24 Mac 2013
Dalam kejadian kira-kira 11.15 pagi itu, penduduk taman berkenaan gempar apabila salah satu rumah di situ mula mengeluarkan asap tebal, sebelum terbakar secara tiba-tiba.
Ketua Operasi, A Gunaselan berkata, dua jentera bomba membabitkan 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rahang dikejarkan ke tempat kejadian.
"Sejurus tiba, kita dapati api sedang marak dan mengambil masa lebih kurang 10 minit untuk dipadamkan.
“Kita berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah berhampiran, bagaimanapun segala barangan kelengkapan kediaman terbabit hangus dijilat api,” katanya semasa ditemui pemberita di lokasi kejadian, semalam.
Gunaselan berkata, punca kejadian dan jumlah kerugian belum dapat dipastikan berikutan masih dalam siasatan.
0 Komen