Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


'Enam Jahanam' formula pembangkang jahanamkan negara: Khairy

Dikirim oleh Warieh Rabu, 30 November 2011 0 Komen




2011/11/30

KUALA LUMPUR: Jika dahulu masyarakat terhibur dengan filem "Enam Jahanam" arahan Allahyarham Tan Sri P Ramlee, kini mereka berdepan dengan "Enam Jahanam" versi pembangkang yang boleh menjahanamkan negara, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Katanya formula "Enam Jahanam" pembangkang itu ialah menjahanamkan sistem demokrasi, menjahanamkan sistem pentadbiran, menjahanamkan maruah negara, menjahanamkan sejarah negara, menjahanamkan jati diri bangsa dan menjahanamkan kemakmuran ekonomi negara.
Filem arahan seniman agung yang ditayangkan pada 1969 itu mengisahkan mengenai enam lelaki yang membentuk kumpulan Enam Jahanam melakukan pelbagai kejahatan seperti merompak, memperkosa dan membunuh penduduk kampung untuk mendapatkan kekayaan dan memuaskan nafsu jahat mereka di sebuah kampung bernama Pekan Saroja.
Ketika menyampaikan ucapan dasarnya pada Perhimpuna Agung Pergerakan Pemuda UMNO di sini hari ini, Khairy berkata bagi menjahanamkan demokrasi, pembangkang sering menimbulkan kebangkitan rakyat di Timur Tengah atau lebih dikenali sebagai "Arab Spring" untuk menghasut rakyat Malaysia melakukan revolusi jalanan tetapi hakikatnya Malaysia amat berbeza berbanding dengan negara bergolak seperti Tunisia, Mesir atau Libya.

"Pembangkang menggunakan isu ini bagi meniupkan api kebencian kepada kerajaan dan pada mereka sistem demokrasi ini tidak wujud di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN)," katanya.

Bagaimanapun, Khairy berkata: "Sudah terang lagi bersuluh, keluar daripada mulut mereka sendiri, agenda mereka hanya satu iaitu memastikan Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) menjadi Perdana Menteri Malaysia dengan apa jua cara - halal
atau haram. Konsep demokrasi ini hanya menjadi alat bermusim ke arah sasaran sempit mereka."
Ketua Pemuda itu berkata pembangkang sedang berusaha menjahanamkan sistem pentadbiran dengan yang terbaru mereka mendakwa mahu mengurangkan jumlah penjawat awam jika berkuasa kerana nisbah mereka dengan penduduk Malaysia tinggi dan membebankan.

"Negara tidak mungkin mengecapi kemakmuran sebegini tanpa sokongan dan usaha gigih sektor awam tetapi jelas ini bukan pertimbangan bagi pihak pembangkang," katanya.

Beliau berkata pembangkang juga tergamak menjatuhkan maruah negara dan ada pemimpinnya ke luar negara memburukkan-burukkan kepimpinan negara.

Ada juga pemimpin DAP yang memperlekehkan Jalur Gemilang dan mendakwa lebih sanggup mengedarkan bendera parti mereka kepada orang ramai daripada bendera kebangsaan, katanya.

Khairy berkata pembangkang cuba merosakkan sejarah negara dengan menyanjung pemimpin yang mengetuai serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong dan membunuh isteri dan anak-anak anggota polis sebagai pejuang kemerdekaan, sebaliknya anggota polis dilabelkan sebagai tali barut British.

"Inilah realiti sekiranya penjunjung komunis dibiar menentang negara. Lesap habis segala fakta sejarah. Kesemuanya bakal diganti mitos pro komunis yang menyanjung pengganas, para pembunuh anggota polis. Sejarah negara dan asal-usul bangsa menjadi mangsa keempat pakatan jahanam," katanya.

Beliau berkata ekonomi negara boleh jahanam sekiranya janji-janji manis di dalam Buku Jingga pembangkang dilaksanakan kerana jika dilaksanakan hutang kerajaan akan mencecah RM617 bilion pada tahun kedua pelaksanaannya. - BERNAMA



PROF. Dr. Mohammad Muda (dua dari kanan) bersama Timbalan Naib Cancelor HEP & Alumni USIM, Prof. Datuk Dr. Mohamad Asin Dollah (kiri) dan Pendaftar, Muhammad Haizuan Rozali (kanan) melepaskan sebahagian ikan patin dan keli di tasik universiti itu semalam sebagai persediaan pertandingan memancing yang dianjurkan bersama Utusan Malaysia pada Ahad ini.


SEREMBAN 29 Nov. - Sebanyak 438 kilogram anak ikan pelbagai spesis dilepaskan ke dalam tasik di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai dekat sini, hari ini.

Ia sempena pertandingan memancing yang akan memeriahkan Pesta Konvo USIM ke-9 mulai Khamis ini hingga Ahad ini.

Naib Canselor USIM, Prof. Datuk Dr. Mohammad Muda berkata, antara spesis anak ikan yang dilepaskan itu ialah keli dan patin.

Beliau berkata, ikan tersebut dipilih kerana kajian mendapati tasik tersebut sesuai sebagai habitat dan pembiakan ikan jenis itu.

"Kita harap ia akan dapat menggalakkan orang ramai untuk menyertai pertandingan memancing pada Ahad ini.

"Melalui program ini, USIM berharap ia dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara masyarakat setempat di samping beriadah bersama keluarga," katanya kepada Utusan Malaysia selepas melancarkan gimik pelepasan anak ikan itu di sini hari ini.

Menurutnya, pelbagai aktiviti diadakan sempena pesta konvo itu antaranya pertandingan futsal dan bola jaring serta konsert Pancaindera.

Tambahnya, penyertaan bagi pertandingan memancing itu terbuka sehingga hari pertandingan.

Mereka yang berminat boleh menghubungi Nordin di talian 019-3522046 atau Idris di talian 013-3052811.

337 kilang kena kompaun

Dikirim oleh Warieh 0 Komen


SEREMBAN 29 Nov. - Sebanyak 337 kompaun bernilai RM674,000 dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) kepada sektor perkilangan yang mencemar alam sekitar di negeri ini dari Januari hingga September lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Peladangan, Sumber Manusia, Alam Sekitar dan Pengaduan Awam negeri, Datuk V. S. Mogan berkata, selain itu, sebanyak 15 kes didaftarkan untuk tindakan mahkamah bagi kesalahan seperti pencemaran perairan daratan, pelanggaran syarat lesen dan pencemaran udara.

Beliau berkata, tindakan dikenakan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

"Bagaimanapun, sehingga kini, tiada penutupan atau penyitaan kilang dilakukan oleh JAS terhadap kilang yang beroperasi di negeri ini," katanya di sini, semalam.


SEREMBAN 29 Nov. - Kerajaan negeri tidak pernah menganggap perkampungan Orang Asli di negeri ini sebagai kampung setinggan serta dibina atas ihsan kerajaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan menjelaskan, apa yang dimaksudkannya sebelum ini adalah beliau tidak mahu lagi melihat Orang Asli tinggal di tempat yang dianggap seperti setinggan dengan masa depan yang tidak menentu.

Oleh kerana itu, katanya, kerajaan negeri dalam proses menggazetkan tanah berstatus hutan simpan kekal seluas 1,650 hektar untuk dijadikan perkampungan Orang Asli.

"Saya tidak pernah kata mereka tinggal sebagai setinggan. Apa yang saya maksudkan ialah saya tidak mahu melihat mereka tinggal seperti setinggan.

"Sebab itu kita telah memulakan usaha menggazetkan tanah hutan simpan kekal untuk dijadikan perkampungan mereka bagi memastikan masa depan mereka lebih terjamin.

"Lebih 7,000 Orang Asli yang tinggal di 68 kampung di negeri ini dijangka mendapat nikmat tersebut," katanya kepada para pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di sini hari ini.

Beliau membuat penjelasan itu ekoran laporan media pada 21 September lalu yang antara lain memetik beliau sebagai berkata: "Sebelum ini perkampungan mereka dibina di atas tanah hutan simpan atas ihsan kerajaan negeri, jadi ia sebenarnya secara tidak langsung bermakna kampung terbabit adalah kampung setinggan dan mereka tidak mempunyai sebarang hak ke atasnya".

Berikutan itu, seramai 100 masyarakat Orang Asli berkumpul di Wisma Negeri pada 16 November lalu bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Menteri Besar berhubung laporan media tersebut.

Sehingga kini, sebanyak 13 kampung sudah diwartakan sebagai Rizab Orang Asli dengan pemilik rumah diberi geran milikan bersama manakala perkampungan selebihnya dalam proses penukaran status tanah.

Selain itu, kerajaan negeri juga akan menaik taraf kawasan rayau Orang Asli dengan melantik RISDA serta Felcra untuk mengusahakannya dengan pertanian kelapa sawit dan getah.

Agensi terbabit akan menguruskan ladang sawit dan getah di kawasan rayau berkenaan dengan setiap Orang Asli yang terbabit diberi lot saham untuk menggantikan hak milik tanah bagi mengelakkan mereka diperdaya pihak tidak bertanggungjawab.

Mohamad memberi jaminan, kerajaan negeri akan terus membela nasib Orang Asli di negeri ini melalui pelbagai usaha dan tindakan yang diambil dari semasa ke semasa.

Perompak kedai emas hampa

Dikirim oleh Warieh 0 Komen


SEREMBAN 29 Nov. – Sekumpulan penyamun terpaksa pulang dengan tangan kosong setelah gagal memecah masuk sebuah kedai emas dengan menebuk dinding premis bersebelahannya di Pekan Lama Nilai dekat sini malam semalam.

Ini berikutan sistem penggera di kedai emas itu tiba-tiba berbunyi.

Kumpulan penjenayah tersebut sebelum itu memecah masuk sebuah kedai menjual alat telekomunikasi bersebelahan kedai emas itu.

Difahamkan, penjenayah dipercayai lebih daripada seorang bertindak menebuk dinding kedai telekomunikasi berkenaan sebelum cuba memecah masuk kedai emas tersebut.

Bagaimanapun, ketika mereka cuba menebuk satu lagi lapisan dinding menghubungkan kedai emas itu, sistem penggera premis tersebut tiba-tiba berbunyi menyebabkan mereka melarikan diri dan meninggalkan beberapa peralatan yang digunakan untuk masuk ke kedai itu.

Pemilik kedai emas yang enggan dikenali berkata, dia menyedari sistem penggera kedainya berbunyi kira-kira pukul 2 pagi namun apabila memeriksa kamera litar tertutup yang disambungkan ke rumahnya dia mendapati tiada apa yang mencurigakan.

Menurutnya, apabila dia mahu membuka perniagaan kira-kira pukul 10 pagi, pemilik kedai telekomunikasi memberitahunya ada orang cuba menebuk dinding untuk memasuki premisnya.

“Saya terkejut kerana mendapati satu lubang ditebuk untuk masuk ke kedai saya. Bagaimanapun, saya bersyukur kerana sistem penggera yang berbunyi menakutkan penjenayah terbabit,” katanya di sini semalam.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Supritendan Mohd. Yusoff Awang ketika dihubungi di sini semalam mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya, polis sedang menyiasat kejadian tersebut dan kaitannya dengan mana-mana kumpulan penjenayah,” katanya.

Bersatu demi keamanan negara

Dikirim oleh Warieh Selasa, 29 November 2011 0 Komen



TUANKU Muhriz Tuanku Munawir berkenan menyarungkan jubah kepada Zaini Ujang sambil diperhatikan Mohamad Hasan (kanan) di Pusat Dakwah Islamiah Paroi, dekat Seremban, semalam. – BERNAMA


SEREMBAN 28 Nov. – Umat Islam perlu bersatu dalam usaha memastikan keamanan negara terus terpelihara, sekali gus mengelakkan diri daripada menjadi mangsa pergolakan seperti di Timur Tengah.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, senario di negara terbabit perlu dijadikan iktibar iaitu perpaduan yang kian terhakis menjadi punca utama negara tersebut menjadi huru-hara dan bergolak.

‘‘Pembinaan persefahaman di kalangan ummah perlulah digerakkan di atas landasan iman dan takwa tanpa mengira latar belakang, status diri, kepentingan bangsa termasuk fahaman politik.

‘‘Sekiranya tiada persefahaman yang baik dan jitu di kalangan tiga golongan umat Islam di negara ini iaitu pemerintah, ulama dan masyarakat, negara pasti akan kucar-kacir dan mengakibatkan ramai yang menderita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Sembilan 2011 di Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di sini malam tadi.

Turut berangkat pada majlis itu, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir sambil diiringi Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud.

Jelas Mohamad, perpecahan antara tiga golongan berkenaan menjadi strategi utama yang digunakan oleh musuh Islam di serata pelosok dunia.

‘‘Mereka mengatur agenda untuk merosakkan hubungan pemerintah dan ulama dan akhirnya mengakibatkan masyarakat hilang kepercayaan kepada pemerintah dan lebih malang lagi rakyat tidak lagi mempedulikan saranan dan nasihat para alim ulama.

‘‘Kesannya negara dan kerajaan tumbang dan dijajah secara disedari atau tidak serta tunduk kepada pengaruh anasir luar, inilah yang sedang berlaku di negara-negara Islam terutamanya di Timur Tengah,” tegasnya.

Tambahnya lagi, meskipun beberapa kerajaan negara di Timur Tengah yang sebelum ini terkenal dengan kekuatan ekonomi, politik dan ketenteraannya, namun mereka tumbang akibat perpecahan dan tiada perpaduan yang datang daripada persefahaman.

Pada majlis tersebut, Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Datuk Ir. Dr. Zaini Ujang dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 1433 peringkat Negeri Sembilan.

Sementara itu, Anugerah Tokoh Khas Maal Hijrah (Amirahman Abas), manakala Anugerah Tokoh Ulama Silam (Allahyarham Datuk Ibrahim @ Salleh Ujang) dan Anugerah Khas Imam Maal Hijrah (Saat Awang).

Basmi buta huruf Orang Asli

Dikirim oleh Warieh 0 Komen



Sebahagian daripada masyarakat Orang Asli gembira selepas menerima sijil Kedap yang disampaikan Mohamad Hasan di Sekolah Kebangsaan Putra, Jelebu, baru-baru ini. – utusan/Abd. Razak Aid


JELEBU 28 Nov. – Soal pendidikan tidak pernah dipandang ringan, sebaliknya terus dijadikan agenda utama kerajaan dalam memastikan semua lapisan masyarakat tidak dikecualikan dalam mendapat pendidikan secara berkualiti.

Malah, aspek pendidikan yang seringkali mendapat keutamaan kerajaan terus diperluaskan bukan sahaja untuk pelajar sekolah, malah ruang lingkupnya diperbesarkan kepada pelajar-pelajar dewasa dalam usaha mengurangkan kadar buta huruf di kalangan masyarakat Orang Asli.

Justeru, program Kelas Dewasa Ibu Bapa Murid Orang Asli dan Pribumi (Kedap) yang diadakan di negeri ini mencapai matlamatnya apabila 568 orang pelajar dewasa masyarakat Orang Asli menerima sijil berkenaan daripada Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan di Sekolah Kebangsaan Putra, baru-baru ini.

Mohamad dalam pertemuan dengan pemberita baru-baru ini menjelaskan, program Kedap ini merupakan inisiatif kerajaan untuk memastikan masyarakat Orang Asli mendapat pendidikan berkualiti.

Tegasnya, sehingga kini hanya 10 buah sekolah di negeri ini menawarkan program Kedap dan ia akan ditambah selepas menyaksikan minat dan kejayaan luar biasa di kalangan mereka.

Jelas Mohamad, antara objektif utama Kedap ini diadakan adalah bertujuan membasmi masalah buta huruf di kalangan masyarakat Orang Asli selain menggalakkan penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M).

‘‘Sehingga kini kita telah melaksanakan program ini di beberapa buah sekolah kebangsaan melibatkan empat di kawasan Seremban, tiga di Kuala Pilah manakala selebihnya di Jempol, Jelebu dan Rembau.

‘‘Bagi menjayakan program ini, pihak kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan RM56,250 kepada setiap sekolah bagi menjayakan program selama 75 hari ini,” ujar beliau.

Jelas Mohamad, antara insentif yang diperoleh oleh peserta yang menyertai Kedap meliputi elaun gantian pendapatan, makan, pakaian, kesihatan selain buku dan peralatan serta lawatan.

Tambah beliau, berdasarkan maklum balas yang diterima, kehadiran peserta bagi program ini amat menggalakkan apatah lagi dari aspek keberkesanannya, membolehkan mereka membaca, menulis dan mengira serta mengaplikasikan pembelajaran di dalam kehidupan seharian.

‘‘Apabila Kedap dilaksanakan sejak 2008, kini bilangan buta huruf di kalangan orang dewasa masyarakat Orang Asli kian berkurangan, malah ia menjadi semakin baik apabila sambutan begitu menggalakkan.

‘‘Kita melihat program ini merupakan usaha berterusan kerajaan dalam memastikan masyarakat Orang Asli terus diberikan keutamaan dalam aspek pendidikan sekali gus membanteras masalah kemiskinan menerusi agenda pendidikan,” jelas beliau.




Selain menyampaikan sumbangan, Skuad Mubaligh Islam Negeri Sembilan turut memberi penjelasan tentang Islam kepada Saudara Muslim yang baru.



PADA usia muda lazimnya seseorang individu ghairah memperkukuhkan ekonomi dan meningkatkan kerjaya. Matlamatnya adalah untuk mendapatkan kedudukan yang terbaik.
Tetapi tidak semua mempunyai matlamat yang sama. Ada yang sanggup meninggalkan jawatan yang tinggi dan gaji yang besar demi menyebarkan dakwah islamiah.
Pada masa sama pelbagai onak dan duri terpaksa ditempuh selain terpaksa pula berhadapan dengan cacian dan bantahan daripada rakan-rakan dan keluarga.
Itu jalan yang dipilih oleh anak muda kelahiran Negeri Sembilan, Muhd. Zamri Vinoth Abdullah, 27. Pengorbanan yang dilakukan memaksanya berhadapan dengan pelbagai kesukaran dan cabaran.
Penghijrahan Muhd. Zamri yang berketurunan India bermula apabila beliau memilih memeluk Islam. Namun, statusnya sebagai saudara baru tidak terhenti setakat itu sahaja.
Demi cinta kepada Islam dia sanggup meninggalkan jawatan dan gaji besar di sebuah bank bagi menyahut seruan menyebarkan dakwah Islamiah. Tindakannya itu dikritik dan dicaci rakan serta keluarga.
Bagaimanapun, Muhd. Zamri yakin dengan janji Allah SWT menerusi firman-Nya yang bermaksud: Jika kalian menolong (agama) Allah, maka Allah pasti akan menolong kalian dan mengukuhkan pijakan kalian. (Muhammad: 7)
Untuk itu, beliau tidak pernah gusar atau gundah gulana apabila berhadapan pelbagai cabaran dan menganggap semua itu sebagai sunnatullah.
Biarpun, pulangan dalam bentuk wang ringgitnya jauh lebih kecil berbanding kerjayanya dalam bidang perbankan, tetapi beliau tetap nekad.
Penghijrahan pertama dan terbesar yang dilakukan oleh Muhd. Zambry pada seawal usia 16 tahun apabila mendapat hidayah Allah. Pada usia semua itu beliau membuat keputusan meninggalkan agama yang turun temurun dianuti nenek moyangnya untuk memilih cahaya Islam.
Muhd. Zambry berkata, bapanya adalah penganut Kristian manakala ibunya beragama Hindu. Ini membuatkan beliau keliru dan ingin tahu mengapa ada banyak agama yang diamalkan dan pasti ada satu yang membawa umat manusia ke jalan kebenaran.
"Bermula daripada situ, saya mula membuat kajian dan perbandingan. Saya cuba mendekati dan bercampur dengan ahli surau dan orang Islam di sekitar kawasan rumah saya.
"Ia untuk mengetahui mengenai ajaran Islam sehinggalah bertemu dengan seorang pendakwah (tabligh) Melayu yang berkongsi tentang Islam dengan saya," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Mega dalam pertemuan di Persatuan Mubaligh Islam Negeri Sembilan di Forest Heights, Seremban baru-baru ini.
Menurut Muhd. Zamri, kesempurnaan ajaran Islam yang menyentuh segala aspek kehidupan membuat hatinya semakin tertarik dengan agama yang dibawa oleh Rasulullah kepada seluruh umat manusia itu.
"Apatah lagi, amalan yang Allah perintahkan kepada umat Islam dalam rukun Islam seperti mengerjakan solat dan berpuasa juga turut diakui manfaatnya menurut kajian saintifik," katanya.
Pada usia tersebut, Muhd. Zambry pada mulanya cuba merahsiakan penghijrahannya itu daripada pengetahuan keluarga. Beliau bimbang mendapat tentangan keluarga dan saudara-mara.
Ketika itu beliau bermula dengan memperbaiki pegangan akidah dan menumpukan kepada proses pengukuhan iman.
Anak muda itu turut mengikuti pengajian agama bagi menambah pengetahuan di samping menyertai jemaah tabligh.
Bagaimanapun, rahsia selama hampir setahun itu terbongkar apabila ibunya menjumpai sijil pertukaran agama yang disembunyikan.
"Pada mulanya ia mendapat bantahan keluarga terutamanya abang saya. Mereka memaksa saya kembali kepada agama Hindu. Alasannya kami dilahirkan oleh tuhan sebagai India yang menganuti agama Hindu.
"Oleh itu perlu dikekalkan kepercayaan agama tersebut kerana ia adalah ketentuan tuhan," jelasnya.
Namun Muhd. Zambry tidak mengendahkan kata-kata tersebut. Sebaliknya ia membakar semangat beliau 'menyelamatkan' keluarganya untuk sama-sama menjadi Muslim.
Beliau seterusnya mendalami ajaran Islam sehingga dapat menguasainya dengan agak baik. Lalu terlintas untuk berkongsi nikmat Islam yang diperolehinya itu kepada orang lain.


SEREMBAN 27 Nov. - Pelan Strategik Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ISP) yang diperluaskan oleh kerajaan negeri bukan sahaja dapat membantu mempercepatkan proses urusan seharian malah ia juga dapat mengurangkan digital antara bandar dan luar bandar.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pelbagai inisiatif kerajaan negeri telah pun dijalankan, termasuklah memperkenalkan 1NS Wireless City di beberapa kawasan Seremban, Seremban 2, Nilai, Senawang, Rantau, Port Dickson dan Tampin.

Malah, kata beliau, usaha itu turut diteruskan di kawasan perkampungan luar bandar yang mana pihaknya menjalinkan kerjasama dengan kementerian berkaitan melalui penyediaan prasarana jalur lebar di kawasan perkampungan di negeri ini.

"Kita mahu supaya ledakan teknologi dalam penembusan jalur lebar di negeri ini dapat dinikmati bukan hanya di kawasam bandar sahaja malah ia juga dapat digunakan oleh penduduk -dikawasan luar bandar ketika ini.

"Malah konsep ini juga akan juga diguna pakai dalam sistem kerajaan supaya ia dapat diintergrasikan bagi memudahkan orang ramai untuk berurusan dengan pihak kerajaan mahupun pihak berkuasa tempatan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian NSICT 2011 di Kompleks Belia dan Sukan Paroi, dekat sini hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mat Ali Hassan; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Razak Mansor serta ahli-ahli Exco kerajaan negeri; ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dan para pegawai kanan kerajaan negeri.

Mohamad menjelaskan, kemudahan ICT ketika ini bukan sahaja dapat memberi manfaat kepada orang ramai supaya mempelajari bidang teknologi (IT) malah ia juga dapat memberi peluang kepada generasi muda turut sama menggunakannya bagi tujuan pembelajaran dan sebagainya.

Pada masa sama, beliau juga melahirkan rasa sukacita dengan kadar penembusan jalur lebar di negeri ini telah mencapai 75 peratus, manakala tahap capaian rangkaian selular pada tahap 98 peratus.

"Pencapaian itu selari dengan hasrat dan dasar kerajaan untuk menjadikan Negeri Sembilan sebuah negeri berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menjelang 2020.

"Bagaimanapun masih ada kelemahan yang perlu diperbaiki dan kita berharap supaya pihak syarikat penyedia telekomunikasi dapat mengatasi masalah berkenaan supaya tidak ada gangguan untuk pengguna untuk berhubung sesama mereka," jelas Mohamad.

Menyentuh mengenai karnival yang diadakan selama tiga hari bermula semalam hingga Ahad ini, Mohamad berkata, pihaknya mahu menjadikan ia sebagai program tahunan dapam usaha kerajaan meningkatkan kadar celik IT masyarakat di negeri ini.



MOHAMAD Hasan (kanan) menyiram air kepada kanak-kanak pada Majlis Berkhatan Beramai-ramai Kanak-Kanak Penduduk Taman Senawang Jaya di Senawang, kelmarin.


SEREMBAN 27 Nov. - Golongan yang berkepentingan dan mempunyai agenda untuk memusnahkan perpaduan negara perlu ditolak bagi memastikan keharmonian masyarakat sentiasa terjamin.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, orang ramai tidak seharusnya termakan janji ditabur oleh segelintir pihak kerana ia merupakan racun yang membinasakan akar perpaduan yang telah dinikmati sejak sekian lama.

"Jangan percaya dengan cakap-cakap pihak tertentu yang mengatakan apa sahaja dibawa oleh kerajaan itu tidak betul.

"Saya yakin rakyat tidak mudah diperbodohkan dengan kenyataan yang tamak dahagakan kuasa," katanya ketika berucap pada Majlis Berkhatan Beramai-ramai Kanak-Kanak Penduduk Taman Senawang Jaya di Senawang dekat sini, semalam.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri Chembong, Zaifulbahri Idris dan Setiausaha UMNO Bahagian Rembau, Datuk Azman Hasan.

Mohamad berkata, adalah penting bagi masyarakat menilai apakah peranan yang telah dimainkan oleh pembangkang dalam menyelesaikan masalah rakyat termasuklah di kawasan pembangkang.

"Jawapannya tidak ada. Mereka hanya pandai meraih populariti dengan mencari isu tanpa menyelesaikan masalah dan hanya menuduh kerajaan tidak berbuat apa-apa," katanya

Pada majlis berkenaan 19 kanak-kanak berusia bawah 12 tahun di tepung tawar dan disiramkan dengan air pili bomba yang dilakukan sendiri oleh Mohamad sebelum dikhatankan beramai-ramai.


26/11/2011 8:04pm

SEREMBAN 26 Nov. – Dua lelaki maut, manakala tiga lagi parah apabila kereta yang dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam dan terbalik dalam parit di Kilometer 247 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke utara berhampiran Plaza Tol Pedas-Linggi dekat sini, awal pagi tadi.

Jurucakap polis berkata, dalam nahas kira-kira 4.45 pagi itu, Toh Peng Kee, 54, yang memandu Nissan Sentra, tercampak keluar setelah keretanya terbabas.

Mangsa yang cedera parah di badan dan kepala, meninggal dunia di tempat kejadian.

Seorang lagi mangsa yang maut ialah penumpang iaitu D. Devanesen, yang juga penolong Ketua Penyunting akhbar The Star.

Devanesen, 57, yang cedera parah di badan dan kepala, meninggal dunia pada 6.15 pagi semasa dirawat di wad kecemasan Hospital Tuanku Jaafar di sini.

Tiga penumpang lain iaitu dua anak kembar Devanesen, Devakumaran dan Devadevan, 13, serta seorang wanita warga Perancis, Neagu Srancine, 81, cedera parah dan dirawat di hospital sama.

Mayat-mayat mangsa yang maut dibawa ke hospital berkenaan untuk bedah siasat. – Bernama


SEREMBAN 25 Nov. - Kadar indeks jenayah di negeri ini mencatatkan penurunan sebanyak 7.36 peratus sepanjang tempoh Januari sehingga 20 November lalu berbanding tempoh sama, tahun lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Osman Salleh berkata, berdasarkan rekod, sebanyak 5,939 kes jenayah dicatatkan dalam tempoh tersebut bagi tahun ini berbanding 6,411 kes pada tahun lalu.

"Statistik menunjukkan peratusan penurunan itu mewakili sebanyak 472 kes sepanjang tempoh tersebut.

"Kadar jenayah jalanan di seluruh negeri ini dalam tempoh itu turut mencatatkan penurunan sebanyak 5.95 peratus membabitkan 25 kes berbanding tahun lalu," katanya di sini hari ini.

Menurut Osman, dalam tempoh yang sama, polis telah menahan seramai 418 pengedar dadah di sekitar negeri ini.

"Sementara itu, kes pemilikan dadah pula melibatkan 861 orang yang ditahan, manakala bagi kesalahan mengguna dadah pula membabitkan tangkapan seramai 1,890 orang.

"Kita juga telah berjaya membuat rampasan sebanyak 34,184 gram pelbagai jenis dadah dalam tempoh 11 bulan ini," katanya.


SEREMBAN 25 Nov. - Operasi pihak berkuasa terhadap warga Afrika diteruskan di negeri ini dengan seramai 100 orang diperiksa Imigresen di sebuah apartmen berhampiran sebuah kolej swasta di Nilai, dekat sini malam tadi.

Operasi Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin (6P) yang bermula pukul 10 malam itu turut memeriksa 60 rakyat dari negara lain.

Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Faizal Fazri Othman berkata, operasi itu bertujuan mengesan warga Afrika yang menyalahgunakan pas pelajar, tinggal lebih masa selain penglibatan dengan dadah.

Katanya, selain Imigresen, operasi itu turut melibatkan Ikatan Relawan Rakyat (Rela) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

"Daripada jumlah itu, enam lelaki dan seorang wanita Afrika ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah masuk ke negara ini.

"Tiga lelaki warga Nigeria dan seorang warga Maldives pula ditahan kerana positif dadah. Operasi itu dilakukan hasil risikan sejak beberapa hari lalu," katanya di sini selepas operasi malam tadi.

Menurutnya, ketika serbuan, terdapat beberapa warga Afrika melarikan diri selain ada yang cuba bersembunyi di dalam tangki air.

Faizal Fazri turut memberitahu, daripada jumlah warga Afrika diperiksa, 65 orang terdiri daripada lelaki manakala bakinya wanita yang berusia 20 hingga 30 tahun.

Katanya, semua yang ditahan itu akan dihantar ke Depot Tahanan Lenggeng dekat sini sebelum didakwa atau diusir pulang ke negara asal.

Ujar beliau, kes terbabit disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Dadah Berbahaya 1952.

200 anggota pasukan keselamatan tamat latihan

Dikirim oleh Warieh Jumaat, 25 November 2011 0 Komen



Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz menunjukkan kemahiran menembak menggunakan senjata M-16 pada program Kem Latihan Tahunan Siri 1/2011 Rejimen 508 Askar Wataniah di Kem Lapang Sasar Menyala Port Dickson, kelmarin.


TELOK KEMANG 24 Nov. - Seramai 200 peserta yang terdiri daripada anggota pasukan keselamatan negara berjaya menamatkan latihan dalam program Kem Latihan Tahunan Siri 1/2011 Rejimen 508 Askar Wataniah di Kem Lapang Sasar Menyala Port Dickson di sini semalam.

Pegawai Rekrut Pasukan Rejimen 508 Askar Wataniah, Kapten Mohd. Ridzwan Yaacob berkata, latihan itu berlangsung selama dua hari bermula pada 20 November lalu.

"Ia melibatkan ahli Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (Jakpaw), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan anggota sukarela.

"Latihan ini diadakan setiap tahun dan seramai 224 orang berlainan pangkat telah menjayakan majlis ini," ujarnya ketika ditemui di sini kelmarin.

Turut sama dalam program itu ialah Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz dan Tunku Zain Al-Abidin Tuanku Muhriz.

Jelas Mohd. Ridzwan, sepanjang program berkenaan para peserta turut didedahkan dengan pelbagai aktiviti termasuk penggunaan senjata M16.

"Ia bagi membolehkan mereka menguji kecekapan dalam pengendalian senjata selain dapat mengasah disiplin peserta," katanya.

Selain itu, tambahnya, ia bertujuan melihat keupayaan mereka dalam mencapai prestasi pada tahap maksimum.

''Kami melihat program ini menepati matlamatnya dan bercadang untuk melaksanakannya pada masa akan datang," ujarnya.


SEREMBAN 24 Nov. - Hampir 20 kediaman penduduk di Taman Bukit Emas di sini terjejas apabila rumah mereka dinaiki air kumbahan akibat sebuah kolam takungan air di kawasan berhampiran pecah hari ini.

Berikutan itu, kira-kira 80 penduduk kawasan terbabit terpaksa berhadapan dengan masalah bau busuk selain menanggung kerugian akibat kerosakan barangan selepas rumah mereka turut dinaiki air sedalam dua kaki.

Seorang penduduk, R. Radakrisnan, 53, berkata, dia baru sahaja membersihkan kawasan rumahnya sebelum dimaklumkan tentang kejadian kolam takungan air berhampiran pecah kira-kira pukul 11.15 pagi.

''Saya dimaklumkan oleh seorang jiran yang turut menyuruh saya mengalihkan barang berharga ke tempat tinggi.

''Saya kemudiannya bersama seorang ahli keluarga bergegas mengalihkan barang berharga seperti peti televisyen dan karpet ke atas meja," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Menurutnya, hanya dalam sekelip mata, air berwarna hitam naik dengan mendadak membuatkan dia cemas.

Seorang lagi penduduk, S. Sundari, 46, berkata, ketika kejadian, dia sedang bekerja sebelum dihubungi anaknya mengenai perkara itu.

''Apabila pulang ke rumah, saya sedih melihat air yang berbau busuk ini sudah memenuhi bahagian dapur dan beberapa barangan seperti tilam dan kain baju rosak terkena air kotor itu," jelasnya.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Abdul Manan Borhan, 64, berkata, kawasan perumahannya sudah beberapa kali dinaiki air akibat sebuah kolam takungan air yang terletak kira-kira 300 meter dari taman ini sering tersumbat.

''Kejadian hari ini dipercayai berpunca daripada kerja-kerja membersihkan kolam berkenaan yang berjalan sejak beberapa hari lalu.

''Saya difahamkan air dari kolam berkenaan dilepaskan ke dalam longkang menyebabkan kawasan ini dinaiki air," jelasnya.


SEREMBAN 24 Nov. - Bank Islam Malaysia Bhd. (Bank Islam) mengagihkan kira-kira RM11.5 juta bantuan zakat kepada golongan kurang berkemampuan di seluruh negara sepanjang tahun ini.

Ketua Pegawai Operasinya, Datin Norasni Ayob berkata, jumlah tersebut merupakan zakat terkumpul bagi 2010 yang diagihkan pada tahun ini.

''Pemberian zakat ini telah diagihkan kepada golongan kurang berkemampuan seperti rumah kebajikan, fakir miskin, anak yatim termasuk pelajar dan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara.

''Inisiatif ini juga merupakan sebahagian daripada aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) Bank Islam dalam usaha membantu meringankan beban masyarakat yang memerlukan," katanya pada Majlis Penyerahan Cek Bantuan Zakat Bank Islam di Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) di Nilai di sini, hari ini.

Pada majlis tersebut, Norasni menyampaikan cek berjumlah RM50,000 kepada Naib Canselor Usim, Prof. Datuk Dr. Mohamad Muda untuk diagihkan kepada penuntut Usim yang berkelayakan.

Menurut Norasni, selain bantuan wang, sebahagian daripada jumlah wang zakat yang diperuntukkan itu turut digunakan bagi tujuan membina dan membaiki rumah golongan miskin.

''Di samping membaik pulih rumah individu yang terpilih ini, kita juga turut menggunakan duit zakat ini untuk membelikan mereka perabot baru," jelasnya.

Mengulas pemberian zakat Bank Islam kepada IPT, Norasni memberitahu, hampir 90 peratus institusi pengajian tinggi awam menerima agihan bantuan zakat tersebut.

''Kita berharap melalui pemberian bantuan ini, ia sedikit-sebanyak dapat membantu pelajar dalam pengajian mereka," ujarnya.


SEREMBAN 24 Nov. - Program Penyerlahan Bakat Karnival Produk Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dilihat mampu membuka dimensi baru kepada masyarakat bahawa orang kurang upaya (OKU) mempunyai keistimewaan dan potensi untuk diperkembangkan dalam segenap aspek.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, jika dilihat senario OKU di negara ini, mereka mempunyai keupayaan dan bakat yang tersendiri, selain mampu menghasilkan produk yang lebih baik dan bermutu ketika ini.

Malah, kata beliau, golongan OKU perlu diberikan pendedahan secukupnya dalam usaha menyerlahkan bakat supaya tanggapan negatif terhadap mereka tidak lagi diungkit, apatah lagi dipertikaikan oleh segelintir pihak.

''Program sebegini dapat membuka mata masyarakat bahawa golongan OKU mempunyai keistimewaan tersendiri serta meningkatkan kesedaran umum bahawa mereka juga berbakat dan mampu menghasilkan produk setanding kualitinya bahkan mungkin lebih baik.

''Sekali gus pendedahan bakat mereka ini dapat menangkis diskriminasi dan menepis persepsi bahawa golongan OKU tidak mampu mengurus diri dan hanya mengharap bantuan serta ihsan daripada orang ramai," katanya.

Rosmah berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Pertandingan Bakat OKU dan Karnival Produk PDK di Dewan Persatuan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat dan Pegawai Kanan Negeri Sembilan (Pekerti) di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Yang Dipertua Pekerti, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin serta Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri yang lain.

Pada masa yang sama, beliau juga menjelaskan penglibatan serta peranan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), agensi kerajaan serta badan korporat perlu dalam memastikan bakat-bakat OKU ini terus terserlah, terbela dan mendapat perhatian yang sewajarnya.

Justeru, katanya, melalui program yang dianjurkan oleh Pekerti ini, ia dapat melonjakkan serta menyerlahkan lagi bakat-bakat OKU untuk diketengahkan selaras dengan Program Semai Bakti yang dilakukan oleh Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti).



MOHAMAD Hasan bertanya khabar Zawayah Marzuki (dua dari kanan) dan Jamiah Hassan (kanan) selepas persidangan Dewan Undangan Negeri di Seremban, kelmarin.


SEREMBAN 23 Nov. - Balu Allahyarham Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johol, Datuk Roslan Md. Yusof menerima wang saraan daripada kerajaan negeri.

Datin Zawayah Marzuki, 53, menerima saraan itu daripada Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan pada majlis ringkas selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, semalam.

Turut menerima saraan itu ialah ibu Allahyarham, Jamiah Hassan, 74.

Mohamad memberitahu, pemberian wang saraan itu selaras dengan peruntukan dalam Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) (Saraan).

Roslan meninggal dunia pada 4 Oktober lalu akibat komplikasi paru-paru di Hospital Tuanku Ampuan Najihah di Kuala Pilah.

Allahyarham yang berusia 58 tahun menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 4.45 pagi selepas dimasukkan ke hospital itu selepas mengadu sesak nafas.

Beliau meninggalkan isteri, Zawayah dan lapan orang anak, tiga lelaki dan lima perempuan berusia antara 17 hingga 28 tahun.


SEREMBAN 23 Nov. - Kerajaan negeri tidak akan menaikkan cukai sebagai jalan mudah untuk meningkatkan hasil pendapatan negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, walaupun kaedah itu mampu menambah pendapatan negeri, ia akan menyebabkan rakyat terpaksa menanggung beban yang tinggi.

Beliau berkata, kerajaan negeri akan mencari kaedah lain yang boleh mendatangkan hasil selain daripada menaikkan cukai.

"Benar, jalan yang mudah ialah menaikkan kadar cukai supaya kita boleh catatkan hasil yang tinggi tetapi ada cara lain yang boleh kita laksanakan bagi menambah pendapatan.

"Yang penting ialah rakyat tidak terbeban dengan kadar cukai yang tinggi," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Negeri Sembilan 2012 pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Katanya, kerajaan negeri akan meneroka hasil-hasil baru yang boleh dikutip bagi meningkatkan pendapatan negeri antaranya menubuhkan badan kawal selia air bagi membolehkan kerajaan negeri mengenakan caj terhadap penggunaan sumber air mentah selain meningkatkan kecekapan kutipan hasil batuan seperti pasir sungai.

Bagaimanapun jelasnya, kerajaan negeri telah mengurangkan aktiviti pengambilan pasir di negeri ini sehingga 60 peratus memandangkan ia lebih banyak mendatangkan kerosakan kepada alam sekitar berbanding hasil yang boleh dikutip.

"Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada kakitangan pejabat tanah di negeri ini yang telah berjaya meningkatkan kutipan cukai tanah daripada 60 peratus pada 2004 kepada 90 peratus pada masa ini," katanya.



ABDUL Jalil Jaamat menunjukkan semak-samun sehingga menutupi longkang di Taman Kobena, Seremban, semalam.


SEREMBAN 23 Nov. - Lebih 10 keluarga di sekitar perumahan Taman Kobena dekat sini resah berikutan masalah longkang yang sudah berlarutan selama lima tahun.

Penduduk kawasan itu mendakwa, keadaan bertambah buruk setiap kali longkang berhampiran rumah mereka dipenuhi air sehingga mengeluarkan bau busuk yang meloyakan.

Menurut wakil penduduk, Abdul Jalil Jaamat, 76, ia berikutan longkang yang dibina di kawasan itu tidak memenuhi spesifikasi sistem perparitan yang menyaksikan aliran air menjadi kurang efisien sekali gus sering bertakung.

Katanya, penduduk telah membuat aduan berhubung masalah tersebut kepada pihak berkenaan, namun sehingga kini masih tiada tindakan yang diambil.

"Kami amat kecewa kerana masalah ini tidak diberi perhatian oleh pihak berkenaan, sebaliknya mereka hanya saling menuding jari menyalahkan pihak lain sekali gus terus menjadikan kami sebagai mangsa keadaan.

"Mereka seperti lepas tangan kerana masalah ini sudah berlarutan untuk tempoh yang lama, bukan sehari dua," katanya yang mendakwa masalah itu telah berlarutan sejak 2006.

Jelasnya lagi, sebelum ini penduduk pernah mengambil inisiatif sendiri dengan mengorek saluran longkang tersebut bagi mengelakkan air kotor melimpah ke atas jalan, namun masalah itu gagal diatasi.

"Akibat limpahan itu, jalan di sekitar kawasan ini menjadi berlubang," katanya.

Tambahnya, keadaan akan menjadi bertambah teruk setiap kali musim hujan hingga menyebabkan berlakunya limpahan dan takungan air di sekitar rumah penduduk.

"Air tidak dapat mengalir lancar disebabkan tiada saluran keluar yang efektif. Air mengalir secara perlahan dan akhirnya bertakung," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Tegasnya, keadaan itu boleh mendatangkan pelbagai masalah termasuk dari aspek kesihatan kerana masalah air bertakung akan menjurus kepada pembiakan nyamuk.

Sehubungan itu, Abdul Jalil memohon pihak berkenaan supaya memandang serius masalah tersebut dan dapat mengambil tindakan segera demi kesejahteraan penduduk.


SEREMBAN 23 Nov. - Kerajaan negeri mengucapkan terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana berjaya menurunkan kadar jenayah di negeri ini sebanyak 20 peratus berdasarkan indeks pada tahun lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, secara umumnya negeri ini tidak termasuk dalam senarai kawasan panas jenayah.

Beliau berkata, daripada keseluruhan indeks jenayah, sebanyak 70 peratus adalah jenayah ringan dengan bandar ini, Nilai dan Rahang mencatatkan kadar jenayah yang tinggi.

"Pelbagai usaha telah dilakukan oleh PDRM bagi menurunkan kadar jenayah di negeri ini dan kerajaan mengucapkan terima kasih atas usaha tersebut," katanya menjawab pertanyaan P. Gunasekaran (DAP-Senawang) pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Mohamad turut bersetuju dengan saranan Wong May May (DAP-Mambau) yang mahu supaya balai polis bergerak dan rondaan bermotosikal dibuat di kawasan yang belum mempunyai balai polis seperti di Rasah Jaya.

Katanya, kerajaan negeri akan mengajukan cadangan itu kepada Kementerian Dalam Negeri dan berharap ia akan diberi pertimbangan yang serius.

"Kita mohon supaya kawasan yang mempunyai ramai penduduk diberi keutamaan dalam hal ini," katanya.


SEREMBAN 23 Nov. - Kerajaan negeri memohon supaya kerajaan Pusat mengkaji semula Pemberian Hitung Kepala (capitation grant) yang dilihat tidak menguntungkan negeri yang kurang penduduk.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, cadangan yang lebih baik ialah dengan memberikan peratusan tertentu berdasarkan hasil yang dijana oleh negeri berkenaan.

"Kaedah ini akan menggalakkan negeri-negeri bersaing untuk membawa pulangan hasil yang besar kepada negara.

"Sebagai contoh di China, Guangzhou menerima geran tersebut sebanyak 20 peratus daripada hasil yang dibawa untuk negara itu," katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Negeri Sembilan 2012 pada persidangan Dewan Undangan Negeri sini, hari ini.

Beliau merujuk kepada celahan Loke Siew Fook (DAP-Lobak) yang meminta pemberian geran itu dikaji semula kerana jumlah yang diterima oleh negeri ini dianggap sedikit.

Mohamad berkata, isu itu bukan baru kerana ia pernah dibangkitkan pada beberapa persidangan yang lalu.

Menurutnya, kerajaan negeri berharap permohonan itu dapat diberi pertimbangan yang sewajarnya sesuai dengan perkembangan semasa.



ABD. Halim Abd. Latif (tiga dari kiri) bersama ahli Majlis MPS melihat pelan lokasi cadangan pemasangan lampu isyarat di persimpangan Taman Bukit Mika dan Taman Chip Aik di Jalan Tun Dr. Ismail, Seremban, semalam.


SEREMBAN 23 Nov. - Lebih 5,000 penduduk di sekitar Taman Chip Aik dan Taman Bukit Mika kini boleh menarik nafas lega apabila Majlis Perbandaran Seremban (MPS) akan memasang lampu isyarat di simpang empat di kawasan itu tidak lama lagi.

Yang Dipertua MPS, Datuk Abd. Halim Abd. Latif memberitahu, langkah memasang lampu isyarat dibuat selepas pihaknya menyedari masalah yang dihadapi oleh penduduk berikutan kesukaran untuk keluar dari kawasan persimpangan berkenaan setiap hari.

Jelasnya, MPS telah meluluskan peruntukan sebanyak RM300,000 bagi kerja-kerja memasang lampu isyarat di kawasan simpang empat di Jalan Tun Dr. Ismail dekat sini.

"Kawasan ini penduduknya agak ramai dan setiap hari menggunakan laluan utama ini untuk ke bandar ini mahupun ke Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas).

"Agak sukar bagi mereka untuk keluar dari kawasan persimpangan ini memandangkan lokasi ini terletak di kawasan cerun," katanya selepas melawat lokasi itu hari ini.

Justeru, kata beliau, sebagai langkah awal pihaknya akan mendirikan papan tanda selain meminta kerjasama Unit Trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengawal lalu-lintas.

Jelas beliau, pemasangan lampu isyarat itu dijangka dilakukan akhir Disember atau Januari tahun depan.

"Walaupun setakat ini belum ada kemalangan maut dilaporkan, kita akan pasang lampu isyarat itu. Kita harap ia akan memberi keselesaan kepada pengguna jalan raya sekali gus menyelesaikan masalah di kawasan ini," jelas beliau.


KEPUTUSAN Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun 2011 sudah pun diumumkan dengan 46,012 pelajar mendapat keputusan cemerlang dengan 5A.

Tahniah dan syabas kepada mereka yang berjaya dan bagi pelajar yang kurang berjaya masih ada masa untuk memperbaiki diri apabila berada disekolah menengah nanti.

Adalah menjadi tradisi setiap tahun bagi setiap keluarga apabila keputusan cemerlang diperoleh anak-anak mereka begitu mengharapkan sangat untuk mendapatkan tempat di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) sedangkan lazimnya hanya lebih kurang 5,000 sahaja pelajar boleh diambil setiap tahun.

Bermakna hanya lebih kurang 10 peratus sahaja boleh menampung pelajar melanjutkan persekolahan mereka di SBP.

Untuk berlaku adil kepada semua adalah dicadangkan kenapa tidak 90 peratus daripada pelajar cemerlang dari luar bandar terutama sekali mereka yang tinggal jauh di daerah pendalaman diberikan keutamaan serta istimewaan dan 10 peratus pula untuk pelajar bandar yang miskin ditawarkan tempat.

Ini adalah kerana pelajar di bandar mempunyai kemudahan serba lengkap yang tidak menjadi masalah untuk pelajar yang sudah cemerlang ini menjadi lebih cemerlang.

Sebaliknya bagi pelajar cemerlang jauh di pedalaman mereka terpaksa berjalan kaki dan kadangkala menaiki sampan berpuluh kilometer jaraknya dari rumah ke sekolah dan wajar sekali mereka ini diberikan tempat di SBP.


CUTI sekolah akhir tahun adalah juga musim orang kahwin. Boleh dikatakan setiap hujung minggu ada sahaja majlis perkahwinan dan kadang kala sehingga empat atau lima jemputan yang kita terima sama ada di rumah pengantin ataupun di dewan perbandaran mahupun di hotel 5 bintang.

Dalam pada itu keluarga yang menguruskan majlis perkahwinan hendaklah berwaspada kerana mengikut pengalaman keluarga pengantin, mungkin ada sindiket yang sama ada bergerak berseorangan atau lebih, menyamar sebagai keluarga pengantin atau pun tetamu menyelinap masuk ke bilik pengantin atau tempat simpanan barang-barang hantaran dan barangan berharga di dalam bilik.

Barangan itu akan diambil semasa tuan rumah sedang sibuk meraikan tetamu ataupun pengantin.

Ini pernah berlaku sehinggakan barangan berharga seperti barang kemas, telefon bimbit dan jumlah wang yang banyak hilang tidak dapat dikesan.

Adalah lebih selamat jika dipasangkan kamera litar tertutup (CCTV) jika ia memerlukan keselamatan dan dicadangkan pakej sesuatu perkahwinan dimasukkan juga pemasangan CCTV untuk pastikan keselamatan tuan rumah terjamin.


SEREMBAN 22 Nov. - Kerajaan negeri hari ini menafikan tuduhan bahawa ia tidak berbuat apa-apa bagi menangani masalah perkhidmatan bas sehingga pengendalinya, Cityliner menamatkan operasi serta-merta minggu lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, beberapa siri perbincangan telah diadakan dengan pengurusan Cityliner sebelum ini tetapi gagal mencapai penyelesaian.

Beliau berkata, kerajaan negeri tidak mempunyai bidang kuasa dalam hal itu memandangkan sektor pengangkutan awam terletak di bawah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

"Tuduhan bahawa kerajaan negeri tidak berbuat apa-apa adalah tidak benar sama sekali," katanya ketika bangkit mencelah perbahasan oleh Loke Siew Fook (DAP-Lobak) yang sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Negeri Sembilan 2012 pada sidang Dewan Undangan Negeri sini hari ini.

Siew Fook mendakwa beliau pernah membangkitkan isu perkhidmatan bas itu dalam beberapa persidangan DUN sebelum ini tetapi katanya, tiada tindakan diambil oleh kerajaan negeri.

Kemelut pengangkutan bas awam itu selesai semalam apabila kerajaan negeri dan Konsortium Transnasional Bhd (KTB) selaku pemilik Cityliner memulakan operasinya hari ini.

Ia hasil memorandum persefahaman (MOU) yang ditandatangani kedua-dua pihak di sini semalam.

DAP negeri bantah Tony Pua

Dikirim oleh Warieh 0 Komen


SEREMBAN 22 Nov. - DAP negeri hari ini memilih sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menyatakan bantahan mereka terhadap cadangan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua untuk mengurangkan kakitangan awam sekiranya pembangkang dipilih sebagai pemerintah negara.

Malah, Loke Siew Fook (DAP-Lobak) berkata, beliau mahu menggunakan platform persidangan itu untuk memberi jaminan bahawa tidak ada seorang pun kakitangan awam akan dibuang kerja sekiranya pakatan pembangkang diberikan mandat memerintah.

Beliau juga mahu kakitangan awam di negeri ini tidak bimbang atau takut dengan cadangan itu kerana pakatan pembangkang negeri ini akan memastikan ia tidak akan dilaksanakan sama sekali.

"Saya mahu perkara ini (jaminan bahawa pakatan pembangkang tidak akan mengurangkan kakitangan awam) dimasukkan ke dalam hansard dewan," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Negeri Sembilan 2012 di DUN di sini hari ini.

Baru-baru ini, Setiausaha Penerangan DAP, Tony Pua dilaporkan berkata, DAP akan mengurangkan penjawat awam dan menamatkan perkhidmatan mereka yang tidak efisien seperti dilakukan kerajaan China bagi mengurangkan bajet kerajaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan yang bangkit mencelah perbahasan itu berkata, cadangan itu dibuat oleh DAP sendiri dan ia tidak pernah dibangkitkan oleh Barisan Nasional (BN).

Siew Fook yang juga Pengerusi DAPSY kebangsaan menjawab, ia adalah cadangan peribadi Tony Pua dan Setiausaha Kerja DAP itu bukan berasal dari Negeri Sembilan dan beliau sama sekali tidak akan bertanding dalam pilihan raya untuk kerusi di negeri ini.

Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad (BN-Bagan Pinang) yang bangkit mencelah, mempersoalkan sama ada Siew Fook dan Tony Pua adalah dari parti yang berlainan memandangkan kenyataan yang dibuat oleh kedua-dua mereka adalah bertentangan.

"Tony Pua tidak pernah menarik balik kenyataannya itu dan ini bermakna mereka akan melaksanakan cadangan itu sekiranya berpeluang menjadi kerajaan," katanya.

Kedua-dua mereka kemudian terlibat dalam pertikaman lidah sebelum Speaker dewan, Datuk Razak Mansor mengarahkan Siew Fook meneruskan perbahasannya.


SEREMBAN 22 Nov. - Seramai 35 penuntut Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerima pendedahan dalam bidang penulisan media cetak dan elektronik menerusi penganjuran Bengkel Penyiaran Media Lanjutan 2011 yang diadakan di kampus universiti berkenaan, di Nilai, dekat sini baru-baru ini.

Bengkel dua hari anjuran Unit Kebudayaan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) Usim itu turut mendapat kerjasama Utusan Malaysia dan TV3.

Ketua BHEP USIM, Nasrul Hakim Ahmad berkata, pelaksanaan program tersebut berupaya melatih, mengasah bakat selain mengilap potensi peserta ke arah menghasilkan hasil penulisan berkualiti agar dapat disalurkan kepada media cetak mahupun elektronik.

''Langkah progresif ini secara tidak langsung membantu BHEP menyiarkan laporan atau berita berhubung sebarang promosi atau aktiviti menarik mahasiswa yang berlangsung di dalam dan luar kampus.

''Kita memerlukan promosi dan publisiti meluas dalam usaha membina imej yang sihat dan baik bagi universiti khususnya membabitkan penuntut," katanya di sini baru-baru ini.

Jelasnya, penganjuran bengkel tersebut juga seiring dengan hasrat universiti bagi memberi peluang kepada penuntut menceburi bidang luar sekali gus menjadi nilai tambah terhadap pembelajaran sedia ada.

''Antara pengisian yang diketengahkan sepanjang bengkel ini berlangsung adalah slot penyiaran media elektronik termasuk teknik wawancara, penulisan berita dan rencana dan juga pengurusan media.

''Melalui slot Latihan Dalam Kumpulan (LDK) pula, para peserta ditugaskan membuat tugasan kerja lapangan. Para peserta diberi tempoh masa tertentu untuk membuat liputan berita di luar kawasan kampus sebelum sesi pembentangan kerja kumpulan diadakan," ujarnya.

Sementara itu, menurut Pegawai Kebudayaan USIM, Ismail Ahmed, 20 peserta bengkel tersebut akan terpilih menyertai kumpulan Ejen Berita USIM.

''Mereka ini berperanan untuk menyediakan bahan penulisan, melengkapkan peralatan perhubungan media termasuk menyelaras bahan siaran bagi media cetak atau media elektronik," katanya.


SEREMBAN 21 Nov. – Sebanyak RM11.22 juta diperuntukkan oleh kerajaan negeri untuk sektor pertanian dalam Belanjawan 2012 sebagai usaha mengekang kenaikan harga barang makanan apabila berlaku bencana alam di negara pengeksport makanan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tumpuan utama akan diberikan kepada pembangunan industri buah-buahan, tanaman padi, tanaman industri dan komoditi berpotensi.

Beliau berkata, tindakan itu penting kerana sekiranya negara pengeluar produk pertanian dilanda banjir, Malaysia akan turut menerima kesan kekurangan bahan makanan.

“Akibatnya rakyat akan dihimpit dengan kenaikan harga produk pertanian,” katanya ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan Negeri Sembilan 2012 di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Semua 35 Ahli Dewan Undangan Negeri hadir pada persidangan tersebut kecuali kerusi DUN Johol yang kosong berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Roslan Md. Yusof pada 4 Oktober lalu.

Menurut Mohamad yang juga ADUN Rantau, cadangan Belanjawan 2012 yang dibentangkan hari ini adalah belanjawan berimbang yang berasaskan kepada semangat dan matlamat untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat dan pembangunan negeri.

Katanya, hasil kerajaan negeri pada tahun depan dianggarkan sebanyak RM430 juta dan jumlah yang sama akan digunakan digunakan untuk belanjawan mengurus.

Beliau memberitahu, sebanyak RM8.9 juta akan diperuntukkan untuk Jabatan Kebajikan Masyarakat manakala RM5.6 juta untuk pembangunan sukan, persatuan belia dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Dalam Belanjawan Pembangunan 2012, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM92.3 juta untuk projek yang dirancang dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10),” ujarnya.

Tambahnya, sebanyak RM13.6 juta akan diperuntukkan kepada Jabatan Kerja Raya bagi melaksanakan projek yang menjadi keutamaan kepada rakyat dan RM11.2 juta untuk Jabatan Pengairan dan Saliran bagi projek tebatan banjir, pengurusan sungai, pantai dan saliran pertanian.

Jelasnya, peruntukan sebanyak RM19 juta disediakan untuk sektor pentadbiran bagi penyelenggaraan dan pembaikan bangunan dan kuarters kerajaan.

Mohamad berkata, Negeri Sembilan berjaya mencatat kadar pertumbuhan positif setiap tahun untuk Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) iaitu 1.1 peratus pada 2009, 2010 (5.3 peratus) dan diunjurkan meningkat kepada 5.9 peratus untuk tahun ini.

Beliau berkata, pertumbuhan ekonomi negeri ini pada tahun depan dijangka berkembang dengan menggalakkan sektor swasta sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi.

Bau busuk terjawab dengan penemuan mayat

Dikirim oleh Warieh Isnin, 21 November 2011 0 Komen


JEMPOL 20 Nov. - Misteri bau busuk dari sebuah rumah sejak kelmarin, terjawab dengan penemuan mayat seorang wanita warga emas di dapur kediaman itu di Kampung Batu Bakar, di sini hari ini.

Mayat mangsa, Che Wa Ab. Karim, 64, ditemui jirannya kira-kira pukul 2 petang sebelum membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Mohd. Sabri Muhamad memberitahu, jiran itu curiga selepas warga emas berkenaan tidak keluar dari rumahnya.

"Disebabkan curiga, jiran mangsa memanggil warga emas itu beberapa kali tetapi tidak dijawab.

"Jiran itu kemudian membuka tingkap di dapur dan terkejut melihat mayat warga emas itu terbaring di atas lantai," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Menurut Mohd. Sabri, mangsa yang tinggal seorang diri di rumah itu dipercayai telah meninggal dunia sejak kelmarin, berdasarkan keadaan mayatnya yang sudah berbau.

"Hasil siasatan awal kita dapati tiada sebarang unsur jenayah dan kita percaya mangsa meninggal dunia kerana terjatuh," ujarnya.

Menurutnya, jenazah warga emas itu dibawa ke Hospital Jempol untuk bedah siasat sebelum di tuntut oleh keluarganya.

Bengkel atasi marah 24 Nov.

Dikirim oleh Warieh 0 Komen


SEREMBAN 20 Nov. - Pusat Kaunseling, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan akan menganjurkan bengkel pengurusan marah dan tekanan di Dewan Kuliah, Majlis Negeri di sini, 24 November ini.

Jurucakap pusat itu berkata, bengkel sehari itu antara lain akan membincangkan cara untuk mengenali simptom tekanan, kesan marah, kemahiran menyelesaikan masalah dan strategi menguruskan marah dan tekanan mengikut perspektif Islam.

Bengkel terhad untuk 50 peserta dan tarikh tutup penyertaan 23 November.

Yuran penyertaan RM40 seorang dan sebarang pertanyaan boleh menghubungi 06-7679905/4. - BERNAMA

63 ditahan dalam Operasi 6P

Dikirim oleh Warieh 0 Komen


SEREMBAN 20 Nov. - Seramai 63 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Operasi Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin (6P) di sekitar Nilai, dekat sini semalam.

Dalam operasi Jabatan Imigresen di Taman Semarak Nilai dekat sini bermula 8.30 malam itu, kira-kira 1,000 warga asing terdiri warga Bangladesh, Myanmar, Nepal dan Indonesia diperiksa.

Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Faizal Fazri Othman berkata, operasi khas itu turut disertai oleh Ikatan Relawan Rakyat (Rela) dan Jabatan Pendaftaran Negera (JPN).

"Dalam operasi yang kita lancarkan ini kita membuat pemeriksaan dari rumah ke rumah di Taman Semarak yang majoritinya dihuni oleh warga asing dan kawasan sekitarnya.

"Daripada pemeriksaan itu, kita menahan seramai 63 warga asing kerana pelbagai kesalahan Imigresen seperti tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan tinggal lebih tempoh," katanya di sini, malam tadi.

Faizal Fazri juga memberitahu, daripada jumlah itu, seramai 37 PATI yang ditahan adalah warga Bangladesh, Myanmar (lapan), Nepal (15) dan Indonesia (tiga) termasuk seorang bayi lelaki berusia lima bulan.

