Beritan9 Khobar Orang Nogori ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada seluruh muslimin dan muslimat pembaca setia berita disini...
Cek Som Harun @ Dara, 67, dari Kampung Sri Gemencheh berkata, terbaru, dia dan anaknya kini dalam proses berusaha memohon memiliki rumah mesra rakyat memandangkan mereka tidak mempunyai masa lama lagi sebelum harus keluar dari kediaman pusaka.
“Sedih dan hiba hati saya tetapi tidak boleh menolak ketentuan Ilahi apabila ini semua terpaksa dilalui kami sekeluarga bagi menghadapi cabaran hidup.
“Oleh itu, saya harap wakil rakyat setempat dapat mempertimbangkan permohonan saya ini secepat mungkin memandangkan kami sekeluarga sudah tiada tempat berteduh,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui sempena Program Rahmat Bersama Pengerusi Nadi 2011 Dun Gemencheh, dekat sini.
Hadir sama, Adun Gemencheh, Datuk Mohd Kamil Abd Aziz dan Pegawai Kebajikan Masyarakat daerah Tampin, Nurhazlina Jamaludin.
Sementara itu, Cek Som berkata, dia sekeluarga gagal membayar kediaman mereka dalam tempoh masa yang panjang selepas kematian arwah suaminya sehingga menyebabkan pihak institusi perbankan mengambil tindakan keras.
“Segala-galanya memang tidak dapat dielakkan lagi. Bagaimanapun, saya bersyukur kerana kepimpinan setempat prihatin dengan nasib kami dan ingin menghulurkan bantuan,” katanya.
Timbalan Pengerusi Gabungan Wilayah Raja Alias, Othman Parman berkata, proses penanaman benih pokok sedang dijalankan dan memerlukan pengawasan yang lebih ketat bagi mengelak berlakunya kerosakan anak-anak pokok.
“Kalau pokok-pokok benih ini rosak, ianya menjadi masalah kepada pihak berkaitan dan akhirnya melambatkan proses tanam semula.
“Apabila kita tidak dapat selesaikan dalam tempoh ditetapkan, peneroka juga yang rugi dan masalah lain pula akan timbul.
“Kita tidak mahu perkara seumpama ini berlaku, sebab tidak dapat untung pun,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, perkara itu juga bagi mengelak haiwan ternakan merayau-rayau selain menyusahkan pengguna jalan raya lain.
“Adakala, kita tidak perasan ada lembu sedang berehat di atas jalan pada waktu malam sehingga mengakibatkan berlakunya kemalangan.
“Bagi pengguna jalan raya terutamanya penunggang motosikal, mereka perlu lebih berhati-hati sewaktu berada di jalan raya.
“Sekarang ini ramai yang akan pulang ke kampung halaman, jangan jadikan jalan raya sebagai lautan darah, orang balik kampung sambut raya sama-sama bukan sambut jenazah pulang,” katanya.
Sementara itu dalam perkembangan lain, Sinar Harian difahamkan baru-baru ini Felda Palong 9 terpilih menyertai projek berskala besar Gedung Makanan Negara (GMN), bagi tanaman nenas.
Bagi kawasan Felda palong 9, nenas N36 iaitu nenas hybrid dipilih yang mana ianya sangat sesuai untuk di eksport ke luar.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, menara ini akan dibina setinggi 12 tingkat dan tiga tingkat pada bahagian podium menara tersebut.
“Menara Mains itu dibina di tapak bekas Hotel Tasik di Jalan Tasik sebagai mercu tanda negeri ini yang sentiasa memartabatkan syiar Islam.
“Apabila siap, menara itu nanti ia akan menjadi ‘penyambut tetamu’ kepada pengunjung yang datang ke Negeri Sembilan khususnya daerah Seremban,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa dan Bantuan Fakir Miskin serta Bantuan Tahunan Masjid di Masjid Kariah Chuah, Port Dickson, baru-baru ini.
Mohamad berkata, tujuh masjid di daerah ini menerima bantuan sebanyak RM10,500 daripada Mains untuk tujuan penyelenggaraan perlaksanaan aktiviti di masjid masing-masing.
“Untuk tahun 2005 hingga 2010 sahaja sebanyak 17 masjid dibina dengan kos mencecah RM8 juta sementara bagi tahun ini, sebanyak tiga masjid baru telah dibina.
“Pada tahun hadapan pula, tiga lagi masjid masing-masing di Rantau, Bandar Springhill dan Serting Tengah akan dibina dengan setiap satu kos mencecah RM10 juta,” katanya.
Menurutnya, kerajaan Negeri Sembilan akan terus memastikan kedaulatan Syiar Islam sentiasa dipertingkatkan dan antaranya melalui pembinaan masjid di negeri ini untuk memudahkan masyarakat Islam melaksanakan ibadah dengan selesa.
“Negeri kita juga memiliki individu yang pakar dalam agama dan baru-baru ini Negeri Sembilan berjaya melahirkan qari serta qariah berjaya di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
“Oleh yang demikian, anak-anak yang berpotensi mengikut jejak qari dan qariah ini akan dibimbing sehingga layak ke pengajian Akademi Al-Quran yang akan dijalankan pada hujung minggu dan musim cuti sekolah,” katanya.
Malah katanya, perkara itu akan diwujudkan segera bagi melaksanakan pembangunan seimbang memandangkan mereka telah memiliki Akademi Bola Sepak yang mendapat sambutan baik.
“Selain itu, banyak yang telah dilakukan Kerajaan Negeri Sembilan dan masyarakat menerima manfaatnya.
“Pelbagai cara dilakukan dengan matlamat, anak mesti khatam al-Quran sebelum memasuki sekolah menengah,” katanya.
Katanya, jika tahun lepas, seramai 5,000 murid Tahun Enam khatam al-Quran dan pada tahun ini, telah ada perancangan daripada Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan untuk majlis sama dilakukan dan melibatkan murid Tahun Enam dan Lima mencecah 13,000 murid.
“Majlis ini bakal menjadi acara tahunan Kerajaan Negeri dan bakal dilaksanakan di padang majlis perbandaran,” katanya lagi.
Pada majlis ini, Mohamad menyampaikan bantuan Mains kepada tujuh Masjid di Port Dickson dengan setiap masjid menerima RM1,500 dan juga kepada 57 penerima asnaf fakir miskin menerima RM300 setiap seorang serta meluluskan sumbangan lima komputer kepada kariah Masjid Chuah.
Selain itu, majlis khatam al-Quran turut diadakan oleh rakan muda daripada tujuh Persatuan Belia di negeri ini melibatkan 280 orang di masjid berkenaan bermula jam 4 petang hingga 7 malam.
SEREMBAN 28 Ogos - Orang ramai yang mengunjungi hentian bas Terminal Satu di sini gempar apabila seorang lelaki yang bekerja sebagai tukang cuci di situ maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 10 bangunan berkenaan hari ini.
K. Vijayandran, 26, ditemui mati oleh orang ramai kira-kira jam 10.30 pagi di kawasan tempat letak bas bangunan itu.
Difahamkan, mangsa yang tinggal di Kampung Pasir, Jalan Rasah di sini tidak bekerja hari ini, namun dia dipercayai mahu berjumpa majikannya untuk mengadu masalah yang dihadapinya.
Ketua Unit Pengurusan Terminal Satu, Norziana Zarit berkata, Vijayandran sebelum ini ada menghubunginya dan memberitahu bahawa dia mahu bertemu dengannya bagi mengadu masalah.
"Sepatutnya Vijayandran berjumpa dengan saya hari ini tetapi saya amat terkejut apabila diberitahu dia meninggal dunia akibat terjatuh bangunan," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarganya.
SEREMBAN 28 Ogos – Seorang ibu tergamam setelah melihat anak lelakinya terbaring dengan tubuh berasap selepas terkena renjatan elektrik kabel bervoltan tinggi ketika sedang bermain kereta mainan dengan alat kawalan jauh di Stesen Komuter Sungai Gadut dekat sini hari ini.
Kejadian kira-kira pukul 8.35 pagi itu menyebabkan mangsa, Mohd. Shafiq Mat Isa, 10, mengalami kecederaan parah di kedua-dua belah tangan, kaki kiri dan sebahagian badan melecur akibat terkena arus elektrik bervoltan tinggi.
Kemalangan dipercayai berlaku ketika kanak-kanak itu mengikut ibunya bekerja sebagai pekerja pembersihan di stesen berkenaan.
Ibunya, Norashahin Ujang, 52, memberitahu, ketika kejadian dia sedang membersihkan sebuah gerabak, manakala anaknya itu bermain kereta mainan dengan dengan memegang sebuah alat kawalan jauh di luar gerabak berkenaan.
“Tiba-tiba saya terdengar satu bunyi dentuman yang kuat dan apabila menjenguk keluar tingkap gerabak berkenaan saya terkejut apabila melihat anak saya sudah terbaring di atas lantai dengan tubuhnya berasap.
“Saya terus keluar dan memeluk anak saya tetapi dia tidak bergerak malah saya melihat sebahagian baju serta seluarnya mempunyai kesan terbakar seperti disambar api.
“Pada masa yang sama saya juga melihat alat kawalan jauh yang dipegang Mohd. Shafiq sudah terbakar dan berada tidak jauh dari anak saya,” katanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Ja‘afar (HTJ) di sini, hari ini.
Tambahnya, dia tidak sangka alat kawalan kawalan jauh yang dipegang Mohd. Shafiq boleh menyebabkan anaknya itu terkena renjatan elektrik dari kabel yang terletak kira-kira dua meter dari mangsa.
“Saya bersyukur kerana nyawa anak saya masih panjang walaupun arus yang mengalir dalam tubuhnya itu sangat tinggi sehingga menyebabkan simen di mana anak saya berdiri turut berlubang,” katanya sedih.
Sementara itu, Pengurus Kanan Unit Komunikasi Korporat, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Mohd. Fadzil Ismail memberitahu, pihaknya akan menyiasat perkara itu kerana ini kejadian pertama berlaku membabitkan alat kawalan jauh dari sebuah kereta mainan.
“Buat masa ini kita akan menyiasat perkara itu termasuk membuat kajian berhubung bahaya menggunakan permainan kawalan jauh berhampiran kabel bervoltan tinggi.
“Kita melahirkan rasa simpati dengan apa yang menimpa kanak-kanak itu dan pihak kami akan membuat susulan terhadap kesihatan mangsa,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, pihaknya menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati ketika menggunakan perkhidmatan tersebut untuk mengelakkan kejadian tidak diingini.
utusanN9@utusan.com.my
SEREMBAN 28 Ogos – Program Mantai Perdana Aidilfitri 2011 bukan sahaja akan dijadikan acara tahunan yang hanya diketahui masyarakat di negeri ini semata-mata, tetapi bakal dipromosikan ke seluruh negara.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, melihat pada keberkesanan dan maklum balas orang ramai yang begitu memberangsangkan, program itu akan dijadikan pusat sehenti bagi menemukan pembeli, penternak, peladang dan petani dalam urusan jual beli produk.
Malah katanya, langkah itu sebagai cara memudahkan pembeli untuk mendapatkan bekalan daging dan tani di satu tempat tanpa perlu ke bandar atau pasar menjelang musim perayaan pada kadar harga yang lebih murah.
‘‘Kita melihat program itu semakin berjaya setelah beberapa kali diadakan sebelum ini. Kita belajar daripada apa yang telah berlaku dan mahu menjadikan ia sebagai acara tahunan setiap kali menjelang perayaan Aidilfitri,” katanya kepada pemberita selepas melawat jualan daging dan tani di tapak bekas kem Paroi di sini, hari ini.
Turut sama Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Yunus Rahmat.
Program itu dianjurkan bersama kerajaan negeri, Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri, Lembaga Pelancongan negeri dan Jabatan Pertanian negeri melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).
Mohamad berkata, beliau dimaklumkan harga jualan yang lebih rendah di pasar berkenaan menyebabkan ia semakin dikenali seperti harga sekilo daging lembu dijual RM18 dan ayam pula RM7 sekilogram.
Menurutnya, pada Mantai Perdana itu, kerajaan menyediakan sebanyak 100 ekor lembu, 20 ekor kerbau, 50 ekor kambing, 2,000 ekor ayam daging, 2,000 ekor ayam telur daging, 2,000 ekor puyuh dan beberapa ekor itik dan rusa untuk dijual kepada orang ramai.
SEREMBAN 24 Ogos - Beberapa lokasi yang dianggap panas dan dikenal pasti kerap berlaku kemalangan di negeri ini akan dipantau oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan menerusi rondaan sepanjang musim perayaan ini.
Pengarahnya, Saadon Mohktar menjelaskan, langkah itu merupakan salah satu pendekatan pihaknya untuk mempercepatkan pemberian bantuan kepada mangsa kemalangan.
Jelas beliau, rondaan tersebut akan melibatkan beberapa kenderaan bomba termasuk unit bermotosikal.
"Rondaan ini merupakan sebahagian daripada Ops Raya yang dilancarkan pada 22 Ogos lalu dan akan berakhir pada 6 September ini," katanya di sini, semalam.
Beliau berkata demikian selepas menyaksikan simulasi menyelamat mangsa kemalangan di Kilometer 249.8, Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan kelmarin.
Saadon turut menjelaskan, seramai 400 anggota dari 13 balai bomba di seluruh negeri ini sudah bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan semasa musim perayaan ini.
"Selain melakukan rondaan, kita juga menempatkan anggota dan peralatan di Plaza Tol Senawang dan Hentian Rehat dan Rawat Nilai sebagai persediaan menghadapi sebarang kejadian tidak diingini.
"Kita berharap dengan langkah-langkah yang diambil ini akan mempercepatkan tindakan kita membantu mangsa kemalangan selain dapat mengurangkan jumlah kematian," ujarnya.
REMBAU 24 Ogos - Suasana malam yang terang-benderang kini dinikmati lebih 150 penduduk Kampung Kombok dekat sini apabila sebanyak 19 tiang lampu sejauh dua kilometer dipasang di kampung berkenaan.
Projek Pencahayaan Kampung Baru Kombok itu dilaksanakan di bawah tanggungjawab sosial korporat (CSR), Tenaga Nasional Berhad (TNB) negeri ini melibatkan kos sebanyak RM40,000.
Projek itu dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan baru-baru ini.
Turut hadir Ketua MIC Cawangan Kampung Kombok, S. Subramaniam.
Mohamad dalam ucapannya pada majlis itu mengucapkan terima kasih kepada TNB kerana membantu menjayakan Dasar Pencahayaan yang dibuat oleh kerajaan negeri untuk rakyat negeri ini.
Beliau berkata, pemasangan lampu jalan itu diberikan secara percuma oleh TNB manakala bilnya akan dibayar oleh Pejabat Menteri Besar.
"Hasrat saya ialah supaya kita mesti sama-sama menjaga keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.
"Saya berharap lampu jalan ini akan berfungsi dan memberikan kemudahan kepada orang ramai di kampung ini," katanya.
Menurutnya, kini dasar pencahayaan itu masih di peringkat fasa pertama yang mensasarkan jalan-jalan utama, persimpangan jalan dan jalan-jalan penting di negeri ini.
"Fasa kedua nanti kita akan pastikan supaya jalan-jalan di luar bandar untuk diberikan pencahayaan termasuk jalan-jalan kampung," ujarnya.
Meskipun, Hari Kemerdekaan bakal disambut beberapa hari saja lagi, namun sambutan hambar itu membuatkan suasana menjelang hari bersejarah berkenaan seolah-olah dilupakan.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu negeri, Datuk Mohammad Razi Kail berkata, kesedaran orang ramai terhadap kempen kibarkan Jalur Gemilang ternyata rendah biarpun kerajaan sudah melakukan pelbagai usaha termasuk kempen di setiap pelusuk daerah.
“Bukan sahaja kesedaran terhadap cintakan negara, malah sikap orang ramai yang mungkin menunggu bendera percuma antara punca kurang bersemangat untuk kibarkan bendera sama ada di rumah, premis perniagaan, mahupun kenderaan,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.
Mohammad Razi berkata, kedatangan Aidilfitri yang serentak dengan Hari Kemerdekaan tidak seharusnya dijadikan alasan untuk tidak bersama-sama menunjukkan semangat cintakan tanahair seperti mana masyarakat terdahulu.
Berikutan itu, beliau meminta warga negeri ini untuk bersama-sama menunjukkan semangat cintakan tanahair dengan menyemarakkan lagi kempen Jalur Gemilang.
SEREMBAN – Seorang lelaki terselamat daripada maut apabila kereta yang dipandunya secara tiba-tiba terbakar di Kilometer 241 Lebuh Raya Utara –Selatan, berhampiran Senawang, di sini, malam kelmarin.
Bagaimanapun, lelaki yang memandu kereta jenis Honda City itu tidak mengalami sebarang kecederaan kerana sempat keluar daripada kenderaan yang diletakkannya di lorong kecemasan, sebelum rentung terbakar.
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Senawang berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian tersebut kira-kira 8.18 malam.
“Sebuah jentera bomba dan empat anggota tiba di tempat kejadian kira-kira jam 8.35 malam dan kelihatan kenderaan berkenaan sedang terbakar.
“Anggota bomba berjaya mengawal dan memadam api yang sedang marak kira-kira dua minit sebaik tiba di tempat kejadian,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Senawang, Jaafar Yusof ketika dihubungi Sinar Harian, semalam mengesahkan kejadian.
“Bomba masih menjalankan siasatan terhadap punca kebakaran tersebut yang sehingga menyebabkan kereta terbakar 100 peratus,” katanya.
Program berkenaan berlangsung selama tiga hari bermula pada 19 Ogos lalu.
Kelas tahfiz telah dikendalikan Bahagian Pelajaran, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan berada di bawah pentadbiran Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains).
Adun Juasseh, Datuk Mohammad Razi Kail berkata, beliau gembira kerana 42 pelajar berkenaan telah berjaya menamatkan iktiqafnya di masjid itu.
“Dalam keadaan dunia penuh pencaroba, generasi muda ini menunjukkan kesungguhan dan kecemerlangan dalam menjaalani ibadah puasa serta khatam al-Quran.
“Ini bertujuan melahirkan para hafiz yang berkemahiran dan mendalami ilmu al-Quran. Sehubungan dengan itu, program ini boleh memelihara kesucian dan keaslian al-Quran daripada sebarang perubahan, pindaan dan pengurangan,” katanya kepada Sinar Harian pada program berkenaan.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Desa Anggerik, Abd Malek Abdullah; Nazir masjid, Rosli Ibrahim dan Pengetua Sekolah Menengah Agama Sains Kuala Pilah, Rosli Husin.
Selain itu, Mohammad Razi berkata, Iktiqaf ini mampu menyediakan hafiz yang bukan sahaja mampu menghafaz 30 juzuk al-Quran tetapi juga ilmu-ilmu lain yang bersangkutan dengannya.
“Manfaat dan syafaat daripada kitab suci al-Quran akan diperolehi andai kita mendekati kitab tersebut dengan menghidupkan kembali ilmu al-Quran,”katanya.
Difahamkan, sebanyak 10 buah masjid seluruh Negeri Sembilan dikunjungi Itqan dalam program Iktiqaf.
Adun Lenggeng, Mustafa Salim berkata, tidak semua golongan yang kurang bernasib baik khususnya pesakit terlantar dapat menghadiri majlis penyampaian bantuan.
Sehubungan itu, menurutnya, pemimpin masyarakat atau wakil rakyat perlu mengambil inisiatif untuk melawat golongan berkenaan di rumah mereka sekali gus menyampaikan bantuan.
“Menerusi penyampaian bantuan dari rumah ke rumah, kita dapat menyelami keperitan hidup yang dialami oleh golongan ini di samping dapat bertemu dengan lebih dekat dengan mereka.
“Jika kita tidak melawat ke rumah mereka, berkemungkinan kita tidak akan memahami masalah yang mereka hadapi,” katanya kepada Sinar Harian pada program penyampaian bantuan dari rumah ke rumah di Kampung Panchor, semalam.
Hadir sama, isterinya, Roziyah Ayob.
Dalam pada itu, Mustafa berkata, program berkenaan juga dapat mengeratkan silaturahim di antara penduduk dan wakil rakyat.
“Ini membuktikan kerajaan Barisan Nasional adalah kerajaan yang prihatin akan nasib rakyat dan sentiasa turun padang untuk mengetahui keadaan sebenar golongan kurang bernasib baik, ”katanya.
Dalam kejadian kira-kira 1.45 petang itu, kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu lori berusia 40-an berkenaan gagal mengawal kenderaannya selepas mengelak daripada merempuh sebuah kereta di hadapannya.
Jurucakap polis berkata, akibatnya, lori berkenaan terbalik, bagaimanapun pemandu lori terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Lori berkenaan dari arah Mahsan dalam perjalanan menghantar buah kelapa sawit ke Rompin.
“Bagaimanapun, kemalangan itu tidak menyebabkan kesesakan laluan lintas kerana muatannya hanya jatuh bertaburan berhampiran dengan semak,” katanya.
Mac lalu, Sinar Harian pernah melaporkan kejadian sama di kawasan berkenaan apabila sebuah lori yang sarat dengan muatan kayu getah terbalik berhampiran lampu trafik, di kilometer 3 Jalan Bahau - Rompin.
Lori berkenaan dalam perjalanan menghantar kayu getah dari Serting ke Batu Pahat, Johor.
Halijah Sharip, 66, berkata, bantuan itu benar-benar membantunya meringankan beban hidupnya lebih-lebih lagi dia hanya bergantung rezeki pada pendapatan sebagai peneroka sahaja.
“Selepas suami mak cik meninggal, ada pihak tampil menyampaikan bantuan Baitulmal dan sehingga hari ini mak cik berasa sangat gembira kerana masih menerimanya.
“Oleh itu, mak cik sangat berharap agar bantuan ini akan diperluaskan lagi bagi membantu individu yang senasib dengan mak cik,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Bantuan Hari Raya di Dewan Seri Gemencheh.
Pada program itu, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan menyampaikan bantuan kepada 1,099 individu melibatkan fakir, miskin dan anak-anak yatim daerah Tampin dengan nilaian keseluruhan bantuan sebanyak RM193,300.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Datuk Zainab Nasir; Adun Gemencheh, Datuk Mohd Kamil Abd Aziz dan Pegawai Daerah, Razali Bakar.
Mohamad berkata, pemberian itu adalah bantuan hari raya dan bukannya hanya bersifat sebagai bantuan pilihan raya semata-mata.
“Kita sudah laksanakannya saban tahun sejajar dengan hasrat kita untuk mengagih-agihkan kutipan zakat yang diperoleh kepada golongan memerlukan dengan lebih tersusun dan teratur,” katanya.
Yati Rahayu Sally Abdullah lebih berdebar untuk menanti-nanti saat dia diberikan permit masuk oleh Jabatan Imigresen selepas bertahun-tahun hidup berstatuskan warga asing di negara sendiri. Permohonan permit masuk dibuat secara sah di Pejabat Imigresen Negeri Sembilan bertarikh 11 Ogos lalu dengan bantuan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Cawangan Port Dickson dan dalam tempoh sebulan jawapan akan diterima.
Yati berkata, dia amat berharap pada bulan mulia dan Syawal nanti, dia akan mendapat kelulusan permit masuk yang dipohonnya.
Bercerita bagaimana dirinya boleh berada dalam kesempitan hidup ini, Yati berkata, dia didapati memiliki MyKad palsu selepas cuba memperbaharuinya pada pertengahan 2005.
Menurutnya, dia sendiri tidak tahu ia palsu kerana MyKad itu dibuat oleh paderi terbabit semasa di Sabah lagi.
“Saya kemudian dihantar ke Pusat Tahanan Pendatang Tanpa Izin di Pekan Nenas Johor dan ditahan di sana selama enam bulan walaupun sudah berkali-kali saya menunjukkan dokumen memeluk agama Islam bagi membuktikan saya warganegara Malaysia.
“Di pusat tahanan itu, mereka gagal menghantar saya ke negara lain kerana tiada negara yang mengesahkan saya warganegara mereka dan selepas beberapa kali membuat rayuan sambil dibantu keluarga angkat akhirnya saya dibebaskan dengan diberikan pas pelawat sosial jangka panjang yang perlu diperbaharui setiap enam bulan sekali,” katanya.
Yati berkata, dia masih muda dan kuat untuk bekerja, namun status kewarganegaraannya yang diragui menyukarkan majikan menggajinya dan mereka tidak mahu menanggung sebarang risiko jika berlaku sesuatu ke atasnya.
“Itu yang saya risaukan sedangkan saya mempunyai dua anak yang masih kecil, jika berlaku sesuatu kepada saya siapa yang akan menjaga mereka kelak kerana saya tidak mempunyai saudara mara di sini.
“Saya pernah meminta bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat, namun disebabkan saya tidak diiktiraf sebagai rakyat Malaysia, saya tidak layak menerima bantuan tersebut.
"Bagaimanapun saya kini menerima bantuan RM100 setiap bulan daripada Baitulmal,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya.
Dia berkata, sejak dari lahir dia tidak pernah mengenal kedua ibu bapanya dan dibesarkan oleh seorang paderi berikutan saya ditinggalkan di sebuah gereja kecil di Keni�ngau, Sabah.
“Ketika berusia 13 tahun, saya dibawa ke Selangor kerana mengikut paderi itu menyampaikan ajarannya di sana. Pada masa sama, paderi menyerahkan MyKad saya yang katanya dibuat di Keningau sejurus berusia 12 tahun.
“Saya bagaimanapun melarikan diri daripada jagaan paderi itu kerana tidak tahan dengan kehidupan yang dilaluinya dan terus ke Sungai Besar, Selangor,” katanya.
Menurutnya, selepas itu, dia bekerja di sebuah restoran Cina, namun sekali lagi melarikan diri kerana sepanjang lima tahun bekerja, dia tidak dibayar gaji.
“Saya kemudian bekerja di sebuah kilang di sana dan sering bermimpi mengenai aja�-ran agama Islam hingga akhirnya saya mengucap dua kalimah syahadah pada Mei 1999,” katanya.
Yati berkata, ketika belajar di Perkim cawangan Selangor, dia berkenalan dengan keluarga bekas suaminya yang kemudian menjadikannya sebagai anak angkat serta ikut berpindah ke Gemencheh.
“Hasil perbincangan dengan keluarga angkatnya, saya bersetuju untuk berkahwin dengan anak mereka bagi memudahkan memperoleh taraf penduduk tetap,” katanya.
Pada Mac 2006, Yati berkahwin dan berpindah ke Port Dickson.
Sepanjang perkahwinan itu, Yati dikurniakan dua anak, Muhamad Aiman Daniel,4, dan Nuraryana Natasya yang kini berusia satu setengah tahun.
Namun belum sempat memperoleh taraf penduduk tetap, Yati bercerai dengan suaminya beberapa tahun kemudian.
Selepas bercerai, Yati dan dua anaknya dibenarkan menetap di rumah bekas suaminya di Taman PD Utama dan nafkah diberikan antara RM100 hingga RM200 sebulan mengikut kemampuannya.
Katanya, kedua-dua anaknya memiliki sijil kelahiran yang sah dan MyKid, namun ada kemungkinan mereka tidak dapat ke sekolah kerana tidak mempunyai sebarang pengenalan diri kecuali pas lawatan sosial itu untuk mendaftarkan persekolahan.
“Oleh itu, diharap pihak berkenaan akan meluluskan permohonan permit masuk saya. Sekali gus memudahkan proses untuk mendapatkan Mykad,” katanya.
Oleh Mohd Amin Jalil
2011/08/23
Prestasi Zaquan melonjak legakan Azraai
AYAM tambatan Negeri Sembilan, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak sudah hampir kembali ke tahap prestasi asal dan perkhabaran ini harus melegakan jurulatih, Mohd Azraai Khor Abdullah.
Penyerang harapan Hoben Jang Hoben itu akan terus diberi ruang beraksi dalam perlawanan persahabatan membolehkannya meningkatkan lagi keyakinan diri menjelang tirai saingan Piala Malaysia, 6 September ini.
Pengendali pasukan akur betapa dia lega dengan perkembangan positif ditunjukkan anak didiknya itu dalam perlawanan itu.
“Sekali pun Mohd Zaquan belum mencapai tahap prestasi maksimum, persembahan ketika menentang Sarawak sudah menunjukkan petanda positif. Saya mahu uji dia lagi apabila menentang Johor, Rabu ini (esok) dan Selangor, Sabtu ini, di Paroi,” katanya semalam.
Negeri Sembilan yang diletakkan dalam Kumpulan B bersama Terengganu, Selangor PKNS dan Sime Darby, amat mengharapkan khidmat Zaquan dalam misi mereka merampas kembali trofi kejuaraan Piala Malaysia yang terlepas kepada Kelantan, musim lalu.
JEMPOL 22 Ogos – Seorang ibu yang sarat mengandung tujuh bulan maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki bersama suaminya dirempuh oleh sebuah lagi kenderaan di Kilometer 15 Jalan Bahau-Keratong dekat sini, malam tadi.
Dalam kejadian pukul 10 malam itu, mangsa, Lai Siew Chin, 37, mati di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan serius di kepala dan badan manakala suaminya, Lai Cheon Kee, 37, pula cedera parah dan kini dirawat di Hospital Kuala Pilah.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Mohd. Sabri Muhamad berkata, tiga lagi penumpang yang menaiki kenderaan jenis Honda CRV tersebut merupakan adik mangsa turut cedera dan dirawat di hospital yang sama.
Menurutnya, kemalangan berlaku ketika keluarga itu dalam perjalanan dari arah Ladang Geddes dekat sini menghala ke Kuala Lumpur.
“Siasatan awal mendapati, sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang dipandu seorang lelaki dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta Proton Waja.
“Pelanggaran itu menyebabkan kereta Kancil itu terbabas ke laluan bertentangan lalu merempuh kenderaan dinaiki keluarga mangsa,” katanya di sini, semalam.
Ujarnya, rempuhan itu menyebabkan kenderaan mangsa hilang kawalan lalu melanggar tiang elektrik sebelum terbabas ke dalam ladang sawit berhampiran.
SEREMBAN 22 Ogos - Dua lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian menikam seorang lelaki sebanyak lapan belas kali sebelum membuang mangsa di dalam hutan berhampiran Jalan Bukit Putus-Kuala Pilah dekat sini sedang diburu polis.
Jurucakap polis memberitahu, setakat ini identiti kedua-dua lelaki itu sudah dikenal pasti dan pihaknya sedang giat memburu mereka.
"Berdasarkan siasatan pihak polis, kita mendapati kedua-dua suspek bekerja bersama mangsa di Ladang Gaddes, Jempol dekat sini.
"Kejadian pada petang Khamis lalu itu dipercayai berlaku akibat salah faham berkaitan kerja antara kedua-dua suspek dengan mangsa," katanya di sini, hari ini.
Akhbar hari ini melaporkan seorang lelaki, Arman Shah, 29, masih bernyawa walaupun ditikam sebanyak lapan kali di badannya sebelum dicampak di dalam hutan.
Lebih mengejutkan, lelaki terbabit yang tersedar dari pengsan pada pagi Jumaat lalu itu masih berupaya berjalan sejauh beberapa kilometer sebelum diselamatkan oleh orang ramai di Jalan Seremban-Kuala Pilah semalam.
Difahamkan, penyerang lelaki itu kemungkinan beranggapan mangsa sudah meninggal dunia dan bertindak membuang 'mayatnya' di dalam hutan berkenaan untuk melupuskan bukti.
Lelaki itu yang ditikam empat kali di bahagian depan dan belakang badan dipercayai masih hidup kerana tikaman berkenaan tidak mengenai organ penting mangsa.
Jurucakap polis berkata, berdasarkan keterangan mangsa, dia mendakwa diserang oleh kedua-dua lelaki terbabit di ladang sebelum dia dibuang di dalam hutan berhampiran Jalan Bukit Putus, Kuala Pilah.
Sementara itu, usaha Utusan Malaysia untuk menemubual Arman tidak berjaya kerana dia masih lemah selepas menjalani pembedahan untuk menjahit luka tikaman pada badannya kelmarin.
SEREMBAN 22 Ogos - Seramai 25 orang memenangi cabutan bertuah sempena Karnival Beli dan Menang anjuran Gabungan Peniaga-Peniaga Nilai Square di sini, baru-baru ini.
Karnival itu yang berlangsung selama tiga bulan mulai 1 Mei hingga 30 Julai lalu menawarkan kereta Perodua Viva sebagai hadiah utama.
Pengarah Tourism Malaysia Negeri Sembilan, Hishamuddin Mustafa berkata, cabutan bertuah itu bertujuan menghargai dan merapatkan hubungan antara Nilai Square dengan para pelanggannya.
Beliau berkata, ia juga sebagai satu kaedah bagi pihak penganjur untuk mengukuhkan penjenamaan Nilai Square sebagai pilihan kepada setiap pengunjung untuk datang dan membeli-belah.
"Ini adalah satu cara menarik pengunjung yang kini mencecah 120,000 orang iaitu meningkat sebanyak 50 peratus berbanding tahun-tahun sebelumnya .
"Pada masa yang sama, program ini juga dapat menyokong saranan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan yang menyasarkan seramai empat juta pelancong ke negeri ini menjelang 2012," katanya ketika ditemui selepas majlis cabutan bertuah itu di sini.
Sementara itu, pemenang hadiah utama, Khairul Nizaar Sumahi, 31, bersyukur kerana tidak menyangka akan memenangi Perodua Viva dalam cabutan bertuah tersebut.
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) itu memberitahu, menerusi pembelian kain meter berharga RM70, dia menyertai cabutan bertuah itu.
TELOK KEMANG 22 Ogos - Lebih 30 artis membanjiri Port Dickson bagi mengagihkan bubur lambuk serta meraikan anak-anak yatim serta warga emas semalam.
Acara tradisi sempena bulan Ramadan itu adalah anjuran Permaisuri Resort Port Dickson yang terletak di Batu 10, Jalan Pantai.
Pengurus Besar resort itu, Aswandy Hassan berkata, anak-anak yatim itu dibawa dari Yayasan Anak-anak Yatim Piatu Daerah Port Dickson, manakala warga emas dari Rumah Seri Kenangan Seremban.
Beliau berkata, program itu merupakan satu tanggungjawab sosial terhadap masyarakat setempat yang mana Permaisuri Resort turut menjemput artis dan selebriti tanah air menjayakan acara amal berkenaan.
"Kerjasama sebegini akan diteruskan atas tujuan yang murni terhadap masyarakat terutama dalam meraikan anak-anak yatim dan warga emas," katanya.
Sementara itu, penyanyi Shila Amzah berkata, ini adalah kali pertama dia menjayakan program itu dan mengucapkan terima kasih kepada Permaisuri Resort kerana menjemputnya.
Azlee Jaafar dari kumpulan Senario pula menyifatkan Permaisuri Resort amat prihatin kerana meraikan anak-anak yatim setiap kali bulan Ramadan.
Menurut Mazlan Ahmad atau Lan Pet Pet pula, ia merupakan kali keempat program pemberian bubur lambuk disertainya anjuran resort berkenaan.
"Setiap kali program ini diadakan, saya pasti datang memberi sokongan kerana ia merupakan aktiviti kebajikan yang menyeronokkan," katanya.
Pada majlis tersebut, anak yatim dan warga emas menerima sumbangan hamper, duit raya dan pakaian Melayu daripada para penaja program berkenaan.
Tindak tanduk lelaki berkenaan yang mencurigakan dipercayai sebagai taktik melepaskan diri, selain berada dalam keadaan mabuk menyebabkan polis bertindak menahannya kerana dipercayai ada kaitan dengan penemuan mayat berkenaan.
Dalam kejadian kira-kira 12.05 tengah malam itu, mayat Norazlan Mohd Noor, 29, ditemui di longkang berkenaan dalam keadaan terbaring dan lengkap berpakaian.
Mangsa yang berasal dari Perak dikatakan sedang menjalani hukuman buang daerah di sini dan dipercayai terlibat dengan pergaduhan di lokasi berkenaan sebelum dia ditemui mati.
Difahamkan, mangsa bekerja sebagai pembantu sebuah kedai makan di bandar Port Dickson.
Ketua Polis Port Dickson, Superitendan Baljeet Singh berkata, pergaduhan dipercayai berlaku sekitar 8 malam membabitkan empat lelaki.
“Siasatan awal mendapati, mangsa dicampak dari tingkat atas bangunan pentas utama. Mangsa mati akibat kecederaan parah di kepala, selain mempunyai kesan lebam dipercayai dipukul,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian, malam semalam.
Serentak dengan itu juga, katanya, polis menahan seorang suspek lelaki berusia 43 tahun di lokasi penemuan mayat tersebut.
“Lelaki tersebut merupakan individu yang menghubungi polis berkenaan penemuan mayat itu, Bagaimanapun, dia berkelakuan mencurigakan serta dalam keadaan mabuk.
“Berikutan itu, polis menahannya untuk disoal siasat bagi membantu siasatan polis penemuan mayat ini,” katanya.
Baljeet berkata, polis tidak menemui sebarang senjata yang boleh dikaitkan dengan kematian mangsa di tempat kejadian.
“Bagaimanapun polis masih menjalankan siasatan untuk mencari punca sebenar kematian.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan jika disabitkan kesalahan memperuntukkan hukuman mati mandatori,” katanya.
Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis daerah Port Dickson di talian 06-6472222 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Port Dickson, di sini untuk bedah siasat.
Oleh Hasliza Hassan
2011/08/22
TANGGAPAN popular masyarakat ialah awal Ramadan masjid serta surau penuh, manakala masuk pertengahan jumlah jemaah yang datang berkurangan dan apabila tiba minggu terakhir, hanya satu saf saja yang tinggal.
Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu, Teras Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Zamihan Mat Zin, berkata sudah tiba masa umat Islam melakukan transformasi supaya situasi itu bertukar sebaliknya.
“Jika kita tidak rasa keseronokannya, maka pusingan pertama dan kedua yang sudah berlalu tidak berjaya mencapai KPI Ramadan. Adakah puasa kita takutkan Allah, ini perlu kita fikir,” katanya pada majlis ceramah Ihya Ramadan di Surau The New Straits Times Press (NSTP), baru-baru ini.
Katanya, keindahan Ramadan boleh diperoleh dalam banyak cara, hatta tujuan bersahur dan berbuka puasa juga boleh menjadi kayu pengukur kepada kesungguhan seseorang itu menempuh madrasah yang menguji kesabaran serta keimanan.
Matlamatnya ada satu iaitu meningkatkan rasa takut (takwa) kepada Allah demi mencari bekalan untuk dibawa di akhirat nanti kerana kehidupan yang sebenar bagi orang yang beriman ialah kehidupan akhirat.
Justeru, sahur, berbuka, solat sunat tarawih serta amalan baik yang lain bukan perbuatan membuang masa tetapi sebagai bukti ketakwaan kepada Allah.
Contoh diberi, rasa takwa menyebabkan mereka yang menikmati makan sahur dan juadah berbuka terasa dalam hatinya takut kepada Allah dan mensyukuri bahawa setiap rezeki adalah kurniaan Allah.
Begitu juga amalan wajib serta sunat yang dilakukan berlipat kali ganda sepanjang Ramadan mempunyai matlamat jelas untuk mencari keredaan Allah serta mencapai ketakwaan.
Zamihan berkata, perasaan takwa tidak akan jatuh ke dataran hati yang kotor dan berdosa kepada Allah iaitu hakikat perlu disedari kenapa penegasan ibadat puasa dibuat untuk golongan beriman seperti firman Allah yang dikaitkan dengan perintah puasa.
Firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa seperti mana diwajibkan ke atas orang yang sebelum kamu. Mudah-mudahan kamu beroleh takwa.” (Surah al-Baqarah, ayat 183)
Katanya, perasaan itu juga gagal dirasai oleh mereka yang tidak bernar-benar bertaubat kepada Allah kerana Ramadan yang menjadi bulan membersihkan diri daripada dosa sementara dosa pula akan mengganggu ibadat.
“Sepatutnya pada bulan Syaaban kita sudah meminta maaf pada semua orang sebagai persediaan menghadapi Ramadan yang mulia. Memohon ampun atas dosa kepada Allah pula melalui taubat nasuha iaitu menyesal, berazam tidak mengulangi dan meninggalkan terus perbuatan dosa itu.
“Jika buat ibadat tidak rasa keseronokan, tidak rasa menuju akhirat disebabkan kita masih bergelumang dosa yang menjadi dinding pemisah mendapat takwa. Jangan jadikan dosa dan noda halangan untuk menikmati takwa,” katanya.
Beliau berkata, objektif Ramadan juga ialah untuk membebaskan diri daripada api neraka dengan berdoa kepada Allah terutama pada malam lailatul qadar yang menjadi rahsia Allah tetapi dianjurkan umat Islam mencarinya sepanjang 10 terakhir Ramadan.
Bagaimanapun katanya, seperti janji Allah, doa hamba-Nya hanya akan diperkenankan dengan syarat mereka mengikut perintah Allah terlebih dulu.
Maka jika Ramadan berjaya menghasilkan takwa dan syukur, ia menjadi nilai tambah kepada kehidupan dunia serta akhirat.
Tinjauan Sinar Harian di dua bazar Ramadan iaitu di Taman Tuanku Ja’afar dan Ampangan, baru-baru ini, mendapati sekurang-kurangnya tiga peniaga menjual bahan larangan itu.
Lebih mengejutkan, semua peniaga terbabit yang kelihatan masih muda menjual mercun dan bunga api secara terbuka seolah-olah tidak gentar dengan tindakan undang-undang yang boleh dikenakan terhadap mereka.
Mana-mana individu yang didapati menjual bahan larangan berkenaan boleh didakwa di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang memperuntukkan hukuman sehingga lapan tahun penjara atau denda jika sabit kesalahan.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kegiatan itu, wartawan Sinar Harian menyamar sebagai pelanggan dan mendekati salah seorang penjual mercun dan bunga api berumur sekitar awal 20-an di bazar Ramadan Ampangan.
Menurut lelaki berkenaan, jenis-jenis mercun yang mendapat permintaan tinggi adalah mercun bola, mercun roket dan mercun gasing yang dijual antara RM1 hingga RM10 setiap satu.
“Kita bukannya jual mercun yang merbahaya, tetapi yang biasa-biasa sahaja. Bunga api pun kita ada jual kerana permintaannya amat menggalakkan daripada golongan kanak-kanak.
“Barang yang kita jual semua murah, kakak jangan risau. Pilihlah kak, tak seronok jika mahu dekat hari raya ini kita tak main bunga api, suasana itu tidak meriah,” katanya.
Sementara itu, seorang peniaga pakaian yang hanya mahu dikenali sebagai Aisyah, 33, berkata, pihak berkuasa perlu memantau kegiatan menjual mercun yang ternyata melanggar undang-undang.
“Saya sudah berniaga di bazar Ramadan ini sejak enam tahun lalu dan setiap tahun, bilangan penjual mercun dan bunga api dilihat semakin bertambah,” katanya.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, langkah pertama harus diambil adalah mengelakkan sebarang persengketaan sesama sendiri.
“Kejatuhan tamadun Islam terdahulu dikatakan berpunca daripada perpecahan yang berlaku dalam kalangan umat Islam ketika itu.
“Selain menjaga keharmonian, kita sepatutnya membuktikan kepada semua pihak bahawa Islam adalah agama terbaik,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Bantuan Fakir Miskin dan Bantuan Tahunan Masjid Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau di Felda Sendayan dekat sini, semalam.
Seramai 212 warga emas menerima bantuan sempena Ramadan pada majlis berkenaan.
Dalam kejadian kira-kira 12.18 tengah malam itu, kereta jenis Toyota Vios terbabit hilang kawalan, lalu merempuh tiang lampu dan seterusnya terjunam dalam parit di sebelah bahu kiri lebuh raya.
Ketiga-tiga mangsa berumur sekitar 20-an itu terselamat dan cuma mengalami kecederaan ringan walaupun mereka dipercayai terperangkap dalam kereta terbabit sejurus selepas kemalangan.
Ketua operasi menyelamat, Pegawai Bomba Kanan II Badrul Tamam berkata, pihak menerima panggilan kecemasan tentang kejadian daripada orang ramai, kira-kira 12.22 tengah malam.
“Sebaik sahaja tiba di lokasi, kami mendapati semua mangsa berjaya dikeluarkan daripada kereta oleh petugas-petugas Unit Peronda Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus).
“Ketiga-tiga mangsa berkenaan seterusnya dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) dekat sini untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.
Menurut beliau, operasi menyelamat melibatkan sebuah jentera dan seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 serta dua unit peronda bermotosikal bomba.
Pengetua Cemerlang SDASA, Rahana Tawan berkata, Tadarus al-Quran itu diharap mampu meningkatkan kefahaman dan penghayatan peserta terhadap kandungan ayat suci al-Quran.
Menurutnya, program ini merupakan julung kali dilaksanakan bagi memanfaatkan lagi pengisian sepanjang Ramadan di SDASA.
“Pada majlis itu, pelajar dan guru dibahagikan kepada 30 kumpulan membaca satu juzuk tertentu dari al-Quran sehinggalah khatam,” katanya kepada Sinar Harian, baru-baru ini.
Rahana berkata, bacaan dijalankan secara bersama secara tidak langsung mengukuhkan lagi ukhuwah warga SDASA.
“Majlis Tadarus ini dijalankan pada waktu kokurikulum sekolah dan pelajar bukan Islam seperti biasa akan melaksanakan aktiviti kokurikulum mereka begitu juga sebahagian lagi pelajar Islam yang tidak terlibat dengan tadarus ini.
“Untuk masa akan datang, program tadarus akan dilaksanakan untuk penglibatan semua pelajar Islam dan dirancang bakal dilaksanakan di kawasan lebih luas seperti dewan utama SDASA,” katanya.
Katanya, sekarang tadarus dilakukan di Surau Ar-Rayyan SDASA di mana penempatannya terhad kepada 250 orang sahaja dalam satu-satu masa.
“Pada Ramadan ini juga, SDASA sekali lagi memperoleh peruntukan dari Adun Bagan Pinang, Tan Sri Mohd Isa Abd Samad untuk menaik taraf dewan utama SDASA,” katanya.
Fahmi yang merupakan salah seorang daripada 65 penerima sumbangan sempena Konvoi Bantuan Aidilfitri dan Sambutan Kemerdekaan Pemuda Umno Tampin berkata, dia tidak pernah melupakan hasrat untuk bekerja lebih-lebih lagi apabila dia tidak dapat menyambung pelajaran susulan ketiadaan kemudahan bagi individu berkerusi roda sepertinya.
“Selepas tamat Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya telah ditawarkan untuk menyambung pengajian peringkat diploma di Universiti Putra Malaysia (UPM), namun disebabkan tiada kemuda-han untuk orang kelainan upaya (OKU) bagi kos di institusi pengajian tinggi berkenaan, saya terpaksa melupakan hajat menyambung pelajaran.
“Oleh itu, saya sudah pun mengisi permohonan dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk mendapat mana-mana pekerjaan yang boleh menempatkan OKU seperti saya,” katanya ketika ditemui di Majlis Berbuka Puasa Pemimpin Bersama Rakyat dan Penyampaian Bantuan Ramadan Dun Gemas di perkarangan Masjid Jamek Pekan Gemas, kelmarin.
Pada program berkenaan, Ahli Parlimen Tampin, Datuk Shaziman Abu Mansor turut menyampaikan sumbangan kepada kira-kira 110 individu terdiri daripada golongan memerlukan di Dun Gemas.
Turut hadir, Adun Kawasan Gemas, Datuk Zainab Nasir.
Sementara itu, Fahmi berkata, buat masa ini dia sekurang-kurangnya perlu menjalani rawatan fisioterapi dua bulan sekali di salah sebuah hospital di Johor Baharu. Bagaimanapun, peratusan untuknya pulih seperti biasa adalah tipis berdasarkan maklumat yang diberikan doktor disebabkan tulang belakangnya gagal berfungsi dengan baik.
Surau yang telah diberi nama Al-Ikhlas itu menelan belanja RM195,000 peruntukan daripada Projek Infrastruktur Awam (PIA) 2011, Pejabat Pembangunan Negeri, Negeri Sembilan.
Ia di bawah Unit Penye-larasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri.
Pembinaan surau itu dilakukan secara berperingkat yang mana meliputi dewan solat utama yang boleh menampung kira-kira 180 jemaah dalam satu-satu masa.
Surau itu, dirasmikan Undang Luak Johol, Datuk Mohd Jan Abdul Ghani.
Timbalan Pegawai Tanah Daerah, Mohd Aminoddin Othman berkata, surau tersebut telah dibina pada 9 Mei hingga 1 Ogos siap sepenuhnya.
“Alhamdulillah, surau ini akhirnya siap dalam tempoh 12 minggu. Saya benar-benar mengharapkan agar surau itu nanti akan menjadi mercu tanda penyatuan dan perpaduan masyarakat di samping menjadi pusat untuk mendalami ilmu-ilmu agama.
“Ilmu agama sentiasa dititikberatkan tidak kira masa. Banyakkan ceramah dan kuliah agama di sini agar kita dapat mengimarahkan surau di dalam perkarangan Balai Undang Johol,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis perasmian surau Al-Ikhlas, dan pemberian sumbangan kepada 95 anak yatim di Dun Johol.
Katanya, sudah menjadi tanggungjawabnya merealisasikan harapan penduduk di sini untuk mempunyai sebuah surau yang akan menjadi nadi dan jantung kehidupan bermasyarakat di sini.
“Alhamdulillah dengan peruntukkan yang diberikan, surau ini telah tersergam indah.
"Apabila ruang sudah luas, pelbagai aktiviti dapat dijalankan dengan jayanya.
“Sehubungan itu juga, surau ini dapat membuktikan keprihatinan kerajaan bagi menyediakan tempat dan kemudahan untuk beribadat yang selesa kepada penduduk,” katanya.
Dalam pada itu, difahamkan, surau itu diserikan dengan aktiviti kelas bacaan al-Quran pada waktu petang, kuliah agama dan pelbagai pengisian lain, sekali gus memberi manfaat.
Pengerusi Gerakan Persatuan Wanita (GPW), Felda Lui Selatan Satu, Norahan Abd Aziz berkata, anak-anak itu antara insan bakal menerajui Felda pada masa akan datang.
“Anak yatim atau tidak, semuanya bakal menerajui Felda. Namun, mereka (anak yatim) juga perlu merasa dihargai dan diingati semua masyarakat.
“Kami (GPW) berharap sumbangan ini dapat memberi sedikit sinar keceriaan kepada anak-anak yatim dan sebagai persediaan menghadapi sambutan Aidilfitri nanti,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis berbuka puasa anjuran GPW Lui Selatan Satu di balai raya kawasan berkenaan, baru-baru ini.
Norahan berkata, program itu merupakan aktiviti tahunan GPW pada setiap tahun dan apabila tibanya Ramadan.
“Ini juga dapat mendidik dan mendekatkan hubungan anak yatim bersama masyarakat,” katanya.
Pengurus Felda Lui Selatan Satu, Abu Bakar Alin berkata, perlu bersyukur kerana masih ada yang sayang dan sentiasa ambil berat.
“Kita sama-sama rasai kegembiraan untuk menyambut Aidilfitri nanti, jangan sedih sangat. Apa yang penting mesti ada usaha untuk terus berjaya.
“Tanamkan semangat kuat untuk jadi manusia berguna kepada bangsa, agama dan negara. Jangan biarkan hidup gelap tanpa ilmu,” katanya.
Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Mohd Rais Yatim berkata, pengumuman dibuat Perdana Menteri pada mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO, baru-baru ini bukan pesanan kosong.
Menurutnya, beliau (Perdana Menteri) sebenarnya serius untuk memaklumkan bahawa selepas lebih kurang 3 tahun, beliau telah bersedia melihat perubahan legislatif, perubahan pentadbiran dan negara.
“Tidak menjadi satu kesalahan jika beliau memberi peringatan bahawa PRU boleh diadakan bila-bila masa sahaja.
“Jika diadakan pada masa terdekat, tentu sekali beberapa asakan dapat dirasai tetapi asakan ini mesti ditermia sebagai telah bermula sejak beliau menjadi Perdana Menteri setelah mengambil alih tampuk kepimpinan daripada Tun Abdullah lagi.
“Jadi dengan perubahan ini termasuk perubahan ekonomi dan perubahan sikap, kita sudah bersedia, malah kita sudah diberi amaran serta gesaan supaya jawatankuasa pilihan raya ditubuhkan dalam Dun dan Parlimen masing-masing,” katanya.
Rais yang juga Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan berkata demikian pada sidang media Majlis Berbuka Puasa Sempena Ramadan Al-Mubarak 2011 bagi kawasan Dun Chennah dan Dun Pertang di Masjid Simpang Durian, dekat sini, petang semalam.
Hadir sama, Adun Chennah, Datuk Siow Chen Pin; Adun Klawang, Datuk Yunus Rahmat dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Simpang Durian, Dol Ramil Mustafa.
Dalam pada itu, Rais berkata, calon bertanding pada PRU akan datang perlu diserahkan kepada parti untuk membuat keputusan.
Menurutnya, apa yang penting ialah BN mesti bersedia merubah keadaan dan mengisi tuntutan rakyat dari dekat. Rais turut memberi gambaran sama mengenai kesediaan Parlimen Jelebu untuk berhadapan dengan PRU 13.
“Kami di Jelebu sebenarnya sudah bersedia dan jentera bersama Dun serta Parlimen sudah kita gerakkan dan selepas Aidilfitri kita akan terus bekerja mengacarakan program.
“Ini bertujuan menguji setakat mana kebolehan kita menyusun pentadbiran parti dan juga memberi kebajikan kepada rakyat,” katanya.
Ketika ditanya mengenai kesediaan BN untuk melakukan pilihan raya olok-olok seperti mana dilakukan di tempat lain, Rais berkata, perkara itu terpulang kepada jentera BN negeri dan Parlimen Jelebu bagaimanapun bersedia melapukkannya jika diminta.
KUALA KLAWANG 21 Ogos - Barisan Nasional (BN) sudah bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 pada bila-bila sama sahaja, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.
Katanya, kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin bahawa PRU ke-13 boleh diadakan pada bila-bila masa, perlu dilihat sebagai sesuatu yang serius dan bukan satu pesanan yang kosong.
Menurutnya, negara sedang melalui satu perubahan dari segi pentadbiran, sikap dan transformasi ekonomi di bawah kepimpinan Najib.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa dan menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada golongan miskin di Masjid Simpang Durian dekat sini, semalam. - BERNAMA
KUALA PILAH 21 Ogos - Meskipun ditikam sebanyak lapan kali dan dicampak ke dalam hutan di Jalan Bukit Putus di sini, nyawa seorang lelaki berusia 29 tahun ini masih panjang.
Dia yang dipercayai ditikam oleh dua lelaki dengan pisau kelmarin, hanya pengsan dan tersedar hari ini sebelum meminta bantuan orang ramai dalam keadaan berlumuran darah.
Lelaki yang dikenali sebagai Arman Shah itu ditemui di tepi jalan Jalan Seremban-Kuala Pilah kira-kira pukul 10 pagi ini.
Orang ramai yang menemui mangsa kemudian segera membawanya ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di Seremban. Kakitangan di wad kecemasan terkejut apabila mendapati lelaki itu masih hidup walaupun terdapat beberapa kesan tikaman di badannya.
Menurut sumber, lebih menghairankan lagi apabila mangsa sempat menceritakan bahawa dia tidak sedarkan diri selepas diserang dua lelaki yang dikenalinya dengan pisau pada petang Jumaat lalu di Bahau.
"Dia mendakwa ditikam empat kali di bahagian hadapan badan dan empat tikaman di belakang badan kemudian dibuang ke dalam hutan di Jalan Bukit Putus," katanya ketika dihubungi hari ini.
Sumber itu memberitahu, kemungkinan lelaki yang menyerang mangsa berpendapat dia sudah meninggal dunia sebelum membuang 'mayatnya' di dalam hutan untuk menghapuskan bukti.
"Mangsa sedar dari pengsan tidak berapa lama selepas dicampak dan dia dikatakan berjalan kaki selama satu hari setengah untuk keluar dari hutan itu sebelum ditemui orang ramai.
"Lelaki itu masih bernyawa walaupun sudah tiga hari ditikam mungkin kerana tikaman itu tidak mengenai organ pentingnya," ujarnya.
Mangsa telah menjalani pembedahan selama beberapa jam untuk menjahit luka pada badannya dan kini ditempatkan di wad rawatan rapi untuk pemantauan lanjut.
SEREMBAN 21 Ogos - Sebanyak 3,000 bungkus bubur lambuk Utusan Malaysia dan Telekom Malaysia (TM) habis dalam tempoh kurang sejam setengah selepas mula diedarkan pukul 3 petang kelmarin.
Eksekutif Jualan Zon Tengah 1, Zairina Lubis Nordin berkata, sebaik diedarkan, orang ramai khususnya warga bandar ini mula mendapatkan bubur tersebut untuk berbuka puasa.
"Sambutan amat baik dan kita berjaya mengedarkan 3,000 bungkus bubur lambuk dalam tempoh 30 minit sahaja di hadapan tangga besar bangunan Bangunan TM dekat Masjid Negeri di sini.
"Apa yang dapat kita lihat sambutan daripada orang ramai cukup menggalakkan. Insya-Allah kita akan membuat bubur lambuk lagi dalam jumlah yang lebih besar selepas ini," katanya.
Hadir sama pada program itu ialah Pengurus Besar TM Negeri Sembilan, Salmah Mohd. Taufek dan Pemangku Ketua Biro Utusan Malaysia Negeri Sembilan, Muhamad Rais Yeop Johari.
Jelas Zairina, program pengedaran bubur lambuk adalah kali kedua diadakan pada bulan Ramadan yang mana sebelum ini dilakukan bersama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan pada tahun ini.
Pengedaran bubur lambuk itu turut mendapat kerjasama sokongan Majlis Perbandaran Seremban.
Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
utusanN9@utusan.com.my
SEREMBAN 21 Ogos – Bekalan bahan makanan keperluan, terutama makanan basah di negeri ini menjelang Aidilfitri dijangka mencukupi.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Yunus Rahmat berkata, kerajaan negeri peka dengan keperluan orang ramai, terutamanya masyarakat Islam sempena perayaan itu.
Tambahnya, ini termasuklah bahan makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, ayam serta daging bagi orang ramai di negeri ini.
“Orang ramai tidak perlu bimbang dengan bahan keperluan makanan bagi menyambut Aidilfitri kali ini kerana kita telah pun mengambil inisiatif untuk memastikan barang keperluan mencukupi.
“Tambahan pula beberapa projek yang dijalankan seperti Ladang Rakyat, kini telah mengeluarkan hasil untuk keperluan setempat,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Yunus juga menjelaskan, kesemua barangan keperluan akan dipantau dari semasa ke semasa bagi memastikan ia mencukupi untuk orang ramai.
Bagaimanapun kata beliau, sekiranya barangan makanan tidak mencukupi, pihaknya akan mengimport bekalan dari negeri lain bagi memenuhi keperluan penduduk setempat.
Bahkan, kata beliau, kebanyakan barangan ketika ini dijual dengan harga yang berpatutan, termasuk di beberapa kawasan seperti di Jelebu, Seremban dan beberapa kawasan lain di negeri ini.
| |
| Esso Malaysia memiliki syarikat penapisan minyak di Port Dickson, Negeri Sembilan serta 560 stesen minyak Esso dan Mobil - reuters |
KUALA LUMPUR 18 Ogos - Penjualan 65 peratus pegangan ExxonMobil International Inc. (ExxonMobil) di dalam Esso Malaysia Bhd. kepada San Miguel Corp. dilihat sebagai sesuatu yang merugikan kerana melibatkan industri minyak dan gas negara.
Pengurus Kanan Kumpulan TA Investment Bhd., Alsetdek Al Haj Ali mengakui bahawa Esso Malaysia adalah anak syarikat ExxonMobil yang mempunyai hak untuk menjualnya tetapi pertimbangan mungkin patut lebih dahulu diberikan kepada syarikat tempatan yang berkelayakan.
"Tiada angin, tiada ribut tiba-tiba mereka (ExxonMobil) membuat pengumuman mengenai urusniaga tersebut, sedangkan perniagaan tersebut (Esso Malaysia) ditubuhkan dan beroperasi di negara ini.
Beliau berkata, semasa ExxonMobil mula-mula melabur di negara ini, perlu ada terma di dalam perjanjiannya dengan kerajaan yang menyebut bahawa syarikat itu perlu memberikan pertimbangan kepada syarikat tempatan terlebih dahulu jika mahu melupuskan pegangan.
Ini akan mengelakkan Esso Malaysia sewenang-wenangnya dijual kepada syarikat asing sedangkan ia beroperasi di negara ini malahan pekerja-pekerjanya juga adalah anak tempatan dan apa yang paling penting ialah Esso Malaysia menjalankan perniagaan aset sensitif negara iaitu minyak dan gas," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.
Beliau juga mempersoalkan apakah tiada syarikat tempatan mahupun syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang mampu memiliki kepentingan majoriti di dalam Esso Malaysia, sedangkan syarikat tersebut mempunyai prospek pertumbuhan yang cerah.
Esso Malaysia memiliki syarikat penapisan minyak di Port Dickson, Negeri Sembilan serta 560 stesen minyak Esso dan Mobil di seluruh negara.
" Jika syarikat asing boleh nampak potensi ini, kenapa syarikat-syarikat tempatan atau GLC tidak bersungguh-sungguh untuk memiliki Esso Malaysia, apakah mereka terlepas pandang?, ujarnya lagi.
Difahamkan meskipun sebelum ini Boustead Holdings Bhd. yang dimiliki oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) berminat untuk memiliki ekuiti Esso Malaysia tetapi mereka tidak pernah pun mengemukakan sebarang permohonan rasmi.
Menurut Alsedtek, apa yang mengecewakan tawaran yang dibuat oleh San Miguel Corp., pengeluar minuman keras terbesar di Filipina, sangat rendah, malah di bawah harga pasaran.
San Miguel menyatakan hasratnya untuk menguasai 65 peratus kepentingan anak syarikat ExxonMobil dengan menawarkan harga RM3.50 sesaham atau jumlah keseluruhannya RM614.25 juta.
Dalam pendapat senada disuarakan oleh Pengarah Eksekutif Urusniaga, Jupiter Securities Sdn. Bhd., Nazzary Rosli pula melihat urus niaga tersebut akan merugikan para pemegang saham sedia ada.
Aset bersih sesaham Esso Malaysia sehingga 30 Jun lalu adalah RM3.28, hanya kurang 22 sen berbanding harga tawaran ataupun 1.06 kali nilai tempahan.
Tambah Nazzary, pasaran asalnya menunjukkan reaksi positif sebelum Esso Malaysia dan Maybank Investment Bank Bhd. (Maybank IB) yang mewakili San Miguel mengeluarkan kenyataan semalam.
Harga saham Esso Malaysia naik mendadak sebelum ditutup pada harga RM4.95, tetapi reaksi tidak berterusan kerana pelabur dipercayai kecewa dengan harga tawaran San Miguel.
JEMPOL 18 Ogos - Hampir 600 masyarakat Orang Asli dari 10 perkampungan menghadiri program Mesra Minda di Kampung Orang Asli Langkap Dangi, dekat sini baru-baru ini.
Program yang diadakan selama tiga hari itu dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti seperti pertandingan mewarna, karaoke, menyumpit dan sukan.
Tok Batin kampung tersebut, Omjak Pikau berkata, aktiviti yang diadakan dapat membuka minda penduduk di penempatan tersebut.
"Kalau tiada orang luar datang kami sunyi sahaja tanpa aktiviti baru. Bila ada tetamu, macam-macam kami buat.
"Kami juga diberitahu mengenai apa yang berlaku di luar sana. Kami bukan tidak keluar tetapi jarang kerana sibuk dengan kerja di sini," katanya.
Ujarnya, penglibatan agensi kerajaan juga memberikan pelbagai ilmu baru yang sewajarnya diketahui oleh anak buahnya.
Terdapat 112 penduduk di kampung ini daripada 32 keluarga.
Sementara itu, Tok Batin Kampung Sungai Cherbang, Johari Apu, 55, gembira apabila berpeluang hadir ke program tersebut.
"Ia sangat meriah, semua tetamu amat gembira. Saya datang ke sini bersama tujuh orang penduduk dari Sungai Cherbang. Bila bawa mereka datang ke sini dapat juga mereka bercampur dan tidak hanya duduk di rumah.
"Melalui program ini kami dapat bekerjasama dan mengeratkan hubungan yang sedia ada," ujarnya.
Wakil dari Kampung Orang Asli Batu Peti, Kartini Dukol, 30, mengakui mendapat ilmu baru melalui program tersebut.
"Saya berasal dari Felda Pasoh Tiga dan kini menetap di Batu Peti setelah berkahwin dengan penduduk di situ.
"Gembira apabila dapat mendalami pelbagai adat dan belajar bahasa mereka," katanya.
Bagi Iyam Pikau, 62, pula, kehadiran tetamu di kampungnya merupakan satu penghargaan yang sangat tidak ternilai.
"Walaupun mereka datang dari luar namun, mereka tidak sombong malah sangat peramah. Ini membuktikan tiada jurang perbezaan antara kami dan masyarakat luar.
Suliza Basirun, 24, menyifatkan masyarakat Orang Asli sentiasa bersatu hati dalam menjaga keharmonian kampung.
