Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Maut mengelak haiwan melintas

Dikirim oleh Warieh Isnin, 17 September 2018 0 Komen







TAMPIN - Gara-gara mengelak haiwan melintas, seorang penunggang motosikal maut apabila kenderaan yang ditungangginya terlibat dalam kemalangan di Felda Jelai, Bukit Rokan, Gemas dekat sini, tadi.
Dalam kejadian, jam 7.20 pagi itu, mangsa, Mohd Nizam Sulaiman, 37, maut di tempat kejadian apabila mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan anggota badan.
Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Ramli Kasa berkata, siasatan awal mendapati mangsa maut disebabkan kecederaan parah di bahagian kepala.
Katanya, semasa kejadian cuaca baik dan bentuk jalan juga adalah lurus dua hala.
"Kejadian ini dipercayai berlaku semasa motosikal dinaiki mangsa seorang diri dari arah Bukit Rokan Jelai menghala ke Pasir Besar, dipercayai mengelak haiwan liar melintas lalu terbabas ke kanan jalan dan terjatuh ke atas jalan.
"Akibat daripada kemalangan ini mangsa cedera parah dikepala dan telah meninggal dunia ditempat kejadian," katanya.
Tambahnya, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Forensik Hospital Tampin untuk di bedah siasat.
Kes disiasat  dibawah Sek 41(1) Akta Penganggkutan Jalan 1987.
Siasatan lanjut masih diteruskan.

BN tak mampu lawan Anwar - Aminuddin

Dikirim oleh Warieh Khamis, 13 September 2018 0 Komen


SEREMBAN: Barisan Nasional (BN) dijangka tidak mampu memberi saingan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, tidak lama lagi.
Pengerusi PKR Negeri Sembilan, Aminuddin Harun, yang juga Menteri Besar, berkata beliau yakin Ketua Umum PKR itu akan mendapat sokongan besar pengundi di kawasan berkenaan.
"Kita tiada masalah dengan siapa saja calon yang akan diletakkan UMNO atau BN kerana sejarah membuktikan PKR memang mendapat sokongan besar pengundi sejak merampas kawasan itu daripada BN pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12).
"Tetapi, kita tetap menghormati mereka dan mengharapkan sokongan pengundi dan penyokong PKR berterusan," katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis penyampaian sijil pelantikan pengerusi dan setiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di sini, hari ini.
Pengosongan kerusi terbabit diumumkan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Danyal Balagopal Abdullah pada sidang media khas di Ibu Pejabat PKR di Kuala Lumpur, hari ini.
Tindakan itu bagi membolehkan Pakatan Harapan (PH) mengangkat Anwar sebagai Perdana Menteri kelapan.
Mengulas lanjut, Aminuddin berkata, pihaknya akan turut merangka strategi khas bagi menghadapi kemungkinan BN bekerjasama dengan PAS ketika PRK Parlimen Port Dickson.
Katanya, pihaknya akan mengadakan mesyuarat untuk membentuk jawatankuasa pilihan raya esok.
Aminuddin berkata, PKR negeri juga akan mengadakan satu majlis untuk meraikan Anwar dan menjemputnya hadir dalam masa terdekat, sekali gus memberi peluang kepada masyarakat setempat mendampingi bakal Perdana Menteri itu.
Sementara itu, Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar, menyambut baik keputusan Anwar untuk bertanding di Parlimen Port Dickson.
"Sebagai komponen PH, kami memberi sokongan penuh dan bersiap sedia untuk menggerakkan jentera parti bagi menghadapi PRK di Port Dickson," katanya.






SHAH ALAM - PRK Parlimen Port Dickson boleh dianggap sebagai ibu kepada semua PRK yang telah dijalankan selepas PRU14 lalu.
Penganalisis politik, Prof Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, PRK berkenaan akan menyaksikan peratusan undian meningkat berbanding PRK sebelum ini yang terlalu ‘kecil’ bilangan peratusan keluar mengundi.
Menurutnya, senario berkenaan disebabkan oleh pengaruh serta aura politik dari Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri lebih-lebih lagi dengan strategi politik PKR sebelum ini Anwar sebagai PM kelapan negara.
“PRK ini tidak sama mcm PRK yang lepas-lepas. PRK ini ibu segala PRK sebab yang bertanding itu Anwar. Satu undi untuk Anwar oleh pengundi merupakan satu undi untuk bakal perdana menteri negara ini.  Ini motivasi mereka (pengundi).
“Kita memang tak nampak calon pembangkang yang boleh mengatasi Anwar di Negeri Sembilan kecuali Tok Mat (Pengerusi BN Negeri Sembilan yang juga Adun Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan) yang boleh memberikan cabaran pada Anwar,” katanya kepada Sinar Harian.
Awang berkata, sewajarnya perlu ada calon yang bakal berentap melawan Anwar di PRK berkenaan bagi membudayakan amalan demokrasi.
Menurutnya, wujud juga kemungkinan sekiranya pihak pembangkang menggunakan alasan pembaziran wang bagi mengadakan PRK serta tidak mahu menghantar calon bagi kerusi berkenaan.
“Perlu ada lawanlah… demokrasi.  Jangan bagi (Anwar) menang percuma.  Walaupun kita semua tahu Anwar ini ada personaliti politik yang cukup kuat dan sukar untuk dikalahkan, jangan bagi Anwar ini menang percuma dan menggunakan alasan pembaziran wang kerana takut kalah teruk.
Menurutnya, pemilihan Anwar untuk bertanding di kerusi campuran yang mempunyai penduduk berbilang bangsa mencerminkan politik Malaysia baharu pada masa ini.
Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Danyal Balagopal Abdullah secara sukarela mengosongkan kerusinya buat Anwar bagi membolehkan beliau diangkat sebagai Perdana Menteri kelapan kelak



PUTRAJAYA - Meskipun mempertaruhkan calon Perdana Menteri kelapan di Parlimen Port Dickson, laluan PH untuk mengembalikan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Parlimen tidak semudah disangka.
Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, ini kerana sebahagian besar penduduk kawasan peranginan itu didiami pasukan tentera.

"Kawasan itu ramai anggota tentera. Isunya adakah mereka akan mengundi PH setelah biasa mengundi BN?" katanya.
Beliau juga mengakui, Port Dickson yang terkenal dengan jolokan Bandar Tentera Diraja itu juga tidak sinonim dengan Anwar.
"Kawasan PD bukan sinonim dengan Anwar," katanya.
Selain itu, menurutnya, PH juga perlu memikirkan strategi terbaik bagi menangani calon pembangkang.
"Ini adalah antara cabaran yang perlu kita hadapi dalam PRK kali ini," katanya dalam temubual eksklusif bersama Sinar Harian hari ini.
Shamsul Iskandar yang juga Timbalan Menteri Industri Utama berkata, bagi menempuh cabaran tersebut, Harapan perlu menggerakkan jentera untuk meyakinkan rakyat.
"Kita perlu meyakinkan mereka bahawa Harapan meletakkan calon perdana menteri di kawasan mereka," katanya.

Pemilihan PKR : Ramai calon tonjol diri di Rembau

Dikirim oleh Warieh Rabu, 12 September 2018 0 Komen



SEREMBAN - Bukan mudah untuk PH termasuk PKR mene­waskan Umno pada PRU14, sekali gus mencipta rekod sejarah tersendiri ke­pada negara.
Namun, bermula dari situlah, boleh dilihat siapa yang benar-benar pejuang dan siapa yang mula mencari ruang.
Itulah yang dium­pa­ma­kan penyandang Ketua Ca­bang Rembau, Yusof Tapar pada pemilihan PKR kali ini apabila ramai mula mencuba na­sib bertanding dan me­non­­jolkan diri khususnya di ka­wa­san Rembau.
Secara tiba-tiba cabang berkenaan jadi tumpuan apabila berlaku pertem­bu­ngan paling ramai iaitu lima penjuru yang me­nam­pil­kan Yusof sendiri, Setiau­saha Sulit Kanan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Mohd Nazree Mohd Yunus; penyandang Timbalan Cabang Rembau, Shahrul­nizam Idris; Ketua Cabang Rasah, R Tangam dan Muhamad Zakir Hassan.
“Bila dah menang dan memerintah saja, maka timbullah ‘panglima kesia­ngan’ mengatakan dia hebat itu dan ini.
”Selama dua penggal sebagai Ketua Cabang, saya tak nampak pun ada apa-apa isu, tapi baru sekarang timbul sebab kita dah menang.
“Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Jangan pula sekarang nak cari faedah untuk kepentingan sendiri,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Mengenai dakwaan calon Ketua AMK Cabang Rembau, Mohd Effendi Mat Aris ada ‘tangan ghaib’ yang cuba campur tangan dalam pemilihan PKR di kawasan itu, Yusof berkata, dia tidak tahu mengenai isu tersebut dan menyifatkan cerita sebegitu hanya mahu mene­gangkan suasana.
“Saya tak tahu tangan ghaib dimaksudkan dan bagi saya sesiapa pun boleh bercakap.
“Cuma, bila keluar cerita itu saya sebagai penyan­dang seolah-olah dilihat sebagai pemimpin yang tak pandai jaga kawasan.
“Saya berjuang dalam parti sudah 20 tahun, sebelum kita memerintah lagi. Saya nak tanya di mana orang-orang ini dulu? Kenapa baru sekarang bercakap itu dan ini, cuba menonjolkan diri?,” soalnya.
Bagaimanapun Yusof berkata, kenyataan itu tidak memberi kesan kepada kepadanya, tetapi bertegas dimahukan bukti sekiranya merujuk kepada dirinya.
Jelasnya, beliau tidak pernah melakukan apa-apa penyelewengan terhadap parti, malah sanggup menjual keretanya demi parti.
“Jangan cuba meraih simpati orang kerana nak sokongan. Dalam pertan­dingan perlulah jujur dan saya pun tak kisah bila tiba-tiba cabang Rembau ini jadi tumpuan pula, ramai nak bertanding.
“Saya tak suka berjanji kerana saya tahu itu semua bohong. Biar kita buat sedikit demi sedikit dan kemudian baru lebih besar,” katanya.
 

Nafi wujud aktiviti pembalakan haram

Dikirim oleh Warieh Khamis, 6 September 2018 0 Komen




SEREMBAN – Kerajaan negeri nafi wujud aktiviti pembalakan haram di Hutan Simpan Kekal Lenggeng seperti didakwa seorang lelaki menerusi Facebook, baru-baru ini.
Menteri Besar Aminuddin Harun berkata, Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan yang menyiasat mengenai dakwaan itu mendapati gambar dimuat naik pemilik akaun merupakan gambar lama.
“Bagi saya, ia satu tuduhan yang keterlaluan.
“Saya pun tidak akan pertahankan apa-apa permasalahan yang berlaku di negeri ini jika ia benar tapi ini satu fitnah,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Negeri di sini, semalam.
Beliau berkata, hasil siasatan mendapati pemilik akaun yang memuatkan naik gambar tersebut merupakan penjawat awam kerajaan negeri di sini.
Justeru itu, katanya, beliau telah mengarahkan agar satu laporan polis dibuat berhubung perkara tersebut kerana ia telah memburukkan imej kerajaan negeri.
“Kalau ia satu fitnah, kita terpaksa mengambil tindakan terutama jika ia dilakukan oleh kakitangan kerajaan.
“Sudah banyak kali diingatkan penjawat awam harus bertanggungjawab dan berkhidmat dengan kerajaan negeri hari ini,” katanya.
Dalam pada itu, Aminuddin berkata, pihaknya sedia menerima teguran,kritikan dan pandangan daripada sesiapa sahaja.
Namun, jelasnya, ia mesti berasas dan bertanggungjawab.
“Jika ada sebarang aduan, salurkan kepada kita dan akan disiasat.
“Jika betul, kita akan terus bertindak dan jika tak betul kita terpaksa ambil tindakan terhadap pihak tersebut,” katanya.
Terdahulu tular gambar kononnya berlaku aktiviti pembalakan haram di Hutan Simpan Kekal Lenggeng.
Gambar itu menunjukkan hutan dalam keadaan gondol berserta pokok balak yang telah ditebang.  



SEREMBAN – “Seperti yang dijangkakan Menteri Besar tidak akan mahu ikut apa yang saya buat atau rancang terdahulu walaupun kita tahu itu adalah baik untuk rakyat negeri ini,” kata bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan mengenai penangguhan pengisytiharan Seremban sebagai Bandaraya.
Katanya, pelbagai kemudahan telah pun tersedia di Seremban, malah ia sudah menepati syarat yang ditetapkan untuk diisytiharkan sebagai Bandaraya.
“Pengisytiharan itu nanti akan dijadikan sebagai salah satu acara sambutan semasa Hari Keputeraan Baginda. Namun, terpulang kepada MB, saya tak boleh campur tangan lagi,” katanya.
Sementara itu, Exco Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Jalaludin Alias berkata, kerajaan BN terdahulu sudah bersedia begitu lama untuk membuat pengisytiharan.
Katanya, pada 2012, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) ketika itu sudah meluluskan untuk kerajaan negeri membuat pengisytiharan Seremban sebagai Bandaraya.
Bagaimanapun, katanya, pengisytiharan itu ditangguhkan sehingga 2019.
“Penangguhan itu bagi membolehkan kerajaan negeri memastikan segala persiapan dan fasiliti untuk rakyat tersedia sepenuhnya sebagai sebuah Bandaraya.
“Alangkah sayangnya tarikh Januari 2019 itu ditangguhkan kerana rakyat negeri ini berhak untuk memperoleh pengiktirafan itu,” katanya.
Jelasnya, kerajaan negeri sepatutnya mengambil pendekatan untuk menambah baik  persiapan yang ada bukan menangguhkan perkara tersebut.
Apabila berlaku penangguhan, berliau berkata, bermakna kerajaan negeri sendiri belum bersiap sedia sepenuhnya dan tidak yakin dengan kemampuan yang ada untuk gabung Seremban dan Nilai sebagai entiti baharu nanti.
Terdahulu, menteri Besar, Aminuddin Harun berkata, pengisytiharan Seremban sebagai Bandaraya yang sepatutnya dilaksanakan pada 1 Januari 2019 terpaksa ditangguhkan bagi memberi laluan kepada PBT terlibat untuk memperbaiki kelemahan yang dikenal pasti. 

Declaration of Seremban City Council postponed, MB says

Dikirim oleh Warieh Rabu, 5 September 2018 0 Komen



SEREMBAN, Sept 4 ― The declaration of the Seremban City Council (MBS) which was scheduled for January next year has been postponed, said Mentri Besar Aminuddin Harun.
He said this was because the building in Rahang which was being renovated to be the MBS office would only be completed at the end of this year.
“At the same time, we want to ensure that several weaknesses have been repaired, especially those concerning the infrastructure. Compared to other cities, we still lack facilities like three-star hotels and above, as well as a higher-education centre.
“If all these are completed, the declaration of MBS will be made by the middle or end of next year (2019),” he told reporters after a special gathering of the Seremban Municipal Council and the Nilai Municipal Council here today. ― Bernama

Guan Eng: Special officer on SST to be appointed in each state

Dikirim oleh Warieh Selasa, 4 September 2018 0 Komen




SEREMBAN, Sept 3 — A special officer tasked with matters pertaining to the Sales and Services Tax (SST) will be appointed in each state.
Finance Minister Lim Guan Eng said the officer would be responsible in giving clarification on the SST to the stakeholders.
“The officers chosen, besides the state director (of the Royal Malaysian Customs Department), must be conversant in the tax system.
“We do not want to appoint many people to refrain from having three or four different answers, and this will confuse the people.
“If the public wants to get black and white (written feedback), the director (of the Royal Malaysian Customs Department) in each state will respond within a week,” he said at an SST briefing attended by more than 500 people here tonight.
Present were Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Transport Minister Anthony Loke Siew Fook and Negri Sembilan Mentri Besar Aminuddin Harun. — Bernama

Ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) akan diumumkan

Dikirim oleh Warieh Khamis, 26 Julai 2018 0 Komen





SEREMBAN –  Kerajaan negeri sudah memilih ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri dan akan mengumumkannya Selasa ini.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun berkata, setiap PBT akan mempunyai 24 orang ahli majlis termasuk empat terdiri daripada ahli badan bukan kerajaan (NGO) dan selebihnya adalah kalangan parti politik dalam PH termasuk pemimpin masyarakat setempat.
Menurutnya, saringan keselamatan turut dilakukan terhadap semua calon ahli majlis itu, sebelum mereka dipilih dengan sebulat suara daripada pimpinan masyarakat.
“Kita sudah pun selesai memilih ahli majlis PBT, dan watikah serta pengumuman pelantikan itu akan disempurnakan pada 24 Julai ini di Wisma Negeri.
“Kesemua ahli majlis akan berkhidmat untuk tempoh setahun sahaja bermula 1 Ogos hingga 31 Disember 2019,” katanya.
Sementara itu, menurutnya tiada sebarang pemilihan muktamad pula terhadap senarai nama Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK berikutan terdapat beberapa kampung belum menghantar nama dan pihaknya yakin masalah tersebut akan diselesaikan dalam waktu terdekat.

Kerajaan Negeri Sembilan yang pertama isytihar aset

Dikirim oleh Warieh Jumaat, 20 Julai 2018 0 Komen




SEREMBAN – Negeri Sembilan merupakan negeri pertama yang melakukan penyerahan dokumen pengisytiharan harta Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Menteri Besar, Aminuddin Harun berkata, kesemua dokumen pengisytiharan harta itu dipaparkan dalam portal Pejabat SUK Negeri Sembilan, bagi membolehkan rakyat melihatnya secara dekat.

Menurutnya, dokumen tersebut boleh diakses selama tempoh tiga bulan dan orang awam boleh melihatnya dalam masa terdekat ini.

“Ini salah satu janji dalam manifesto PH, dan dengan pengisytiharan tersebut kepada pihak awam menunjukkan yang kita serius serta ikhlas dengan apa yang dilakukan.

“Berbanding sebelum ini, pengisytiharan harta hanya dibuat kepada menteri besar sahaja, tetapi PH isytiharkan harta, maklumkan kepada SPRM serta Institut Integriti Malaysia dan kemudiannya pamerkan kepada awam,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Dokumen Pengisytiharan Harta Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Wisma Negeri, semalam.


Penyerahan dokumen disempurnakan oleh wakil exco, Adun Bahau, Teo Kok Seong merangkap Exco Perumahan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam kepada Aminuddin, yang disaksikan oleh Pengarah SPRM Negeri, Ramli Ismail dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Intergriti Malaysia, Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin.

Jelas Aminuddin, sekiranya selepas ini ada berlaku penambahan harta atau pemberian sumbangan dan penyusutan nilai harta, maka perkara tersebut perlu diisytiharkan juga kepada pihaknya termasuk SPRM.

Katanya, ini adalah penting bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini seperti rasuah atau penyelewengan dalam kalangan ahli majlis kerajaan negeri.

Ujarnya, selepas 10 ahli exco melakukan pengisytiharan harta, semua Adun di negeri ini digalakkan berbuat demikian dan pihaknya juga mengalu-alukan jika Adun pembangkang untuk turut serta.

“Kita buka ruang kepada semua Adun termasuk pembangkang untuk sama-sama membuat pengisytiharan harta dan ini boleh dilakukan pada bila-bila masa ,”katanya.






SEREMBAN - Seramai 430 peniaga di Pasar Besar Seremban dikecualikan bayaran sewa bermula 1 Ogos ini sehingga 31 Disember.
Menteri Besar, Aminuddin Harun berkata ini bagi membantu meringankan beban peniaga yang kini mengalami kerugian akibat kekurangan pengunjung sejak tingkat atas pasar tersebut terbakar tahun lalu.

Katanya, pihaknya menerima rungutan daripada peniaga di pasar ini yang terpaksa menanggung kerugian kerana kurang pembeli, selain masalah parkir yang sangat terhad berikutan peniaga yang terjejas berniaga sementara di ruang parkir.

“Kita sedia maklum masalah yang dihadapi peniaga di sini, sejak tingkat atas terbakar perniagaan mereka agak merosot kerana kurang pengunjung.

“Disebabkan itu kita setuju untuk memberi pengecualian bayaran sewa selama lima bulan bermula 1 Ogos ini sehingga hujung tahun dengan bayaran antara RM100 sehingga RM200.

“Kerja-kerja pembinaan dan naik taraf tingkat atas sudah memasuki 70 peratus dan kita berharap ia dapat dibuka dan beroperasi sepenuhnya sebelum Tahun Baru Cina tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melawat di Pasar Besar Seremban pagi tadi.
Pada 9 September tahun lalu, Pasar Besar Seremban terbakar menyebabkan keseluruhan tingkat satu musnah dengan melibatkan sebanyak 197 gerai.
Berikutan itu, kerajaan Negeri melalui beberapa kementerian terlibat memperuntukkan RM12 juta bagi projek menaik taraf bahagian yang musnah tersebut.
Buat masa ini, kesemua peniaga yang terlibat berniaga di perkarangan parkir Pasar Besar Seremban itu, sementara menunggu kerja-kerja pembaikan siap sepenuhnya.


Beberapa projek dikaji semula: MB

Dikirim oleh Warieh Selasa, 17 Julai 2018 0 Komen



SEREMBAN - Beberapa projek diluluskan kerajaan terdahulu semasa tempoh pilihan raya akan dikaji semula keperluannya.
Menteri Besar, Aminuddin Harun berkata, beliau bersama Kementerian Pembangunan Luar Bandar akan meneliti semula projek diluluskan itu bagi memastikan hanya yang benar-benar perlu sahaja akan diteruskan.


“Terdapat beberapa projek terutama melibatkan projek jalan raya diluluskan kerajaan BN semata-mata untuk kepentingan semasa musim pilihan raya lalu.

“Ada beberapa projek diluluskan semasa musim pilihan raya kita akan kaji semula, kalau kita melihat itu adalah satu keperluan rakyat, maka kita akan teruskan,” katanya selepas Pelancaran Pusat Khidmat Dun Labu, di sini, semalam.

Hadir sama, Adun Labu, Ismail Ahmad dan Ahli Parlimen Rasah, Cha Kee Chin.

Menurutnya, beberapa hari lalu Menteri Pembangunan Luar Bandar, YB Rina Harun turun ke negeri ini untuk meneliti beberapa projek di bawah kementeriannya.
“Beberapa keputusan diambil iaitu untuk mengkaji semula keperluan projek yang diluluskan sebelum ini dan hanya yang betul-betul perlu sahaja kita akan teruskan.

Dalam pada itu, Aminuddin berkata, kerajaan negeri juga akan membuat permohonan kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar mengenai beberapa projek baharu seperti perumahan.

“Kita akan meminta beberapa projek seperti perumahan dan lain-lain yang diperlukan untuk dijalankan di negeri ini pada masa akan datang bergantung kepada bajet yang disediakan pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, di majlis sama, IJM Land Berhad dan dua anak syarikatnya, Malaysian Rock Products Sdn Bhd serta Lebuh Raya Kajang - Seremban Sdn Bhd, menyampaikan sumbangan berjumlah RM30,000 kepada Tabung Kebajikan dan Pengurusan Masyarakat dan Asnaf Dun Labu.




PORT DICKSON - Tahap keselamatan bagi Port Dickson International Challenge (PDIT) Triathlon ke-17 ini adalah terbaik dan mengikut seperti mana yang ditetapkan.

Menteri Besar, Aminuddin Harun berkata, tahap keselamatan kejohanan ini berada dalam keadaan terbaik termasuk penyediaan pasukan keselamatan secara berganda.

 “Semua aspek keselamatan yang ditetapkan telah pun dipatuhi penganjur, lagi pun ini adalah tahun ke-17 bukannya baru dibuat, acara yang telah lama dilaksanakan.

“Saya difahamkan ahli keluarga berpuas hati dengan aspek keselamatan, apa yang berlaku itu disebabkan kemalangan bukan disebabkan kecuaian manusia atau penganjur.

“Pertandingan ini sudah semestinya mempunyai risiko, kita juga tidak mahu perkara ini terjadi, segala aspek keselamatan telah pun dipatuhi malah saya dimaklumkan tahap keselamatan pada tahun ini digandakan dan dipertingkatkan berbanding tahun sebelumnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melawat di kawasan pantai tersebut semalam.
Hadir sama Pengarah Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri, Norazam Khamis.

Dalam pada itu, Aminuddin berkata, sebarang aktiviti laut akan dihentikan serta-merta sehingga mangsa yang hilang itu ditemui.

Pada tahun ini, seramai 1,230 peserta dari 39 negara ambil bahagian dalam sukan lasak itu selama dua hari, bermula Sabtu, di Avilion Admiral Cove, di sini.
Pelepasan peserta anjuran LPNS dan MPPD itu disempurnakan Aminuddin Harun pada 7 pagi tadi.

Empat kategori dipertandingkan iaitu Sprint Triathlon yang membabitkan renang sejauh 750 meter, berbasikal 20km dan berlari pada jarak 5km.
Bagi kategori Olimpik Distance Triathlon, peserta perlu berenang sejauh 1.5km, berbasikal 40km dan berlari sejauh 10km.

Dua lagi kategori ialah untuk kanak-kanak iaitu Kids Triathlon yang memerlukan peserta berenang 150 meter, berbasikal empat kilometer dan berlari 800 meter serta satu lagi kategori berenang 300 meter, berbasikal 8km dan berlari 1.6km.





SEREMBAN – Kerajaan negeri akan melaksanakan penyediaan Taman Asuhan Kanak-Kanak (taska) di tempat kerja awam dan swasta tidak lama lagi.

Exco Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan, Nicole Tan Lee Koon berkata, ini sebahagian manifesto Pakatan Harapan (Harapan) dan pihaknya sangat komited dalam merealisasikan perkara tersebut.


Menurutnya, beliau akan membuat kertas kerja bagi memastikan semua jabatan agensi kerajaan terutama yang ada di Wisma Persekutuan dan Wisma Negeri mempunyai taska.

“Saya akan dapatkan maklum balas semua pihak mengenai keperluan taska di tempat kerja, jika mempunyai permintaan yang tinggi kita akan laksanakan mengikut keperluan tempat tersebut.

“Selain itu, saya akan buat perjumpaan bersama semua syarikat swasta di negeri ini yang mempunyai ramai pekerja, agar memberi kerjasama dalam menyediakan perkhidmatan taska di tempat kerja mereka.

“Saya yakin, jika semua pihak dapat bekerjasama dengan baik sudah pasti hasrat untuk menyediakan taska di tempat kerja dapat dilaksanakan dengan segera,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Karnival Jualan Amal di Forest Height Senawang di sini, semalam.
Ujarnya, setiap jabatan agensi kerajaan mempunyai peruntukkan sekurang-kurangnya RM200,000 setahun untuk keperluan jabatan dalam menyediakan taska di tempat kerja, tetapi masih ada yang tidak menggunakannya.

Katanya, beliau berharap pada kali ini hasrat untuk menubuhkan taska di tempat kerja akan dapat dilaksanakan dengan sempurna, sekali gus memenuhi janji dalam manifesto Harapan Negeri Sembilan.

Dalam pada itu, beliau memberitahu akan menghantar memorandum kepada Kementerian Pembanguan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk mendesak supaya meminda Akta Taska, agar membenarkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pantau pengasuh yang mengasuh lebih daripada empat orang kanak-kanak di rumah dalam satu masa.
Katanya, sebelum ini, tiada sebarang undang-undang ditetapkan tetapi pada kali ini, pihaknya mendesak supaya pemantauan yang teliti perlu dilaksanakan bagi mengelak kejadian yang berlaku terhadap adik Adam berulang.

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook