Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Taman tema mini di Uptown Paroi

Dikirim oleh Warieh Selasa, 12 Mei 2015






SEREMBAN - Apabila bercerita mengenai Pedas, pasti orang akan terbayang tempat mandi dan kolam air panasnya yang sangat popular di daerah Rembau.

Namun kini, di Seremban terdapat satu lagi daya tarikan baharu yang boleh menggamit hati pengunjung untuk ke Uptown Paroi.

Buat julung kalinya, Taman Tema Air Mini yang berkonsepkan komuniti dibuka khas untuk penduduk di sekitar daerah Seremban dan sekitarnya.

Taman tema air yang terletak di Uptown Paroi itu, baru sahaja beroperasi dua bulan lalu, namun telah berjaya menarik hampir 5,000 pengunjung  datang untuk bersantai dan bermandi-manda.

Kolam yang mempunyai keluasan seluas satu hektar itu, mampu memuatkan kira-kira 300 pengunjung dalam satu masa.

Di sini, terdapat dua kolam utama, dan sebuah tempat permainan kering yang berasaskan belon angin.

Antara permainan kolam yang ada, gelongsor angin gergasi, sampan, tempat permainan kanak-kanak berusia 3 tahun ke atas, dan pelbagai lagi.

Taman tema yang dikelolakan oleh Golden Sky Event And Management itu dianggap sesuatu yang baharu dan menarik apabila menyediakan konsep komuniti yang memberi peluang kepada semua golongan masyarakat untuk merasa mandi di kolam air mini.

Menurut Pengarah Urusannya, Abd Rahim Shah Ahmad Nurdin, pada kebiasaannya harga tiket untuk memasuki taman tema air ini mencecah ke RM30 seorang, tetapi dengan berkonsepkan kemasyarakatan, pihaknya hanya menawarkan dengan harga promosi serendah RM10 sahaja, tanpa had, bagi semua peringkat umur.
Katanya, pengunjung boleh bermain dan duduk dalam kawasan taman tema ini selama mana yang mereka mahu, dan boleh keluar masuk sesuka hati dalam masa satu hari.

“Sejak taman tema air ini dibuka pada 1 Mac lalu, kita menerima respons sangat baik dan di luar jangkaan daripada penduduk setempat.

“Malah, ada juga pengunjung yang datang dari Melaka dan Selangor, yang bercuti ke Seremban singgah ke Uptown Paroi ini semata-mata untuk membawa anak mereka mandi-manda di taman kita.

“Bukan sahaja disebabkan harganya yang murah, namun tahap keselamatan dan kebersihan juga sangat dititik beratkan,” katanya kepada Sinar Harian semasa membuat pemeriksaan dan tinjauan keadaan taman tema itu bersama Pengarah Urusan Bersama, Mohd Izham Ruslan.

Beliau berkata, setiap dua hari sekali, pihaknya akan melantik pakar air kolam bagi menguji tahap kebersihan air, agar ia bebas daripada sebarang jangkitan.

Menurutnya, kebersihan air kolam sangat penting bagi memastikan air yang disalurkan dalam kolam tidak tercemar dan sentiasa bersih.

Dari segi keselamatan pula, pihak penganjur menyediakan empat baywatch terlatih yang akan mengawal keselamatan para pengunjung.

Walaupun, air kolam ini hanya setinggi 1.5 ke dua meter sahaja, namun keselamatan pengunjung terutama kanak-kanak yang bermain di situ terjamin dan perlu diutamakan.

Kolam berkenaan dibuka setiap hari pada jam 4 petang sehingga 12 tengah malam, kecuali Sabtu dan Ahad akan dibuka awal pada jam 11 pagi sehingga lewat tengah malam.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook