PUTRAJAYA - Meskipun
mempertaruhkan calon Perdana Menteri kelapan di Parlimen Port Dickson, laluan
PH untuk mengembalikan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Parlimen tidak semudah
disangka.
Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, ini
kerana sebahagian besar penduduk kawasan peranginan itu didiami pasukan
tentera.
"Kawasan itu ramai anggota tentera. Isunya adakah mereka akan mengundi PH
setelah biasa mengundi BN?" katanya.
Beliau juga mengakui, Port Dickson yang terkenal dengan jolokan
Bandar Tentera Diraja itu juga tidak sinonim dengan Anwar.
"Kawasan PD bukan sinonim dengan Anwar," katanya.
Selain itu, menurutnya, PH juga perlu memikirkan strategi
terbaik bagi menangani calon pembangkang.
"Ini adalah antara cabaran yang perlu kita hadapi dalam PRK
kali ini," katanya dalam temubual eksklusif bersama Sinar Harian hari ini.
Shamsul Iskandar yang juga Timbalan Menteri Industri Utama
berkata, bagi menempuh cabaran tersebut, Harapan perlu menggerakkan jentera
untuk meyakinkan rakyat.
"Kita perlu meyakinkan mereka bahawa Harapan meletakkan
calon perdana menteri di kawasan mereka," katanya.
0 Komen