memandu kereta.

"Alhamdulillah, saya masih mampu bercakap tapi agak sedih juga kerana tidak boleh melakukan kerja," katanya yang merupakan bekas tentera.

Katanya, terima kasih diucapkan kepada pihak yang menghulurkan bantuan kerusi roda ini.

Terdahulu, Pengarah Pilihan Raya Parlimen Kuala Pilah, Datuk Ismail Lasim, menyampaikan bantuan kerusi roda kepada Ibrahim dan 20 penerima lain di Pusat Daerah Mengundi Inas.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook