TAMPIN - Gara-gara mengelak
haiwan melintas, seorang penunggang motosikal maut apabila kenderaan yang
ditungangginya terlibat dalam kemalangan di Felda Jelai, Bukit Rokan, Gemas
dekat sini, tadi.
Dalam kejadian, jam 7.20 pagi itu, mangsa, Mohd Nizam Sulaiman,
37, maut di tempat kejadian apabila mengalami kecederaan parah di bahagian
kepala dan anggota badan.
Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Ramli Kasa berkata, siasatan awal
mendapati mangsa maut disebabkan kecederaan parah di bahagian kepala.
Katanya, semasa kejadian cuaca baik dan bentuk jalan juga adalah
lurus dua hala.
"Kejadian ini dipercayai berlaku semasa motosikal dinaiki
mangsa seorang diri dari arah Bukit Rokan Jelai menghala ke Pasir Besar,
dipercayai mengelak haiwan liar melintas lalu terbabas ke kanan jalan dan
terjatuh ke atas jalan.
"Akibat daripada kemalangan ini mangsa cedera parah
dikepala dan telah meninggal dunia ditempat kejadian," katanya.
Tambahnya, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Forensik Hospital
Tampin untuk di bedah siasat.
Kes disiasat dibawah Sek 41(1) Akta Penganggkutan Jalan
1987.
Siasatan lanjut masih diteruskan.
0 Komen