Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Warga emas usah terpedaya

Dikirim oleh Warieh Selasa, 12 Mac 2013


Wartawan Sinar Harian
12 Mac 2013
JEMPOL - Orang ramai khasnya warga emas dinasihatkan agar tidak mudah terpedaya dengan tawaran pihak atau individu tidak dikenali yang datang ke rumah bagi mengelakkan kejadian penipuan atau jenayah lain.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hamzah Alias berkata, dalam insiden seumpama ini, penjenayah sanggup menyamar dan sering mensasarkan warga emas atau orang kampung untuk mendapatkan apa sahaja yang dihajati.

“Sekiranya mereka mendakwa mewakili mana-mana badan atau agensi kerajaan, minta mereka buktikan atau tunjukkan kad pengenalan berkaitan bagi memastikan mereka benar-benar daripada agensi atau badan yang dinyatakan.

“Jika ragu-ragu, segera laporkan insiden berkenaan kepada polis atau datang ke balai berhampiran agar kita (polis) boleh jalankan tindakan susulan.

“Orang ramai juga dialu-alukan menyalurkan maklumat berkaitan atau aktiviti mencurigakan kepada pihak polis untuk sama-sama mengurangkan kadar jenayah,” katanya kepada Sinar Harian di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol.

Hamzah berkata, beliau mengakui orang ramai adalah mata dan telinga polis yang sememangnya diperlukan bagi memastikan kawasan sekitar lebih selamat daripada sebarang kegiatan jenayah.

Jelasnya, pada masa sama, pihaknya juga komited dalam memerangi jenayah selain mendapat kerjasama daripada pihak berkuasa tempatan (PBT), dan agensi kerajaan.

“Manakala, pantauan dari masa ke semasa turut dijalankan anggota di sekitar daerah ini termasuklah di kawasan taman perumahan,” katanya.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook