Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Sekolah agama tunjang pembentukan sahsiah

Dikirim oleh Warieh Isnin, 31 Mei 2010 0 Komen

RASAH 30 Mei - Kerajaan negeri mahu melihat semua sekolah agama di negeri ini menjadi tunjang kepada pembentukan sahsiah diri, selain perkasa dalam aspek pendidikan akademik dan kokurikulum.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelajaran dan Pengajian Tinggi, Datuk Shamsulkahar Mohd. Deli berkata, sekolah agama hari ini tidak boleh lagi mundur dalam aspek pendidikannya, sebaliknya berperanan penting dalam membentuk keperibadian ummah.

''Kerajaan mahu melihat sekolah agama menjadi sumber melahirkan intelektual Islam yang kaya dengan pelbagai bidang ilmu," katanya ketika berucap selepas merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik Institusi Pendidikan Agama, Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS) di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pagi di sini baru-baru ini.

Tambahnya, kematangan dalam pendidikan Islam juga hendaklah dipertingkatkan dan perubahan perlu dibuat supaya pelajar yang menerima ilmu itu tidak hanya dikisahkan soal pembelajaran semata-mata, tetapi aspek moral dan akhlak.

''Sebab itulah kerajaan negeri sentiasa peka dengan keperluan sekolah agama kerana ia dilihat mampu membanteras masalah sosial yang kini terus berlaku terutama di kalangan remaja," katanya.

Justeru katanya, Kementerian Pelajaran memperuntukkan sebanyak RM8.5 juta kepada semua jenis sekolah agama di negeri ini bagi memastikan segala kemudahan dapat disediakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

Ujar beliau, peruntukan itu juga bertujuan menambah baik segala kemudahan asas termasuklah penyelengaraan serta kemudahan infrastruktur.

"Ini merupakan usaha kerajaan dalam memastikan semua sekolah agama mendapat kemudahan yang disediakan bagi memantap dan memperkasakan institusi pendidikan agama di negeri ini.

"Malah kita lihat pencapaian pendidikan oleh sekolah agama, sama tarafnya dengan sekolah-sekolah lain di negeri ini," katanya

TELUK KEMANG 30 Mei - Sebuah kondominium peranginan milik syarikat utiliti kerajaan di Port Dickson dekat sini diserbu penguat kuasa Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dalam operasi mengesan kegiatan curi air baru-baru ini.

Pengurus Komunikasi dan Hal Ehwal Korporat Sains, Azlan Abdul Aziz, berkata, serbuan dilakukan hasil siasatan pihak penguatkuasanya sebelum ini.

"Serbuan ke atas kondominium itu bermula pada pukul 1 petang yang diketuai oleh pegawai SPAN.

"Hasil siasatan dan pemeriksaan SPAN bersama Unit Penguatkuasaan Sains mendapati kondominium itu membuat penyambungan paip High Density Poly Ethlyene (HDPE) bersaiz 5.08 cm terus ke penyambungan paip utama Sains tanpa sebarang meter," katanya di sini baru-baru ini.

Beliau memberitahu, ujian klorin ke atas air berkenaan membuktikan ia berpunca dari paip milik Sains.

''Berdasarkan siasatan awal yang dijalankan di lokasi, pihak SPAN mendapati pemilik bangunan berkenaan telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 123 Akta Industri Perkhidmatan Air Negara 2006 (AIPA 2006).

"Denda yang diperuntukkan adalah RM100,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Tegasnya, pihak Sains memandang serius kegiatan mencuri air dan akan terus
PETUGAS SPAN dan Sains sedang menjalankan pemeriksaan ke atas paip penyambungan yang menyalahi undang-undang pada paip utama Sains di Teluk Kemang, baru-baru ini.
menjalankan pemantauan agar pihak terbabit dapat dibawa kemuka pengadilan.

''Setakat ini pihak Sains menerima 600 aduan kes kecurian air dan mendapati 47 kes dalam siasatan dan tindakan penguatkuasaan akan diambil," katanya.

Dalam pada itu, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Sains akan terus meningkatkan penguatkuasaan terhadap mana-mana pihak, individu, agensi mahupun pengusaha kilang yang terlibat dengan kes mencuri air ini.

''Ini merupakan hasil tindakan penguatkuasaan yang berterusan dilakukan oleh Sains.

''Dengan bilangan kakitangan ditambah, kita akan pastikan kecurangan golongan berkepentingan sendiri ini dibanteras secara serius," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Negeri, Seremban, baru-baru ini.

Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL

SEREMBAN - Melihatkan satu perhimpunan belia yang berlangsung di Paroi dekat sini, Sabtu lalu ia terus mencetuskan satu gerakan perubahan dalam usaha semua peringkat mahu memperkasakan belia masa hadapan.

Pelbagai cara dan wadah diguna pakai dalam mengatur program serta aktiviti sempena sambutan hebat itu dengan harapan generasi belia yang hadir ini diperkukuhkan kemantapan budaya dan ketinggian nilai-nilai kehidupan masing-masing.

Namun begitu, satu anjakan telah diperhalusi dalam mewujudkan kesinambungan idea itu supaya budaya yang dibawa oleh belia ini tidak wajar dihiaskan dengan polemik yang tidak berkesudahan, tetapi perlu ditangani oleh langkah-langkah proaktif dan dasar yang berkesan.

Apa yang lebih penting, kepimpinan belia yang sedia ada dan akan datang dari setiap lapisan dan lapangan perlu mencetuskan satu ledakan nilai baru yang mampu memperkasakan masyarakat pada abad akan datang.

Oleh demikian, apa yang kita bimbangkan adalah kesilapan tafsir erti sambutan hari belia di kalangan 'pemikulnya', atau pun wujudnya satu pandangan yang berputar, di mana kebaikan menjadi hal yang negatif.

Sebab itulah wajar kita ketahui bahawa hari ini generasi belia berhadapan dengan pelbagai bentuk budaya yang bersifat destruktif dan tidak menguntungkan negara.

Ini kerana pemikiran generasi remaja dan belia hari ini lebih terdedah kepada aspek hiburan, iaitu apa yang mereka lihat dengan mata kasar, berbanding apa sebenarnya penyampaian yang tersirat melalui program yang berhubung kait soal nasionalisme dan patriotisme.

Hakikatnya, generasi belia lebih cenderung menghabiskan masa berpesta dan berhibur, menghadiri konsert, berpacaran dan bergaul secara bebas daripada melakukan aktiviti yang lebih bermanfaat seperti menggiatkan diri dalam pertubuhan belia.

Satu lagi hal yang kita bimbang ialah kesedaran yang dibawa dalam setiap sambutan hari belia itu tidak dimanfaatkan sepenuhnya oleh generasi sasaran, sebaliknya terus dibelenggu dengan penyakit 'colonsibilite'.

Penyakit yang kita maksudkan ini menyaksikan keupayaan belia bersifat suka merelakan diri diperhambakan dan hanya mahu menjadi manusia pengguna daripada berusaha.

Semua ini disebabkan minda yang lemah dan tiada kemahiran untuk mencipta sesuatu yang baru.

Inilah yang kita bimbang, ia akan menular ke dalam sanubari generasi belia sehingga menyebabkan kita masih terjajah kerana gemar meniru segalanya akibat lemah dari aspek pendidikan, keilmuan, kemahiran, pembangunan dan sebagainya.

Memang sewajarnya kita merasa gusar, prihatin dan gelisah dengan segala wabak sosial ini.

Kita harus menerima pandangan lampau dan mengkajinya untuk generasi abad robotik, bahawa punca kita mudah terjajah bukanlah disebabkan hebatnya budaya yang menjajah itu.

Tetapi segalanya bermula apabila kita sendiri sudah melupakan asas-asas jati diri kita sendiri yang terdiri daripada agama, pegangan nilai dan budaya.

Satu lagi hal dalam mengkaji sifat belia hari ini ditimbulkan selepas menyaksikan senario semasa apabila wujudnya gejala rasa rendah diri atau 'cultural schizophrenia'.

Kita hanya merasakan segala yang datang dari negara Barat itu adalah yang terbaik, melambangkan ketinggian tamadun dan mampu membawa kemajuan sesebuah negara, tetapi hakikatnya, negara kita, budaya kita dan cara hidup kita adalah lebih baik daripada mereka.

Justeru, kita harus menjadikan mana-mana sambutan budaya bukan satu polemik yang akhirnya meruntunkan rasa kegembiraan untuk mengecapi sebuah generasi belia berwawasan pada masa hadapan.

Siapa pun yang membawa karya dan penceritaan belia ini, mereka berhak melakukan apa sahaja, asalkan belia yang menjadi pemegang wataknya mampu menggarap hasil yang baik pada generasi masa hadapan.

Jelas dalam konteks belia ini, ilmu adalah wacana paling wajar kerana ia akan membentuk masa hadapan, jati diri dan hala tuju masa hadapan.

Budaya ilmu akan membentuk rakyat yang memiliki pemikiran yang kritikal, menajamkan rasa prihatin dan membina keyakinan terhadap nilai-nilai mulia warisan masyarakat yang perlu dipertahankan.

Ayuhlah, pemimpin belia, gerakan massa ini bukan lagi bercorak spiritual semata-mata, tetapi kita sedang mencipta pahlawan yang akan berdiri di barisan hadapan menjadi ombak mengagahi serangan pemikiran tidak bertamadun.

SEREMBAN 30 Mei - Kerajaan negeri mahu pihak berkuasa tempatan memantau kegiatan pusat hiburan di negeri ini bagi mengelak menjadi sarang maksiat khususnya di kalangan belia.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Modal Insan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abd. Samad Ibrahim berkata, sejak kebelakangan ini isu melibatkan gejala sosial di kalangan belia terus meningkat dan ia perlu ditangani segera.

"Kita lihat premis rumah urut semakin hari terus bertambah dan saya percaya ada kalangan mereka mengambil kesempatan untuk terlibat dengan maksiat begitu juga dengan pusat kafe siber yang dijadikan tempat perjudian," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya berharap pihak-pihak berwajib melakukan tindakan penguatkuasaan bagi mengawal keadaan itu supaya masalah sosial yang melibatkan belia dapat dibendung.

Menurutnya, kerajaan negeri juga telah menjalankan pelbagai program dan aktiviti serta menyediakan kemudahan untuk belia termasuk gelanggang futsal yang dilihat satu alternatif terbaik mengelakkan mereka daripada terjebak dengan aktiviti tidak bermoral.

"Kita percaya perkara ini dapat ditangani sekiranya pemantauan dijalankan dengan lebih aktif. Kita mahu premis bermasalah ini digempur habis-habisan.

"Malah kita juga meminta supaya premis seperti ini dikawal oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya tidak wujud unsur maksiat ketika mereka beroperasi," katanya.

Oleh JAMLIAH ABDULLAH
utusanN9@utusan.com.my


Mohamad Hasan (empat dari kiri) bersama Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Pachitan, Port Dickson selepas diumumkan johan bagi Kategori Anugerah Perdana Pertubuhan Belia Peringkat Negeri Sembilan di Seremban, semalam.

REMBAU 30 Mei - Langkah mewujudkan Sistem Infobelia menunjukkan reaksi positif apabila lebih 55,000 pengguna dari kalangan belia menyertainya sekali gus membolehkan mereka berinteraksi dengan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Mohamad berkata, penyertaan golongan itu memberi gambaran mengenai kematangan belia negeri ini yang peka dan mahu menyampaikan idea mereka terhadap isu semasa.

Katanya, reaksi tersebut juga sedikit sebanyak dilihat mampu mendekatkan golongan belia dengan pentadbiran negeri.

"Nampaknya sambutan yang diterima amat baik sekali. Setakat ini sudah 55,000 orang aktif menyertai sistem ini dengan menjadi ahli. Dari semasa ke semasa saya sentiasa berkomunikasi dengan mereka dan saya amat bangga sekali apabila mereka memberi maklum balas kepada saya.

"Jelas bahawa belia sudah matang. Bukan sahaja masalah-masalah berkenaan belia, tetapi mereka memberi maklumat berkenaan masalah setempat serta kepincangan kepimpinan setempat," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Perhimpunan Hari Belia Negara 2010 Peringkat Negeri Sembilan di Kompleks Belia dan Sukan Paroi dekat sini hari ini.

Hadir sama di perhimpunan yang disertai oleh 5,000 belia dari seluruh negeri ialah Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Modal Insan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Samad Ibrahim dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan negeri, Baharuddin Jali.

Dalam pada itu kata Mohamad, beliau akan sentiasa berkomunikasi dengan golongan belia menerusi Sistem Infobelia dan juga laman sosial Facebook.

Katanya, dengan adanya sistem tersebut, akan dapat mengurangkan birokrasi yang sentiasa menghantui masyarakat dalam menyatakan aduan serta pandangan khasnya belia.

"Saya harap ini akan memberi ruang kepada belia dan masyarakat dalam menghadapi kerenah birokrasi yang kadang-kadang menapis pandangan-pandangan, idea atau maklumat yang mereka hendak sampaikan,'' katanya.

Melalui sistem tersebut jelasnya, semua orang boleh menghantar mesej terus kepada beliau dengan menaip MBNSmesejhantar ke 06-7642000.

2010/05/31
SEREMBAN: Pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta usahawan koperasi digalakkan supaya mempelbagaikan produk mereka supaya mudah dijual di pasaran, seterusnya dikomersialkan ke luar negara.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pada masa sekarang pengusaha PKS dan usahawan koperasi banyak mengeluarkan produk berasaskan makanan serta kecantikan dan ia menunjukkan satu persaingan tidak kuat.
Beliau berkata, untuk memudahkan sesuatu produk itu diterima di pasaran, perlu ada daya kreatif dan inovatif selain usaha untuk meningkatkan kualiti produk, cara pembungkusan serta sentiasa memastikan bekalan mencukupi

"Jika pengusaha PKS dan usahawan koperasi mahu produk mereka mudah dijual di pasar raya, mereka perlu memastikan tiga elemen penting iaitu kualiti, pembungkusan dan bekalan selain tidak tertumpu hanya kepada produk yang sudah banyak di pasaran," katanya selepas Majlis Perasmian Co-op Fest Zon Selatan di Paroi di sini, semalam.

Dalam perkembangan berkaitan, Ismail Sabri berkata, kerajaan kini menyasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) bagi produk PKS perlu ditingkatkan kepada lima peratus menjelang 2012 berbanding kini hanya satu peratus.

"Namun, pada 2020, kita menyasarkan GDP bagi produk keluaran PKS sebanyak 10 peratus. Sehubungan itu, banyak usaha perlu dipertingkatkan lagi bagi memastikan sasaran tercapai," katanya.

Sementara itu, bagi isu bekalan gula, Ismail Sabri berkata, isu itu tidak sepatutnya timbul kerana bekalan sentiasa mencukupi, namun kerana masalah kecil seperti pekedai tidak mendapat bekalan daripada pemborong akibat masalah hutang, isu itu menjadi besar sehingga menimbulkan pembelian panik di kalangan pembeli.
Sementara itu, apabila ditanya mengenai cadangan memansuh atau mengurangkan subsidi bagi mengelakkan negara mengalami kerugian, Ismail Sabri berkata, buat masa ini kerajaan sedang menunggu reaksi daripada rakyat sebelum membuat sebarang keputusan

2010/05/31
REMBAU: Pemilik tanah pertanian tidak mempunyai keupayaan mengusahakan tanah, boleh dapatkan bantuan agensi kerajaan atau sektor swasta memajukan tanah mereka, terutama untuk projek pertanian makanan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata antara agensi berkenaan ialah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK), Risda dan Felcra yang mempunyai keupayaan dan kemampuan mencukupi memajukan tanah terbiar.
Katanya, pemilik tanah tidak sepatutnya membiarkan tanah pertanian tanpa dimajukan dengan aktiviti ekonomi yang boleh meningkatkan pendapatan dan taraf hidup

“Malangnya masih ada penduduk negeri ini yang membiarkan tanah pertanian mereka terbiar begitu saja tanpa dimajukan.

“Ini bukan saja merugikan diri sendiri, malah boleh menimbulkan pelbagai masalah terutama dari segi keselamatan, selain tidak membantu kerajaan yang berusaha meningkatkan pengeluaran makanan,” katanya ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan PPK Rembau ke-31, di Dewan Merdeka, di sini.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota, Datuk Dr Awaluddin Said; Adun Chembong, Zaiful Bahri Idris dan Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri (PPN), Datuk Ibrahim Yahya.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada anak ahli PPK yang berjaya dalam pelajaran, termasuk memasuki institusi pengajian tinggi serta RM200 kepada 34 ketua unit bagi kegunaan aktiviti tahunan.
Menteri Besar berkata, usaha meningkatkan pengeluaran makanan diberikan perhatian kerana ketika ini hanya 20 peratus bahan makanan dihasilkan di negeri ini, manakala selebihnya dari negeri lain.

“Kita tidak boleh terlalu bergantung kepada makanan import yang merugikan negara dari segi hasil sedangkan masih banyak tanah terbiar yang subur tidak dimajukan,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri menetapkan sasaran meningkatkan pengeluaran bahan makanan sehingga 40 peratus menjelang 2012

Oleh Mohd Amin Jalil
bhsukan@bharian.com.my
2010/05/31
TUJUH pemain pelapis kebangsaan menjadi sandaran Negeri Sembilan dalam merealisasikan sasaran mengutip dua pingat emas, satu perak dan dua gangsa menerusi acara badminton pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) edisi ke-13, di Melaka bermula 10 sehingga 19 Jun ini.

Mereka membabitkan tiga pemain lelaki iaitu Mohd Arif Abd Latif, Loh Wei Sheng dan Goh Sze Onn serta empat pemain wanita - Ng Hui Lin, Ng Hui Ern, Lim Yin Loo dan Nairul Syuhada Abd Latif.
Pengurus pasukan, Ng Chin Chai, berkata Mohd Arif yang pernah muncul naib juara remaja Asia dan juara remaja kebangsaan manakala Ng Hui Lin, yang turut menyerlah dalam kejohanan kebangsaan adalah teraju utama untuk meraih dua pingat emas menerusi acara perseorangan masing-masing.

“Negeri Sembilan amat dahagakan kejayaan memenangi pingat emas selepas di Terengganu kami hanya mampu membawa pulang satu pingat perak dan satu gangsa dan kali ini kami mahu memadamkan rekod itu dengan keputusan membanggakan.

“Dengan membariskan pemain berprestasi tinggi seperti Mohd Arif dan Ng Hui Lin serta yang lainnya, saya yakin pencapaian pasukan Negeri Sembilan kali ini lebih baik malah lebih baik daripada pencapaian pada Sukma di Kedah pada 2006, yang membawa pulang satu emas, satu perak dan tiga gangsa,” katanya di Seremban, semalam

MPS baiki 10 padang permainan setiap tahun


2010/05/31
KEADAAN taman permainan Garden Avenue di Seremban 2 yang sudah diperbaiki MPS.
KEADAAN taman permainan Garden Avenue di Seremban 2 yang sudah diperbaiki MPS.
SEREMBAN: Majlis Perbandaran Seremban (MPS) membaiki sekurang-kurangnya 10 padang permainan taman perumahan setiap tahun akibat pelbagai kerosakan akibat vandalisme yang dilakukan segelintir penduduk yang tidak bertanggungjawab.

Yang Dipertua MPS, Datuk Abd Halim Abd Latif, berkata kerja pembaikan itu bergantung kepada kemampuan kewangan, tetapi pihaknya sedaya upaya melakukannya kerana tidak mahu pemandangan taman perumahan terbabit tercemar.
Selain itu, katanya, apa yang lebih penting, tindakan itu diambil bagi menjamin keselamatan penduduk kerana peralatan permainan rosak boleh membahayakan keselamatan kanak-kanak yang bermain di situ

“MPS kesal dengan sikap segelintir penduduk terbabit kerana menyusahkan sebahagian besar penduduk taman perumahan terbabit.

“Oleh itu, saya mengharapkan kerjasama persatuan penduduk di kawasan MPS supaya bergerak aktif untuk menangani perbuatan vandalisme sebelum masalah ini menjadi lebih parah dan sukar ditangani,” katanya.

Abd Halim berkata, usaha menjaga keindahan dan kebersihan, termasuk di taman perumahan adalah tanggungjawab semua pihak dan tidak seharusnya diserahkan sepenuhnya kepada MPS supaya matlamat menjadikan bandar ini bersih, indah dan selesa didiami dapat dicapai.

Sementara itu, katanya, antara padang permainan taman perumahan yang akan dibaiki adalah Garden Avenue di Seremban 2.
“Hasil siasatan MPS mendapati peralatan permainan di taman itu rosak akibat perbuatan vandalisme menyebabkan kemudahan di situ tidak selamat digunakan,” katanya.

Berita Harian sebelum ini melaporkan banyak peralatan di padang permainan Garden Avenue mengalami kerosakan menyebabkan penduduk memohon MPS supaya membaiki bertindak segera membaiki kerosakan itu.

Nur Farzira Liana Karim, 24, berkata penduduk Garden Avenue yang mempunyai anak kecil kini tidak lagi perlu bimbang dengan keselamatan anak mereka ketika bermain di padang permainan selepas kerja membaiki kerosakan siap.

Pada masa sama, katanya, setiap penduduk perlu bekerjasama menjaga peralatan di padang itu dengan menjadi `mata dan telinga' kepada MPS.

"Penduduk perlu tegur dan jika perlu melaporkan kepada pihak berkuasa jika melihat sesiapa saja merosakkan peralatan permainan atau kemudahan awam lain seperti pondok telefon dan papan tanda jalan yang sering menjadi mangsa contengan," katanya.

Penuntut IPA disaran kuasai sains, teknologi tingkatkan bilangan profesional

SENAWANG: Kerajaan negeri mahu lebih ramai pelajar institusi pendidikan agama (IPA) di negeri ini menguasai bidang sains dan teknologi bagi meningkatkan bilangan profesional berlatar belakang agama di negeri ini pada masa depan.
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran dan Pengajian Tinggi negeri, Datuk Shamsulkahar Mohd Deli, berkata pelajar aliran agama tidak semestinya mengikuti bidang agama di institusi pengajian tinggi (IPT) dan kemudian menjadi imam atau pegawai agama seperti yang berlaku sebelum ini.

Katanya, pelajar aliran agama mampu mengikuti bidang ilmu lain dan seterusnya menjadi golongan profesional berjaya.

“Ini yang menyebabkan kerajaan negeri sejak beberapa tahun lalu menghantar 150 pelajar IPA yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengikuti pengajian bukan agama, terutama perubatan ke negara Timur Tengah setiap tahun,” katanya pada majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik IPA di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Pagi, di sini.

Shamsulkahar berkata, kerajaan negeri berpuas hati dengan prestasi mereka di luar negara dan yakin selepas tamat pengajian serta pulang ke negara ini, mampu menjadi profesional setanding atau lebih baik berbanding graduan bukan IPA.

Pada majlis itu, 157 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Kelas Aliran Agama (KAA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) menerima anugerah kerana berjaya dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
Satu kategori baru turut diperkenalkan tahun ini, iaitu Anugerah Guru Kreatif, untuk guru yang berjaya menarik minat pelajar mengikuti pengajaran menerusi pelbagai kaedah hingga meningkatkan prestasi pelajar dalam subjek itu.

SMKA Sheikh Haji Mohd Said, Seremban, mencatatkan bilangan pelajar paling ramai memperoleh 9A dalam PMR, iaitu 51 orang, diikuti SMKA Pedas, Rembau seramai 26 pelajar.

Bagi KAA, antara sekolah memperoleh keputusan cemerlang PMR, ialah SMK Datuk Shahardin dan SMK Seri Pagi, SMK Tunku Besar Burhanuddin serta SMK Serting Hilir Kompleks.

Kena serbu ketika asyik berdangdut

Dikirim oleh Warieh Khamis, 27 Mei 2010 0 Komen

KAMPUNG SUNGAI RAYA – :Pengusaha haram pusat karaoke yang terus berdegil meneruskan operasi walaupun sudah tiga kali diserbu Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), bakal menerima padah apabila MPPD mengambil keputusan mengheret perkara itu ke mahkamah.

Yang Dipertua MPPD, Abd Wahad Shamsudin berkata, kali terakhir serbuan dilakukan adalah dalam operasi bersepadu akhir April lalu dan peralatan hiburan seperti lampu disko dan pembesar suara disita serta kompaun turut dike-luarkan.

“MPPD akan membawa kes ini ke mahkamah untuk tindakan lanjut berikutan kedegilan pemiliknya yang terus mengulang kesalahan tersebut walaupun telah beberapa kali barang-barang hiburannya disita dan dikenakan kompaun.

“Pemilik kedai berkenaan akan disiasat di bawah Enakmen Hiburan dan Tempat Hiburan 1998. Jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan hukuman denda maksimum sebanyak RM50,000 dan penjara selama setahun :atau kedua-duanya sekali,” katanya kepada pemberita selepas selesai operasi berkenaan, malam kelmarin.

Abd Wahab berkata, atas maklumat orang ramai, MPPD dimaklumkan kedai itu beroperasi semula sejak dua minggu lalu dan beberapa pertandingan karaoke turut dianjurkan di sini.

“Ini juga sebagai peri-ngatan kepada mana-mana individu yang melakukan kesalahan melanggar undang-undang dikuatkuasakan MPPD.

“MPPD akan bertindak tegas ke atas mana-mana individu yang ingkar dan akan membawanya ke muka pengadilan,” katanya.

Sewaktu serbuan dilakukan, hampir 60 pelanggan sedang makan dan menari di pentas dengan iringan lagu dangdut.

Mereka yang kemudian-nya menyedari kehadiran pihak penguat kuasa bertempiaran lari meninggalkan tempat berkenaan.

Operasi bersepadu berkenaan turut disertai Jaba-tan Kesihatan Daerah dan Suruhanjaya Pencegah Ra-suah Malaysia (SPRM).

Operasi bermula pada jam 10.30 malam dan berakhir satu jam kemudian.

Tinjauan Sinar Harian mendapati pelanggan kedai terdiri daripada mereka yang berusia 40-an ke atas.

Terdahulu Sinar Harian pernah menyiarkan Operasi Bersepadu Polis Port Dickson bersama MPPD, Imigresen, Kastam dan Jabatan Agama Islam akhir April lalu ke atas Pusat Karaoke Kampung berkenaan.

GEMENCHEH LAMA – Sudah hampir setahun penduduk berikhtiar memohon kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) meruntuhkan atau sekurang-kurangnya membersihkan beberapa bangunan terbiar di Gemencheh Lama, namun hingga kini tiada sebarang maklum balas diterima.

Lebih memburukkan keadaan, bangunan lama itu kini ada yang sepenuhnya ditutupi rimbunan dedaun dan pohon renek menjalar, malah ada hanya menunggu masa tumbang menyembah bumi.

:Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kamaludin Tulok berkata, masalah itu sudah lama diadukan kepada PBT memandangkan penduduk kampung tidak dapat menjalankan gotong-royong kerana ia merupakan milik persendirian.

“PBT boleh mengambil tindakan tertentu lebih-lebih lagi bangunan berke-naan mengundang bahaya kepada banyak pihak terutama murid sekolah dan penjaga kerana mereka menjadikan lokasi ini untuk menunggu anak masing-masing pulang dari sekolah.

“Malah, kita tidak meno-lak sebarang kemungkinan lokasi ini mampu menjadi tempat pembiakan binatang berbisa seperti ular dan kala jengking,” katanya.

Tinjauan Sinar Harian mendapati dua lot bangunan rumah kedai milik persendirian dilitupi pohon renek, manakala, selebihnya bagaikan hidup segan mati tidak mahu.

:Sementara itu, Kamaludin berkata, terbaru, masalah itu sudah diutarakan kembali penduduk ketika sesi Majlis Mendengar pada April lalu dan sehingga kini masih tiada maklum balas diperoleh JKKK.

Menurutnya, bangunan terbiar itu bukan hanya mencacatkan imej kampung berkenaan, malah menipiskan peluang kepada warga kampung untuk menjadikan kawasan sekitar bersih, selamat dan tidak terbiar begitu sahaja.

:“Oleh itu, warga JKKK Gemencheh Lama berharap sangat supaya pihak berkaitan dapat mengambil tindakan memandangkan kami sendiri sudah tidak larat disajikan pemandangan bangunan terbiar setiap hari,” katanya.



KUALA PILAH - Seiring mi-si dan visi Jabatan Kema-juan Masyarakat (Kemas) ingin memberi perkhidmatan cemerlang melalui penggunaan dan pengurusan yang optimum, Kemas Kuala Pilah mengorak langkah mengatur pelbagai aktiviti di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Pilah.

Penyelia Kanan Kemas, Rosminah Baharudin berkata, aktiviti di setiap DUN membuktikan Kemas terus memperkukuhkan sikap positif dan mengamalkan nilai-nilai murni anggota masyarakat desa ke arah pembangunan lebih seimbang.

“Berakhirnya program keempat dilaksanakan di pekarangan Kemas ini membuktikan siri jelajah ke Pusat Sumber di setiap DUN berjaya mencapai matlamat tersendiri.

“Bermula Januari hingga Mei, program ini menyusuri kawasan Juasseh, Senaling, Seri Menanti, Johol dan berakhir di Pilah dalam fasa 1. Aktiviti masakan, pertandingan kanak-kanak serta pelbagai acara bagi menambah ilmu pengetahuan telah dilaksanakan melalui pameran disediakan agensi seperti Agensi Anti Dadah Kebang-saan (AADK),” katanya pada majlis penutup program Galakan Membaca dan Kursus Penyediaan Maka-nan anjuran Unit Pendidi-kan Masyarakat Kemas Kuala Pilah.

Menurut beliau, aktiviti dijalankan bertujuan mengeratkan hubungan kerajaan dan rakyat di samping mendapatkan sokongan terhadap usaha pemba-ngunan negara.

“Bukan mudah menarik minat masyarakat untuk menyertai aktiviti dianjurkan namun Alhamdulillah, penduduk di Kuala Pilah memberi kerjasama baik dalam setiap aktiviti anjuran Kemas termasuk kelas jahitan dan memasak yang disertai golongan wanita.

“Melalui kelas berkenaan wanita dapat menambah ilmu pengetahuan walaupun tidak menjadikannya sebagai sumber pendapatan sampingan,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pilah, Adnan Abu Hassan berkata, kewujudan aktiviti Kemas membolehkan wakil rakyat turun padang dan mendekatkan diri dengan penduduk.

“Melibatkan penyertaan penduduk secara aktif dalam menjayakan matlamat kerajaan dan negara amat diperlukan dan ia dilak-sanakan pihak Kemas sebaiknya dengan turun padang ke setiap DUN di daerah Kuala Pilah.

“Oleh itu, saya menzahirkan ucapan tahniah kepada Kemas dan kakitangannya yang bertungkus lumus menjayakan sesebuah program. Diharap komuniti setempat dapat memberi kerjasama baik dan sentiasa menyokong penuh usaha Kemas dalam membina masyarakat maju, berdaya saing serta berdikari,” katanya yang turut menyampaikan hadiah kepada pemenang masakan.

PALONG - Program motivasi keibubapaan diadakan di Sekolah Agama Rakyat Palong Satu kelmarin bertujuan memberi pendedahan mengenai tanggungjawab ibu bapa membentuk generasi berilmu dan berdisiplin pada masa depan.

Guru Besar Sekolah Agama Rakyat Palong Satu, Mariam Abd Samad berkata, didikan penting dari peringkat awal kerana hal ini memberi kesan kepada pembentukan peribadi anak-anak.

Menurutnya, kadangkala peribadi anak berkait rapat dengan didikan diberikan ibu bapa seperti didikan agama.

“Hubungan antara ibu bapa dan anak juga penting. Sekiranya ibu bapa tidak ambil tahu mengenai masalah anak, hal ini akan membawa kepada masalah yang lebih besar.

“Saya sebagai guru dan ibu bapa memandang serius perkara ini kerana tanpa anak siapa lagi yang akan meneruskan perjuangan kita,” katanya.

Hadir sama, Penyelaras Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) Negeri Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, Maarof Kadisan dan Penyelia Kafa, Md Nor Taam.

:Program Motivasi turut diselitkan dengan ceramah kekeluargaan yang disampaikan penceramah bebas, Roslan Kasim dan diserikan dengan persembahan nasyid daripada pelajar tahun tiga dan empat.

Pembantu Kedai, Siti Aishah Abdullah berkata, sokongan ibu bapa penting dalam memberi didikan kepada anak-anak.

Menurutnya, kesibukan ibu bapa bekerja tidak harus dijadikan alasan untuk mereka mengabaikan tanggungjawab kepada anak.

“Saya juga seorang ibu dan bekerja, tetapi pelajaran dan didikan anak tetap menjadi keutamaan.

“Saya juga menghantar anak ke sekolah agama pada waktu petang supaya mereka dapat pengetahuan dalam bidang agama selain belajar subjek lain pada sebelah petang,” katanya.

Surau uzur jadi ‘habuan’ anai-anai

TITI – Gara-gara dinding reput dimakan anai-anai, sebuah surau di sini hanya menunggu masa untuk roboh.

Penduduk, Sidek Bakar, 72, berkata, surau tersebut kelihatan semakin uzur sejak beberapa tahun lalu setelah tiada usaha membaik pulih.

“Masalah dinding dan bangunan surau reput diadukan kepada pihak berwajib pada awal tahun lalu, namun sehingga ke hari ini masih tiada sebarang tindakan dilakukan.

“Bukan sahaja usaha pembaikan tidak dilakukan, malah pihak bertanggungjawab juga tidak menjenguk surau tersebut,” katanya.

Menurutnya, meskipun surau berkenaan uzur, namun penduduk setempat masih menggunakannya untuk menunaikan solat secara berjemaah.

“Kebanyakan penduduk masih menggunakan surau ini meskipun uzur kerana kedudukannya berdekatan dengan rumah.

“Bukan penduduk setempat sahaja, terdapat pengunjung luar melalui jalan ini singgah sebentar menunaikan solat,” katanya.

Sidek berkata, usaha membaik pulih perlu dilakukan segera memandangkan keadaan bangunan surau itu yang semakin serius.

“Setiap hari saya akan membersihkan surau ini kerana banyak kayu-kayu reput di makan anai-anai bertaburan di lantai.

“Jika tidak dibersihkan, lantai surau akan dipenuhi dengan kayu-kayu reput yang dimakan anai-anai sehingga menyebakan ia kotor,” katanya.

Menurutnya, bangunan dinding surau berkenaan jika ditolak dengan tangan pasti akan roboh memandangkan strukturnya yang rapuh dan tidak kuat.

“Banyak kayu-kayu reput diganti baru. Kesemua yang rosak adalah berpunca daripada anai-anai.

“Oleh kerana perasaan sayang akan surau ini, saya dengan rela hati mengeluarkan wang belanja sendiri membaikinya. Namun, melihat keadaan sebegini, saya tidak mampu membaikinya secara menyeluruh,” katanya.

Sidek berkata, tindakan segera membaiki surau tersebut perlu dilakukan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

“Saya mengharapkan pihak berwajib dapat melakukan sesuatu tindakan dengan sewajarnya bagi mengatasi masalah ini.

“Ternyata surau ini masih diperlukan penduduk di sini untuk menunaikan solat dan ibadat lain,” katanya.

Cukai tanah sekolah diseragamkan RM1

SEREMBAN – Kerajaan Ne-geri memutuskan pemba-yaran cukai tanah tahunan bagi semua Sekolah Ban-tuan Modal (SBM) dan sekolah persendirian diseragamkan kepada RM1, mulai tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad berkata, semua sekolah di bawah SBM dan sekolah persendirian kini dikehendaki membayar cukai tanah tahunan seba-nyak RM1 bagi menye-ragamkan kadar pembayaran tersebut.

Menurut beliau, sebelum ini tiada keseragaman dibuat memandangkan ada antara SBM dan sekolah persendirian dikenakan po-tongan sehingga 50 peratus, 20 peratus malah ada diberi pengecualian.

“Namun kini, kaedah itu akan dilupuskan dengan keputusan baru dengan menyeragamkan pembayaran cukai tanah tahunan ke atas kesemua SBM di atas tanah kerajaan termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT),” katanya kepada pemberita pada sidang media yang diadakan selepas mempengerusikan mesyua-rat Exco di Wisma Negeri, dekat sini, semalam.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan akan mengeluarkan pekeliling kepada pejabat tanah dalam tempoh terdekat dengan mengarahkan pentadbir tanah setiap daerah mengubah semula bil-bil tanah di sekolah berkenaan.

Dalam pada itu, Moha-mad berkata, pemberian kadar cukai ke atas SBM itu tidak akan membantutkan perancangan dan kos pembangunan kerajaan.

“Saya cuma mahu rakyat tahu bahawa Kerajaan Ne-geri sememangnya memberi keutamaan kepada institusi pelajaran kerana kita tidak memandang kepada untung rugi apabila berurusan dengan sekolah terutama berkaitan dengan cukai.

“Oleh itu, saya berharap rakyat, ibu bapa serta pengelola sekolah dapat menghargai pendekatan dibawa kerajaan ini sebagai pemberian ikhlas dalam usaha menjayakan agenda pembangunan pelajaran di Negeri Sembilan,” katanya.

Pada masa sama, Moha-mad berkata, Kerajaan Ne-geri sedia memberi pelepasan kepada mana-mana SBM yang mengalami tunggakan cukai sebelum ini, namun perlu membuat permohonan terlebih dahulu.

Sebanyak 85 SJKC dan 61 SJKT dikehendaki membayar cukai tanah tahunan RM1 mulai tahun ini, setelah Kerajaan Negeri memu-tuskan pembayaran kadar terendah cukai berkenaan bagi semua SBM dan sekolah persendirian diseragamkan.

Pada sidang media berkenaan, Menteri Besar turut menyerahkan peralatan basikal kepada empat atlet sukan Sukma dan bantuan kebajikan kepada 10 ibu tunggal di bawah bantuan Pejabat Pembangunan Wa-nita Negeri Sembilan.

2010/05/27
SEREMBAN 2: Seorang peniaga warga asing yang menjual buah-buahan di sebuah pasar malam di sini tergamam dan tidak sempat melarikan barangan perniagaannya dalam satu serbuan pasukan penguatkuasa Majlis Perbandaran Seremban (MPS).

Ketika itu, lelaki terbabit yang berusia sekitar 40-an sibuk menjual buah-buahan dan terpaksa akur terhadap tindakan anggota penguat kuasa menyita gerai dan mengangkut barangan perniagaannya ke dalam lori.
Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan MPS, Hamri Mohd, berkata hasil pemeriksaan mendapati peniaga terbabit adalah warga Indonesia yang memiliki status Penduduk Tetap (PR).

Katanya, tindakan diambil terhadap lelaki terbabit kerana melanggar Undang-undang Kecil Penjaja, iaitu menjaja tanpa lesen perniagaan.

“Lesen perniagaan di pasar malam hanya diberikan kepada warga tempatan dan warga asing walaupun mempunyai PR tidak boleh berniaga di situ,” katanya.

Dalam operasi di Taman Garden Homes di sini, seramai 60 peniaga diperiksa dan 17 orang dikompaun kerana berniaga tanpa lesen, manakala barangan perniagaan seorang peniaga disita.

Dalam operasi sama di pasar malam Taman Kobena, Senawang, 45 peniaga diperiksa dan tiga peniaga dikompaun kerana berniaga tanpa lesen. Operasi yang bermula jam 6.30 petang berakhir kira-kira jam 8 malam. Operasi itu disertai 40 anggota, iaitu 30 kakitangan MPS dan 10 anggota Jabatan Imigresen serta polis.
Yang Dipertua MPS, Datuk Abd Halim Abd Latif, berkata tujuan operasi itu adalah untuk memastikan semua peniaga pasar malam mempunyai lesen perniagaan sekali gus mengelakkan kehadiran peniaga warga asing atau pendatang tanpa izin.

Beliau berkata, MPS perlu mengambil tindakan tegas terhadap kehadiran peniaga warga asing kerana tidak mahu ia menjejaskan perniagaan peniaga tempatan.

“Operasi itu turut bertujuan mengesan peniaga tempatan yang menyewa lesen perniagaan kepada orang lain, terutama warga asing.

“Kita tidak akan bertolak ansur terhadap peniaga tempatan yang mensia-siakan peluang perniagaan yang diberikan kepada mereka. Jika dapat dikesan, MPS akan membatalkan lesen perniagaan dan permohonan mereka untuk berniaga pada masa depan juga tidak akan dilayan,” katanya.

2010/05/27

PORT DICKSON: Bekalan gula di pasaran negeri ini akan ditambah sebanyak lima peratus atau 160 tan setiap bulan mulai bulan depan sebagai persediaan awal menghadapi permintaan yang dijangka meningkat sepanjang cuti sekolah dan musim perayaan.

Penggunaan gula di negeri ini setiap bulan ketika ini adalah kira-kira 3,200 tan dan pertambahan bekalan itu menjadikan penggunaan gula meningkat kepada 3,360 tan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Hal Ehwal Pengguna dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Hasim Rusdi, berkata pertambahan itu bukan kerana negeri ini menghadapi masalah kekurangan bekalan gula sebaliknya langkah proaktif menangani masalah kekurangan bekalan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Hal Ehwal Pengguna dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Hasim Rusdi, berkata pertambahan itu bukan kerana negeri ini menghadapi masalah kekurangan bekalan gula sebaliknya langkah proaktif menangani masalah kekurangan bekalan.
“Kita tidak mahu permintaan yang dijangka meningkat itu akan menyebabkan pengilang dan pengusaha PKS serta orang ramai menghadapi masalah,” katanya pada sidang media selepas majlis penutup Program Rakan Pengguna, di sini, semalam.

Hasim berkata, jika bekalan gula tidak cukup, orang ramai marah dan menyalahkan kerajaan.

Beliau berkata, bekalan gula di negeri ini ketika ini mencukupi dan hanya beberapa kawasan didapati menghadapi masalah itu, tetapi tidak membimbangkan.

Oleh Mohd Amin Jalil
bhnews@bharian.com.my
2010/05/27

 MOHAMAD  dan  Abdullah bersalam dengan pelatih Askar Wataniah  pada majlis penutup Kursus Asas Perajurit Muda (Sukarela) Siri 1/2010 di  Rejimen 508 Askar Wataniah, di Seremban.
MOHAMAD dan Abdullah bersalam dengan pelatih Askar Wataniah pada majlis penutup Kursus Asas Perajurit Muda (Sukarela) Siri 1/2010 di Rejimen 508 Askar Wataniah, di Seremban.
Syor dibawa ke mesyuarat Exco dalam masa terdekat

SEREMBAN: Kerajaan negeri berhasrat menubuhkan pasukan Askar Wataniah (AW) di semua 36 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri ini bagi melatih golongan muda menguasai ilmu ketenteraan dan membina semangat jati diri yang tinggi.
Malah, kerajaan negeri merancang menyalurkan peruntukan khas sebanyak RM500,000 mulai tahun depan bagi membolehkan program latihan AW membabitkan generasi muda berjalan lancar dan berkesan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata perkara itu akan dibawa ke mesyuarat Exco dalam tempoh terdekat sebelum dibentangkan pada persidangan DUN akan datang.

“Kita berhasrat memberikan nafas baru kepada pasukan AW bagi membolehkan lebih ramai golongan muda menyertai pasukan ini. Usaha akan dibuat dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan serta Majlis Belia Negeri Sembilan (MBNS).

“Galakan ini bukan saja membabitkan belia Melayu, malah semua kaum bagi memastikan generasi muda di negeri ini memiliki jati diri yang tinggi serta mempunyai semangat cintakan negara,” katanya selepas menyempurnakan majlis penutup Kursus Asas Perajurit Muda (Sukarela) Siri 1/2010 di Rejimen 508 Askar Wataniah, di sini.

Hadir sama, mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri, Tun Jeanne Abdullah serta isteri Menteri Besar, Datin Seri Raja Salbiah Tengku Nujumudin.
Pada majlis itu, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaludin, muncul sebagai pelatih terbaik keseluruhan selain pelatih terbaik akademik. Beliau adalah antara 87 pelatih yang mengikuti kursus selama sebulan itu yang disertai kakitangan kerajaan, swasta dan pelajar kolej.

Sepanjang kursus itu, pelatih didedahkan ilmu asas ketenteraan seperti kawad, penggunaan senjata, membaca peta dan latihan taktikal.

Mohamad berkata, latihan yang dijalankan dalam pasukan AW memberi banyak faedah kepada pelatih bukan saja dari segi asas ketenteraan, tetapi membina keyakinan diri dan disiplin yang tinggi, sekali gus melahirkan individu berketrampilan serta berwawasan.

Sementara itu, Khairy berkata, banyak ilmu pengetahuan diperoleh sepanjang kursus itu, terutama dari segi meningkatkan ketahanan mental dan fizikal.

“Banyak kebaikan yang diperoleh selepas mengikuti kursus ini, bukan saja dari segi asas ketenteraan dan membentuk disiplin diri, tetapi semangat berpasukan dan sayangkan negara,” katanya.

SEREMBAN 26 Mei - Seramai 12 orang finalis Juara Belia Bintang negeri akan berentap pada Sabtu dan Ahad ini, bagi merebut gelaran johan dalam pertandingan yang menawarkan hadiah

Sebahagian finalis bakal berentap merebut kejuaraan dalam Juara Belia Bintang negeri Sabtu ini.

keseluruhan bernilai RM6,000.
Pengelola pertandingan, Harris Taufiq Zafri berkata, pertandingan itu akan berlangsung sempena Sambutan Hari Belia peringkat negeri.
''Sempena sambutan Hari Belia yang bertemakan 'Belia Kreatif Pemacu Pembangunan Negara' kita juga mahu mencungkil bakat baru di dalam bidang nyanyian bagi anak jati negeri ini.
''Selain itu, kita juga bermatlamat mempromosi Kompleks Belia dan Sukan negeri bagi menjadikannya sebagai pusat kegiatan utama belia di negeri ini," katanya.
Sementara itu, 12 orang peserta tersebut telah melalui peringkat saringan selama sembilan minggu yang disertai 135 orang penyanyi tempatan.
Pada pusingan akhir Sabtu ini yang bermula 8 malam, setiap peserta dikehendaki membawa dua buah lagu iaitu lagu wajib dan lagu pilihan peserta.
Salah seorang peserta yang ditemui Farah Nabilla Noor Anuar, 25 berkata, pertandingan yang diadakan itu memberi ruang kepada anak jati negeri ini mengembangkan bakat.
''Saya teruja untuk masuk ke peringkat akhir ini kerana ramai finalis yang hebat dan berbakat dalam bidang nyanyian serta pernah memenangi pertandingan sebelum.
''Bagi pertandingan ini saya telah membuat persiapan awal dengan menguji vokal saya dan sebutan perkataan bahasa tersebut," katanya.
Fariszuan Irwan Arif, 15 yang merupakan peserta termuda dalam pertandingan ini tidak gentar untuk bersaing dengan finalis yang lebih dewasa.
''Saya anggap ini adalah persaingan yang sihat, lagipun mereka mempunyai bakat yang berbeza," katanya lagi.
Sambutan Hari Belia itu bakal dihadiri 10,000 orang belia seluruh negeri akan dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan di Kompleks Belia dan Sukan, Sabtu ini.

SEREMBAN 26 Mei - Masalah kekurangan gula di beberapa daerah di negeri ini berlaku kerana orang ramai terutamanya peniaga restoran dan makanan membeli secara berlebihan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, wujud suasana panik selepas ada khabar angin berlakunya kekurangan gula, seperti yang dialami beberapa negeri lain.

''Jadi saya nasihatkan mereka supaya jangan panik dan membeli berlebihan tetapi belilah mengikut keperluan saja.

''Apatah lagi bekalan gula mencukupi termasuk tambahan bekalan sebanyak 100 tan metrik yang akan dibawa masuk untuk menampung kegunaan penduduk," kata beliau.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Negeri di sini hari ini.

Pada masa sama, Mohamad mahu pengawasan dilakukan di kawasan sempadan negeri ini bagi mengelakkan krisis gula menjadi parah.

''Pemantauan juga akan dipergiatkan di sempadan-sempadan negeri di mana kegiatan penyeludupan gula dikatakan aktif," katanya.

Tambah Mohamad, bekalan gula tersebut lebih mencukupi namun akan ditambah mengikut keperluan semasa pengguna.

Beliau menambah, para peruncit dan pemborong gula di negeri ini juga dinasihatkan agar tidak mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan termasuk menyorok gula.

JEMPOL 26 Mei - Keindahan kawasan rekreasi Jeram Tengkek, dekat sini sudah tiada, sementara banyak kemudahan yang disediakan di situ mula rosak dan mengancam keselamatan penduduk.

Entah angkara siapa, sehingga bilangan pengunjung pun sudah mula merosot untuk menghabiskan cuti hujung minggu di situ, yang mana sebelum ini antara daya tarikan pelancong terkenal di Negeri Sembilan.

Tinjauan Utusan Malaysia di Hutan Lipur Jeram Tengkek yang terletak di kawasan Batu Kikir - Kuala Pilah ini menunjukkan laluannya sudah tidak lagi selamat.

Besi penghadang di tepi jeram berkenaan, sudah hilang dan tersilap langkah pengunjung boleh tergelincir dan jatuh.

Kesemua senario ini memerlukan perhatian pihak berkuasa berkaitan supaya jeram yang dahulu cantik akan terus segar pada pandangan pengunjung.

Seorang guru, Syahfaizal Hakim, 33, berharap kawasan rekreasi ini dapat diselamatkan daripada terbiar.

"Asalnya tempat ini cantik dan bagus untuk dijadikan tempat riadah keluarga.

''Oleh kerana tiada pemantauan yang baik ia semakin teruk. Malahan airnya yang jernih kadang-kala kelihatan kotor terutamanya bila musim hujan," katanya.

Seorang pengunjung Muhammad Taspim, 59, dari Palong 2 dekat sini, berkata, memang dari aspek keselamatan ia bahaya tetapi flora dan faunanya jika dijaga, ia akan terus menambat hati pengunjung.

''Pihak yang berkaitan, tengoklah keadaan di sini. Kalau ia hendak dinaik taraf sekali pun, buatlah segera supaya ia dapat kekal indah," katanya.

Penduduk di kawasan itu, Anang Hiring, 28, yang sering ke Jeram Tengkek itu berkata, masalah air di situ semakin kotor.

'Dahulu, jeram ini menjadi sumber bekalan air bagi penduduk Orang Asli, tetapi sekarang dengan keadaan kayu dan kotor, ia membuatkan pengunjung berhati-hati untuk datang ke situ," katanya.

Hutan lipur ini terletak di Hutan Simpan Serting iaitu kira-kira 30 minit dari pekan Batu Kikir dekat sini dan diselia oleh Jabatan Perhutanan negeri.

Hutan Dipterokarp Pamah ini kaya dengan pelbagai jenis tumbuhan dan landskap batu-batan yang pelbagai bentuk.

Sungai Jempol dan Sungai Tanun mengalir membentuk jeram semula jadi di sini yang sesuai untuk aktiviti berkelah.

Dilema peniaga pasar besar

Dikirim oleh Warieh 0 Komen


Pasar Besar Bahau semakin kurang pelanggan.


JEMPOL 26 Mei – Peniaga di Pasar Besar Bandar Bahau dekat sini merungut apabila pendapatan mereka kian merosot kerana orang ramai lebih cenderung membeli-belah di pasar raya.

Lebih mengecewakan peniaga di situ, kadar sewa dinaikkan oleh Majlis Daerah Jempol (MDJL), sedangkan tiada usaha mempromosikan kawasan pasar berkenaan agar ia kembali menjadi tarikan kepada pembeli dan pengunjung.

Seorang peniaga, D. Chandra, 45, berkata, biarpun kadar sewa yang ditetapkan dahulu cuma RM20 sebulan, tetapi ia kini dinaikkan RM10 dan menjadikan jumlah sewa adalah RM30 sejak setahun yang lalu.

‘‘Memanglah nampak sedikit tetapi kami yang berniaga di sini merasa bahangnya kerana untung berniaga pun bukannya banyak sangat dan perlu membayar barang keperluan lain,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Tambahnya, ketika ini pendapatan peniaga di situ juga terjejas berikutan orang ramai lebih gemar ke pasar raya.

‘‘Saya menjual barangan runcit dan hanya inilah sumber rezeki kami sekeluarga,” katanya.

Kata Chandra, pasar raya membeli bahan mentah dengan kuantiti yang besar dan mereka berupaya menjual pada harga yang lebih rendah berbanding peniaga di pasar ini.

‘‘Sewa dinaikkan dan jika dibayar lewat, kami akan dikenakan denda RM1.50 bagi setiap satu lot kedai.

‘‘Buat masa ini MDJL juga tidak pernah mengadakan pertemuan dengan peniaga serta mendengar permasalahan kami di sini. Berilah kami semua sedikit ruang untuk berbincang,” katanya yang telah berniaga di situ sejak 12 tahun lalu.

Penjual sayur, Shariza Mokthar, 34, memberitahu, setiap Selasa pada minggu terakhir setiap bulan, pasar ini akan ditutup untuk kerja pembersihan.

‘‘Kerja pembersihan hanya dilakukan di luar bangunan ini tetapi bahagian dalam dibiarkan begitu sahaja.

‘‘Dahulu ada juga mereka bersihkan tetapi sekarang terus dipinggirkan,” katanya yang merujuk kepada syarikat SWM Environment Sdn. Bhd. yang merupakan syarikat konsesi yang dilantik MDJL untuk tujuan berkenaan.

Dalam pada itu, seorang pelanggan, Lee Chong, 31 yang lebih gemar ke pasar raya membeli barangan keperluan berkata, tahap kebersihan di pasar berkenaan amat mendukacitakan.

‘‘Saya tidak selesa ke pasar itu, tambahan pula laluan di dalamnya dipenuhi air dan bertakung,” katanya.

Lagipun, kata Chong, kemudahan letak kereta di pasar itu tidak mesra pengguna kerana tiada besi penghadang yang menghalang kenderaan dari terjunam ke dalam longkang yang besar itu.

‘‘Kami membeli kupon untuk meletakkan kenderaan dan sepatutnya pihak berkuasa tempatan melihat aspek keselamatan ini,” tegasnya.

Mengenai denda sekiranya gagal membeli kupon, Chong berkata, ia perlu dijelaskan di pejabat MDJL yang terletak di Bandar Seri Jempol.

‘‘Buatlah satu kaunter di pasar ini, sekurang-kurangnya, masalah pungutan denda ini tidak lewat dan ia juga memudahkan orang ramai. Kenapa perlu pergi jauh untuk bayar denda,” katanya.

Warga emas mati digilis bas

Dikirim oleh Warieh 0 Komen


Anggota polis mengangkat mayat warga emas yang ditemui mati selepas dipercayai digilis sebuah bas ketika mangsa sedang tidur di Taman Layang-Layang, Rahang, Seremban, semalam.


SEREMBAN 26 Mei - Seorang warga emas ditemui mati dalam keadaan ngeri selepas disyaki digilis sebuah bas ketika sedang tidur berhampiran padang permainan di Taman Layang-Layang, Rahang, dekat sini malam tadi.

Mangsa yang tidak mempunyai sebarang identiti, dikatakan berada di kawasan itu untuk tidur.

Namun malang buat mangsa apabila digilis oleh bas sekolah berkenaan yang kebiasaannya diletakkan di situ, ketika sedang mengundur.

Kejadian disedari oleh pemandu bas lain apabila menemui mayat mangsa yang berlumuran darah di situ, kira-kira pukul 11 pagi.

Ketika ditemui, kepala mangsa hampir hancur akibat digilis bas berkenaan dengan kesan darah pada tayar kenderaan terbabit.

Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diminta supaya menghubungi Balai Polis Rahang di talian 06-7632222 untuk mengecam mayat.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin ketika mengesahkan kejadian itu berkata, pihaknya sedang mengenal pasti identiti mangsa.

"Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar untuk dibedah siasat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

'Kalau mahu gula beli lebih RM100'



2010/05/27

SEREMBAN: Kegiatan licik sebuah syarikat pemborong di Jalan Dato Siamang Gagap, di sini, yang mengenakan syarat ‘gila’ kepada pelanggan terutama peniaga dengan mewajibkan pembelian barang melebihi RM100 jika mahu membeli gula terbongkar apabila diserbu pihak berkuasa, semalam.

Difahamkan, tindakan tidak bertanggungjawab itu dilakukan selepas syarikat berkenaan mendapati permintaan pasaran gula pasir daripada pelanggan di negeri ini tinggi berbanding biasa. Kesempatan berkenaan diambil syarikat terbabit dengan mengenakan syarat tidak munasabah semata-mata mengaut keuntungan segera.


Bagaimanapun, perbuatan itu tidak bertahan lama apabila diserbu sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Sembilan diketuai Timbalan Pengarahnya, Mohd Nor Musa, kira-kira jam 11.30 pagi.


Mohd Nor berkata, serbuan dilakukan hasil aduan awam berhubung perkara itu dan pihaknya melakukan tindakan lanjut dengan menghantar beberapa pegawai untuk melakukan penyamaran.


Kubur Asaari dipantau

Dikirim oleh Warieh 0 Komen



2010/05/27

PUTRAJAYA: Polis sudah menghantar anggotanya bagi memantau kubur pengasas Al-Arqam, Allahyarham Asaari Muhammad atau lebih dikenali sebagai Abuya di Kampung Pilin, Rembau, Negeri Sembilan yang dipercayai dijadikan tempat amalan khurafat termasuk pemujaan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, tindakan itu diambil selepas jabatan agama Islam negeri meminta kerjasama polis untuk berbuat demikian bagi membantu menangani gejala tidak sihat berkenaan.


“Kita tidak mempunyai kuasa untuk berkawal di kawasan itu, tetapi selepas jabatan agama meminta bantuan kami bekerjasama rapat dengan mereka untuk menanganinya.


“Perkara ini juga dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet tadi (semalam) dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memaklumkan polis sudah menghantar anggotanya untuk memantau kawasan kubur berkenaan,” katanya selepas mesyuarat pasca Kabinet di kementeriannya, semalam.


Ditanya mengenai cadangan mengharamkan buku Tsunami: Bukti Abuya Putra Bani Tamim hasil tulisan isteri keduanya, Hatijah Aam, Hishammuddin berkata: “Perkara itu tidak merisaukan saya, tetapi saya lebih risau mengenai mereka yang berkampung di kubur Abuya. Kita sedar mengenai penerbitan buku itu dan kami sentiasa memantaunya.”

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook