Karnival dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan yang bermula kelmarin dan berakhir hari ini dilihat satu lagi kejayaan kerajaan dalam menganjurkan aktiviti yang penuh pengisian terhadap golongan belia.
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hasan Malek berkata, maklum balas pengunjung menunjukkan program itu memenuhi aspirasi golongan belia di negara ini.
Katanya, penganjuran program seperti itu menunjukkan kerajaan tahu dan sentiasa mengikuti perkembangan golongan belia di negara ini supaya setiap program memberi impak yang positif.
"Program seperti ini membuka peluang kepada golongan belia dan orang muda menunjukkan bakat mereka malah kita memberi peluang kepada mereka melontarkan idea serta pandangan mengenai pelbagai isu semasa.
"Saya mengucapkan tahniah kepada Jabatan Belia dan Sukan dan Astro kerana sekali lagi berjaya menganjurkan program yang memberi manfaat kepada golongan belia," katanya selepas merasmikan program berkenaan di sini semalam.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Baharudin Jali berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang sentiasa memberi sokongan kepada pihaknya dalam membangunkan sahsiah golongan belia.
"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dengan program ini secara langsung atau tidak terutama sekali golongan belia kerana hadir memeriahkan setiap program.
"Saya yakin kerajaan sedia ada akan terus prihatin dan sentiasa memahami golongan belia. Saya berharap golongan belia tidak silap memilih pemimpin dan jangan menggadaikan masa depan mereka," ujarnya.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130415/dn_15/Lebih-20000-kunjungi-karnival-belia-di-NS#ixzz2QbxEmKWu
© Utusan Melayu (M) Bhd


Good day! This is my first comment here so I just wanted to give a quick shout out
and tell you I truly enjoy reading through your blog posts.
Can you suggest any other blogs/websites/forums
that cover the same subjects? Thank you!
Check out my site ... ryge væsker