"Daripada 32 keluarga hanya 10 keluarga sahaja terdiri daripada orang Islam. Walaupun kami tidak ramai namun, agama kami sentiasa dihormati.
"Berlainan agama tidak pernah menjadi masalah kepada kami," ujarnya yang telah memeluk Islam enam tahun lalu.
Tompang Pikau, 56, pula gembira apabila masyarakat orang asli sudi memeriahkan kampungnya.
"Pertandingan menyumpit amat menyeronokkan. Nampaknya orang luar juga sudah pandai menyumpit.
"Kedatangan mereka amat dialu-alukan dan kami berharap agar mereka akan datang lagi di masa akan datang," katanya.
utusanN9@utusan.com.my
JEMPOL 18 Ogos – Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) akan melahirkan 500 usahawan Orang Asli menjelang 2015 sebagai usaha berterusan kerajaan meningkatkan taraf hidup masyarakat tersebut.
Pengarah Bahagian Pembangunan Sosial Ekonomi Jakoa, Wahid Akmal Omar berkata, sehingga kini jabatan itu berjaya melahirkan 200 usahawan di kalangan Orang Asli.
Beliau berkata, pembangunan usahawan Orang Asli itu akan dibuat dengan kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Jabatan Pertanian dan Majlis Amanah Rakyat (Mara).
“Masyarakat Orang Asli digesa tampil ke depan dan merebut peluang yang disediakan. Mereka boleh menjadi usahawan berjaya terutamanya dalam bidang pertanian.
“Tanah yang luas perlu dimanfaatkan dengan aktiviti berfaedah. Jika mereka ada masalah, Jakoa bersedia meminta bantuan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) untuk membantu,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Mesra Minda di Kampung Orang Asli Langkap Dangi, dekat sini baru-baru ini.
Turut hadir Timbalan Pengarah Jakoa Negeri Sembilan dan Melaka, Zaironida Zainal Abdullah serta Pegawai Jakoa daerah, Mohamad Adnan Abdullah.
Ujarnya, masyarakat Orang Asli di negara ini tidak pernah diabaikan oleh kerajaan malah mereka sentiasa mendapat perhatian pemimpin negara.
“Ini dapat dibuktikan dengan pemberian bantuan untuk sektor pertanian seperti bekalan baja, racun, anak benih dan keperluan asas pertanian,” ujarnya.
Sementara itu, Mohamad Adnan berkata, usaha meningkatkan taraf hidup masyarakat Orang Asli sentiasa dilaksanakan secara berterusan.
“Selain kemudahan infrastruktur seperti elektrik, bekalan air bersih, kita turut memberi bantuan rumah.
“Kita telah mengenal pasti beberapa buah rumah di perkampungan Orang Asli di daerah ini untuk dibaik pulih di bawah pelan tindakan pembinaan rumah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR),” katanya.
Menurutnya, sebanyak 21 unit rumah akan dibaiki sementara empat unit akan dibina rumah SPKR dan 15 unit dalam tindakan pembinaan oleh tentera.
Katanya, kampung yang terlibat ialah Kampung Langkap Dangi, Jeram Panjang, Batu Peti dan Sungai Klebang.
“Projek tersebut akan dilaksanakan pada tahun ini. Melalui pelan tindakan ini, mereka bakal menikmati rumah yang lebih selesa sekali gus membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap masyarakat Orang Asli,” katanya.
Ia mengikut laporan sebuah akhbar tempatan dan blog awal Ogos lalu.
Desakan itu dibuat melalui laporan polis, diketuai Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Negeri Sembilan, Shamsul Azhar Yahya di Balai Polis Tampin, dekat sini, semalam.
Menurut Shamsul, pendaftaran perkahwinan sejenis itu sewajarnya tidak berlaku dan diluluskan Kerajaan Malaysia kerana bertentangan ajaran agama yang diamalkan di negara ini, khususnya agama Islam.
“Justeru, Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan; Ikatan Muslimin Malaysia (Isma); Jamaah Islah Malaysia (JIM); Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Sembilan; Madrasah India Muslim Malaysia (MIM); Malaysia Relief Agency (MRA); Sukarelawan al-Falah (Yadim); Perkim Negeri Sembilan dan Abim Negeri Sembilan membuat laporan polis.
“Diharap Kerajaan Malaysia melalui Jabatan Imigresen menghalang pasangan paderi berkenaan, Phineas Newboarn III, kacukan Amerika-Afrika masuk ke Malaysia kerana akan mengundang peristiwa buruk, bantahan daripada masyarakat di negara ini,” katanya kepada pemberita, semalam.
Shamsul berkata, sekiranya ia tidak dibendung, dikhuatiri memberikan implikasi buruk kepada kelompok gay dan lesbian di negara ini untuk menuntut hak perkahwinan sejenis.
PORT DICKSON – Demonstrasi solat Khauf yang dilakukan 32 anggota tentera dari Institut Latihan dan Kefahaman Islam (Ilmi) membawa kepada satu pendedahan ilmu bermanfaat untuk pelajar Kolej Uniti.
Seorang pelajar, Umar Mohd Anuar, 20, berkata, simulasi solat Khauf dijalankan dalam tiga keadaan iaitu ketika musuh datang dari bertentangan arah kiblat, dari arah kiblat dan semua arah.
“Ini adalah kali pertama dapat menyaksikan secara praktikal bagaimana keadaan solat ketika perang.
“Sebelum ini pendedahan berkenaan hal tersebut hanya dilakukan di dalam kelas melalui pemahaman teori sahaja dan sekarang selepas menyaksikan sendiri bagaimana anggota tentera menunaikan solat Khauf, pemahaman semakin jelas,” katanya ketika ditemui Sinar Harian pada program lawatan Kolej Uniti ke Ilmi, baru-baru ini.
Pendapat sama dikongsi oleh seorang lagi pelajar Kolej Uniti, Norizati Mohd Jauhari,20.
Menurutnya, selepas menyaksikan sendiri bagaimana perlaksanaan solat Khauf itu, sedikit sebanyak akan dapat membantunya menyiapkan dokumentari pendek berkenaan ibadah tersebut.
“Tambahan pula, demonstrasi solat Khauf itu dilakukan sendiri oleh anggota tentera dengan dilengkapi peralatan perang dan ‘prop’ yang baik.
“Gambaran dan jalan cerita perlaksanaan ibadah solat khauf itu sampai terus kepada kami yang sebelum ini hanya tahu teorinya sahaja,” katanya.
Manakala menurut Siti Hafizah Abd Karim, 20, wujud rasa keinsafan dalam dirinya selepas menyaksikan demonstrasi tersebut.
“Ini hanya sedikit gambaran apa dilalui tentera kita mereka berhadapan dengan musuh negara di medan perang, mereka tetap mengutamakan solat.
“Pendidikan berkenaan solat khauf penting untuk difahami secara mendalam oleh semua golongan masyarakat Islam walaupun kita berada di dalam negara aman damai,” katanya.
Sementara itu, Dekan Fakulti Pengajian Islam dan Pengurusan Muamalat, Mohd Soberi Awang berkata, untuk masa akan datang akan lebih banyak aktiviti atau program bersama akan dijalankan bersama Ilmi.
Menurutnya, buat masa ini, Kolej Uniti terutamanya Fakulti Pengajian Islam dan Pengurusan Muamalat sedang mengkaji apa aktiviti yang boleh dilaksanakan secara kerjasama dengan Ilmi dalam usaha memperkasakan lagi kualiti pelajar.
“Kolej Uniti juga ingin memberikan pendedahan kepada pelajar berkenaan peluang kerjaya mereka selepas tamat pengajian dalam bidang ketenteraan pula.
“Ini kerana secara tradisionalnya pelajar pengajian Islam akan terarah kepada bidang pendidikan seperti guru, namun sebenarnya peluang pekerjaan mereka sangat luas dan mampu bersaing dengan graduan lain dalam pelbagai bidang menuju arah negara maju,” katanya.
SENAWANG - ‘Bantulah keluarga ini bagi mengelakkan mereka daripada melakukan perkara yang boleh menyalahi undang-undang untuk meneruskan hidup.’
Itu antara ayat yang tertulis pada sekeping kertas yang dibawa tiga kanak-kanak perempuan dan lelaki berumur antara 6 hingga 12 tahun di sekitar Dataran Senawang dekat sini, untuk meraih simpati orang ramai agar menghulurkan sumbangan.
Tinjauan Sinar Harian, malam kelmarin, mendapati kegiatan meminta derma itu tertumpu di restoran dan bazar Ramadan di Dataran Senawang.
Seorang kanak-kanak pengutip derma yang enggan dikenali berkata, mereka melakukan kegiatan itu untuk menampung kos perubatan bapanya yang sakit di hospital.
“Saya kutip derma ini untuk dia (bapa) kerana kami orang susah dan amat memerlukan wang,” katanya yang kelihatan agak sukar memahami soalan dikemukakan wartawan Sinar Harian ketika menemui mereka di sebuah restoran, di sini.
Tiga kanak-kanak terbabit seterusnya beredar dari restoran berkenaan setelah menerima wang namun tidak lama kemudian, muncul dua kanak-kanak lain yang menggunakan taktik sama untuk meraih simpati.
Malah, dua kanak-kanak yang baru tiba itu dilihat sempat menghilangkan dahaga dengan minuman percuma disediakan pemilik restoran dan menunjukkan rasa kurang senang apabila gambar mereka dirakam wartawan.
Sementara itu, seorang pekerja restoran terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Aman, 28, berkata, kelibat kanak-kanak mengutip derma adalah pemandangan biasa di sekitar Dataran Senawang.
“Kita pun tak boleh buat apa-apa sebab boleh dikatakan hampir setiap minggu ada kanak-kanak mengutip derma.
“Kegiatan mereka semakin rancak pada Ramadan kerana kawasan ini menjadi tumpuan orang ramai,” katanya.
Menurutnya, kegiatan mengutip derma ini mengganggu keselesaan pelanggan dan pihak berkenaan diminta bertindak segera bagi membanterasnya.
“Saya bimbang mungkin ada pihak lain yang mencari wang dengan mempergunakan kanak-kanak sebagai objek untuk meraih simpati orang ramai,” katanya.
Pemangku Pengarah PPDNKK negeri, Mohd Nor Musa berkata, lelaki terbabit ditahan dalam serbuan oleh enam pegawai penguat kuasa di sekitar Nilai dekat sini, kira-kira jam 2.30 petang.
“Sebanyak 350 pakaian memaparkan dua jenama terkemuka disyaki tiruan ditemui dalam sebuah van yang dilihat dalam keadaan mencurigakan berhampiran sebuah premis perniagaan di Nilai 3.
“Semua pakaian dianggarkan bernilai kira-kira RM5,900 dan van jenis Toyota itu disita,” katanya ketika mengesahkan serbuan itu, di sini, semalam.
Menurutnya, semua pakaian berjenama tiruan itu dipercayai akan dijual kepada orang ramai pada Aidilfitri ini.
Kata Mohd Nor, kes disiasat di bawah Seksyen 3 (1)(b) Akta Perihal Dagangan 1972 kerana disyaki menggunakan perihal dagangan palsu.
“Sekiranya sabit kesalahan, pesalah boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama.
“Manakala, bagi kesalahan berulang, pesalah boleh didenda tidak lebih RM200,000 atau penjara tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.
TENAI AIR GELUGOR – Seorang suami yang baru sahaja kematian isterinya awal tahun lalu akibat menderita sakit dalam perut kembali bersemangat menyambut kedatangan Syawal apabila menerima kunjungan Adun Gemencheh, Datuk Mohd Kamil Abd Aziz dan pemimpin setempat sempena Program Terjah Sahur, semalam.
Suami berkenaan, Zulbahari Paim, 48, berkata, jika sebelum ini, dia dan lima anaknya berusia tujuh hingga 18 tahun tidak bersemangat dan sedih untuk menyambut kedatangan Syawal memandangkan terpaksa meraikannya tanpa kehadiran arwah isterinya, Norhayati Ahmad, 39, buat pertama kalinya.
Menurutnya, sebagai bapa tunggal, dia harus berkorban bagi menggembirakan hati anak yang kelihatan tidak bersemangat untuk beraya tahun ini dengan menyediakan juadah berbuka dan bersahur.
“Memang sukar, mujur saya dan anak-anak dapat menumpang kasih serta menetap bersama-sama mak angkat saya, Saodah Layan, 82, ri dumah pusaka.
“Malah, kunjungan wakil rakyat dan pemimpin setempat ini benar-benar menyentuh hati serta memberikan kembali semangat buat keluarga saya,” katanya ketika ditemui pada program berkenaan, dekat sini, semalam.
Untuk rekod, keluarga berkenaan setiap seorang menerima sumbangan duit raya dan makanan keperluan harian.
Sementara itu, anak sulungnya, Fatin Shuhada Zulbahari, 18, berkata, perasaan sayu dan sedih mereka sekeluarga sememangnya tidak mampu digambarkan dengan kata-kata, lebih-lebih lagi apabila terkenang pengalaman menyambut Syawal bersama ibunya.
Menurutnya, kebiasaannya pada pertengahan Ramadan, arwah ibunya sudah membuat persiapan menyambut Aidilfitri secara ala kadar termasuk menyediakan menu kuih raya iaitu Biskut Arab.
“Kini segala-galanya hanya tinggal kenangan dan saya akan sentiasa ingat segala pesanan dan harapan ibu untuk melihat saya menjadi seorang guru suatu hari nanti,” katanya.
Sementara itu, Mohd Kamil berkata, program berkenaan yang berkonsepkan turun padang itu sudah masuk tahun ketiga pelaksanaannya bagi meraikan dan menceriakan golongan memerlukan.
“Malah, Dun Gemencheh sememangnya menetapkan untuk melaksanakan program turun padang ke 100 rumah setahun bagi meninjau sendiri kehidupan mereka,” katanya.
Penasihat Pekida Kuala Pilah, Abdul Razak Zainal berkata, seramai 4,000 ahli Pekida daerah Kuala Pilah tidak terlibat dengan perkara yang boleh merosakkan nama atau imej pertubuhan itu.
“Pekida bukan kumpulan gengster, kami berdaftar dan mempunyai kad keahlian tersendiri.
Beza ahli Pekida dengan bukan ahli Pekida berdasarkan kepada kad keahlian.
“Kami menjalankan amal kebajikan untuk mereka memerlukan di samping membantu mana yang perlu di samping menghulurkan tenaga untuk menjaga keamanan dan kesejahteraan masyarakat juga tidak pernah dilupakan,” katanya.
Abdul Razak ditemui di Masjid Kariah Pasir Ambor pada majlis berbuka puasa dan menghulurkan sumbangan kepada 10 ibu tunggal, dekat sini.
Dalam pada itu, Abdul Razak berkata, ahli Pekida berbeza dari segi pengenalan diri melalui salam kepada ahli lain.
“Jika mereka bukan ahli Pekida, sudah pasti mereka tidak tahu rahsianya dan penapisan untuk menjadi ahli juga akan dilakukan.
“Ada laporan diterima mengatakan bekas ahli Pekida yang telah dilucutkan keahliannya menyalahgunakan kad keahlian tersebut dengan menjaja dan mempergunakan kad keahlian bagi tujuan jenayah. Memang sukar untuk bezakan mereka itu ahli ataupun tidak melainkan mempunyai resit pembayaran yuran tahunan,” katanya yang kesal sesetengah pihak mengaitkan Pekida dengan kumpulan gengster.
Selain itu, Abdul Razak turut menjelaskan perjuangan Pekida sebenar dan kepentingannya kepada masyarakat awam sekali gus merungkaikan kekeliruan sesetengah pihak.
“Sebelum diiktiraf menjadi ahli Pekida, individu perlu melakukan sumpah baiah (ikrar taat setia) menjaga adat, keturunan, budaya, agama, bangsa dan negara. Gelaran ‘Kumpulan 30’ itu sebenarnya diambil daripada jumlah 30 juzuk al-Quran, membawa maksud kami berjuang berlandaskan agama.
“Selain menganjurkan kerja dan usaha amal kebajikan berfaedah untuk ahli dan masyarakat. Justeru itu, buat julung kalinya, Pekida daerah Kuala Pilah mengadakan majlis berbuka puasa bersama masyarakat kampung dalam usaha mendekati ahli Pekida dengan mereka,” katanya daripada kumpulan 30.
Katanya, pertambahan ahli Pekida bagi tahun 2011 sebanyak 200 orang termasuk lelaki dan perempuan.
“Biasanya Pekida Kumpulan 30 akan mengambil remaja 20 tahun dan ke atas kerana pada usia sebegini mereka sudah matang serta boleh berfikir secara matang.
“Mereka juga sudah tahu bezakan perkara buruk dan baik demi menjaga imej pertubuhan ini. Saya berharap ahli yang telah keluar dari pertubuhan, jangan mengambil kesempatan atas nama Pekida untuk melebarkan kuasa dan pengaruhnya. Ini boleh merosakkan imej Pekida itu sendiri,” katanya.
Pensyaraj Kolej Komuniti Jempol (KKJ), yang juga Pengurus Projek, Naeemah Yusof berkata, selaras dengan perkembangan globalisasi, kursus ini juga dirangka untuk melahirkan komuniti yang kompetitif, kreatif, inovasi dan mempunyai keupayaan untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan keusahawanan.
“Kursus anjuran KKJ melalui Program latihan 1Malaysia ini adalah antara lain untuk menerapkan nilai-nilai keusahawanan dan membimbing peserta untuk membina kerjaya dalam perniagaan coklat buatan tangan.
“Secara tidak langsung dapat melahirkan usahawan terampil dalam perniagaan coklat sekali gus menerapkan kemahiran teori dan praktikal kepada peserta.
“Ianya berkonsep praktikal ‘hands-on’ sesuai untuk peserta yang ingin membuat coklat mengikut cita rasa sendiri, sedap, mudah, murah dan halal,” katanya.
Naeemah berkata, pembuatan coklat juga boleh menggunakan peralatan sedia ada di rumah.
Kemahiran yang akan diperoleh oleh peserta berpotensi untuk membina perniagaan bermula dari rumah.
Seramai 23 peserta yang terdiri daripada komuniti setempat dari Gemas, Kuala Pilah, Jempol dan Seremban hadir menyertai kursus.
Peserta, Hajara Bibi Asansi, 50 berkata, tidak menyangka hasilnya begitu cantik dan berwarna-warni.
“Mudah sahaja untuk membuatnya. Saya berhasrat untuk membuat dan menjualnya di kedai saya.
“Sesiapa pun boleh buat, tidak kira lelaki atau perempuan. Asalkan ada minat, mereka juga boleh buat berniaga.
“Zaman sekarang serba moden dan canggih. Tiada yang mustahil, saya yakin, kalau bergerak serius dalam perniagaan coklat ini, boleh jadi usahawan berjaya,” katanya.
Timbalan Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Sembilan, Salim Hassan berkata, tanaman buluh madu belum begitu meluas ditanam di negeri ini kerana ia masih baru dalam kalangan penduduk.
“Buluh madu ini merupakan sejenis sayuran mempunyai pelbagai khasiat dan kebaikannya. Buluh madu mampu memberi nilai komersial kepada petani.
“Saya berharap dengan adanya program seumpama ini dapat mempromosikan buluh madu dalam kalangan penduduk khususnya masyarakat luar bandar yang lebih terdedah dengan kegiatan pertanian,” katanya.
Salim berkata demikian semasa berucap pada Program Semarak Ramadan di Masjid Kariah Ulu Branang, Lenggeng, dekat sini, baru-baru ini.
Hadir sama, Adun Lenggeng, Mustafa Salim.
Program Semarak Ramadan itu merupakan program anjuran Jabatan Pertanian Daerah Seremban dengan kerjasama Pejabat Daerah Seremban, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Ulu Beranang dan jawatankuasa Masjid Kariah Ulu Beranang.
Salim berkata, sebanyak 200 batang pokok buluh madu ditanam di sekitar kawasan berkenaan sebagai satu usaha mempromosikan tanaman berkenaan.
“Kita menggalakkan penduduk untuk menanam pokok buluh madu ini kerana ia mempunyai nilai komersial, boleh dijual ataupun ditanam untuk makan sendiri.
“Pada program ini juga, kita mengadakan acara gotong royong memasak buluh madu untuk dijadikan hidangan berbuka puasa bagi memberi peluang penduduk merasai sendiri keenakannya,” katanya.
JEMPOL 17 Ogos – Sambutan bulan kemerdekaan dan kempen mengibarkan Jalur Gemilang di Sekolah Kebangsaan Jempol dekat sini tetap disambut meriah walaupun dianjurkan pada bulan Ramadan.
Seramai 293 orang murid, guru dan kakitangan sekolah itu menyertai sambutan berkenaan yang diadakan baru-baru ini.
Guru besar sekolah itu, Noraini Ahmad berkata, sambutan yang diadakan pada bulan Ramadan tidak menghalang semangat murid-murid untuk menyemarakkan bulan kemerdekaan.
“Sambutan kemerdekaan pada Ramadan tahun ini cukup bermakna kepada murid-murid kerana ibadah puasa dapat memberi keinsafan dan menyuntik nilai kesetiaan kepada negara.
“Jadi tiada istilah penat berpuasa sehingga tidak terdaya mengibarkan Jalur Gemilang dan menyanyikan lagu kemerdekaan setiap pagi di sekolah,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Ujarnya, program tersebut diharap dapat mendidik warga sekolah mencintai tanah air.
Pada hari yang sama, katanya, sekolah itu juga melancarkan kempen “Satu Kereta Satu Bendera, Satu Basikal Satu Bendera” dengan setiap basikal pelajar dan kereta guru dan kakitangan sekolah dipasang Jalur Gemilang.
“Sempena bulan kemerdekaan, pelbagai pertandingan diadakan seperti mewarna, melukis poster, mendeklamasikan sajak, lagu-lagu patriotik, mengarang, santapan kemerdekaan dan perarakan merdeka,” ujarnya.
Pada majlis tersebut, Noraini melepaskan tujuh ekor burung pipit sebagai simbolik kebebasan negara daripada belenggu penjajah.

