Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Jurutera bakar diri sendiri

Dikirim oleh Warieh Ahad, 3 Mac 2013

Jurutera bakar diri sendiri
SARINAH MAT KASIM
1 Mac 2013
Jurutera bakar diri sendiri
Mangsa yang kelihatan rentung di bahagian kerusi belakang.
JELEBU – Akibat tidak tahan berhadapan dengan tekanan hidup, seorang jurutera yang dipercayai mempunyai masalah mental bertindak membakar dirinya sendiri di dalam kereta miliknya di Taman Bukit Kempas, Titi, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, mangsa, Chai Meow Cheong, 60, ditemui mati dalam keadaan rentung di dalam kereta Toyota Camry yang dipercayai dibakarnya sendiri.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Superintendan Setapa Yusof berkata, kejadian disedari oleh jiran mangsa yang ternampak kepulan asap hitam di dalam kereta tersebut yang terletak di bahagian depan rumah berkenaan.

Katanya, mangsa yang tinggal seorang diri itu, dipercayai mengalami tekanan dengan masalah hidup selain menghidapi sakit mental berikutan kad pesakit mental ditemui dalam rumahnya.

“Setibanya di lokasi kejadian, mangsa yang duduk di bahagian kerusi belakang dan keretanya didapati telah musnah terbakar 100 peratus.

“Siasatan awal mendapati mangsa mengalami tekanan perasaan sehingga menyebabkan dia sanggup membakar diri dan keretanya.

“Namun sehingga kini kita masih lagi mencari punca bagaimana kereta tersebut boleh terbakar sehingga menyebabkan mangsa rentung seluruhnya,” katanya.

Setapa berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sementara itu, adik kepada mangsa yang enggan dikenali memberitahu, kali terakhir dia berjumpa dengan abangnya adalah pada 12 Februari lalu, iaitu dua hari selepas Tahun Baru Cina.

Katanya, pada waktu itu, abangnya kelihatan seperti biasa dan tidak pernah menceritakan sebarang  masalah yang dihadapi.

“Sejak abang saya bercerai dengan isterinya beberapa tahun lalu, dia hanya tinggal seorang diri berikutan dua orang anaknya juga tinggal bersama bekas isterinya di ibu negara.

“Tiada sebarang perubahan yang ditunjukkan pada pertemuan makan malam bersama keluarga lalu, sehinggalah kami mendapat berita tentang kematiannya tengah hari tadi (semalam).

“Berita yang kami terima ini sangat mengejutkan kerana mangsa adalah seorang abang yang baik dan peramah dengan semua orang,” katanya.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook