Jelebu: “Semuanya seperti tiada kesudahan dan sehingga kini kepala
Noratikah sudah dibedah lima kali sejak 2011 dan terbaru pada 5 dan 14
April lalu. Dia juga sudah menjalani puluhan rawatan radioterapi dan
kimoterapi. Selepas ini tak tahu apa yang terpaksa dilakukan ke atas
anak saya lagi.”
Begitu kata Suraya Mohd Samsi, 32, yang pasrah menjaga anak
perempuannya, Noratikah Mohd Shafie, 14, yang menghidap barah otak sejak
tiga tahun lalu ketika ditemui di Hospital Jelebu, di sini, semalam.
Menurut Suraya, Noratikah sebelum ini seorang periang dan
menjalani kehidupan seperti kanak-kanak normal lain, namun kini anaknya
terlantar di hospital dan semua pergerakan memerlukan bantuan.
Katanya, penyakit anaknya mula dikesan ketika berusia 11 tahun apabila Noratikah mengadu sakit kepala selain mata kabur dan kerap muntah.
Katanya, penyakit anaknya mula dikesan ketika berusia 11 tahun apabila Noratikah mengadu sakit kepala selain mata kabur dan kerap muntah.
NORATIKAH terlantar di hospital menjalani rawatan sejak 2011.
“Noratikah dibawa untuk rawatan di Hospital Jelebu dan doktor mengesahkan dia menghidap sawan dan perlu dirawat doktor pakar di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.
Beginilah nasib kalau sudah terkena penyakit..beringatlah kita sebelum kena!!!