Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2



Alves hampa Negeri Sembilan terus merudum

Dikirim oleh Warieh Isnin, 21 Januari 2013

SEREMBAN - Jurulatih Negeri Sembilan, Divaldo Alves hampa dengan prestasi skuadnya yang masih gagal mencatat kemenangan dalam Liga Super apabila hanya raih satu mata daripada empat perlawanan setakat ini.
Skuad Rusa hanya mencatat satu seri dan tiga kekalahan dengan terbaru anak buahnya terkulai di gelanggang keramat Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi 0-1 kepada Perak, kelmarin.
Berbekalkan satu mata, skuad Hoben Jang Hoben kini menduduki tangga tercorot bersama dua lagi pasukan Terengganu dan T-Team.
Alves yang ditemui pemberita menjelaskan, para pemain sepatutnya perlu bangkit dengan segera bagi mengelakkan skuad itu terus dirundung malang, apatah lagi beraksi di gelanggang sendiri sudah pastinya memberikan manfaat kepada pemain.
"Sebagai tuan rumah sepatutnya kita mampu memenangi perlawanan malam tadi, namun pemain kita gagal memanfaatkan setiap peluang gol.
"Saya kecewa apabila melihat peluang yang ada tidak digunakan untuk menjaringkan gol. Malah setiap percubaan yang dilakukan tersasar.
"Kami mempunyai banyak peluang untuk mencipta jaringan kerana banyak melakukan asakan, namun tiada gol berjaya dihasilkan,'' katanya di sini semalam.
Bagaimanapun Alves tetap memuji anak buahnya yang dilihat beraksi dengan tahap memuaskan namun bagaimanapun pasukan lawan manfaatkan peluang untuk memperolehi gol tunggal perlawanan menerusi Failee Ghazali pada masa kecederaan.
Pada masa yang sama beliau bertanggungjawab dengan prestasi pasukannya dan bersedia menerima apa sahaja keputusan pengurusan Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) untuk menaikkan semula prestasi Negeri Sembilan.
"Kita akui ketika ini masih awal lagi lagi perjalanan pasukan di Liga Super, tapi kita tidak mampu lagi menerima kekalahan dan perlu bangkit selepas ini.
"Pada masa yang sama saya mahu komitmen penuh setiap pemain untuk perlawanan berikutnya agar dapat mengumpul mata bagi membaiki kedudukan liga," katanya..
Mengenai perlawanan dengan Kelantan di Kota Baharu esok, Alves berkata beliau akan mengatur strategi tepat untuk meraih kemenangan.

3 Komen

  1. Tanpa Nama Says:
  2. macam babi sepak bola.

     
  3. Warieh Says:
  4. Tak baik cakap macam itu sokonglah nogori selamanya,,,

     
  5. Tanpa Nama Says:
  6. Terjerums liga perdana tahun dopan

     

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook

    Liga Perdana (Hobin Jang Hobin)

    Standings provided by whatsthescore.com