sd
Tergantung di palang kipas
1 Mac 2013
Dalam kejadian kira-kira 7.30 pagi itu, M Mohan, 27, yang datang ke rumah berkenaan terkejut sebaik membuka pintu bilik dan mendapati abangnya, M Veloo, 31, tergantung dengan kain selimut.
Mohan berkata, kali terakhir dia menemui abangnya itu dua hari lalu dan dia sempat mengajak abangnya membawa ibu mereka, M Ponavan, 54, yang sakit strok menjalani pemeriksaan kesihatan.
"Ini kali pertama saya mengajaknya memandangkan abang sudah sebulan berhenti kerja sebagai pemandu lori. Malah, abang juga kini sedang berusaha mencari pekerjaan lain.
“Saya tidak tahu abang berhadapan dengan masalah kerana dia tidak pernah bercerita dengan saya, malah sikap abang juga tidak menunjukkan dia sedang berhadapan dengan masalah besar,” katanya ketika ditemui di perkarangan bilik mayat Hospital Tampin (HT), dekat sini, semalam.
Menurutnya, abangnya itu adalah anak keempat daripada enam adik beradik dan tinggal bersama-sama kakaknya sementara dia pula tinggal bersama ibunya di kawasan taman perumahan sama.
“Kami jarang berjumpa, malah kakak juga tidak menyedari apa yang berlaku kepada abang," katanya.
Sementara itu, Jurucakap Polis berkata, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
"Mangsa disahkan mati di lokasi penemuan dan mayat dihantar ke HT untuk proses bedah siasat," katanya.
f
0 Komen