"Semua mereka yang ditahan itu kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan tinggal lebih tempoh selain gagal mendaftarkan diri dalam program pemutihan 6P.

"Ketika ditahan mereka menggunakan pelbagai alasan seperti tidak mempunyai wang dan tidak mengetahui mengenai program pemutihan berkenaan," ujarnya.

Menurutnya, semua PATI yang ditahan itu akan dihantar ke Depot Tahanan Lenggeng dekat sini sebelum didakwa atau diusir pulang ke negara asal.



MOHAMAD Hasan bersama K.C Yam (dua dari kiri) melihat replika rumah contoh yang dipamerkan di Seremban, baru-baru ini. - UTUSAN/ABD. RAZAK AID


SEREMBAN 20 Nov. - Diskaun untuk bayaran premium tanah adalah antara insentif ditawarkan kerajaan negeri terhadap pihak menggunakan kandungan teknologi hijau dalam pembangunan yang dilaksanakan mulai tahun depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, insentif itu bertujuan menggalakkan penggunaan teknologi hijau dalam semua kategori pembangunan selaras dengan matlamat kerajaan mengenai dasar tersebut.

Beliau berkata, insentif itu ditawarkan meliputi setiap industri dan pembangunan seperti pengeluaran makanan, elektronik dan perumahan.

"Melalui langkah ini kita akan beri mata tertentu berdasarkan kandungan teknologi hijau yang menepati Indeks Bangunan Hijau (GBI) yang diguna pakai oleh mereka.

"Penarafan akan diberi berdasarkan jumlah mata dikumpul yang akan melayakkan mereka menikmati insentif tersebut," katanya selepas merasmikan Ekspo Perumahan dan Hartanah Negeri Sembilan (MAPEX 2011) anjuran Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) di sini, kelmarin.

Turut hadir, Presiden Nasional REHDA Malaysia, Datuk Seri Michael K.C Yam.

Sehingga kini jelasnya, penggunaan teknologi hijau semakin mendapat perhatian di kalangan pemain industri tempatan walaupun ia sudah menjadi amalan oleh pelabur antarabangsa.

Sebagai contoh tambahnya, kilang Coca-Cola di Bandar Enstek dekat Nilai sudah pun mengguna pakai teknologi hijau mengikut piawaian pensijilan Kepimpinan Reka Bentuk Alam Sekitar dan Tenaga tahap perak (Silver Leed).

"Ia mungkin baru di negeri ini tetapi kerajaan negeri komited untuk menjayakan dasar teknologi hijau ini," ujarnya.

Mengenai MAPEX 2011, Mohamad puas hati kerana para pemaju telah menyahut seruan kerajaan untuk membina rumah berkualiti dengan reka bentuk menarik.

Katanya, hartanah di negeri ini kini bukan sahaja dibeli oleh anak tempatan, malah ia mula diminati oleh mereka yang berasal dari negeri lain tetapi bekerja di Kuala Lumpur.

Pada pameran itu, sebanyak 2,330 unit hartanah pelbagai jenis bernilai RM932 juta ditawarkan kepada orang ramai pada harga antara RM36,000 hingga RM1.6 juta seunit.


KECEWA dengan sikap sambil lewa dan tindakan tidak bijak pihak Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang hanya menghantar pemain pelapis muda dalam merebut pingat emas di Sukan SEA kali ini.

BAM silap langkah kerana Sukan SEA bukanlah gelanggang untuk membuat ujian sebenarnya. Banyak cara lain boleh kita buatkan ujian.

Sukan SEA bukanlah tempat untuk mengujikan bakat kerana misi ke sana adalah untuk mendapatkan sebanyak pingat yang mungkin bagi meninggikan lagi kedudukan kita terutama sekali dalam sukan badminton dan ia juga adalah maruah negara.

Sekarang siapakah yang rugi apabila satu pingat pun tidak diperolehi dengan satu persatu pemain kita tumbang, malahan mendapat ejekan penonton tuan rumah.

Sepatutnya Datuk Lee Chong Wei dan juga pasukan beregu utama negara tidak menyertai Terbuka Hong Kong yang diadakan pada masa sama dengan perlawanan badminton di Sukan SEA.

Tumpuan seharusnya untuk menambahkan pingat kepada negara di Sukan SEA kerana semangat patriotik sepatutnya mengatasi segala-galanya.

Kalau pemain utama negara tidak dapat bermain di Sukan SEA, kenapa tidak dihantar pemain berpengalaman dan berpotensi untuk meraih sekurang-kurangnya dua pingat seperti Wong Choong Hann atau Hafiz Hashim. Macam ada yang tidak kena dengan BAM ini.


20/11/2011 6:08pm

JAKARTA 20 Nov. - Hobi menyaksikan rakaman atlet wushu berlatih di laman web sosial `You Tube” memberi ilham kepada Kevan Cheah Peng Heng untuk beraksi cemerlang dan meraih emas daripada acara Wushu Nan Dao dan Nan Gun Lelaki pada Sukan SEA di Indonesia.

Kevan, 23, dari Pulau Pinang yang beraksi dalam Sukan SEA pertamanya, memperolehi 9.71 mata dari acara Nan Dao dan 9.71 mata dari acara Nan Gun untuk mengumpul keseluruhan 19.41 mata.

Rakan sepasukan, Koo Chee Zhong meraih perak, mengutip 9.70 mata dari Nan Dao dan 9.69 mata dari Nan Gun untuk keseluruhan 19.39 mata.

Gangsa dimiliki Wai Phyo Aung dari Myanmar dengan keseluruhan 18.37 mata.

"Saya gembira dapat menyumbang emas kepada kontinjen walaupun tidak disasarkan emas pada mulanya kerana saya dari skuad pelapis wushu kebangsaan,” kata Kevan kepada pemberita, di sini hari ini.

Emas kedua daripada wushu disumbangkan oleh Tai Cheau Xuen dari acara Nan Dao dan Nan Gun wanita.

Cheau Xuen mengutip 9.70 mata dari Nan Dao dan 9.65 mata dari Nan Gun untuk mengumpul keseluruhan 19.35 mata.

Pemenang pingat gangsa dari acara yang sama pada Sukan Asia di Guangzhou, tahun lepas itu sekali lagi mengenepikan seniornya, Diana Bong pada acara hari ini.

Diana sekadar berpuas hati dengan gangsa selepas mengutip keseluruhan 18.97 mata, di belakang pemenang pingat perak, Dessy Indri Astuti dari Indonesia dengan keseluruhan 19.05 mata.

Pada Sukan Asia di Guangzhou, Diana turut ketinggalan, berada di tangga ke lima berbanding Tai yang mendapat gangsa.

Cheau Xuen, 20 dari Seremban berkata, walaupun menewaskan senior, Diana banyak membantunya untuk menguasai acara tersebut.

Malaysia turut memperolehi satu lagi gangsa dari Ong Shi Chuan menerusi acara Daoshu dan Gunshu lelaki dengan mengutip mata keseluruhan 19.40. - Bernama


SEREMBAN 19 Nov. - Penumpang bas di negeri ini yang terjejas akibat tindakan syarikat bas henti-henti, Cityliner menamatkan semua operasinya secara serta-merta sejak Rabu lalu, boleh menarik nafas lega selepas Isnin ini.

Ini kerana kemelut itu dijangka selesai dengan campur tangan kerajaan negeri yang bertindak mengambil alih perkhidmatan bas itu daripada konsortium berkenaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kerajaan negeri tidak boleh menunggu lebih lama lagi kerana ia menjejaskan kesejahteraan rakyat di negeri ini.

"Kerajaan negeri kini sudah menemui formula terbaik bagi menyelesaikan isu itu daripada terus menyusahkan pengguna yang bergantung kepada perkhidmatan bas sebagai sistem pengangkutan utama.

"Saya telah berunding dengan beberapa pihak dan kita dapat satu formula 'menang-menang' untuk kerajaan, industri perkhidmatan bas dan pengguna," katanya selepas merasmikan Ekspo Perumahan dan Hartanah Negeri Sembilan (Mapex 2011) anjuran Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) di sini semalam.

Rabu lalu, Cityliner yang menjalankan perkhidmatan bas henti-henti di 10 laluan di negeri ini menamatkan perkhidmatan mereka dengan alasan tidak sanggup lagi menampung kerugian.

Antara perkhidmatan yang ditamatkan adalah Seremban ke Nilai-KLIA, Port Dickson-Telok Kemang, Tampin, Rantau, Senawang, Linggi, Sikamat, Rasah Jaya dan Kajang.

Katanya, satu memorandum persefahaman (MOU) akan ditandatangani dengan konsortium syarikat bas tersebut pada Isnin ini dan perkhidmatan bas dijangka dimulakan serta-merta selepas itu.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai formula itu, beliau berkata, kerajaan negeri akan mengambil alih perniagaan bas tersebut dan kemudiannya menyerahkan kontrak untuk mengendalikan operasi harian bas kepada pengusaha.

Projek MRT siap Julai 2017

Dikirim oleh Warieh 0 Komen


KUALA LUMPUR 19 Nov. - Projek My Rapid Transit (MRT) dari Sungai Buloh ke Kajang yang bertujuan menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar raya mesra alam dan bebas kesesakan lalu lintas bakal dinikmati sepenuhnya pengguna pada Julai 2017.

Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp., Datuk Azhar Abdul Hamid (gambar) berkata, fasa pertama membabitkan laluan Sungai Buloh ke Seremban dijangka siap Disember 2016.

"Fasa kedua dari Semantan ke Kajang akan siap sepenuhnya pada Julai 2017 melibatkan pembinaan terowong, satu depot dan 19 stesen.

"Justeru, tidak timbul isu pelaksanaan projek ditangguhkan kerana operasi sebenar MRT adalah pada 2017," katanya pada sidang akhbar selepas mengunjungi kios maklumat projek MRT di Plaza Metro Kajang di sini hari ini.

Azhar berkata, projek tersebut kini berhadapan isu pengambilan tanah di Jalan Sultan, Bukit Bintang dan Jalan Inai.

"Perbincangan masih berterusan bagi mencapai persetujuan bersama. Mudah-mudahan perkara ini dapat diselesaikan menjelang akhir tahun ini atau Januari," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, kios maklumat yang dilancarkan Plaza Metro Kajang dan Tesco Mutiara Damansara pada 1 November lalu menerima lebih 12,000 pengunjung.

"Kios yang beroperasi sehingga 30 November ini diwujudkan untuk memastikan orang ramai mendapatkan maklumat berterusan mengenai projek yang bakal dilaksanakan itu.

"Jumlah pengunjung kios ini sangat positif dan ia seiring dengan hasrat kerajaan memastikan orang ramai mendapatkan kemudahan dan perkhidmatan berkualiti di masa depan," katanya.

Kios maklumat tersebut akan dibuka di Jusco Maluri, Stesen LRT Pasar Seni, Cheras Leisure Mall, The Store Sungai Buloh dan Stesen LRT Bangsar.


SEREMBAN 18 Nov. - Lebih 10 keluarga di sekitar perumahan Taman Kobena di sini resah berikutan masalah longkang yang menghantui mereka sejak lima tahun lalu.

Penduduk mendakwa, keadaan bertambah buruk setiap kali longkang berhampiran rumah mereka dipenuhi air sehingga mengeluarkan bau busuk yang meloyakan.

Menurut wakil penduduk, Abdul Jalil Jaamat, 76, ia berikutan longkang yang dibina di kawasan terbabit tidak memenuhi spesifikasi sistem perparitan menjadikan aliran air kurang lancar sekali gus menyebabkan air sering bertakung.

Katanya, penduduk telah membuat aduan berhubung masalah tersebut pada pihak berkaitan, namun sehingga kini masih tiada tindakan diambil.

"Kami amat kecewa kerana masalah ini tidak diberi perhatian oleh pihak berkenaan, sebaliknya mereka hanya saling menuding jari menyalahkan pihak lain sekali gus terus menjadikan kami sebagai mangsa keadaan.

"Mereka ini seperti lepas tangan kerana masalah ini sudah berlarutan untuk tempoh yang lama, bukan sehari dua," katanya yang mendakwa masalah itu telah berlarutan sejak 2006.

Jelasnya, sebelum ini penduduk mengambil inisiatif sendiri dengan mengorek saluran longkang tersebut bagi mengelakkan air kotor melimpah ke atas jalan, namun masalah itu gagal diatasi.

"Akibat limpahan itu, jalan di sekitar kawasan ini menjadi berlubang," katanya.

Tambahnya, keadaan akan menjadi bertambah teruk setiap kali musim hujan hingga menyebabkan berlakunya limpahan dan takungan air di sekitar rumah penduduk.

"Air tidak dapat mengalir lancar disebabkan tiada saluran keluar yang efektif. Air mengalir secara perlahan dan akhirnya bertakung," katanya.

Tegasnya, keadaan itu mendatangkan pelbagai masalah termasuk dari aspek kesihatan kerana masalah air bertakung itu juga menjuruskan kepada pembiakan nyamuk.

Sehubungan itu, Abdul Jalil memohon pihak berkenaan supaya memandang serius masalah tersebut dan mengambil tindakan segera demi kesejahteraan penduduk.


SEREMBAN 18 Nov. - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri mengutip kompaun mencecah RM1.8 juta membabitkan pelbagai kesalahan lalu-lintas di sekitar negeri ini dari Januari hingga September lalu.

Pengarahnya, Saiful Azzri Hamzah berkata, jumlah itu meningkat sebanyak RM83,000 berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

“Jumlah tersebut adalah daripada 10,220 kompaun yang diselesaikan manakala 11,107 kompaun lagi adalah bagi tempoh sembilan bulan 2010,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, sepanjang tempoh tersebut pihaknya telah mengeluarkan sebanyak 12,149 saman terhadap pesalah lalu-lintas melibatkan pelbagai kesalahan.

“Bagi tempoh yang sama 2010, kita telah mengeluarkan sebanyak 10,182 saman,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain Saiful memberitahu, berpandukan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), jumlah kematian ketika pelaksanaan Ops Sikap Ke-23 di negeri ini tahun ini menurun daripada 199 orang berbanding Ops Sikap Ke-22 yang mencacatkan sebanyak 244 kematian.

“Namun bagi Ops Sikap Ke-24, jumlah kematian meningkat kepada 289 orang daripada 19,606 jumlah kemalangan.

“Jumlah kematian itu melibatkan pengguna motosikal, kereta, van, lori, pejalan kaki, basikal, teksi, bas dan kenderaan pacuan empat roda,” ujarnya.

Catatan Editor

Dikirim oleh Warieh Jumaat, 18 November 2011 0 Komen

http://img.mitrasites.com/about/ms-editor.jpg


Minggu ini berita yang melanda Negeri agak panas dan menjadi isu yang mungkin akan mengitip di bibir masyarakat Malaysia, kalau tak percaya, tinjaulah pada blog-blog peribadi samada di side' kerajaan mahupun pembangkang (majaroti) isunya tak lain dan tak bukan adalah mengenai projek Pusat Fidlot Nasional (PFN), secara ringkas projek ini dibangunkan adalah untuk meningkatkan hasil daging lembu untuk negara dan mula beroperasi sewaktu dasar pertanian diangkat sebagai misi Perdana Menteri kelima Tun Abdullah Badawi, pekara ini juga meliputi penglibatan swasta secara besar-besaran dalam penternakan secara fidlot dengan sistem pengeluaran dan pemasaran secara bersepadu dijangka dapat membantu melonjakkan prestasi pengeluaran daging. justeru itu Kerajaan Negeri Sembilan telah bersetuju untuk membangunkan kawasan seluas 2,023.5 ha. (5,000 ekar) di Daerah Gemas sebagai Ladang Beef Valley bagi mengusahakan aktiviti ternakan secara komersial agar dapat menyumbang kepada bekalan makanan negara khususnya bagi Negeri Sembilan dan Lembah Klang.

Isu yang berbangkit

SELEPAS Laporan Ketua Audit Negara 2010 akhir bulan lalu mendedahkan projek Pusat Fidlot Nasional (PFN) tidak menepati sasaran pengeluaran bagi 2010, pelbagai dakwaan dibuat parti pembangkang. Isu itu mendapat perhatian hanya disebabkan syarikat peneraju projek pusat penggemukan lembu itu, National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) ialah milik suami dan anak-anak Menteri Pembangunan, Wanita dan Keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Walaupun menteri berkenaan belum terbukti terbabit dengan projek itu, selain mempunyai hubungan keluarga dengan pemilik NFC, perkara itu tidak menghalang pembangkang mengorek apa yang dianggap skandal kepada mereka.

Kenyataan separuh benar ini mungkin hanya sebahagiannya benar tetapi disebarkan dengan mencampuradukkannya dengan unsur mengelirukan. Penyebarannya dilakukan dengan niat untuk memperdaya, mengalih perhatian atau meletakkan kesalahan ke atas seseorang. Sebagai contoh isu pembelian unit kondominium oleh NFC yang dibongkar pembangkang tanpa mengetahui matlamat sebenar pembeliannya.

Lantas Pengerusi NFC, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail yang juga suami Shahrizat menjelaskan sebanyak dua unit kondominium memang dibeli syarikat itu. Namun, ia bukan satu penyalahgunaan wang, tetapi sebagai pelaburan, sementara menunggu projek PFN mendatangkan hasil. Malah, kata Salleh kepada wartawan di Gemas semalam, pelaburan itu membuahkan hasil jauh lebih baik daripada simpanan tetap di bank. Berhubung dakwaan pembangkang bahawa NFC membuat perbelanjaan RM26,400 kepada Shahrizat, sekali lagi ia terbukti separuh benar berikutan jumlah itu adalah nilai lembu dibeli menteri itu daripada NFC dan sudah pun dibayar balik hampir sepenuhnya.

Namun apa yang boleh kita lihat pada isu ini adalah kebolehan pihak pembangkang yang telah mengunakan peluang dan ruang yang telah disediakan oleh pihak kerajaan untuk dihentam, isu kroni, penyalahgunaan kuasa, urus dana kerajaan yang begitu mudah, hasil yang tidak tampak..dan hantaman sendiri dari ketua audit negara menunjukan kelemahan pihak kerajaan dalam menguruskan isu ini.

Dalam hal yang suntuk ini seharusnya tabik lima harus diberi kepada Timbalan Perdana Menteri yang cepat-cepat mahu pihak National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) memberi penjelasan berhubung pelbagai isu membabitkan projek Pusat Fidlot Nasional Antaranya bagaimana isu itu boleh timbul dan cara ia ditangani...soal situasi industri penternakan serta respon mereka terhadap Laporan Ketua Audit Negara...

Bagaimana dan caramana pihak NFC memberi penjelasan kita semua sudah tahu, tetapi ibarat kata pepatah melayu rumah sudah siap, pahat masih berbunyi kalaulah untung seperti dikata kenapa pula laporan audit negara sebaliknya....

Biarlah PR berangan: MB

Dikirim oleh Warieh 0 Komen


Oleh : NUR SHARIEZA ISMAIL, M. JEFFRI RAZALI & SYAMILAH ZULKIFLI
Tarikh : November 18, 2011
Mohamad Hasan

REMBAU – Biarlah PR dengan angan-angannya kerana berapa lama mereka boleh berbohong dengan rakyat.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pembangkang boleh berkata apa sahaja, tetapi akhirnya nanti rakyat akan tahu juga tembelang mereka.

“Rakyat sekarang ini sudah bijak dan mampu menilai janji manis yang dilemparkan pembangkang.

“Saya yakin rakyat mempunyai pandangan mereka sendiri dan boleh memberi penilaian kerana kita semua kebanyakannya berpelajaran tinggi,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membayangkan hasrat menawan tiga negeri iaitu Negeri Sembilan, Melaka dan Johor pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Mohamad berkata, beliau yakin dengan hanya bekerja kuat sahaja dan menumpukan aspek kesejahteraan rakyat mampu meyakinkan mereka kepada kerajaan yang sedia ada.

“PR kata mahu tawan tiga negeri iaitu Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Itu hanya sekadar kata-kata psiko.

“Terpulang kepada PR kerana kerajaan pun ada strategi tersendiri pada PRU13,” katanya.




  • Foto

  • Foto

Menteri tidak terbabit lulus pinjaman mudah RM250j

GEMAS: Pengerusi Eksekutif Nasional Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail menafikan isterinya, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, mempunyai pengaruh dalam pengurusan syarikat, termasuk kelulusan pinjaman mudah bernilai RM250 juta daripada kerajaan untuk menguruskan projek Pusat Fidlot Nasional (PFN).
Mohamad Salleh berkata, isterinya yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tidak pernah mencampuri urusan syarikat, malah mereka berdua meletakkan ‘tembok' dalam isu yang berkaitan dengan projek ladang NFC.
“Kami tidak memaklumkan perkembangan syarikat kepada beliau, malah jika saya mula membuka mulut untuk membincangkan perkara itu, saya akan diminta diam.

“Antara saya dan isteri hanya membincangkan soal berkaitan anak dan pendidikan. Soal lain, terutama projek dan politik tidak pernah menjadi keutamaan kepada saya walaupun saya menyokong isteri 100 peratus dalam politik,” katanya.

Beliau turut menafikan Shahrizat menyertai rombongan pengurusan syarikat ke luar negara yang didakwa menelan belanja RM827,579.

“Kami jarang mengunjungi luar negara bersama keluarga. Sebagai menteri, isteri saya mengunjungi banyak negara atas urusan kerja kerana menunaikan tanggungjawab sebagai pemimpin negara,” katanya.
Ditanya mengenai tindakan beberapa pihak termasuk daripada Barisan Nasional (BN) yang meminta Shahrizat melepaskan jawatan kerana projek NFC dikecam pembangkang yang mendakwa wujud penyelewengan dana kerajaan, Mohamad Salleh berkata beliau tidak boleh menjawab bagi pihak isterinya.

“Biar Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Shahrizat sendiri yang menjawab dan memutuskan perkara itu. Saya hanya suaminya. Dia tidak bincang soal politik dengan saya walaupun kami sudah hidup bersama selama 31 tahun. Apapun tindakan beliau, saya sentiasa menyokong 100 peratus,” katanya.


NFC pertimbang ambil tindakan mahkamah

PENGURUSAN National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa pemimpin pembangkang jika terus membuat tuduhan tidak berasas berhubung operasi dan kewangan syarikat berkenaan.

“Saya perlu berunding dulu dengan peguam serta mendapat pandangan ahli keluarga berhubung perkara ini. Kita tidak perlu tergesa-gesa. Secara jujur, saya tiada rasa hendak marah, cuma kasihan dengan pihak berkenaan terutama (Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat) Rafizi Ramli yang membuat tuduhan seperti itu.

“Jika tuduhan itu diteruskan (selepas penjelasan syarikat), kita mungkin meneliti mengambil tindakan undang-undang,” kata Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail. Sidang media turut dihadiri Peguam NFC, Datuk Seri Dr Muhammad Shafee Abdullah; Perunding Korporat dan Kewangan NFC, Zakaria Mohamed dan Pengarah NFC, Wan Shahinur Izmir Mohamad Salleh.

Mohamad Salleh berkata, pada awalnya mereka sekeluarga terkejut dengan tuduhan pembangkang kerana tidak mengenali Rafizi, tetapi akhirnya beliau dan keluarga menyedari semuanya bermotif politik.

“Saya kasihan pada dia, kalau hati perut tidak baik, anda akan sengsara... bagi kami... kami tidak buat salah dan kami menggunakan semua sumber menjalankan projek ladang ternakan ini.

“Projek ini tidak gagal kerana kami baru tiga tahun beroperasi dan ada 27 tahun sebelum disambung 30 tahun lagi... mungkin Rafizi pandai tetapi tidak tahu mengenai pengurusan perniagaan,” katanya.

Sementara itu Wan Shahinur Izmir yang juga anak Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, ketika diminta mengulas, berkata beliau tidak marah kerana dakwaan itu tidak tepat.

Sebaliknya, beliau sedih kerana masyarakat dikelirukan dengan maklumat yang salah sehingga memberi persepsi negatif terhadap syarikat dan keluarga mereka.

“Saya mahu jemput Rafizi datang melawat dan meneliti perkembangan ladang kami, bukannya menjerit dan memekik di luar sana,” katanya.

Sementara itu Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Seri Zulhasnan Rafique menjelaskan pusat khidmatnya tidak berhutang dengan NFC kerana semua pembelian lembu korban tiga tahun lalu sudah dibayar sepenuhnya.

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, kenyataan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifuddin Nasution Ismail bahawa pihaknya masih berhutang RM70,000 dengan NFC adalah palsu.

Beliau juga menyifatkan kenyataan itu berniat jahat dan manipulasi fakta yang cuba menimbulkan keresahan politik kononnya beliau seorang yang tidak amanah.

“Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Setiawangsa ada membeli 25 ekor lembu bernilai RM70,000 sempena sambutan Aidiladha pada 2008. Lembu itu diserahkan oleh NFC pada 6 Disember 2008.

“Bagaimanapun, invois harga pembelian itu hanya dikeluarkan pada 17 Disember 2008 menerusi faks ke pusat khidmat pada 28 Januari 2009,” katanya dalam kenyataan semalam

Laskar Garuda tersungkur

Dikirim oleh Warieh 0 Komen

Laskar Garuda tersungkur


PENJAGA gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat menangkap kemas bola hantaran lawan pada perlawanan terakhir Kumpulan A menentang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta semalam. Malaysia mara ke separuh akhir selepas menewaskan tuan rumah 1-0.


JAKARTA – Malaysia melenyapkan ego Indonesia selepas mencatat kemenangan 1-0 untuk melangkah ke separuh akhir bola sepak selaku juara Kumpulan A.

Untuk babak seterusnya, Malaysia yang diwakili skuad Harimau Muda akan berdepan naib juara Kumpulan B, Myanmar pada 19 November ini.

Bertambah manis, kemenangan itu juga kali pertama dalam tempoh lapan tahun buat skuad negara di Stadium Gelora Bung Karno di samping mengekalkan rekod tanpa kalah setakat ini.

Biarpun laungan Maling! Maling! (pencuri) mengiringi persembahan Malaysia pada awal perlawanan, anak-anak buah Ong Kim Swee tenang mengawal permainan sebelum Syahrul Azwari muncul wira negara apabila menjadi penjaring gol tunggal negara.

Berpunca daripada hantaran tinggi Mahalli Jasuli pada minit ke-17, Syahrul berjaya melepasi kawalan bek tuan rumah sebelum tenang melepaskan rembatan leret melepasi jangkauan penjaga gol Indonesia, Andritany Ardhiyasa.

Malaysia sebenarnya berpeluang menambah gol kedua beberapa minit kemudian melalui tandukan bek kiri, Asraruddin Putra Omar berpunca daripada situasi sepakan penjuru, namun palang menjadi penyelamat Indonesia.

Walaupun terpaksa bermain tanpa arahan Kim Swee yang diarah keluar padang pada 20 minit terakhir perlawanan, ia tidak mematahkan semangat juang pemain negara yang bertahan bermatian-matian.

Sementara itu, rasa sakit hati rakyat Malaysia akibat provokasi buruk yang dilakukan penyokong Indonesia sepanjang Sukan SEA XXVI, sedikit terubat semalam, berterima kasih kepada adik Aaliyah Yoong Hanifah yang mencipta nama sebagai juara termuda dalam sejarah Sukan SEA pada usia 8 tahun dengan meraih emas ski air tricks wanita.

Hampir di semua venue, baik di Palembang atau Jakarta, penonton melaungkan perkataan ‘maling’ yang membawa maksud pencuri, malah insiden keji berlaku di kolam renang apabila jalur pada Jalur Gemilang dikurangkan pada upacara menaikkan bendera acara terjun kelmarin. Lagu Negaraku pula diejek oleh hampir 90,000 penonton di Gelora Bung Karno sebelum aksi bola sepak semalam.

Pelbagai serangan psikologi yang dilancarkan penyokong tuan rumah ke atas atlet, jurulatih, pegawai, penyokong, malah wartawan Malaysia langsung tidak memberi kesan.

Keseronokan juara remaja Asia, Aaliah yang juga adik kepada bekas pemandu Formula Satu, Alex Yoong itu memberikan emas selepas mencatat 2,960 mata, mengatasi Promsunitsit Sareeya dari Thailand. Kakaknya, Philippa Yoong meraih gangsa dengan 1,860 mata.

Bukan Aaliyah saja membanggakan bapa mereka, Hanifah Yoong Abdullah, malah Phillipa turut mengharumkan nama keluarga dengan merangkul emas slalom wanita, manakala Alex meraih sebutir perak.

Keseluruhannya, sembilan emas, 10 perak dan 11 gangsa dikutip Malaysia pada hari ketujuh. Renang menambah sebutir emas menerusi Christina Koh dalam 50 meter kuak dada wanita, namun kejutan hadir menerusi atlet yang kurang diberi perhatian, Heidi Gan apabila menjuarai saingan renang perairan terbuka.

Silat yang menjadi mangsa pengadilan buruk wasit sejak hari pertama pertandingan, akhirnya mengutip tiga emas manakala memanah dan boling menokok satu emas.

Seperti geram dengan layanan buruk yang diterima rakan-rakannya, Ahmad Shahril Zailudin melepaskan perasaan menerusi persembahan hebat membenam peserta tuan rumah, Sapto Purnomo 5-0 dalam kelas Putera D 60-65kg. Emas kedua silat hadir daripada Mohd. Al Jufferi Jamari (Putera E 65-70kg), manakala Mohd. Fauzi Khalid melengkapkan emas ketiga dalam Putera F 70-75kg.

Di Anchol Jaya, Jakarta, boling menepati sasaran tiga emas yang ditetapkan apabila menambah sebutir lagi menerusi trio lelaki. Malah, pasukan negara menguasai kedudukan 1-2 apabila kombinasi Adrian Ang, Alex Liew dan Zulmazran Zulkifli mengalahkan rakan sepasukan, Aaron Kong, Muhammad Syafiq Ridhwan Abdul Malik dan Muhd. Nur Aiman Khairuddin.

Memanah juga meneruskan dominasi recurve lelaki. Selepas merangkul emas dan perak individu kelmarin, Malaysia mempertahankan emas berpasukan pula menerusi juara individu, Cheng Chu Sian, Khairul Anuar Mohamed dan Haziq Kamaruddin.

Ketika Sukan SEA berbaki lima hari lagi, Malaysia sudah mengumpul 37 emas, 35 perak dan 55 gangsa, sekali gus memintas Singapura untuk menghuni tangga keempat keseluruhan. Kita hanya mencari tiga lagi emas bagi melengkapkan sasaran awal 40 emas tetapi Majlis Sukan Negara (MSN). – Utusan

Pelaburan beli kondo tepat

Dikirim oleh Warieh 0 Komen



Mohamad Salleh Ismail pada sidang akhbar Ladang NFC di Tampin, semalam.


TAMPIN 17 Nov. - Keputusan Pusat Fidlot Nasional (NFC) membeli kondominium di Bangsar, Kuala Lumpur menggunakan wang pinjaman projek ternakan lembu merupakan satu langkah yang bijak dalam mengukuhkan kewangan syarikat itu.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail berkata, berdasarkan kepada kajian syarikat itu, sekiranya wang berkenaan disimpan di dalam bank ia hanya akan memberi pulangan sebanyak 2.6 peratus berbanding sektor hartanah.

Katanya, pelaburan dalam sektor hartanah di kawasan mewah itu dibuat memandangkan ia mampu menjana keuntungan pada masa depan.

"Apa yang dapat kita lihat melalui pelaburan sektor hartanah yang dibuat, ia dijangka mampu memberi pulangan yang lebih tinggi sebanyak 12.9 peratus. Malah rebat tunai dan sewaan untuk tahun pertama sebanyak RM900,000 disalurkan kepada syarikat dan bukannya untuk individu.

"Pada masa sama masih ada projek membabitkan perniagaan ternakan lembu NFC yang belum dilaksanakan. Jadi, sementara menunggu pelaksanaan projek itu, geran berkenaan perlu dilabur supaya mendapat keuntungan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di pejabat Ladang NFC di Gemas di sini hari ini.

Sebelum ini, Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd. Rafizi Ramli mendakwa syarikat milik keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil itu menyalahgunakan dana NFC sebanyak RM250 juta untuk membeli seunit kondominium mewah dengan harga RM9.8 juta.

Malah beliau turut mendakwa pihak pengurusan syarikat berkenaan terlibat dengan perbelanjaan Shahrizat selain membenarkan pembelian lembu secara kredit pada 2008 kepada Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Seri Zulhasnan Rafique dan juga pemberian kepada dua tokoh politik di negeri ini.


TAMPIN 17 Nov. - Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) belum membuat sebarang keputusan sama ada mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd. Rafizi Ramli berhubung kenyataannya mengenai isu ternakan lembu fidlot.

Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Dr. Mohamad Salleh Ismail berkata, walaupun tuduhan tidak berasas dilontarkan terhadap projek itu, pihak syarikat mahupun ahli keluarganya akan meneliti terlebih dahulu mengenai tindakan yang akan diambil.

"Bagi saya, biarlah perkara untuk menyaman (Mohd. Rafizi) diteliti terlebih dahulu. Kami akan duduk semeja dan berbincang mengenainya tanpa tergesa-gesa kerana saya tahu bahawa tuduhan yang dibuat pun dibuat secara tergesa-gesa.

"Saya tidak rasa apa-apa pun, cuma saya kasihan kepada dia (Mohd. Rafizi)," katanya pada sidang akhbar di NFC dekat Gemas di sini hari ini yang turut dihadiri Penasihat Undang-Undang NFC, Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah.

Mohamad Salleh berkata, sekiranya masih ada dakwaan dan tohmahan yang tidak berasas dilemparkan, maka tindakan segera akan diambil bagi tujuan menegakkan keadilan.

Ditanya mengenai desas-desus isterinya yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meletak jawatan, Mohamad Salleh berkata, beliau tidak tahu-menahu mengenainya.

"Saya fikir itu adalah keputusan yang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menentukannya.

"Saya telah hidup bersamanya selama 31 tahun, apa pun keputusannya saya sokong," katanya.


TAMPIN 17 Nov. - Dakwaan pembangkang yang mengatakan kononnya Pusat Fidlot Nasional (NFC) di Gemas di sini dalam keadaan tidak terurus serta gagal mencapai sasaran yang diletakkan oleh kerajaan, dinafikan oleh syarikat berkenaan hari ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail menjelaskan projek berkenaan telah berjaya menepati sasaran walaupun pihaknya menghadapi masalah sepanjang mengendalikan ladang fidlot berkenaan.

''Mereka perlu tahu bahawa kontrak kita dengan kerajaan adalah selama 30 tahun jadi tahun ini merupakan tahun ketiga kami beroperasi.

''Kita perlu faham bahawa dalam apa jua projek yang dilakukan pastinya ada masalah pada permulaannya dan apa yang kami hadapi adalah masalah di luar kawalan kami," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita yang dibawa meninjau sendiri ladang tersebut di Gemas di sini hari ini.



PENOLONG Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran, S. Intirani (tengah) memberi penerangan kepada para peserta di Kem Bina Negara, Ulu Sepri, Rembau, semalam.


REMBAU 16 Nov. - Kem Pemimpin Muda Prihatin Air Peringkat Kebangsaan Zon Selatan yang diadakan di Kem Bina Negara, Biro Tata Negara (BTN) Ulu Sepri dekat sini hari ini meninggalkan impak positif terhadap peserta khususnya dalam menjaga kepentingan dan menghargai air.

Malah peserta yang ditemui Utusan Malaysia berpendapat, program seperti itu membolehkan mereka mendapat maklumat terperinci mengenai kaedah dan cara yang sesuai untuk memelihara sumber air.

Seorang peserta, Amirul Hazmi Danial A.Halim, 16 berkata, program seperti ini harus diperluaskan kepada semua para pelajar kerana tidak semua tahu cara dan kaedah menjaga sumber alam itu.

''Melalui program ini saya dapat banyak maklumat yang sebelum ini saya tidak ambil peduli pun.

''Saya berasa sudah tiba masanya untuk kita semua menghargai apa yang dinikmati dengan menjaga sungai dan air agar ia tidak terus tercemar oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab," katanya yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Unjur Klang.

Seorang lagi pelajar Muhammad Safuan Suhaimi, 16 berkata, kem seperti ini dapat mendidik dan menerapkan nilai kasih sayang kepada pelajar menghargai sungai dan air.

''Jika kita lihat sekarang ini, ramai yang menganggap tanggungjawab membersihkan sungai adalah ditangan pihak berwajib. Itu tidak betul kerana sungai adalah punca kehidupan masyarakat," katanya yang masih menuntut di SMK Simpang Gelami, Jelebu dekat sini.

Pelajar SMK Tinggi Kajang, Ng Hui Xian 18, memberitahu program seperti ini perlu diteruskan dalam memastikan kawasan punca air sentiasa terjamin untuk generasi akan datang.

''Apa yang kita ketahui sungai ini bukan sahaja menjadi punca air kepada manusia akan tetapi ia juga menjadi habitat kepada hidupan dan pastinya melindungi sungai adalah tanggungjawab semua pihak.

''Pada masa sama saya berharap maklumat ini akan sebarkan kepada orang lain termasuklah rakan-rakan untuk memastikan ia dipraktikkan," katanya.

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook