Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Susulan kemalangan: Keluarga rahsia kematian

Dikirim oleh Warieh Selasa, 12 Mac 2013


Wartawan Sinar Harian
12 Mac 2013
Bayi tujuh bulan, bapa maut
Keadaan kereta mangsa yang remuk di bahagian depan dan lori satu tan yang turut mengalami kerosakan.
JEMPOL - Keluarga terdekat bayi lelaki berusia tujuh bulan dan bapanya yang maut Sabtu lalu, terpaksa merahsiakan kematian mangsa kepada empat ahli keluarga yang terlibat dalam kemalangan tersebut buat sementara waktu.

Sinar Harian difahamkan, keputusan itu diambil setelah berbincang dengan doktor yang merawat mereka selain mahu semua mangsa benar-benar sembuh berikutan bimbang jika keadaan mereka bertambah parah apabila mengetahui kejadian tersebut.

Ibu saudara bayi berkenaan, Intan Suzana Nordin 34, berkata, dia bersyukur berikutan empat ahli keluarganya itu dalam keadaan stabil.

Menurutnya, bayi berkenaan, Muhammad Danish Farhan Nor Shahrizan dan bapanya, Nor Shahrizan Nordin, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad lebih kurang jam 4 petang kelmarin, di Tanah Perkuburan Islam Felda Palong Lapan.

“Empat ahli keluarga yang cedera sudah sedar dan kerap bertanyakan antara mereka, tetapi kami mengatakan semuanya sedang dirawat di beberapa hospital lain. Ibu saya, Sawiyah Tompang, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Segamat, malam semalam, apabila mengalami masalah pernafasan, kini keadaannya beransur pulih.

“Ayah, Nordin Sidek, pula masih dirawat di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban. Syukur ayah mula berbual namun sering bertanyakan cucunya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Dalam pada itu, Intan Suzana memaklumkan, adik iparnya Noraini Atan, dan anak saudaranya, Muhammad Danish Irfan, yang kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Segamat bakal dipindahkan ke Hospital Muar, Johor.

Jelasnya, akibat kemalangan tersebut Muhammad Danish Irfan mengalami kecederaan di muka.

“Mulutnya terkoyak manakala mata turut terluka. Saya difahamkan ada doktor pakar mata di Hospital Muar dan dia akan dipindahkan ke sana.
“Manakala, Noraini dipindahkan ke hospital sama agar dia dapat bersama anaknya. Dia turut cedera di muka dan tangan selain kaki kanannya patah,” katanya.
Akhbar ini semalam, melaporkan sebuah keluarga terbabit nahas dekat Jalan Besar Felda Palong Satu, Sabtu lalu, akibat dirempuh lori yang hilang kawalan sehingga menyebabkan seorang bayi berbersama bapanya maut.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook