Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Suami tangkap isteri berkhalwat

Dikirim oleh Warieh Isnin, 21 Jun 2010 0 Komen

SEREMBAN 20 Jun - Lebur hati seorang suami yang sepatutnya menyambut Hari Bapa hari ini selepas isterinya sendiri ditangkap ketika berkhalwat dengan seorang lelaki di dalam sebuah bilik hotel di Port Dickson dekat sini.

Lebih memalukan ketika ditahan kira-kira pukul 4.25 pagi oleh sepasukan Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) wanita itu hanya memakai tuala manakala pasangannya berpakaian lengkap.

Kegiatan tidak bermoral pasangan berkenaan terbongkar selepas suami wanita itu sendiri melakukan intipan dan terus melaporkan perkara tersebut kepada JHEAINS.

Beliau hanya mahu dikenali sebagai, Zul, 26, telah mendirikan rumah tangga sejak lima tahun lalu dan dikurniakan dua cahaya mata berusia empat dan tiga tahun.

Katanya, dia bekerja di Kuala Lumpur manakala isterinya yang berusia 28 tahun bekerja di Pasir Besar, Jempol dekat sini sebagai Pembantu Perpustakaan.

"Saya menyayangi sepenuh hati saya tetapi dia (isteri) bersikap sebegini dengan saya.

"Bagaimanapun, kira-kira enam bulan yang lalu saya mula mengesyaki sesuatu tidak kena dengan isteri saya apabila dia mula rapat dengan seorang lelaki yang berusia 21 tahun," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Zul berkata, lelaki itu yang masih bujang bekerja di sebuah agensi kerajaan dan pejabat mereka terletak dalam satu bangunan.

"Apabila saya bertanya, isteri saya memberi alasan bahawa lelaki itu hanyalah adik angkat dan mereka juga selalu berjumpa kerana menyertai satu peniagaan jualan langsung.

"Namun, saya tidak menyangka bahawa itu hanyalah helah isteri saya dan dengan kuasa Allah semuanya terdedah semalam," ujarnya.

Menceritakan semula mengenai kejadian tersebut, Zul berkata, isterinya itu berada di Port Dickson untuk menghadiri satu kursus selama dua hari di sebuah hotel bermula kelmarin.

''Walaupun isteri saya sudah meminta izin untuk mengikuti kursus itu namun hati saya berasa sangsi dan saya memutuskan untuk 'mengintip' isteri saya.

"Ketika saya berada di luar pintu hotel secara tiba-tiba saya melihat sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki menjemput isteri saya di luar lobi hotel kira-kira pukul 11 malam


Seorang wanita yang juga isteri seorang mekanik disoal siasat oleh pegawai JHEAINS selepas ditangkap berkhalwat dengan teman lelakinya di sebuah hotel di Port Dickson, semalam.

kelmarin," jelasnya.

Menurutnya, dia terus mengekori pergerakan pasangan berkenaan sebelum mereka berhenti dan menyewa sebuah lagi hotel di bandar itu.

"Ketika itu badan saya menggigil kerana marah tetapi saya kuatkan semangat dan terus membuat laporan kepada JHEAINS serta polis.

"Kini setelah apa yang berlaku saya masih belum membuat keputusan sama ada mahu menceraikan isteri saya atau tidak dan cuba mendapatkan nasihat daripada keluarga sebelum membuat keputusan," katanya.


Shahrizat Abdul Jalil bersalaman dengan peserta Sambutan Hari Bapa Peringkat Kebangsaan di Seremban, semalam. – UTUSAN/ MD. SHAHJEHAN MAAMIN


RASAH 20 Jun – Pengorbanan serta komitmen golongan bapa di negara ini terhadap keluarga masing-masing, masyarakat dan negara layak diberi penarafan lima bintang serta penghargaan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, walaupun terdapat beberapa kes bapa tidak bertanggungjawab seperti menghilangkan diri dan membuang anak sendiri, namun ia tidak mencerminkan sifat keseluruhan bapa di Malaysia.

Jelasnya, pengiktirafan layak diberikan kepada golongan itu berdasarkan sikap mereka yang bertoleransi dan bertanggungjawab dalam memimpin keluarga serta masyarakat setempat.

“Ada di kalangan bapa muda ketika ini membantu isteri menjaga anak, memasak, membasuh kain dan sebagainya. Kalau kita lihat dahulu perkara ini agak janggal dilakukan.

“Kebanyakan bapa di Malaysia bertanggungjawab, menyayangi anak-anak dan seharusnya kita jangan lupa pengorbanan mereka selama ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Sambutan Hari Bapa Peringkat Kebangsaan di Pusat Keluarga Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Seremban 2 di sini hari ini.

Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Abdul Razak Mansor; Ketua Pengarah LPPKN, Datuk Aminah Abdul Rahman dan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesejahteraan Masyarakat negeri, Datuk Zainab Nasir.

Shahrizat turut meminta bapa-bapa di negara ini supaya menjalankan tanggungjawab menjaga keluarga bersama pasangan masing-masing dengan baik.

“Pada hari ini 42 peratus daripada keluarga diketuai oleh golongan bapa yang muda. Cabaran mereka lain daripada zaman dahulu iaitu mereka bekerja dan isteri pun bekerja.

“Ini saya tengok satu perkara yang paling kritikal. Apabila kedua-duanya selalu sibuk mereka tidak menjalankan tugas, ini tidak boleh dibiarkan berlaku,” jelasnya.

Pengorbanan bapa perlu diiktiraf

SEREMBAN 20 Jun - Sebanyak 1,400 pasang kasut tiruan jenama Crocs bernilai kira-kira RM30,000 dirampas dalam operasi di sekitar pusat perniagaan Dataran Senawang, di sini semalam.

Dalam operasi pada pukul 8.45 malam itu, Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri yang bertindak atas maklumat awam menyerbu tiga lokasi membabitkan sebuah gerai dan dua di kaki lima pusat perniagaan tersebut.

Ketua Operasinya, Mohd. Hisam Abdullah berkata, siasatan awal mendapati kasut buatan dari negara China itu adalah tiruan dan pihaknya merampas kesemua barangan tiruan berkenaan.

"Dalam operasi ini pihak kami telah melakukan pemeriksaan lanjut dan menyerbu tiga lokasi iaitu dua di kaki lima berdekatan sebuah bank dan sebuah gerai di dalam tapak ekspo.

"Kesemua barang itu dibawa ke stor pejabat PPDNKK negeri di Seremban 2 untuk tindakan lanjut," katanya.

Tambah beliau, tiga lelaki berusia 20-an dipercayai peniaga di premis itu turut disoal siasat dalam operasi tersebut.

"Mereka tidak ditahan tetapi dikenakan tindakan mahkamah mengikut Akta Perihal Dagangan 1972 iaitu hukuman denda.

"Mengikut akta berkenaan, bagi pemilik persendirian, mereka akan didenda RM100,000 untuk kesalahan pertama dan RM200,000 (kesalahan kedua) manakala pemilik syarikat pula masing-masing RM250,000 dan RM500,000,'' katanya.

Kata Mohd. Hisam, kes itu disiasat di bawah Seksyen 3 (1) (b) akta yang sama kerana menawarkan untuk menjual kasut yang disyaki menggunakan cop dagangan palsu.

SEREMBAN 20 Jun - Hospital Columbia Asia Seremban (HCAS) semalam menganjurkan kempen derma darah dalam usaha menambah bekalan darah hospital tersebut.

Kempen setengah hari yang berlangsung di Royale Bintang Resort Seremban itu dijayakan dengan kerjasama Polis Negeri Sembilan, Kelab Diraja Seri Menanti dan hotel terbabit.

Acara setengah hari itu berjaya menarik perhatian kira-kira 30 penderma termasuk kakitangan hotel berkenaan, pengunjung hotel, anggota dan kakitangan polis serta orang awam.

Majlis perasmian kempen yang diadakan serentak dengan kempen derma organ itu disempurnakan oleh Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh.

Hadir sama, Naib Presiden Kelab Diraja Seri Menanti, Datuk Mohamad Nazari Mohd. Nor; Pengurus Besar HCAS, Lee Hui Chuen dan Pengurus Besar Royale Bintang, Leo Kuscher.

Osman dalam ucapannya berkata, kempen seumpama itu harus digerakkan oleh lebih banyak syarikat swasta mahupun agensi kerajaan.

"Semua anggota masyarakat perlu sedar bahawa kerja-kerja amal seperti penganjuran kempen menderma darah ini sangat penting terutama untuk membantu mereka yang memerlukan," katanya.

Tambah beliau, kempen secara terbuka itu wajar dipergiatkan dari semasa ke semasa demi menggalakkan orang ramai menderma.

Dalam pada itu, menurut Kuscher, sikap prihatin terhadap kepentingan menghargai nyawa khusus di kalangan mereka yang memerlukan, mendorong pembabitan Royale Bintang dalam


Osman Salleh (dua dari kiri) beramah mesra dengan penderma darah di Seremban, kelmarin.

kempen tersebut.

"Langkah ini juga merupakan salah satu daripada tanggung jawab sosial pihak hotel kepada masyarakat dan kami sangat berbesar hati dapat melaksanakan program yang sangat murni ini," katanya.

Menurut Hui Chuen, sasaran kempen adalah mengumpul sebanyak mungkin darah untuk membantu menyelamatkan nyawa selain menyempurnakan tanggung jawab sosial korporat kepada masyarakat.

Kempen tersebut turut menarik perhatian lebih 100 pengunjung untuk mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan seperti kempen derma organ dan melakukan pemeriksaan glukosa dan kolesterol percuma yang disediakan HCAS.

Mayat lelaki warga asing ditemui


Anggota polis mengangkat mayat seorang lelaki dipercayai warga asing yang ditemui berlumuran darah di sebuah bangsal di Kampung Rasah, Seremban, kelmarin.


SEREMBAN 20 Jun - Mayat seorang lelaki dipercayai warga asing ditemui berlumuran darah akibat dipukul dengan objek keras di sebuah bangsal di Kampung Rasah di sini semalam.

Turut ditemui di sisi mangsa yang berusia 30-an adalah sebatang kayu dengan mempunyai kesan darah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Zaki Masroh berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai penemuan itu daripada orang awam kira-kira pukul 10 pagi.

"Polis sedang mengenal pasti identiti mayat itu kerana tiada dokumen ditemui pada mayat tersebut.

"Namun berdasarkan susuk tubuh mayat yang lengkap berpakaian, mangsa dipercayai bukan warga tempatan," katanya.

Menurutnya, mayat itu dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban untuk bedah siasat dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

SEREMBAN 20 Jun - Keunikan dan kepelbagaian seni budaya masyarakat negeri ini harus dijadikan satu identiti selain menjadi nilai tambah dalam melonjakkan industri pelancongan.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu negeri, Datuk Mohammad Razi Kail berkata, kebudayaan dan kesenian bukan sahaja wajar dipelihara tetapi dijadikan sebagai produk pelancongan di negeri ini.

Justeru katanya, kerajaan negeri dengan agensi-agensi pelancongan sentiasa mencari jalan untuk mengenengahkan perkara itu bukan hanya kepada penduduk tempatan malah kepada pelancong asing.

"Malah kita juga mahu masyarakat di negeri ini dijadikan sebagai ejen atau duta ke negeri lain bagi mempromosi kepelbagaian produk pelancongan kepada orang ramai.

"Kita yakin usaha seperti itu juga dilihat mampu untuk menjayakan misi kerajaan negeri dalam melonjakkan sasaran meningkatkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebanyak 30 peratus melalui sektor pelancongan," katanya ketika berucap pada Sambutan Karnival Budaya Negeri Sembilan 2010 di sini baru-baru ini.

Pada program itu, lebih 1,000 warga Seremban pelbagai kaum memeriahkan sambutan Karnival Budaya Negeri Sembilan 2010 yang menyaksikan kehebatan tarian 700 penari dari dalam dan luar negara.

Turut memeriahkan suasana ialah penyertaan lima kontinjen luar negara terdiri daripada Thailand, Brazil, Afrika, Indonesia dan Jepun yang mengambil bahagian dalam program itu.


TARIAN kebudayaan yang dipersembahkan menarik minat orang ramai ketika pelancaran Sambutan Karnival Budaya Negeri Sembilan 2010, di Seremban, kelmarin. - Utusan/Abd Razak Aid

Mohammad Razi memberitahu, antara objektif karnival adalah untuk merangsang industri pelancongan yang membolehkan lebih ramai pelancong datang ke negeri ini.

"Kita berharap program ini dapat menarik lebih ramai pengunjung kerana kita menyasarkan kedatangan lebih 15,000 pengunjung sepanjang program ini berlangsung.

"Penganjuran karnival ini juga dapat membantu mempromosikan negeri ini sebagai destinasi pelancongan selain dapat memperkasakan adat dan kesenian tradisional," katanya.

Program tersebut berlangsung selama tiga hari dengan pelbagai aktiviti dan persembahan kebudayaan daripada peserta di lokasi terpilih pusat membeli-belah Seremban Parade, Terminal One, Klana Resort, Royale Bintang dan Plaza Ampangan.

Apa itu 'masuk suku'?

Dikirim oleh Warieh Ahad, 20 Jun 2010 0 Komen


Anak perempuan dalam masyarakat Adat Perpatih adalah aset kerana perempuan sahaja yang mewarisi nama suku dan harta pusaka, sama ada material dan bukan material.


SEREMBAN 18 Jun - Ramai pihak yang tersenyum sinis apabila mendengar perkataan 'masuk suku' kerana bagi mereka masuk suku bermaksud 'masuk tidak sepenuhnya' atau hanya ¼ sahaja yang masuk.

Dalam masyarakat Adat Perpatih Negeri Sembilan ini, perkataan 'masuk suku' itu membawa pengertian yang berbeza daripada masyarakat umum, khususnya yang tidak mengamalkannya.

Ini kerana bagi pengamal Adat Perpatih kata 'masuk' dalam perkataan ini tidak bererti 'pergi ke dalam', manakala 'suku' pula tidak membawa maksud ukuran 'satu daripada empat bahagian' atau ¼.

Sebaliknya kata 'masuk' dalam Adat Perpatih bermaksud 'menjadi ahli' atau 'anggota', sementara 'suku' pula panggilan bagi kelompok kekeluargaan yang terbesar dalam kalangan masyarakat adat.

Di Negeri Sembilan terdapat 12 suku utama iaitu Biduanda, Batu Hampar, Seri Melenggang, Tanah Datar, Seri Lemak, Mungkal, Tiga Nenek, Paya Kumbuh, Anak Melaka, Anak Acheh, Batu Belang dan Batu Tiga.

Selain 12 suku ini terdapat beberapa kelompok suku kecil lain.

Setiap anggota masyarakat Adat Perpatih ialah ahli keluarga atau anggota kepada salah satu daripada suku-suku tersebut.

Keanggotaan seseorang ahli masyarakat Adat Perpatih mengikut suku ibu iaitu jika ibunya angota suku Biduanda maka anak-anaknya akan bersuku Biduanda.

Orang bukan Adat Perpatih boleh jadi ahli masyarakat adat dengan syarat dia menjadi 'anak angkat' kepada salah satu daripada 12 suku tersebut.

Perbuatan menjadi anak angkat ini yang dikatakan oleh umum sebagai 'masuk suku'.

Justeru, perbuatan masuk suku ini adalah satu institusi menjadi anak angkat kepada salah satu suku dalam masyarakat Adat Perpatih.

Istilah adat bagi perbuatan 'masuk suku' ini adalah 'berkodin'.

Berkodin bermaksud bersaudara dan bersaudara bermakna menjalin ikatan kekeluargaan.

Ikatan kekeluargaan yang terjalin bukan terhad dengan keluarga yang menerima seseorang itu sebagai anak angkat tetapi seluruh kelompok kekeluargaan iaitu semua anggota suku keluarga angkatnya.

Ada dua sebab dan dua cara orang masuk suku atau berkodin.

Pertamanya, orang luar khususnya lelaki yang hendak berkahwin dengan orang Adat Perpatih. suku yang dimasukinya itu harus tidak sama dengan suku bakal isteri.

Contohnya, jika bakal isterinya anggota suku Tanah Datar, maka dia harus mengganggotai salah satu daripada 11 suku lain.

Tujuan masuk suku dalam kes seperti ini ialah suku angkat individu tersebut akan bertanggungjawab sepenuhnya jika berlaku sebarang masalah semasa mereka menjadi menantu kepada suku isterinya.

Pendek kata, dalam kodin disebabkan ini, individu berkenaan hanya menumpang bersaudara dalam suku yang menerima dan mengkodinkannya.

Berkodin atas sebab ini diistilahkan sebagai 'kodin adat' atau 'kodin pinang sebatang' atau dikatakan juga sebagai 'kodin selayar atap atau sebilah lantai'. Aturan dan adat istiadat untuk kodin jenis ini sederhana sahaja.

Kodin yang kedua adalah mengambil anak angkat perempuan, selalunya yang masih bayi.

Anak perempuan dalam masyarakat Adat Perpatih ialah aset kerana perempuan sahaja yang mewarisi nama suku dan harta pusaka, sama ada material dan bukan material.

Jika sesebuah keluarga tidak mempunyai anak perempuan keluarga berkenaan dianggap sebagai 'pupus'.

Justeru, bagi mengelakkan keadaan 'pupus' ini, keluarga berkenaan akan mengambil anak angkat sama ada daripada kalangan orang Melayu atau keturunan asing, selalunya berketurunan Cina. Tegasnya, keahlian dalam kodin jenis ini merupakan keahlian penuh.

Kodin atas sebab ini dikatakan sebagai 'kodin adat dan pusaka' atau 'kodin aur serumpun'.

Aturan dan adat istiadat untuk kodin jenis ini adalah kompleks dan melibatkan semua ketua adat dalam suku dan Undang atau Penghulu Luak kerana akan melibatkan perwarisan harta pusaka adat suku.

NORZALI IBRAHIM merupakan Penasihat Adat Yang Teramat Mulia Tunku Besar Tampin


Anak-anak Yatim dan miskin Yayasan Murad dihiburkan dengan filem terbaru, Karate Kid di pawagam TGV Aeon Seremban 2, baru-baru ini.


SEREMBAN 18 Jun - Kira-kira 100 kanak-kanak kurang bernasib baik dari rumah kebajikan di sekitar negeri ini dibawa menonton filem Karate Kid bersempena dengan musim cuti sekolah baru-baru ini.

Aktiviti anjuran Yayasan Aeon Malaysia itu berlangsung di pawagam TGV Aeon Seremban 2 di sini.

Selain menonton wayang, kanak-kanak terbabit dari Persatuan Kebajikan Kanak-kanak Shemariah, Taman Sinar Harapan Tuanku Najihah dan Anak Yatim & Miskin Yayasan Murad turut dihiburkan dengan pelbagai aktiviti permainan di Smart Wonder World.

Menurut Presiden Yayasan Aeon Malaysia, Nagahisa Oyama, memberi keceriaan kepada kanak-kanak kurang bernasib baik adalah salah satu daripada misi mereka.

"Apabila mendekatkan mereka dengan pelbagai aktiviti seperti ini, kita berharap untuk mencipta hari yang lebih menceriakan untuk mereka seperti kanak-kanak lain. Ini adalah tanggung jawab sosial kami," katanya.

Dalam pada itu, menurut penghuni Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah, Firdaus Norizam, 10, dia gembira kerana berpeluang menonton wayang di musim cuti sekolah.

"Dapat berjalan-jalan di samping mengenali ramai kawan-kawan yang lain di sini sangat menyeronokkan," ujarnya.

Bagi P. Josha, 14, dari Persatuan Kebajikan Kanak-kanak Shemariah, dia amat terhibur apabila berpeluang menonton filem yang sangat menarik itu.

"Saya berharap akan dapat lagi peluang seperti ini pada masa depan. Di sini saya juga dapat berjumpa dengan ramai kawan-kawan baru," ujarnya.

SEREMBAN 18 Jun - Polis menemui beberapa petunjuk pada tubuh mayat lelaki yang dibunuh sebelum dibakar di belakang bonet sebuah Proton Waja di tepi semak di Taman Seremban Selatan di sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin memberitahu, petunjuk dari hasil bedah siasat yang diperoleh itu diharap dapat membantu pengecaman ahli keluarga mangsa sekali gus membantu siasatan kes berkenaan.

"Hasil bedah siasat mendapati kaki kanan mangsa mempunyai tiga skru dan dipercayai pernah terbabit dalam sesuatu kemalangan sehingga menyebabkan kakinya patah.

"Selain itu, kulit belakang mangsa didapati mempunyai bulu dan memakai seluar jeans jenama A&P," katanya di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 10.45 malam itu, mayat mangsa ditemui dalam keadaan mengerikan apabila dibunuh sebelum dibakar di dalam bonet Proton Waja di Taman Seremban Selatan Isnin lalu.

Polis mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan di talian 06-7619999 atau balai polis berhampiran.

SEREMBAN 18 Jun - Sebanyak 1,067 kes demam denggi termasuk empat kematian dilaporkan di seluruh negeri ini sehingga 16 Jun lalu.

Pengarah Kesihatan negeri, Datin Dr. Zailan Adnan berkata, daripada jumlah tersebut, 81 kes adalah demam denggi berdarah.

Menurutnya, peningkatan kes denggi bermula pada minggu ke-16 dan berterusan hingga minggu ke-23 di daerah Seremban dan Port Dickson.

"Trend denggi menunjukkan peningkatan semula pada minggu ke-23 dengan jumlah kes mingguan sebanyak 70 kes, manakala jumlah kawasan wabak denggi yang masih aktif di negeri ini sebanyak 17 kawasan di Seremban dan dua di Port Dickson.

"Keadaan cuaca yang tidak menentu iaitu hujan dan panas serta terdapat tempat pembiakan menyebabkan penularan kes berlaku dengan mudah," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya lagi, sepanjang tempoh tersebut, sebanyak 106,128 buah premis telah diperiksa dan 2,795 premis terdapat pembiakan jentik-jentik.

"Sehubungan itu, sebanyak 1,110 kompaun, 1,502 notis dan 304 amaran telah dikeluarkan oleh pihak jabatan.

"Bagaimanapun, tiada sebarang tindakan mahkamah yang diambil dan tiada premis yang diarahkan supaya ditutup," jelasnya.

Kata Zailan, bagi tindakan pengawalan wabak berkenaan, pihaknya telah menjalankan 821,335 semburan pengasapan selain membabitkan 188 aktiviti gotong royong di seluruh negeri ini sepanjang tempoh yang sama.

Tambahnya, kerjasama pelbagai pihak amat diperlukan dalam usaha mengawal penurunan wabak berkenaan di negeri ini.


2010/06/19

PORT DICKSON: Mayat rentung yang masih belum diketahui identitinya, ditemui dalam sebuah kereta terbakar di Projek Perumahan Kampung Kebun Jimah, Lukut di sini, semalam.

Polis dimaklumkan orang awam yang sedang mencari siput lokan di kawasan sungai berhampiran mengenai penemuan itu kira-kira jam 11.20 pag.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan K Baljeet Singh, berkata mayat yang sudah rentung itu ditemui dalam keadaan terbaring di tempat duduk pemandu kereta Honda Accord.

Siasatan awal mendapati kereta ini sudah terbakar lebih 24 jam lalu dan kita akan mendapatkan maklumat mengenai pemilik kenderaan ini menerusi nombor chasis,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Zaki Masroh.

Baljeet berkata, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut berikutan tiada penemuan kesan pergelutan atau kekasaran di kawasan berkenaan.
Katanya, mayat dihantar ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat sebelum dimaklumkan kepada ahli keluarganya.
"Kita akan menunggu hasil makmal kimia mengenai punca kereta ini terbakar," katanya yang menafikan kejadian itu mempunyai kaitan dengan kes penemuan mayat di dalam bonet kereta terbakar berhampiran semak di Taman Seremban Selatan, dekat sini, Isnin lalu.

Difahamkan, kenderaan berkenaan yang rosak teruk sudah dijual di kedai besi buruk sekitar Lukut dengan harga RM300 oleh pemiliknya kira-kira sebulan lalu

750 wakil dalam, luar negara sertai karnival budaya

Dikirim oleh Warieh Jumaat, 11 Jun 2010 0 Komen

2010/06/11

SEREMBAN: Seramai 750 peserta dari lima negara dan 10 negeri di Malaysia akan menyertai Karnival Budaya Negeri Sembilan, yang akan diadakan mulai 18 sehingga 20 Jun ini.

Antara negara terbabit ialah Thailand, Brazil, Indonesia dan Jepun, manakala penyertaan tempatan pula dari Perak, Sarawak, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Kedah, Johor, Terengganu dan negeri ini sendiri sebagai tuan rumah.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan, dan Adat Istiadat Melayu negeri, Datuk Mohammad Razi Kail, berkata karnival itu adalah acara tahunan yang bertujuan mempopularkan negeri ini sebagai negeri beradat.

selain itu, katanya, penganjuran program itu adalah sempena sambutan Colours of Malaysia yang dilancarkan pada 22 Mei lalu.

“Pengisian utama karnival itu adalah persembahan kebudayaan negara ini dan antarabangsa yang dinanti-nantikan orang ramai, terutama pelancong, sekali gus dapat membantu industri pelancongan di negeri ini serta mempopularkan budaya tempatan.

“Kerajaan negeri berharap dengan kepelbagaian budaya yang dipersembahkan dapat meningkatkan penghayatan dan minat masyarakat terhadap budaya di negara ini,” katanya ketika sidang media di Wisma Negeri di sini, baru-baru ini.

Karnival Budaya Negeri Sembilan dijangka dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, iaitu pada jam 8 malam di tangga bangunan Majlis Perbandaran Seremban (MPS), di sini, 18 Jun ini. Majlis penutup pula akan dilakukan Mohammad Razi Kail di Auditorium Taman Budaya Negeri Sembilan pada 20 Jun.
Lima lokasi dipilih untuk acara kebudayaan yang akan berlangsung pada 19 Jun, iaitu di pusat beli-belah Seremban Parade, Terminal One, Plaza Ampangan serta dua hotel terkemuka, Klana Resort dan Royal Bintang

Sarang ular

Dikirim oleh Warieh 0 Komen

2010/06/11

Penghuni Taman Ban Aik resah haiwan berbisa masuk rumah

RASAH: Penduduk Taman Ban Aik, di sini, sejak beberapa tahun lalu tidak berani membuka pintu dan tingkap, malah menutup semua lubang yang ada pada rumah berikutan bimbang rumah dimasuki ular berbisa dari kawasan semak berhampiran taman itu.

masalah ini dipercayai berlaku akibat kewujudan sarang ular di kira-kira enam rumah terbengkalai dan beberapa blok rumah pangsa yang dipercayai bekas kuaters sebuah agensi kerajaan yang terbiar hingga ditumbuhi pokok besar dan semak-samun.

seorang penduduk, GM Alagappa, 52, berkata rumahnya sudah lima kali dimasuki haiwan berbisa itu dengan kejadian terakhir berlaku minggu lalu ketika dia dan anggota keluarganya menonton televisyen.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, katanya, mereka sedang menonton televisyen apabila isterinya, B Eswary, 42, ternampak seekor ular sawa di ruang tamu.

“Sebelum itu, ketika berbual-bual, isteri saya melahirkan kebimbangan kemungkinan ular memasuki rumah dan tiba-tiba terpandang seekor ular berhampiran sofa yang kami duduk. Mujur ketika itu, tiada seorang pun meletakkan kaki di bawahkatanya ketika ditemui di rumahnya, di sini.

Alagappa yang tinggal di taman itu sejak 10 tahun lalu berkata, ular itu dipercayai datang dari kawasan semak yang merimbun di beberapa rumah terbengkalai dan kuarters terbiar di belakang rumahnya.
“Sebelum ini, jarang berlaku ular memasuki rumah penduduk walaupun ada rumah terbengkalai di taman ini, tetapi apabila kuarters agensi kerajaan berkenaan ditinggalkan terbiar sejak tiga tahun lalu, banyak haiwan liar datang.

“Keadaan ini mungkin berlaku kerana tiada lagi pihak datang membersihkan kawasan itu hingga menyebabkan semak-samun bertukar belukar,” katanya.

Keadaan itu juga katanya menyebabkan kegiatan jenayah seperti ragut lebih kerap berlaku. Lokasi taman perumahan itu yang terpencil dan dirimbuni semak-samun memudahkan penjenayah menjalankan kegiatan mereka.

Sementara itu, Eswary yang menjalankan perniagaan perkhidmatan perkahwinan di rumahnya berkata, dia takut untuk menjemur pakaian di ampaian belakang rumahnya.

Katanya, ini kerana beliau pernah ternampak seekor ular membelit ampaian di rumahnya ketika hendak menjemur pakaian.

“Sejak itu, saya tidak lagi menjemur pakaian di ampaian kerana takut ular muncul lagi. Jiran juga mengalami perkara serupa,” katanya.

Bagi mengelakkan kejadian ular memasuki rumah berulang, Eswary berkata, dia dan keluarga mencuba pelbagai cara seperti memastikan pintu dan tingkap rumah sentiasa bertutup serta memastikan semua lubang di rumah ditutup, namun ia kurang berkesan.

“Walaupun sentiasa memastikan pintu dan tingkap bertutup serta tiada lagi lubang terbuka, ular masih boleh masuk seperti yang berlaku minggu lalu,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, pihak berkuasa tempatan perlu mengambil tindakan sewajarnya dengan membersihkan semak-samun berhampiran taman itu, malah pemilik kuarters juga tidak boleh lepas tangan dengan membiarkan tempat itu menjadi sarang ular.

Muzium tiada sambutan

Dikirim oleh Warieh 0 Komen

Oleh Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail
bhnews@bharian.com.my
2010/06/11

Promosi punca bangunan bersejarah kurang pengunjung

SEREMBAN: Muzium Negeri Sembilan tidak begitu mendapat sambutan sepanjang minggu pertama cuti persekolahan selama dua minggu ini walaupun terletak di lokasi strategik di Jalan Sungai Ujong, iaitu di pintu masuk bandar ini.

kebanyakan pengunjung yang ditemui di muzium itu mendakwa keadaan itu berpunca daripada kegagalan pihak muzium mengadakan aktiviti menarik sepanjang cuti sekolah itu

enuntut, Nor Ain Muhammad, 20, berkata dia datang melawat muzium itu kerana tertarik dengan keunikan reka bentuk bangunan muzium.

Bagaimanapun, dia hairan kerana tidak ramai pengunjung datang dan tidak ada kakitangan yang memberi penerangan kepada pengunjung.

“Saya hanya berpandukan papan maklumat yang disediakan di setiap kawasan pameran. Adalah lebih baik jika ada kakitangan di kawasan pameran untuk membantu pengunjung yang mahu mendapatkan maklumat lebih mendalam,” katanya.

Beliau mencadangkan muzium mengadakan pelbagai program ketika cuti persekolahan untuk menarik lebih pengunjung datang, terutama pelajar.
Muzium Negeri Sembilan ditubuhkan pada 1953 apabila Istana Ampang Tinggi, Kuala Pilah dipindahkan ke Taman Bunga di Jalan Dato' Hamzah, di sini untuk dijadikan muzium dan kemudian dipindahkan ke lokasi sekarang pada 1984.

Seorang lagi pengunjung, K Mano, 53, mahu Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS) mengadakan lebih banyak program untuk menarik minat pengunjung.

“Saya datang untuk memenuhi permintaan anak. Saya percaya muzium ini akan lebih meriah jika ada program seperti pameran yang sepatutnya diadakan pada waktu sesuai seperti cuti persekolahan,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu negeri, Datuk Mohammad Razi Kail, mengakui ketiadaan program atau promosi pelancongan pada musim tertentu seperti cuti persekolahan menyebabkan tidak ramai pengunjung datang ke muzium.

Katanya, pelbagai program perlu diadakan bagi menarik kehadiran pelancong dan tidak hanya bergantung kepada agensi promosi pelancongan untuk menjalankan tugas itu.

“Cuti persekolahan adalah waktu terbaik untuk menarik pengunjung. Bukan saja cuti persekolahan di negara ini, malah, musim cuti di negara jiran juga perlu diambil kesempatan untuk menarik pelancong dari negara berkenaan.

“Banyak aktiviti boleh dianjurkan seperti pameran atau pertandingan membabitkan pelajar sekolah. Saya akan meneliti perkara ini dan melakukan sesuatu untuk mengubah kalendar pelancongan negeri ini. Namun, setiap agensi kerajaan terbabit perlu berusaha menjayakan program yang dirancang,” katanya.

SEREMBAN 10 Jun – Kejohanan Jemputan Golf Masters Negeri Sembilan kembali buat kali keenam dengan menjanjikan edisi lebih menarik demi memastikan ia bertaraf kejohanan golf professional terbesar negara.

Sebagai permulaan, kejohanan yang berlangsung selama empat hari bermula 15 Julai ini menawarkan hadiah kemenangan keseluruhan berjumlah RM500,000.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Kejohanan, Datuk Mat Ali Hassan yang juga merupakan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan berkata, pihaknya mengalu-alukan penyertaan pemain terbaik negara dan rantau ini ke kejohanan tersebut.

“Kami juga berbangga untuk mengumumkan kenaikan hadiah kemenangan tahun ini sebanyak RM100,000 yang membuktikan pembangunan memberangsangkan kejohanan ini.

“Pastinya, kemajuan ini tidak mungkin berlaku tanpa sokongan padu dari penaja utama KL Metro Group dan penaja bersama Salcon Engineering Berhad,” ujarnya di sini hari ini.

Kejohanan tersebut bermula pada 2005 dengan gagasan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk memacu sektor pelancongan negeri dengan penganjuran kejohanan golf professional bertaraf antarabangsa.

Pada tahun pertama kejohanan, hadiah yang ditawarkan cuma RM150,000 sebelum meningkat kepada RM400,000 pada tahun lalu dan RM500,000 tahun ini.

Kejohanan itu pasti menarik penyertaan ramai pemain golf memandangkan ia merupakan kejohanan golf professional pertama negara yang tersenarai sebagai salah satu kejohanan dalam kalendar Jelajah Pembangunan Asia (Asian Development Tour).

Pengarah Kejohanan, Datuk Mohd. Yaacob Mohd. Kassim, yang juga merupakan Kapten Kelab Golf Antarabangsa Seremban berkata, keputusan untuk bekerjasama dengan Jelajah Pembangunan Asia akan turut menaikkan prestij kejohanan selain memberi peluang kepada pemain-pemain muda negara untuk bertanding di peringkat lebih tinggi.

“Ini adalah perkembangan yang mengujakan untuk kejohanan ini dan kami percaya ia akan menaikkan profail kejohanan.

“Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Menteri Besar Negeri Sembilan di mana beliau merupakan individu yang memacu pembangunan pesat kejohanan.

‘‘Jawatankuasa penganjur akan memberikan segala usaha untuk menjayakan kejohanan tahun ini,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Jelajah Asia, Kyi Hla Han tidak menafikan kejohanan Jemputan Masters Negeri Sembilan adalah salah satu kejohanan golf yang amat berjaya di Malaysia.

“Kami bangga dapat memberi sokongan dan terlibat dalam kejohanan ini. Adalah satu kebanggaan bagi kami untuk Jemputan Masters menjadi sebahagian dari kalendar Jelajah


Mohd. Yaacob Mohd. Kassim (tiga dari kanan) bersama penaja di Royale Bintang, Seremban, semalam.

Pembangunan Asia.

“Dengan kerjasama ini, kami akan berganding bahu bersama jawatankuasa penganjur Masters Negeri Sembilan untuk membangunkan kejohanan ini. Tambahan pula ia akan memberi peluang kepada pemain-pemain profesional muda untuk bersaing dalam Jelajah Asia,” katanya.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, edisi keenam akan berlangsung di Kelab Golf Antarabangsa Seremban.

Juara kejohanan terdahulu terdiri daripada Lam Chih Bing dari Singapura (2009), Benjie Magada dari Filipina (2008), Juvic Pagunsan dari Filipina (2007), M. Murugiah dari Singapura (2006) dan C. Wasa dari Jepun (2005).

JEMPOL 10 Jun – Seorang anggota polis maut selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 12, Jalan Simpang Pertang-Kuala Pilah di sini hari ini.


Kereta yang dipandu Allahyarham Nordin Mohd. Sharif remuk setelah bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 12, Jalan Simpang Pertang-Kuala Pilah, Jempol, semalam.

Dalam kejadian yang berlaku pukul 3 petang, mangsa, Nordin Mohd. Sharif dikatakan dalam perjalanan dari Kuala Pilah menuju ke Batu Kikir sebelum terlibat dalam kemalangan tersebut.

Jurucakap polis memberitahu, mangsa dikatakan cuba memotong sebuah kenderaan namun gagal menyebabkan kereta yang dipandunya dirempuh sebuah lori tangki dari hadapan.

“Pertembungan itu menyebabkan kereta jenis Perodua Kancil yang dipandunya remuk teruk setelah bertembung dengan lori tangki itu.

“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan di kepala dan badan,” katanya.

Tambahnya, pemandu lori itu tidak mengalami kecederaan.

Sementara itu, Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Abd. Halil Hamzah ketika mengesahkan kejadian tersebut memberitahu, punca sebenar nahas masih disiasat.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Pilah untuk bedah siasat.

TELOK KEMANG 10 Jun - Seorang anggota tentera maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan jalan dengan sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat Sua Betong, Port Dickson di sini malam tadi

Dalam kejadian pukul 11.40 malam, Mohd. Fitri Ishak, 28, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.

Pasangan kekasih yang menaiki kereta terbabit turut mengalami kecederaan termasuk seorang daripadanya parah dan kini dirawat di hospital.

Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Abd. Halil Hamzah memberitahu, anggota tentera itu menunggang motosikal jenis Yamaha 125Z manakala pasangan kekasih itu menaiki sebuah kereta jenis Ford Laser.

"Kemalangan berlaku ketika motosikal mangsa dari Telok Kemang menghala ke Seremban manakala kereta berkenaan dari Seremban ingin membelok ke kanan menuju ke Sri Rusa," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, polis masih menyiasat bagi mengetahui punca sebenar kemalangan itu dan meminta saksi supaya tampil membantu siasatan.

Menurutnya, polis akan mendapatkan keterangan daripada pemandu kenderaan berusia 32 tahun itu setelah dia pulih bagi membantu siasatan.

Difahamkan, pasangan berkenaan berasal dari Cheras dan sedang bercuti di pusat peranginan ini.

"Mayat mangsa yang berasal dari Pekan, Pahang dihantar ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat," katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson di talian 06-6472222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

SEREMBAN 10 Jun - Kerajaan negeri yakin bekalan gula tambahan sebanyak lima peratus oleh kerajaan akan menamatkan krisis gula yang melanda negeri ini sejak kebelakangan ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tambahan bekalan gula tersebut yang mula diedarkan kepada pemborong, peruncit dan pasar raya mulai hari ini diharapkan dapat melegakan penduduk.

"Bekalan gula tambahan ini di samping kuota bekalan bulanan sebanyak 3,200 tan metrik adalah untuk menangani krisis gula yang berlaku disebabkan oleh pembelian panik di kalangan penduduk negeri ini bukan kerana gula tidak cukup," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini semalam.

Katanya, krisis gula yang melanda negeri ini sukar ditangani akibat sikap penduduk yang bimbang dengan masalah kekurangan gula sehingga menyebabkan pembelian panik.

"Perkara ini sukar diatasi jika pengguna terus mengamalkan pembelian panik yang juga menjadi punca utama krisis gula di negeri ini.

"Kalau dulu mereka membeli hanya sekilo dua tetapi kini tiga empat kilogram, jadi bukan mustahil kalau keadaan ini berlaku," katanya.

Beliau pada masa yang sama turut menyeru orang ramai agar jangan mempercayai khabar angin tentang kekurangan gula.

"Jangan dengar khabar angin bahawa gula tidak ada kerana kerajaan memberikan jaminan yang akan menambah bekalan jika berlaku kekurangan dan kilang-kilang juga telah menambah pengeluaran ke seluruh negeri," katanya.

Karnival promosi budaya NS

Dikirim oleh Warieh 0 Komen


Mohammad Razi Kail (kanan) bersama Pengurus Besar Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan, Shahrudin Itam (kiri) melihat poster Karnival Budaya selepas sidang akhbar di Wisma Negeri, Seremban, semalam.


SEREMBAN 10 Jun – Kumpulan kebudayaan dari Brazil, Afrika, Jepun dan negara jiran termasuk Thailand antara lebih 700 peserta yang akan menyertai Program Karnival Budaya Negeri Sembilan pada 18 Jun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak, Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu negeri, Datuk Mohammad Razi Kail berkata, program itu diadakan bersempena sambutan Citrawarna Malaysia 2010.

Ujarnya, pada masa yang sama program itu salah satu platform terbaik untuk semua penggiat seni dan budaya mengetengahkan bakat mereka melalui keunikan negeri ini.

“Turut mengadakan persembahan ialah kumpulan kebudayaan dari Thailand dan Indonesia selain beberapa buah negeri lain termasuk Sabah dan Sarawak.

“Tidak ketinggalan adalah beberapa kumpulan kesenian dari negeri ini meliputi beberapa buah daerah, sekolah dan juga tiga kumpulan seni bela diri,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mohammad Razi memberitahu, antara objektif karnival adalah untuk merangsang industri pelancongan yang membolehkan lebih ramai pelancong datang ke negeri ini.

Ujarnya, majlis perasmian program itu akan disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan di tangga Majlis Perbandaran Seremban (MPS).

“Kita berharap program ini dapat menarik lebih ramai pengunjung kerana kita mensasarkan lebih 15,000 pengunjung datang ke negeri ini untuk menyaksikan karnival ini.

“Penganjuran karnival ini juga dapat membantu mempromosikan negeri ini sebagai destinasi pelancongan selain dapat memperkasakan adat dan kesenian tradisional,” katanya.

Hentikan vandalisme Hutan Lipur Ulu Bendul - Mohamad

Dikirim oleh Warieh Khamis, 10 Jun 2010 0 Komen

SEREMBAN 9 Jun - Malu dan menyakitkan hati! Demikian reaksi Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan ekoran kegiatan vandalisme di kawasan pelancongan yang berleluasa sejak kebelakangan di negeri ini.

Beliau turut melahirkan rasa kesal apabila tempat pelancongan yang menjadi tarikan pengunjung kerana keindahan alam semula jadi menjadi sasaran pihak tidak bertanggung jawab itu dengan sewenang-wenangnya.

''Ini satu perkara yang amat memalukan kerana jika orang datang melawat pertama kali, mereka akan berpendapat tempat itu tidak diuruskan dengan baik tetapi sebenarnya ia dirosakkan oleh orang tidak bertanggungjawab.

''Tandas dan tempat berjalan kaki dikopak di Hutan Lipur Jeram Tengkek, Jeram Toi dan Ulu Bendul secara sengaja. Ini merupakan perbuatan yang amat tidak bertanggungjawab," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.

Utusan Malaysia baru-baru ini turut melaporkan kerosakan kemudahan awam di Hutan Lipur Jeram Tengkek di Kuala Pilah yang meresahkan pengunjung sekali gus menjejaskan keselamatan mereka.

Apatah lagi kawasan tersebut terkenal dengan keindahan semulajadinya dan sering menjadi tarikan ramai untuk beriadah.

Mohamad berkata, kerajaan negeri menyediakan pelbagai kemudahan di tempat tersebut dengan peruntukan jutaan ringgit bagi menarik pengunjung termasuk pelancong ke negeri ini.

''Kita nak lihat Negeri Sembilan menjadi kawasan pelancongan di mana kita sudah menyiapkan kemudahan awam seperti tandas awam dan tempat berehat dan itu pun dirosakkan.

''Kita mengeluarkan belanja yang besar untuk menyediakan kemudahan di kawasan pelancongan untuk mencantikkan negeri ini tetapi mereka yang tidak bertanggungjawab merosakkannya," katanya.

Tambah beliau, penguatkuasaan ke atas mereka yang tidak bertanggungjawab juga sukar dilaksanakan kerana kegiatan itu sering dilakukan pada lewat malam.

Sehubungan itu beliau menyeru orang ramai bekerjasama menjaga kemudahan awam yang disediakan.

"Kita amat berharap mereka yang tidak bertanggungjawab itu menghentikan kerja yang tidak berfaedah ini," katanya.

RASAH 9 Jun - Majlis Perbandaran Seremban (MPS) terpaksa menyita empat kenderaan buruk


Seorang penguatkuasa MPS (kanan) melihat para pekerja menyita sebuah van terbiar di Kawasan Industri Ringan Senawang di sini, kelmarin.

di beberapa bengkel di sini selepas pemiliknya tidak menghiraukan notis pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya kenderaan tersebut dialihkan.

Notis amaran telah dikeluarkan ekoran aduan orang ramai mengenai kenderaan tersebut yang mengganggu pergerakan lalu lintas.

Bagaimanapun, notis yang dikeluarkan MPS seolah-oleh dipandang sepi oleh pengusaha bengkel berkenaan menyebabkan pihak berkuasa terpaksa bertegas dengan mengambil tindakan penguatkuasaan.

Yang Dipertua MPS, Datuk Abdul Halim Abdul Latiff berkata, operasi yang dilancarkan itu dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota penguatkuasanya dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

''Kita banyak menerima aduan mengenai keadaan jalan yang sempit oleh kerana beberapa kenderaan yang dibiarkan begitu sahaja di kawasan jalan raya.

''Ini mengakibatkan jalan yang sepatutnya dua hala menjadi sehala sekali gus menyukarkan orang ramai untuk melalui kawasan berkenaan," katanya di sini hari ini.

Jelas beliau, pihaknya memandang serius perkara itu untuk memastikan kepentingan awam dan masyarakat diberi keutamaan.

Abdul Halim juga menjelaskan, pihaknya akan menjalankan operasi yang serupa di tempat-tempat lain sebagai langkah pemantauan supaya kegiatan seperti itu tidak berlaku demi kepentingan bersama.

JEMPOL 9 Jun - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan Majlis Daerah Jempol (MDJ) telah mengalihkan 27 kubur lama di kawasan belakang Istana Raja Muda Serting ke Tanah Perkuburan Islam Taman Tunku Puan Chik bagi membolehkan projek perumahan dibina baru-baru ini.

Pengarah JHEAINS, Johani Hassan berkata, kerja-kerja pengalihan kubur itu dipersetujui oleh pihak jabatan dan agensi-agensi lain melalui perbincangan dengan semua pihak.

''Proses berkenaan memakan masa dua hari berikutan hujan lebat dan ia dilakukan dengan tertib dan teratur," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, tanah di kawasan perkuburan itu telah dibeli oleh pemaju untuk dibangunkan sebagai kawasan perumahan dan mereka meminta kubur di kawasan itu dialihkan.

Beliau berkata, pihak pemaju telah bersetuju melantik kontraktor bumiputera dan menanggung


Kerja menggali kubur dilakukan oleh kontraktor yang dipantau JHEAINS di kawasan perkuburan lama belakang Istana Raja Muda Serting, baru-baru ini.

semua kos untuk menjalankan kerja-kerja pengalihan kubur berkenaan.

"Kubur ini sudah tidak mempunyai waris yang masih hidup. Dianggarkan kubur ini berusia lebih 100 tahun dan tidak mempunyai sebarang ukiran tanda nama lagi.

''Pada jangkaan kami, kubur ini mungkin milik pekerja-pekerja istana, hulubalang dan dayang Istana Raja Muda Serting. Setelah dialihkan ke tempat baru, bacaan tahlil turut dibuat," katanya

Pemindahan kubur itu kali pertama dibuat secara besar-besaran di kawasan Jempol dan turut disertai beberapa agensi termasuk Jabatan Kesihatan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol, JHEAINS, Datuk-Datuk Adat serta penduduk Kampung Bukit Laka.


2010/06/10

SEREMBAN: Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) negeri akan memberi tumpuan kepada pelajar sekolah untuk meningkatkan kesedaran mereka supaya menggunakan topi keledar ketika menunggang motosikal berikutan masih ramai tidak memakai alat pelindung kepala itu.

Pengarah JKJR negeri, Mohd Rusdi Ismail, mengakui bahawa masalah itu masih serius kerana ramai pelajar yang menggunakan motosikal setiap hari persekolahan tidak memakai topi keledar.
Katanya, JKJR kesal kerana gejala itu masih berleluasa bukan saja di kawasan bandar, malah lebih kritikal di luar bandar hingga seolah-olah menjadi perkara biasa walaupun berisiko mengalami kecederaan parah, terutama di bahagian kepala jika terbabit dalam kemalangan
“Sebanyak 344 kematian dicatatkan dalam kemalangan jalan raya di negeri ini tahun lalu dengan kira-kira 70 peratus berlaku di luar bandar. Antara faktor utama adalah kerana mengabaikan keselamatan jalan raya, terutama tidak memakai topi keledar.

“Jumlah kematian itu menurun berbanding 652 orang pada 2008. Bagaimanapun, 41 peratus daripada mereka yang terbabit dalam kemalangan maut tidak memiliki lesen memandu yang sah dan berusia antara 16 tahun dan 17 tahun,” katanya.

Isnin lalu, Berita Harian melaporkan masih ramai pelajar sekolah tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal ke sekolah.

Malah, ibu bapa sendiri yang sepatut menunjukkan teladan yang baik kepada golongan muda tidak memakai topi keledar ketika menghantar anak ke sekolah. Difahamkan sikap memandang mudah pemakaian topi keledar itu disebabkan jarak rumah dan sekolah tidak jauh.
Rusdi berkata, JKJR meminta sekolah dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) mengenal pasti pelajar yang menunggang motosikal ke sekolah dan memastikan mereka memiliki lesen memandu yang sah dan memakai topi keledar yang memenuhi piawaian keselamatan ditetapkan.

“Kerjasama ini penting bagi memastikan keselamatan pelajar sentiasa terjamin. Ibu bapa juga sepatutnya memastikan anak mempunyai lesen memandu dan memakai topi keledar apabila menunggang motosikal. Tanpa perhatian serius ibu bapa, usaha ini tidak akan berhasil,” katanya.

Katanya, JKJR akan terus menjalankan operasi pemeriksaan dengan kerjasama agensi penguat kuasa lain bagi meningkatkan tahap kesedaran pelajar dan orang ramai mengenai keselamatan jalan raya, terutama pemakaian topi keledar

Oleh Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail
bhnews@bharian.com.my
2010/06/10

Kerajaan negeri bantu 2,079 keluarga di Negeri Sembilan

SEREMBAN: Kerajaan negeri sedang mengkaji untuk memberi antara satu hingga dua hektar tanah izin guna kepada Orang Asli yang menghuni tanah itu dalam usaha mengatasi masalah pencerobohan tanah milik kerajaan itu.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pembangunan Luar Bandar, Hal Ehwal Pengguna dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Hasim Rusdi, berkata ada 2,079 keluarga Orang Asli di negeri ini dan kebanyakan mereka tinggal di tanah izin guna milik kerajaan
Katanya, perkara itu masih dalam perbincangan kerana pelbagai aspek perlu dipertimbangkan sebelum meluluskan pemberian tanah itu.

“Kerajaan negeri mahu Orang Asli menjalani kehidupan yang sama seperti kaum lain di negara ini dan akan memastikan mereka mendapat hak yang sama.

“Kita sedang berunding untuk memberikan tanah kepada mereka secara adil. Ini membolehkan mereka mempunyai tanah untuk kediaman dan kegiatan pertanian,” katanya selepas merasmikan Seminar Pengguna Bersama Pemimpin Masyarakat Orang Asli, di sini, baru-baru ini.

Seramai 150 Orang Asli dari Negeri Sembilan dan Melaka menyertai seminar kepenggunaan itu. Peserta didedahkan dengan ilmu kepenggunaan yang disampaikan oleh pegawai Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri (PPDNKK).
Turut hadir, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) negeri, Bakar Unus.

Hasim berkata, sesetengah Orang Asli menggunakan tanah izin guna seperti tanah milik mereka dan sesuka hati melakukan penerokaan serta pembakaran terbuka hingga menjejaskan alam sekitar dan keaslian hutan.

Katanya, antara punca masalah itu adalah kerana kekurangan pengetahuan mengenai hak dan penggunaan tanah milik kerajaan menyebabkan mereka sewenang-wenang meneroka tanah simpanan milik kerajaan.

“Tindakan mereka bukan saja mendatangkan kerugian kepada kerajaan, malah boleh menyebabkan Orang Asli yang terbabit menghadapi tindakan undang-undang kerana menceroboh tanah kerajaan dan melakukan penebangan pokok tanpa kebenaran,” katanya.

Mengulas mengenai penerokaan hutan oleh Orang Asli di Bukit Miku, Kuala Pilah, beliau berkata kebanyakan mereka yang terbabit tidak tahu perbuatan itu menyalahi undang-undang dan menyangka tanah berkenaan milik mereka.

“PPDNKK dan JHEOA akan memberi penjelasan kepada Orang Asli mengenai tanah izin guna dan hak mereka terhadap tanah itu,” katanya

Kampung Gadong kembali dengan keyakinan baru

Dikirim oleh Warieh Isnin, 7 Jun 2010 0 Komen

KUALA LUMPUR - Kampung Gadong yang terletak berhampiran Gunung Datuk di Rembau akan kembali bersaing dalam Kejohanan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan bermula 15 hingga 20 Jun ini dengan keyakinan dapat memastikan kemaraan ke peringkat separuh akhir.

Setelah sepuluh tahun terlepas peluang beraksi dalam pertarungan merebut Perisai Tun Ahmad Sarji, Kampung Gadong kali ini akan berganding tenaga dengan Gemencheh yang merupakan pusat utama Program Pembangunan Kriket Remaja kendalian Persatuan Kriket Melayu Malaysia sejak tahun 1999.

''Kami sudah bersedia dengan tiga fasa latihan kendalian Pengerusi Teknik Bawah 12 Negeri

SKUAD Kampung Gadong yang akan berentap dalam misi merebut Perisai Tun Ahmad Sarji musim 2010.
Sembilan, Zakri Aziz dan segala perancangan menunggu masa untuk menguji kegarangan lawan dalam kumpulan A terlebih dahulu,'' kata penyelaras pusat berkenaan, Faizal Rabani.

Dengan lima pemain matang terdiri daripada Aleeshman Hazarul Norhisham, Hadi Halim, Faiz Kamaruzaman, Syuaib Razali dan Islah M. Zol, peluang pasukan berkenaan untuk melepasi halangan awal mungkin tercapai.

Tiga lagi pasukan dalam kumpulan A ialah juara bertahan, Kota Bharu dari Kelantan; Kota Kinabalu (Sabah) dan Kelab PJ dari Selangor. Kumpulan B pula dibarisi Pekan (Pahang), Kuala Langat (Selangor), Westlands (Pulau Pinang) dan pendatang baru, Kuala Krai dari Kelantan.

Dua gelanggang bertaraf antarabangsa, Bayuemas Oval di Klang dan Kinrara Oval di Puchong menjadi hos pertandingan tahun ini.

SEREMBAN 6 Jun - Individu yang mahu berjaya dalam bidang yang diceburinya perlu berfikir 'luar dari kotak' dan mempunyai pengurusan masa yang strategik.

Menurut penerima anugerah Tokoh Usahawan Belia Negara 2010, Kahar Kamarudin, kedua-dua aspek itu penting supaya perancangan masa hadapan dapat dibuat sebaik mungkin, malah berupaya menonjolkan bakat dengan lebih cemerlang.

''Kejayaan ini diperoleh bukan dalam sekelip mata. Ia dilakukan secara berperingkat tanpa ada rasa jemu," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Menurut Kahar, beliau telah terlibat dalam bidang teknologi dan maklumat (ICT) selain pernah berkhidmat dengan syarikat International Business Machines (IBM) pada awal kerjayanya sebagai pegawai teknologi maklumat.

Tambahnya, minat di dalam bidang keusahawanan telah disemai sejak kecil sehingga tertarik untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan.

''Kejayaan saya memenangi anugerah ini bukanlah atas daya usaha saya seorang tapi milik pasukan yang komited di dalam bidang perniagaan ini.

''Saya juga berterima kasih kepada pucuk kepimpinan yang sentiasa memberi peluang kepada golongan belia supaya lebih kreatif dan inovatif.

Kahar kini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Instrak2u.com dan sedang melanjutkan


Kahar Kamarudin (kiri) menyampaikan simulasi Sistem Operasi My1os kepada wakil media di Seremban, baru-baru ini.

pelajaran ke peringkat sarjana dan doktor falsafah (PhD) di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan.

Selain memiliki beberapa projek dan kontrak kerajaan serta swasta di seluruh negara, Kahar juga telah membangunkan sistem operasi pertama di Malaysia yang dikenali sebagai My1os.

''Sistem operasi My1os bakal menjadi alternatif kepada sistem operasi sedia ada di seluruh Malaysia kerana penggunaannya cukup mudah dan senang serta bebas dari serangan virus.

''Di samping itu, harganya yang amat murah dan mampu menjimatkan kos kepada pengguna dan kerajaan hampir 90 peratus berbanding sistem operasi lain," ujarnya.

Tak sayang nyawa

Dikirim oleh Warieh 0 Komen

Oleh Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail

2010/06/07

Ibu bapa, sekolah perlu bendung pelajar tak pakai topi keledar

SENAWANG: Pemandangan pelajar sebuah sekolah di sini menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar semakin berleluasa dan menjadi perkara biasa walaupun mereka berisiko mengalami kecederaan parah, terutama di bahagian kepala jika terbabit dalam kemalangan jalan raya.

Tinjauan Berita Harian di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Senawang di sini sepanjang minggu lalu mendapati kebanyakan pelajar terbabit menunggang motosikal tanpa menggunakan topi keledar ketika pergi dan pulang dari sekolah setiap hari.
Sikap generasi muda ini juga mungkin hasil ‘didikan’ ibu bapa sendiri yang turut mengabaikan keselamatan apabila menghantar dan mengambil anak di sekolah dengan motosikal tanpa bertopi keledar.

Difahamkan antara punca keadaan ini berlaku adalah kerana mereka tinggal di kawasan perumahan berdekatan menyebabkan topi keledar dianggap sebagai menyusahkan sedangkan jarak antara rumah dan sekolah tidak begitu jauh. Ibu bapa juga tidak begitu mengambil berat terhadap pemakaian topi keledar, malah dianggap sebagai perkara kecil.

Bagaimanapun, majoriti penduduk menyifatkan keadaan ini sebagai membahayakan pelajar dan perlu ditangani oleh pihak berkuasa.

Jamilah Osman, 55, berkata bilangan pelajar yang menunggang motosikal ke sekolah semakin ramai, tetapi kebanyakan mereka tidak mementingkan keselamatan diri.

Katanya, keadaan itu juga mungkin berlaku kerana faktor usia yang muda dan mungkin tidak mempunyai lesen memandu menyebabkan undang-undang jalan raya dipandang mudah.
“Saya juga menyalahkan sikap ambil mudah ibu bapa yang sepatutnya memastikan anak menggunakan topi keledar. Malang tidak berbau, kemalangan boleh berlaku di mana-mana walaupun jarak antara rumah dan sekolah tidak begitu jauh,” katanya.

Beliau mencadangkan pihak sekolah mengadakan pemeriksaan dari semasa ke semasa dan mengambil tindakan terhadap pelajar yang tidak menggunakan topi keledar serta memastikan setiap pelajar terbabit mempunyai lesen memandu yang sah dan dilindungi insurans.

V Saravathi, 43, turut kesal dengan sikap segelintir ibu bapa yang tidak menggunakan topi keledar kerana menunjukkan teladan yang tidak baik kepada generasi muda, terutama anak mereka sendiri.

“Saya sering melihat ibu bapa membiarkan anak menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar dan mungkin juga tanpa lesen memandu.

“Malah, mereka sendiri tidak memakai topi keledar. Ini yang menyebabkan kebanyakan pelajar terbabit bersikap acuh tidak acuh untuk menggunakan topi keledar dan tidak peduli teguran pihak lain, termasuk guru kerana ibu bapa sendiri tidak marah atau menegur mereka,” katanya.

Katanya, ibu bapa terbabit tidak sepatutnya membiarkan perkara itu kerana pemakaian topi keledar bukan sekadar untuk mematuhi undang-undang tetapi menjaga keselamatan pengguna.

Pelajar, Nur Athirah Ibrahim, 16, berkata ramai rakannya menunggang motosikal ke sekolah tanpa memakai topi keledar kerana rumah berdekatan sekolah.

“Sekolah ini terletak di kawasan perumahan menyebabkan mereka malas memakai topi keledar. Saya tidak berani menegur kerana itu adalah hak masing-masing, tetapi ibu bapa dan sekolah perlu prihatin terhadap masalah ini,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan dengan melakukan pemeriksaan mengejut serta menyaman pelajar terbabit serta mengadakan kempen penerangan di sekolah dari semasa ke semasa

Usaha kurangkan 50% kematian

Dikirim oleh Warieh Jumaat, 4 Jun 2010 0 Komen


Mohd. Rusdi Ismail (tengah) menasihati pelajar sekolah yang tidak mematuhi peraturan jalan raya pada Program Advokasi Khas dan Penguatkuasaan Keselamatan Jalan Raya di Sekolah Menengah Dato’ Sedia Raja, Rembau, kelmarin.


REMBAU 3 Jun – Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) negeri ini menyasarkan pengurangan jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya sebanyak 50 peratus pada tahun ini berbanding 2009.

Pengarahnya, Mohd. Rusdi Ismail berkata, langkah itu selari dengan hasrat JKJR untuk mengurangkan jumlah kematian terutamanya di kalangan penunggang dan pembonceng motosikal.

Katanya, berdasarkan statistik, 70 peratus daripada 334 kes kematian yang dicatatkan tahun lalu adalah berpunca daripada penunggang dan pembonceng motosikal.

‘‘Apa yang lebih membimbangkan, kebanyakan yang terbabit itu berumur dalam lingkungan 16 hingga 17 tahun.

‘‘Berpandukan kajian, kumpulan umur itu merupakan pelajar sekolah menengah dan faktor utama mereka terlibat dengan kemalangan adalah disebabkan kurang kesedaran tentang etika keselamatan jalan raya selain mengingkari undang-undang yang telah ditetapkan,” katanya.

Mohd. Rusdi berkata demikian kepada pemberita selepas menjalankan Program Advokasi Khas dan Penguatkuasaan Keselamatan Jalan Raya dengan kerjasama anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau di Sekolah Menengah Dato’ Sedia Raja di sini, semalam.

Sehubungan itu, jelas Rusdi, pihaknya kini menjadikan pelajar sekolah menengah sebagai kumpulan sasar utama dalam menjalankan kempen kesedaran keselamatan jalan raya bagi tahun ini.

‘‘Tahap kesedaran kumpulan ini masih rendah terutamanya di kawasan luar bandar,” ujarnya.

Tambahnya lagi, penunggang dan pembonceng motosikal di kawasan luar bandar dilihat lebih bebas menunggang kenderaan itu tanpa memakai topi keledar dan lebih mendukacitakan tidak mempunyai lesen yang sah.

Justeru, Rusdi menyeru Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) selain pihak sekolah memberikan kerjasama dengan memantau aspek keselamatan anak dan pelajar mereka.

‘‘Ini penting jika ibu bapa sendiri tidak boleh menasihati anak-anak mereka siapa lagi yang mampu berbuat demikian,” tegasnya.

Pada program tersebut, kira-kira 30 penunggang motosikal ditahan untuk pemeriksaan selain beberapa pembonceng diarahkan menyerahkan topi keledar mereka yang tidak diluluskan pihak berkuasa untuk digantikan dengan topi keledar baru.

Di samping itu, beberapa penunggang motosikal turut dikenakan tindakan saman kerana melanggar peraturan jalan raya.

SEREMBAN 3 Jun – Seramai enam tukang urut warga Thailand ditahan dalam serbuan di sebuah premis urut di Kemayan Square di sini, semalam. Kesemua mereka yang ditahan berusia 40 hingga 45 tahun. Turut ditahan penjaga premis berusia 50-an yang juga disyaki pelindung wanita-wanita berkenaan.

Operasi dijalankan kira-kira pukul 5 petang oleh enam anggota dan pegawai dari Cawangan Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Negeri.

Pegawai Operasinya, Inspektor Boo Khoi Fong berkata, kesemua wanita itu ditahan kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial dan boleh didakwa mengikut Seksyen 39(B) Peraturan Imigresen.

“Penjaga premis urut itu pula ditahan mengikut Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen kerana


Sebahagian daripada wanita warganegara Thailand yang dipercayai tukang urut ditahan di Kemayan Square, kelmarin.

memberi perlindungan kepada warga asing,” katanya.

Khoi Fong berkata, siasatan mendapati, wanita-wanita berkenaan tidak menawarkan perkhidmatan seks.

Katanya, namun pihaknya tidak menolak kemungkinan premis itu turut menawarkan perkhidmatan ‘urutan tambahan’.

“Mereka yang ditahan dihantar ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban (IPD) untuk disoal siasat,” ujarnya.


SEREMBAN 3 Jun - Untuk mengenali sejarah dan warisan, selain kehidupan masyarakat di Negeri Sembilan ini, orang ramai perlu menjelajah ke destinasi pelancongan di sini yang sememangnya terkenal dengan budaya dan adat resamnya.

Inilah hakikat yang mendorong 150 peserta menyertai program mencari Harta Karun Jejak Warisan pada Sabtu lalu, selain menyelami kebudayaan dan keunikan Adat Perpatih yang diamalkan di Negeri Sembilan ini.

Bagi peserta Fuza Mazaudin, 35, biarpun telah kerap kali menyertai aktiviti mencari harta karun ini, tetapi kelainan dalam Jejak Warisan membuatkannya lebih mencabar dan unik.

''Selepas menjelajah ke destinasi warisan alam program ini, rupanya banyak yang saya tidak tahu sebelum ini, berjaya diperoleh maklumatnya.

''Program ini ibarat serampang dua mata, berseronok sambil melancong dan pada masa yang sama menimba ilmu serta mengenali adat dan budaya Negeri Sembilan," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini, Sabtu lalu.

Kata Fuza, walaupun hampir kesemua soalan yang dikemukakan pihak penganjur iaitu Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS) mencabar, itulah yang membuatkan aktiviti ini lebih seronok dan mengasyikan.

''Banyak juga destinasi yang menarik di negeri ini," ujarnya.

Seorang lagi peserta dari Kuala Lumpur, H. Shirley, 38, mengenali tempat bersejarah dan perihal Adat Perpatih melalui program ini.

''Sebelum ini saya tidak tahu Adat Perpatih. Dalam program ini, mahu atau tidak, kita kena tahu kerana ia ada hubungkait dengan soalan.

''Sekurang-kurangnya, saya telah mempelajari sesuatu dari program ini. Ia seronok dan mencabar," jelasnya.

Safiah Ab. Halim, 25 memberitahu, ini merupakan kali pertama dia menyertai aktiviti sebegini dan ia sesuatu yang wajar disertai oleh generasi muda.

''Kita bukan sekadar berjalan dan melancong, tetapi pada masa yang sama membuka minda untuk berfikir, peka dengan persekitaran serta paling penting mampu menanamkan semangat setiakawan yang tinggi," jelasnya.

Tambahnya, apa yang menjadikan program Jejak Warisan ini unik ialah, aktivitinya berlandaskan perihal warisan, adat dan budaya yang menjadi amalan rakyat Negeri Sembilan.

''Banyak juga muzium yang kami lawati, ia memang menarik," kata Safiah.

Nawa Rodzuan, 25 pula memberitahu, walaupun jarak perjalanannya agak jauh dan memenatkan, tetapi dia puas selepas mendekati detinasi pelancongan terbaik di sini.

''Walaupun laluan sibuk, banyak kenderaan namun hati saya puas kerana dapat melihat muzium, tempat pelancongan yang menjadikan Negeri Sembilan kaya dengan kisah warisannya," jelasnya.

Sementara itu, Zul Izzi Ibrahim, 30 memberitahu, program ini banyak memberinya pengetahuan berkaitan muzium, tambahan pula ini kali pertama dia melawat kebanyakan muzium dalam jelajah berkenaan.

''Hari ini, saya tahu bahawa Negeri Sembilan memang kaya dengan peninggalan sejarahnya," jelasnya.



Peserta bertungkus-lumus mencari jawapan di Muzium Tentera Darat, Port Dickson pada penjelajahan mencari harta karun yang bertemakan Jejak Warisan.


SEREMBAN 3 Jun – Program mencari Harta Karun Jejak Warisan yang berlangsung Sabtu lalu berjaya mencapai matlamat untuk mempromosi Negeri Sembilan sebagai destinasi warisan dan pelancongan sejarah.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Mat Ali Hassan berkata, ini dibuktikan dengan penyertaan lebih 35 buah kenderaan, dengan 70 peratus pesertanya merupakan mereka yang datang dari luar negeri ini.

‘‘Saya gembira dengan penyertaan mereka dan sekurang-kurangnya peserta dapat mengetahui pelbagai destinasi bersejarah melalui soalan Jejak Warisan yang terdapat sepanjang program mencari harta karun ini,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, di sini baru-baru ini.

Dalam program itu, seramai 150 peserta yang terdiri daripada pelbagai profesion pekerjaan serta pihak media terlibat dalam Jejak Warisan ini dan diwajibkan menjawab pelbagai soalan yang dikemukakan penganjurnya, Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS).

Mat Ali yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah LMNS berkata, antara destinasi yang dijelajahi peserta termasuklah Muzium Negeri, Kompleks Kraftangan di sini, Muzium Tentera Darat di Port Dickson dan Muzium Raja Melewar di Rembau.

Selain itu katanya, peserta juga diminta menjelajah di Teratak Za’aba, Jempol dan berakhir di Istana Lama Muzium Diraja Seri Menanti, Kuala Pilah.

‘‘Acara ini telah mendapat sambutan yang baik dan kita percaya aktiviti ini dapat menarik lebih ramai penyertaan pada masa hadapan.

‘‘Untuk itu kita akan pertimbangkan supaya program Jejak Warisan ini dibuat sehingga membolehkan perserta bermalam agar hubungan akrab dapat terjalin dan mereka lebih mengetahui perihal Adat Perpatih di negeri ini,” ujarnya.

Akhbar Utusan Malaysia merupakan rakan media bagi program mencari harta karun Jejak Warisan ini, selain bertindak mempromosikan perihal Adat Perpatih dan warisan negeri melalui ruangan yang tersiar setiap hari Sabtu, dua minggu sekali.

Tarif air NS masih rendah

Dikirim oleh Warieh Khamis, 3 Jun 2010 0 Komen

Tarif air NS masih rendah

SEREMBAN – Kerajaan Negeri mengumumkan tarif air bagi pengguna industri dan komersial akan mengalami sedikit kenaikan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) meminta Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) mengkaji semula tarif air kerana ia didapati terlalu rendah dan tidak mencukupi untuk menampung kos operasi.:

“Sains mengadakan sesi dialog bersama pelanggan industri dan komersial. Mereka menyambut baik tarif baru air dicadangkan Kerajaan Negeri. Malah, ia jauh lebih rendah daripada kadar dicadangkan Span,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Negeri dekat sini, semalam.

Bagaimanapun, Kerajaan Negeri menolak cadangan tarif air domestik dinaikkan.

“Pada Mesyuarat Exco hari ini (semalam), kita tidak bersetuju dengan cadangan kenaikan tarif air untuk pengguna domestik.

“Keputusan itu menepati janji Kerajaan Negeri tidak akan menaikkan tarif air ke atas orang ramai dalam masa terdekat,” katanya.

Menurut beliau, tarif air di negeri ini dinaikkan kali terakhir pada 2000 dan ka-darnya masih rendah berbanding lain.

Pada masa ini, pengguna domestik dianggarkan 80 peratus daripada kira-kira 300,000 pelanggan Sains.

Berhubung kegiatan curi air, beliau berkata, Sains dan Span akan meneruskan pemantauan serta memeriksa premis-premis disyaki melakukan kesalahan berkenaan.

ELEBU – Kehadiran peminta sedekah jalanan atau pemungut derma dari rumah ke rumah atau di tempat-tempat awam seperti kompleks membeli belah dan sebagainya menimbul tanda tanya dan kekeliruan masyarakat.

Persoalan sama ada pengemis benar-benar miskin atau sengaja meraih simpati orang ramai untuk memperoleh sumber pendapatan mudah sering membelenggu pemikiran masyarakat yang didampingi golongan itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klawang, Datuk Yunus Rahmat, berkata, Daerah Jelebu bebas daripada kegiatan pemungut derma atau peminta sedekah.

“Pihak polis akan memantau setiap kawasan di daerah ini bagi memastikan gejala tidak sihat ini tidak berlarutan di sini.

“Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga sering mengawal kegiatan ini daripada terus berlaku kerana mereka memandang serius perkara ini,” katanya

Menurutnya, sindiket peminta sedekah perlu dipantau kerana kebanyakan mereka mempergunakan kanak-kanak untuk meraih simpati orang ramai.


SEREMBAN: Pemimpin organisasi, termasuk ketua jabatan kerajaan perlu menyediakan segala sokongan diperlukan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi memastikan ekonomi negeri berkembang maju dan penduduk dapat hidup sejahtera.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mat Ali Hasan, berkata inovasi berkesan diperlukan dalam mempelbagaikan cara kerja dan pemikiran kakitangan perkhidmatan awam supaya terus relevan selari dengan keperluan semasa.

“Pemimpin jabatan termasuk warga pentadbiran perlu membuat perubahan berterusan dalam mempelbagaikan dimensi. Bukan hanya prosedur dan proses cara kerja, tapi juga cara berfikir dan sanggup untuk berubah dalam era ICT

“Pada hari ini, inovasi ICT memainkan peranan penting dalam pelbagai bidang termasuk memudahkan urusan perdagangan, rawatan kesihatan, mencipta peluang pekerjaan, meningkatkan penggunaan ilmu pengetahuan dan memantapkan ekonomi dunia,” katanya ketika merasmikan ceramah inovasi dan kreativiti ICT di Wisma Negeri, di sini.

Pembantu tadbir operasi, Mohd Sharin Mohd Osman, 52, berkata melalui ceramah inovasi dan kreativiti ICT itu, beliau dapat mengetahui serba sedikit mengenai cara penggunaan ICT untuk memudahkan proses kerja.

“Selain itu, saya juga dapat melihat pelbagai contoh web jabatan lain untuk memudahkan masyarakat berinteraksi dengan jabatan kerajaan dan tidak perlu membuang masa rakyat dengan bersusah payah datang ke pejabat kerajaan hanya untuk menyelesaikan masalah biasa,” katanya.

Pembantu tadbir kewangan, Liza Salleh, 25, berharap ceramah itu akan diadakan lagi bagi membolehkan kakitangan awam menguasai ICT yang semakin canggih

Vandalisme punca kerosakan

Dikirim oleh Warieh 0 Komen

Oleh Ifwan Tun Tuah
ifwan@bharian.com.my
2010/06/03

SEREMBAN: Perbuatan vandalisme dikenal pasti menjadi punca kerosakan teruk segala kemudahan yang disediakan di Hutan Lipur Jeram Tengkek di Batu Kikir, Jempol hingga menyebabkan kerja membaik pulih dan menaik taraf menelan kos yang tinggi hingga mencecah RM500,000.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perpaduan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat negeri, Datuk Mohammad Razi Kail, berkata kemudahan kawasan berkenaan yang dibina dua tahun lalu dengan kos RM200,000 mengalami kerosakan akibat vandalisme pihak tidak bertanggungjawab.
“Dalam tempoh baru dua tahun, kita terpaksa menjalankan projek membina semula dan baik pulih menggunakan bahan lebih berkualiti dan kukuh, iaitu ‘wood plastic composite’ dengan kos melebihi dua kali ganda,” katanya yang kesal dengan tindakan pihak terbabit yang disifatkan membazirkan wang rakyat.

Beliau juga menafikan dakwaan penduduk kawasan berkenaan bahawa kerja menaik taraf hutan lipur terbabit terbengkalai sejak lebih enam bulan lalu.

Katanya, kontraktor memulakan kerja penyelenggaraan dan menaik taraf pelantar laluan pejalan kaki itu pada 24 Mei lalu dan projek itu dijangka siap sepenuhnya 26 Jun ini.

Berita Harian sebelum ini melaporkan kekecewaan penduduk serta pengunjung mengenai projek menaik taraf kawasan itu yang kelihatan seperti projek terbengkalai hingga menjejaskan kedatangan orang luar.

Mohammad Razi berkata, penduduk mungkin menyangka kerosakan teruk keseluruhan laluan pelantar pejalan kaki itu yang disebabkan perbuatan vandalisme selama ini sebagai projek menaik taraf kawasan berkenaan.
“Kerosakan dialami bukan sedikit. Kita juga terkejut melihat tahap kerosakan di laluan berkenaan. Ada orang yang meletak kayu di situ menggunakan parang, menendang kayu pemegang hingga patah dan ada lebih ekstrem meruntuhkan sebahagian laluan itu,” katanya.

Beliau berharap, kawasan itu kembali cantik serta selesa dan menasihatkan semua pihak supaya bersama-sama menjaga kawasan itu demi kebaikan bersama

Mana jalan tar?

Dikirim oleh Warieh 0 Komen

Oleh Ifwan Tun Tuah
ifwan@bharian.com.my
2010/06/03

Kampung Orang Asli Tohor, Kenaboi tunggu lebih 10 tahun

CHENNAH: Lebih 10 tahun penduduk Kampung Orang Asli Tohor, Kenaboi, di sini, menanti pembinaan jalan berturap masuk ke kampung mereka dan hingga kini, ia masih belum menjadi satu kenyataan.
Penempatan itu terletak hanya kira-kira 17 kilometer dari jalan besar, namun sehingga hari ini kemudahan itu tidak dibina sekali pun banyak permohonan sudah dikemukakan.

Penduduk mendakwa banyak permohonan dibuat, termasuk melalui Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) serta pemimpin kawasan terbabit, namun hampa kerana alasan sering diberikan adalah tiada peruntukan walaupun sudah beberapa tahun dijanjikan pembinaannya.

Tok Batin kampung itu, Apik Keteh, 44, mendakwa jalan berturap hanya dibina hingga ke sebuah lagi kampung, yang terletak kira-kira lima kilometer dari kampungnya beberapa tahun lalu dan keadaan jalan itu juga kini sangat teruk.

“Kami pernah diberitahu kira-kira lima tahun lalu, peruntukan untuk membina jalan berturap hingga ke kampung ini sudah diluluskan, namun hingga kini tiada sebarang pembinaan dilakukan.

“Jalan berturap dari jalan besar hingga kampung bersebelahan juga dalam keadaan menyedihkan dengan kerosakan teruk di sepanjang jalan dan membahayakan pengguna yang melalui jalan itu setiap hari,” katanya.
Beliau berkata, keadaan jalan yang teruk itu menyebabkan penduduk sukar untuk keluar masuk dari kampung berkenaan terutama ketika berlaku kecemasan.

Penduduk kampung, Ramlan Sari, 32, berkata, kebanyakan keluarga di kampung itu bimbangkan keselamatan 25 kanak-kanak yang bersekolah di sebuah sekolah di Chennah dan berulang-alik setiap hari menaiki van sekolah disediakan JHEOA.

“Van sekolah mengambil kanak-kanak seawal jam 5 pagi kerana terpaksa bergerak perlahan disebabkan keadaan jalan yang teruk. Kami sentiasa bimbang jika van itu terbabas dan terbabit dalam kemalangan,” katanya.

Dis Lagas, 42, menjadi orang yang paling sedih melihat keadaan jalan berkenaan kerana kehilangan isterinya disebabkan kelewatan ambulans membawa keluar isterinya ke hospital pada 19 Januari tahun lalu.

“Isteri saya mengalami pendarahan ketika bersalin dan penduduk terpaksa keluar ke pekan Chennah untuk menghubungi ambulans kerana ketiadaan talian telefon di kampung ini, kira-kira jam 7 malam. Ambulans tiba tiga jam kemudian.

“Bagaimanapun, isteri saya menghembuskan nafas terakhir dalam perjalanan keluar. Saya tidak menyalahkan pemandu ambulans itu kerana dia tidak dapat memandu laju dengan keadaan jalan yang teruk dan gelap,” katanya.

Justeru, beliau mahu pihak yang terbabit mengambil tindakan segera supaya kejadian serupa tidak berulang.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kerja Raya negeri, Dr Roslan Md Taha, berkata pihaknya dalam proses perbincangan untuk menaik taraf jalan masuk sejauh 4.5 kilometer dari jalan besar namun tidak sampai hingga ke Kampung Orang Asli Tohor.

“Buat masa ini, kita hanya mempunyai peruntukan daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah untuk projek fasa 1 sejauh 4.5 kilometer hingga akhir tahun ini. Kemungkinan pembinaan jalan di kampung terbabit akan dibuat dalam fasa berikutnya,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kampung Baru dan Pengangkutan Awam negeri, Datuk Siow Chen Pin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chennah, berkata pihaknya akan mempertimbangkan perkara itu

REMBAU 2 Jun - Berkat kecemerlangan mentadbir dan menyediakan sistem pengurusan sekolah secara efektif dan kondusif, dua pengetua di negeri ini terpilih sebagai penerima Anugerah Khas Tokoh Kepimpinan Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan 2009 di sini baru-baru ini.

Anugerah itu disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan kepada Pengetua

RAHANA Tawan (kanan) dan Hing Jen Soon pada Majlis Anugerah Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid Terbilang (JPNS) 2009 di Rembau, baru-baru ini.
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Abdul Samad, Rahana Tawan dan Pengetua SMK Dato' Mohd. Tahan, Hing Jen Soon pada Majlis Anugerah Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid Terbilang (JPNS) 2009.

Rahana dipilih sebagai penerima Anugerah Khas Tokoh Kepimpinan Pengurusan Kokurikulum JPNS 2009 manakala Jen Soon pula dinobatkan sebagai Tokoh Kepimpinan Pengurusan Hal Ehwal JPNS 2009.

Mereka dipilih untuk menerima anugerah tersebut di atas khidmat sumbangan dalam melonjakkan kecemerlangan pada sistem pengurusan sekolah masing-masing.

Menurut Rahana, beliau akan menjadikan anugerah tersebut sebagai suntikan semangat ke arah memberikan perkhidmatan lebih baik pada masa depan.

''Kejayaan ini merupakan hasil usaha kami di pihak guru dan juga pelajar yang turut bekerja keras dalam membangunkan aspek kokurikulum SMK Dato' Abdul Samad, Port Dickson.

''Ini kerana sekolah saya merupakan antara sekolah di negeri ini yang terlibat dan mempunyai penyertaan yang tertinggi terhadap aktiviti kokurikulum di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Jelasnya, SMK Dato' Abdul Samad sememangnya dikenali sebagai sekolah pembangunan kokurikulum yang aktif terutamanya menerusi persatuan pakaian seragam dan olahraga.

''Sekolah ini telah terpilih menjadi johan Kadet Polis peringkat kebangsaan tahun lalu dan pembangunan atlet olahraga.

''Ini kerana, kita mempunyai kemudahan yang lengkap untuk melatih serta mencungkil bakat pelajar dalam sukan olahraga dan untuk itu juga, kita turut melantik jurulatih khas dalam membimbing pelajar," ujarnya.

Sementara itu, Jeng Soon yang ditemui memberitahu, hasil usaha gigih untuk menyediakan persekitaran pembelajaran kondusif dan membangunkan sahsiah pelajar secara komprehensif telah membuatkan dia terpilih menerima anugerah itu.

Katanya, kejayaan tersebut diperoleh ketika dia mentadbir SMK Pasir Panjang, Port Dickson yang mempunyai kira-kira 680 pelajar sebelum ditugaskan untuk menguruskan SMK Dato' Mohd. Tahan, Gemencheh, Tampin dua bulan lalu.

''Semasa saya menjadi pengetua SMK Pasir Panjang, saya mempunyai cabaran untuk menguruskan pelajar yang rata-rata berasal dari kawasan pedalaman.

''Maka cabaran utama saya adalah untuk mengatasi masalah disiplin dan kehadiran pelajar ke sekolah," ujarnya.

Menurut Jeng Soon, menerusi kempen dan program 3K yang dijalankannya dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan yang meliputi soal kebersihan, kesihatan dan keselamatan, ia dilihat mampu membentuk keperibadian unggul di kalangan pelajarnya.

''Apabila kita menyediakan persekitaran yang kondusif dan selesa, masalah disiplin dapat diatasi dan lebih menggembirakan saya, kehadiran pelajar sekolah meningkat secara konsisten berbanding sebelum ini," ujarnya.

SEREMBAN 2 Jun - Kerajaan negeri hari ini menolak cadangan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk menaikkan tarif air kepada penduduk di negeri ini walaupun kos pengurusan air terus meningkat.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, keputusan itu dibuat pada mesyuarat Exco kerajaan negeri selepas mengambil kira pelbagai aspek termasuk kepentingan rakyat di negeri ini.

Katanya, perkara itu akan dibawa oleh pihak Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) untuk dimaklumkan kepada SPAN dalam tempoh masa terdekat.

''Bagaimanapun tarif air bagi industri akan dinaikkan melalui cadangan yang dikemukakan oleh pihak Sains dan juga SPAN. Namun kenaikan tarif air bagi industri adalah amat berpatutan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Beliau turut menjelaskan, kenaikan tarif air bagi industri telah dimaklumkan melalui perbincangan dan sesi dialog yang diadakan melalui Sains dan juga syarikat-syarikat industri.

Katanya, hasil maklum balas yang diterima melalui perbincangan itu kebanyakan syarikat industri menerima cadangan berkenaan.

"Apa yang dapat kita lihat 80 peratus pengguna air adalah penduduk manakala 20 peratus lagi adalah syarikat dan industri.

"Kita mahu supaya kepentingan awam diberi keutamaan dan penubuhan Sains yang ada pada ketika ini bukanlah untuk mencari keuntungan tetapi memberi perkidmatan bekalan air kepada pengguna," katanya.

Bangunan terbiar 40 tahun

Dikirim oleh Warieh 0 Komen


BANGUNAN terbengkalai dan terbiar di Taman Serting Jaya dilindungi semak-samun dan memudahkan pelbagai kegiatan tidak bermoral berlaku.


JEMPOL 2 Jun - Memang benar, sukar untuk mengawal premis terbiar apatah lagi pemiliknya tidak dapat dikesan dan hilang entah ke mana.

Namun begitu, ia bukan alasan bagi mana-mana pihak untuk enggan memantau atau mengambil inisiatif bagi memastikan premis terbiar kosong, ditumbuhi pokok dan hutan kecil itu, dibersihkan supaya tiada anasir negatif berlaku di situ.

Apa pun, harapan itu tidak berlaku di dua premis terbengkalai dan terbiar di Taman Serting Jaya dekat sini, apabila ia semakin 'berhantu' setelah semak-samun yang semakin tinggi menjadi 'mahligai' paling selesa kepada individu tidak bermoral.

Utusan Malaysia yang menerima aduan rakyat meninjau lokasi tersebut hari ini dan nyata, bangunan kosong itu dipenuhi pelbagai jenama arak, kotor dan penuh dengan puntung rokok.

Sama ada ia turut menjadi sarang penagih, sukar untuk dinyatakan tetapi tidak mustahil berdasarkan pemerhatian sekeliling di kawasan 'berhantu' ini, wujudnya senario demikian.

Menurut peniaga di kawasan berhampiran, Ab. Jalil Puteh, 61, bangunan rumah kedai itu tidak pernah berpenghuni sejak dibina sekitar tahun 70-an.

Pihak Majlis Daerah Jempol (MDJL) memberitahu, ia tidak diluluskan kerana keadaan sistem pembetungan yang tidak strategik.

''MDJL pernah datang dan membersihkan bangunan ini. Tetapi itu sudah lama, hampir 10 tahun lepas. Sejak itu tiada pihak berkuasa datang ke sini.

''Dulu ada pelajar membawa pasangan keluar masuk ke dalam bangunan itu.

''Pernah juga anggota polis membuat serbuan di situ. Namun kini keadaan dilihat semakin terkawal, biarpun masih ada kaki botol yang sering ke kawasan tersebut," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu seorang suri rumah, Asmah Mohd. Yakob, 54, menyatakan rasa bimbangnya jika ada penagih yang menjadikan bangunan terbengkalai dan terbiar itu sebagai tempat melepaskan gian.

"Jika sudah kehabisan wang, pastinya mereka akan mula mencuri, tambahan pula berhampiran bangunan itu terdapat banyak rumah dan pastinya ia menjadi sasaran kelak," jelasnya.

Kata Asmah, di dalam bangunan terbiar itu juga menjadi 'rumah baru' kepada anjing liar dan kadangkala haiwan itu menyalak kuat dan mengganggu penduduk di situ.

''Anjing itu kadangkala mengganggu kanak-kanak yang bermain. Apabila kami melihat anjing liar berkeliaran, semua masuk ke dalam rumah, takut dikejar binatang berkenaan," katanya.

Sehubungan itu, dia dan penduduk di situ berharap ada pihak yang berkenaan datang melihat keadaan bangunan terbiar ini atau bersama-sama menganjurkan gotong-royong membersihkan kawasan itu.

''Kami tidak mahu, jika berlaku musibah, barulah hendak bertindak. Jika itu berlaku, ia sudah terlewat," katanya.

Astaka Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Ke-53

Dikirim oleh Warieh Rabu, 2 Jun 2010 0 Komen

SEREMBAN 1 Jun - Astaka Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Ke-53 yang sedang berlangsung di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi dekat sini dibina mengikut konsep seni bina Islam kontemporari.

Penolong Pengarah Bahagian Arkitek Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri, Mirzam Taiman berkata, konsep binaan itu juga menggunakan teknologi perisian tiga dimensi (3D) yang didirikan di dalam Dewan Besar pusat dakwah berkenaan.

''Kami telah mengambil masa dua minggu untuk mereka bentuk serta membina astaka ini yang secara keseluruhan menelan belanja sebanyak RM47,000.

''Bagi memastikan rekaan dapat dijalankan secara pantas, mudah dan efisien, pihak kami telah menggunakan teknologi perisian rekaan 3D iaitu perisian Auto Cad dan Sketch Up," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Katanya, menerusi penggunaan perisian berkenaan, rekaan dapat dilakukan secara tepat dan pantas sekali gus memudahkan pembinaan astaka tersebut.

''Ini kerana, apabila kita menggunakan teknologi ini, rekaan visual dapat dilihat secara 3D dan perkara ini akan memudahkan sebarang pembetulan dan kerja-kerja pembinaan yang dijalankan," katanya.

Jelasnya lagi, reka bentuk Istana Lama diolah kepada reka bentuk yang lebih kontemporari selaras dengan gaya reka bentuk alaf baru.

''Untuk itu, astaka ini menyaksikan reka bentuk bumbung melentik di kiri dan kanan astaka dan rekaan bumbung piramid berlapis di bahagian tengah bagi melambangkan gabungan rekaan," katanya.

Di samping itu, kata Mirzam, imej masjid dipilih sebagai latar belakang pentas dengan tujuan untuk menyampaikan mesej bahawa masjid merupakan ikon dan institusi agama Islam.

Tambahnya, reka bentuk astaka tersebut yang berbentuk simetri akan memudahkan peserta (qari dan qariah) untuk keluar masuk di bahagian kanan dan kiri pentas untuk memperdengarkan bacaan mereka.

''Selain itu, pemilihan warna astaka pula adalah berdasarkan warna-warna rasmi Negeri Sembilan iaitu kuning, merah dan hitam," katanya.

Dalam pada itu, Mirzam memberitahu, pembinaan astaka yang berteraskan teknik kimpalan besi itu telah dijalankan oleh kontraktor JKR negeri yang diselesaikan dalam tempoh 10 hari.

SEREMBAN 1 Jun - Kerajaan negeri melalui Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) akan membuat pendekatan drastik dalam memulihkan bekalan air di kawasan gangguan khususnya bagi penduduk di daerah Kuala Pilah.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, gangguan bekalan air di kawasan Kampung Gunung Pasir, Senaling dan Kepis dekat kawasan Kuala Pilah itu disebabkan lebihan penggunaan berikutan pertumbuhan penduduk di situ.

''Sebelum ini, penggunaan air di sebuah pusat matrikulasi di Kuala Pilah, cuma menampung tidak sampai 1,000 pelajar.

''Tetapi jumlah itu semakin bertambah dengan angka 4,000 orang, di mana telah berlaku penggunaan air yang banyak, sehingga menyebabkan kawasan penduduk berhampiran mengalami gangguan bekalan air," katanya di sini hari ini.

Mohamad ditemui pemberita selepas menyampaikan ucapan mengenai prestasi setengah tahun penjawat awam pada Perhimpunan Bulanan di Wisma Negeri, di sini hari ini.

Katanya, bagi tindakan segera mengatasi masalah penduduk di kawasan terbabit, bekalan air bagi kegunaan pelajar matrikulasi itu dibuat melalui konsep sistem tangki persendirian.

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook