Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2




Sekolah Tinggi Islam As-Sofa, Senawang menjadi lambang perkembangan agama Islam terus subur di Negeri Sembilan.
SEREMBAN 10 Jun - Kumpulan Pendidikan As-Sofa terus memperkasakan pendidikan berteraskan al-Quran dan sunah dalam negara ini melalui pembukaan sebuah lagi sekolahnya di Senawang, dekat sini malam tadi.
Pembukaan sekolah terbaharu itu menjadikan ia sebagai sekolah swasta yang bukan sahaja memberikan perhatian dalam subjek teras Kementerian Pendidikan, tetapi turut meletakkan aspek Islamiyah dalam keutamaan pendidikannya.
Pengerusinya, Al Musnid Datuk Syeikh Muhammad Fuad Kamaludin Al Maliki As Sanusi berkata, sekolah ini menjadi kebanggaan Ahli Sunnah Wal Jamaah serta seluruh umat Islam kerana ia merupakan pusat pengembangan ilmu yang bukan sahaja kepada pelajar sekolah, tetapi juga golongan dewasa.
''Kita membuka satu lagi cawangan Sekolah Tinggi Islam As-Sofa (STIAS) di Senawang ini dan kemasukan pelajar akan dibuat secara berperingkat, selain disediakan kawasan asrama dan padang permainan untuk kemudahan mereka," katanya.
Beliau menjelaskan demikian dalam ucapan semasa Majlis Perasmian Sekolah Tinggi Islam As-Sofa Senawang dan pusat pengajian Fatimah As'Syifa' di Senawang, malam tadi.
Sekolah berkenaan dirasmikan oleh tokoh ulama, Al Musnid Sayyid Nu'man Al Arabi As Sanusi dan Al Musnid Dr. Sayyid Nafi' Al Arabi As Sanusi dan turut dihadiri Ketua Hakim Syarie Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Syukor Sabudin.
Syeikh Muhammad Fuad yang juga Ahli Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dan Ahli Majlis Fatwa Negeri Sembilan berkata, semua pelajar Kumpulan Pendidikan As-Sofa ini akan diberikan didikan ilmu melalui pengajaran dalam bilik darjah, mahupun dalam dewan kuliah yang besar, di mana boleh menempatkan lebih 2,000 pengunjung dalam satu majlis.
Kata beliau, setiap pelajar dalam kumpulan ini wajib menghafal dan memahami isi kandungan al-Quran, selain mampu menguasai pelbagai kitab hadis dan kitab muktabar yang lain.
''Kita mahu pelajar yang lahir dari institusi ini kuat didikan agamanya dan dapat menyebar luaskan dakwah Islamiyyah dalam acuan yang betul mengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah," tegas beliau.
Sementara itu kata beliau, ketika ini terdapat lebih 1,500 pelajar dalam Kumpulan Pendidikan As-Sofa dan bilangan tersebut akan bertambah dua kali ganda selepas STIAS Senawang beroperasi secara berasrama penuh dan harian dalam waktu terdekat, selain kemasukan baru pelajar di Kolej Islam As-Sofa, Ampang, Selangor.
Dalam pada itu, Dr. Sayyid Nafi' dalam ucapannya berkata, pelajar hendaklah memberikan kesungguhan dalam mempelajari setiap ilmu yang disampaikan oleh guru, serta menghafal al-Quran dan hadis Nabi Muhammad SAW.
''Jangan kita mengambil ilmu sambil lewa. Ilmu yang diterima itu hendaklah dimanfaatkan bukan hanya untuk diri sendiri tetapi umat. Kita perlu ikhlas dalam mempelajari ilmu," kata beliau.

1 Responses to STIAS terus memperkasa pendidikan berteraskan al-Quran dan sunah

  1. Tanpa Nama Says:
  2. tahniah...smg dpt mengangkat darjat ilmu ke prgkat lbh tinggi d klgn ank2 muda

     

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook

    Liga Perdana (Hobin Jang Hobin)

    Standings provided by whatsthescore.com