Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


'Kami sekeluarga dimalukan'

Dikirim oleh Warieh Isnin, 10 Jun 2013


SYAIRAH ABD LAJIS
10 Jun 2013
'Kami sekeluarga dimalukan'
Abdul Hamid dan Norizan menunjukkan surat perjanjian serta resit pembayaran yang telah dibuat.
JOHOL – Sepasang suami isteri mendakwa malu apabila katering yang ditempah untuk menyediakan hidangan pada majlis perkahwinan anaknya, kelmarin tidak muncul hingga saat akhir.

Abdul Hamid Alias, 56, dan isterinya, Norizan Harun, 55, dari Rumah Rakyat Air Mawang, dekat sini juga hampir menemui jalan buntu apabila syarikat katering yang berpusat di Padang Temu, Melaka itu gagal menyediakan perkhidmatan dijanjikan.

Menurut Abdul Hamid, dia membuat tempahan secara pakej berjumlah RM17,000 pada awal tahun ini dengan syarikat katering berkenaan malibatkan makanan dan minuman, khemah serta kerusi meja untuk 2,000 tetamu sempena majlis perkahwinan anak lelakinya, Mohamad Haziz dan pasangan, Noraini Salamun.

"Sebaik saja bersetuju, saya membayar pendahuluan sebanyak RM7,000. Mengikut perjanjian, khemah akan didirikan dua hari sebelum majlis, iaitu pada Khamis lalu. Tapi sampai jam 6 petang, mereka masih tidak muncul," katanya.

Menurutnya, dia kemudian menghubungi pihak katering terbabit beberapa kali, namun panggilan tidak berjawab.

"Saya bimbang dan menghubungi seorang kenalan di Muar untuk pergi ke rumah pengurus katering itu di Melaka. Malangnya, tiada sesiapa pun di rumah itu.

"Jumaat lalu, saya sekali lagi menghubungi mereka tetapi talian telefon dimatikan," katanya.

Menurutnya, kerana kesuntukan masa dan tidak mahu ambil risiko, dia membuat keputusan bersama keluarga, sahabat dan jiran untuk bergotong-royong memasak serta mendirikan khemah sendiri, Jumaat lalu.

Bagaimanapun, katanya, ketika semua sedang sibuk menyediakan persiapan majlis berkenaan kira-kira 1.30 pagi Sabtu lalu, pihak katering berkenaan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepadanya.

"Dalam SMS itu, dia minta maaf kerana ada masalah tidak dapat dielakkan dan akan memulangkan wang RM7,000 itu secepat mungkin," katanya.

Menurut Abdul Hamid, walaupun mendapat penjelasan dari pihak katering, namun ia bukan satu jawapan memuaskan.

"Saya anggap perbuatan mereka tidak munasabah. Ini satu penipuan, memalukan kami sekeluarga. Jika mereka jujur, kenapa tidak beritahu lebih awal. Kenapa tidak mengangkat telefon apabila kami hubungi?," katanya.

Berikutan itu, Abdul Hamid meminta pihak katering berkenaan bukan saja memulangkan RM7,000 itu, sebaliknya bayaran ganti rugi sebanyak RM5,000.

“Saya beri tempoh sehingga Khamis ini, jam 2.30 petang bagi dia memulangkan wang. Sekiranya gagal berbuat demikian, saya tidak teragak-agak membuat laporan polis sebelum tindakan undang-undang diambil," katanya.

Sementara itu, Sinar Harian cuba menghubungi pihak katering terbabit untuk mendapatkan maklum balas, bagaimanapun talian telefonnya dimatikan.

1 Responses to 'Kami sekeluarga dimalukan'

  1. Memang tak patut.....kalau tak bulih boritau lah copek2 orang bulih cari nang lain....kalau tak pun ketiarkanlah caterer yg lain supa tuanumah tak dimalukan

     

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook