Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2





JEMPOL - Jalan pintas menghala ke Gemas dan Bandar Seri Jempol yang akan dibuka kepada pengguna jalan raya penghujung tahun ini akan dipastikan bebas daripada aktiviti lumba haram.

Laluan dua hala sepanjang 3.2 kilometer itu dibina dua lorong dengan kos RM50 juta.

Adun Jeram Padang, Datuk L Manickam berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan polis dalam memastikan aktiviti itu tidak berlaku di laluan berkenaan.

Menurutnya, IOI Properties yang bertanggungjawab membina laluan berkenaan turut membina lima tangki air berkapasiti 2.6 juta gelen air untuk kemudahan penduduk di Bandar IOI.

“Ia membabitkan kawasan berhampiran dengan kos hampir RM10 juta. Mereka (IOI properties) juga menyediakan tanah seluas 4.45 hektar bagi pembinaan sekolah wawasan.

“Perancangan pembangunan Bandar IOI  mengikut tiga fasa yang dijangka siap sepenuhnya pada penghujung 2019 nanti,” katanya.

Manickam berkata, projek itu satu-satunya pembangunan secara bersepadu yang menempatkan pelbagai kemudahan antaranya pasar raya, dewan, masjid, kawasan industri, taman perumahan dan tempat riadah dalam satu kawasan pembangunan seluas 202 hektar di Jempol.

Terdahulu, Manickam sempat melawat lokasi bandar IOI yang turut dihadiri, Jurutera Awam Jabatan Kerja Raya Daerah Jempol, Kasman Genda.

Sementara itu, Pengarah Jutawan Development Sdn Bhd, anak syarikat IOI Properties, Tan Keng Seng berkata, projek jalan pintas berkenaan merupakan sebahagian tanggungjawab sosial buat kemudahan penduduk.

“Kita tidak mengambil kisah jumlah yang diperuntukkan bagi pembinaan jalan yang turut dilengkapi dengan lampu jalan seluas 14. 2 hektar itu.

“Pembinaan jalan itu nanti seterusnya dapat mengatasi kesesakan yang sering berlaku di persimpangan lampu isyarat Jalan Bahau-Kemayan dan jalan berkenaan boleh dilalui oleh kenderaan berat,” katanya.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook

    Liga Perdana (Hobin Jang Hobin)

    Standings provided by whatsthescore.com